Wednesday, October 31, 2012

Carian paling eksotik/erotik di blog ini


Dik.... xde mende lain ke nak tgk dik? kot ya pun, ade kaitan ke carian tu dgn blog aku?
hahahaha, kelakar la....















"gambar sedang buat sex yang ghairah"

adik taip kata kunci pun dah boleh agak ni ayat budak2 hehehe. kemon la dik, sangap sangat pun, tu bukan cara nk carik benda2 gitu. zaman IT kan ni dik heheheh hohohooo kelakor weyhhhhh

TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN : Presiden UMNO/Barisan Nasional






Telaga minyak (PM307) dijumpai dalam perairan malaysia 160km bertentangan dengan negeri Pahang.

Najib terus isytihar untuk beri duit hasil minyak/gas kepada pahang dengan berkata -""Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya."

aku rujuk Mkini - http://www.malaysiakini.com/news/212954

Ehh..tu keputusan Jawatankuasa khas bayaran tunai hasil petroleum ke seperti yang DIJANJIKAN PM kepada rakyat kelantan yang bangkit tuntut hak kami/mereka selepas PM mula merasa panas punggung sejurus selepas dimaklumkan kewujudan program WALK FOR ROYALTI 2 anjuran NGO R di pusat bandar kota bharu.

WHY PAHANG SAHAJA? KELANTAN MACAMANA?KALAU KIRA,KELANTAN LAGI DEKAT TELAGA MINYAKNYA..BAWAH 150KM dari darat





Lihat apa kata mrk bila KELANTAN TUNTUT MINYAK KITA dulu.

Harini baca paper. RM100 JUTA/TAHUN untuk PAHANG - NAJIB.

Minyak keluar suku je 3, 2014... tak keluar lg skrg.

tapi dah sebut nk dpt BAYARAN TUNAI 5%.

Kelantan minyak dh keluar sejak 2004 lg, SATU SEN pun tak dapat2 lg!!

Sungguh kejam mrk pd Kelantan.

Ayuh bangkitlah rakyat Kelantan, kita tuntut hak hasil bumi kita yg bernilai lebih RM10.4 BILLION.

AYUHH! -- SEBAR/SHARE.
Lihat apa kata mrk bila KELANTAN TUNTUT MINYAK KITA dulu.

Harini baca paper. RM100 JUTA/TAHUN untuk PAHANG - NAJIB.

Minyak keluar suku je 3, 2014... tak keluar lg skrg.

tapi dah sebut nk dpt BAYARAN TUNAI 5%.

Kelantan minyak dh keluar sejak 2004 lg, SATU SEN pun tak dapat2 lg!!

Sungguh kejam mrk pd Kelantan.

Ayuh bangkitlah rakyat Kelantan, kita tuntut hak hasil bumi kita yg bernilai lebih RM10.4 BILLION.

AYUHH! -- SEBAR/SHARE.

Selangor MB Flexes Muscles Over Langat 2 Project In Parliament

NIK AZIZ WAHABI ? satu pencerahan untuk masyarakat yang keliru tentang isu ini!





NIK AZIZ WAHABI ? APA KOMEN USTAZ HELMI (2)


Tuesday, October 30, 2012

PETRONAS Carigali temui medan minyak Bertam: Najib


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307. 

Beliau berkata, medan minyak yang terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter. 

"Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu dan ia adalah kejayaan besar. 


"Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersil, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini. 

Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isi padu asal keseluruhan 64 juta tong. 

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga 2014. 

Beliau berkata, penemuan ini membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Lembangan Penyu. 
“Oleh itu, medan minyak itu adalah terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepas tiga batu dan terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan. 

“Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya. 

PETRONAS Carigali, anak syarikat Petronas dan Lundin Oil adalah usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran. 

Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Eksplorasi dan Pengeluaran, Pengurusan Petroleum PETRONAS Nasional Bhd, Ramlan A Malek berkata, kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial dijangka siap pada suku kedua tahun depan. 

“Kerja-kerja cari gali akan dilaksanakan oleh operator blok, Lundin Oil,” katanya. - BERNAMA


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PETRONASCarigalitemuimedanminyakBertam_Najib/Article/

HANYA AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 SAHAJA YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PEMBAYARAN BAYARAN TUNAI @ ROYALTI KEPADA KELANTAN


Tun Mohd Salleh Abas, Pengubal Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Mantan Ketua Hakim Negara


FAKTA: HANYA AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 SAHAJA AKTA BERKAITAN PEMBERIAN ROYALTI DAN PEMILIKAN PETROLEUM!! 

-- TUN MOHD SALLEH ABAS, MANTAN KETUA HAKIM NEGARA & PENGUBAL PDA 1974.

AKTA-AKTA DIBAWAH TIDAK ADA KAITAN DENGAN PEMILIKAN DAN PEMUNYAAN PETROLEUM.

1. AKTA PELANTAR BENUA 1966 - Tidak Menentukan Pemilikan Petroleum


2. AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966 - Tidak Menentukan Pemilikan Petroleum.

3. ORDINAN DARURAT1969 - Tidak Menentukan Siapa Yang Mempunyai Petroleum

4. AKTA ZON EKONOMI EKSLUSIF (EEZ) 1984 - Hanya Berkaitan Tentang Hak Kedaulatan dan Bidang Kuasa ke Atas Zon Ekonomi Ekslusif Malaysia yang tiada kaitan dengan Petroleum.

TUN MOHD SALLEH ABAS
PENGUBAL AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974, MANTAN KETUA HAKIM NEGARA


Banner online untuk sebaran FB


BERIKUT ADALAH AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 DAN 
SURATCARA PENYERAHAN HAK KEPADA PETRONAS 
YANG DITANDATANGANI PADA 9 MEI 1975 ANTARA MENTERI BESAR KELANTAN YB DATO HJ MUHAMED NASIR DENGAN PENGERUSI PETRONAS, YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH PADA WAKTU ITU




 FAKTA KENYATAAN DARI HANSARD PARLIMEN, JAWAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK PADA 12 NOVEMBER 1975 MENJAWAB SOALAN DARI YB LIM KIT SIANG DI DEWAN RAKYAT. -- INI BUKTI SEJARAH YANG TIDAK BOLEH DINAFIKAN!
PERSOALAN SAYA, ADAKAH PERDANA MENTERI MALAYSIA SEKARANG, IAITU DATO SERI NAJIB TUN RAZAK AKAN INGAR KEPADA PERJANJIAN YANG DIBUAT PADA ZAMAN BAPANYA DULU HANYA SEMATA-MATA DEMI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT 2 ORANG MAKHLUK DI JELI DAN BACHOK?
SAYA MENDOAKAN PM TERBUKA HATI UNTUK MEMBERIKAN ROYALTI KEPADA NEGERI KELANTAN SEBELUM TARIKH PARLIMEN DIBUBARKAN.

Kenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim tatkala dijulang & disanjung di Perhimpunan Agung Umno tahun 1997 kemudian dipecat tahun 1998

Monday, October 29, 2012

EVOLUSI KOTA MEKAH KETIKA MUSIM HAJI




Laporan asal The Atlantic

Subhanallah! Ombak Besar Tiba-Tiba Membeku Di Antartika

Masih ingat lagi dengan kejadian di Pakistan yang mana air lautnya menjadi membeku di sana? Kali ini ia berlaku pula di antartika. Namun bukan air lautnya sahaja yang membeku, malah ombaknya pula membeku keras. Inilah fenomena menakjubkan ia kelihatan unik dan menakutkan apabila ombak yang tinggi tiba-tiba membeku di sebabkancuaca yang sangat sejuk. Jom lihat gambar di bawah ini.


Inilah kekuasaan Allah ombak yang sedang berlaku pun boleh membeku. Lagi gambar di bawah ini.


Bayangkan kekuasaan Allah SWT. Ombak yang sedang menjulang tinggi pun, Allah mampu membekukannya, apatah lagi benda yang lain. Memang fenomena ini satu keajaiban dan jika ia berlaku di Malaysia sudah tentu menjadi tarikan di sana. Namun seperti yang kita tahu, antartika antara kawasan yang mempunyai iklim yang sejuk.

Thursday, October 18, 2012

Jawapan Soalan Lisan 16/10/12 oleh Menteri Luar Negeri mengenai kawasan minyak yang telah diserahkan pada Brunei.

Jawapan Soalan Lisan 16/10/12 oleh Menteri Luar Negeri mengenai kawasan minyak yang telah diserahkan pada Brunei kepada Tengku Razaleigh Hamzah

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Gua Musang di atas pertanyaan yang telah dikemukakan.

2. Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, isu tuntutan bersama Malaysia dan Brunei Darussalam ke atas Blok L dan M telah pun diselesaikan melalui P

ertukaran Surat, atau dengan izin "Exchange of Letters" pada 16 Mac 2009. Pertukaran Surat ini telah berjaya memuktamadkan penyelesaian pertindihan tuntutan dan perbatasan maritim antara kedua-dua negara berdasarkan aspek-aspek teknikal persempadanan maritim dan undang-undang antarabangsa termasuk, dengan izin "United Nations Convention on the Law of the Sea" (UNCLOS) 1982".

3. Melalui Pertukaran Surat berkenaan, kedua-dua negara juga bersetuju untuk mengadakan Aturan Komersial, atau dengan izin, "Commercial Arrangement" bagi membolehkan perkongsian hasil daripada penerokaan dan eksploitasi sumber hidrokarbon di Blok L dan Blok M dalam zon maritim Brunei.

4. Bagi tujuan kerjasama di Blok L dan Blok M, Blok-blok ini telah dinamakan sebagai Blok CA1 dan Blok CA2. Perjanjian Perkongsian pengeluaran, atau dengan izin "Production Sharing Agreement (PSA)" untuk Blok CA1 telah ditandatangani di Putrajaya pada 21 September 2010, manakala bagi Blok CA2 pula pada 31 Disember 2010 di Bandar Seri Begawan. Kedua-dua PSA tersebut telah dimeterai oleh PETRONAS dan Petroleum BRUNEI bersama-sama dengan operator-operator dan kontraktor-kontraktor yang dilantik.

5. Kerjasama penerokaan dan eksploitasi sumber hidrokarbon di Blok CA1 dan CA2 kini sedang giat dijalankan sejak akhir 2011. Lebih dari itu, kerjasama antara pihak-pihak berkuasa petroleum kebangsaan dari kedua-dua negara juga terus dikembangkan meliputi potensi eksploitasi sumber hidrokarbon di blok-lok lain dalam zon maritim Brunei serta potensi kerjasama di negara ketiga.

Sekian, terima kasih.

Juara Piala Malaysia: Ahli-ahli Parlimen pilih...


NIZAM ZAIN DAN SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI
18 Oktober 2012
Piala Malaysia
Piala Malaysia
KUALA LUMPUR – Demam bola sepak Piala Malaysia 2012 kian hangat diperkatakan oleh seluruh peminat sukan tanah air, malah bahangnya turut dirasai ahli-ahli Parlimen.

Para pemimpin bukan sahaja lantang bersidang, malah masih membicarakan perlawanan akhir yang dinanti-nantikan antara pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Kelantan, Sabtu ini.

Biarpun sibuk membincangkan dasar negara dan kebajikan rakyat, namun fenomena bola sepak tidak terlepas di bibir-bibir wakil rakyat sebagai topik utama ketika menikmati juadah tengah hari dan minum petang sebaik sahaja sidang berhenti rehat.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek teruja apabila diminta mengulas bahang Piala Malaysia musim ini.

"Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu dan kehebatan mereka sama, namun kelebihan berpihak pada Kelantan kerana pernah beraksi dalam perlawanan akhir.

"Pengurusan ATM menggunakan konsep baru dengan menggunakan pendekatan yang berbeza dan harus dicontohi oleh pasukan lain.

"Perlawanan ini adalah satu perlawanan yang hebat dan saya harapkan tiada perkara yang boleh merosakkan keindahan malam itu," katanya ketika ditemui di lobi bangunan Parlimen semalam.
Bagi Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, bukan imbuhan yang menjadi ukuran untuk satu pasukan itu menjadi juara, tetapi semangat kesukanan yang tinggi harus dijiwai setiap pemain.

“Setiap pemain harus mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan bermain secara profesional bukan kerana imbuhan semata-mata.
"Sebagai anak Kelantan, semestinya saya menyokong Kelantan," katanya yang juga Presiden Perkasa.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yakin kemenangan bakal berpihak kepada Kelantan.
"Corak permainan Kelantan yang cantik dan berada di tahap yang tinggi, ditambah pula dengan keupayaan kepimpinan memudahkan laluan Kelantan untuk menjadi juara.

"Tapi bagi saya, perlawanan akhir tidak begitu menarik kerana bukan perlawanan antara kedua-dua pasukan gergasi," kata beliau.

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pula memilih Kelantan sebagai pasukan kegemarannya untuk menjulang Piala Malaysia musim ini.
"Pasukan kegemaran saya adalah Selangor dan Kelantan, tapi saya yakin Kelantan akan menang 3-0.
"Dengan adanya barisan pemain, penjaga gol, penyerang yang berpengalaman luas memberi Kelantan satu peluang yang cerah," ujarnya.
Berbeza pula pandangan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Walaupun masih setia dengan pasukan negeri kelahirannya Pahang, beliau memilih pasukan ATM akan menjadi juara musim ini.

"Saya mahu ATM juara... tapi kedua-dua pasukan sama hebat dan saya rasa kemenangan ATM dengan jaringan penalti.

"Saya lihat semangat kenegeriaan sangat tebal kerana setiap pasukan mewakili negeri masing-masing dan saya masih berpihak dengan pasukan negeri saya, Pahang," katanya yang juga Naib Presiden PKR.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pula berbangga dengan prestasi terkini Kelantan.

"Anjakan besar Kelantan dalam fenomena bola sepak begitu membanggakan dan saya pasti Kelantan menjadi juara dengan jaringan gol 2-0.
"Kelantan harus menang musim ini, namun ATM mempunyai peluang untuk mengangkat imej baiknya dengan pemain yang hebat," kata Naib Presiden Pas ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar turut mengharapkan kemenangan di pihak Kelantan.

"Saya rasa Kelantan boleh menang walaupun kedua-dua pasukan ini hebat.

"Namun ATM akan lebih bersemangat untuk mengalahkan The Red Warriors kerana ini merupakan julung kalinya ATM mara ke final," ulas beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

Kelantan menewaskan Selangor di separuh akhir.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong memilih Kelantan selaku juara Piala Malaysia kerana negeri kelahirannya.

"Saya anak Kelantan, semestinya saya menyokong Kelantan negeri kelahiran saya. Orang Kelantan mesti menyokong pasukan Kelantan," katanya penuh semangat.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan pula yakin ATM akan menjadi juara.

"Saya yakin dengan semangat juang yang ada pada ATM ketika menentang Lions XII tempoh hari.

"Dengan kegigihan, semangat dan kebolehan yang begitu tinggi seperti semangat perwira untuk berjuang.

"ATM pernah melangkah ke final 46 tahun dulu itupun H.M.S Malaya, sekarang Piala Malaysia ini satu penantian yang begitu dinantikan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memuji semangat kedua-dua pasukan yang akan bertarung di final Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

"Bagi saya pasukan yang terbaik layak menjadi juara tidak memilih sama ada ATM atau Kelantan.

"Tapi saya memuji semangat dan disiplin pasukan ATM dalam saingan separuh akhir menentang Lions XII," jelas beliau.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula tidak meletakkan kejuaraan Piala Malaysia di mana-mana pasukan.
"Saya agak kecewa setelah Selangor kalah kepada Kelantan.

"Namun saya berbangga dengan peningkatan mutu bola sepak di negara dan saya teruja dengan perjuangan ATM menentang Lions XII," ujar beliau yang juga Naib Presiden PKR.

Selain itu, Nurul Izzah mengajak semua rakyat Malaysia untuk sama-sama menonton perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini.

Wednesday, October 17, 2012

Perbezaan soal seluar dalam bagi lelaki dan wanita, mengaku je lah :p

Kelantan lulus Enakmen Lembaga Talian Paip Petroleum

Salmah Mat Husain, 17 Okt 2012


KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini meluluskan Enakmen Undang-Undang Lembaga Talian Paip Petroleum Kelantan bagi mengurus hal tanah, kawal selia pembinaan dan operasi telaga paip.




Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri bersetuju supaya swasta menerajui pembinaan saluran paip petroleum dari Bagan Datoh Perak ke Sungai Dua, Bachok.





Katanya, projek itu merangkumi aktiviti pemindahan petroleum daripada pelabuhan luar pantai di Bagan Datoh melalui saluran paip sepanjang 350 km ke Kelantan.



Enekmen itu mengandungi 34 fasal dicadang Husam disokong Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah kemudian mendapat kelulusan anggota Dewan.











Husam berkata, petroleum yang dipindahkan melalui saluran paip dicadang disimpan atau disetorkan di kompleks simpanan di Machang sebelum dieksport semula melalui pelabuhan di Bachok.





Menurutnya setor penyimpanan petroleum akan dibina di Bukit Bakar Machang, manakala pelabuhan petroleum luar pantai akan dibina di Bagan Datoh Perak dan Bachok.

Peta Eksplorasi Minyak & Gas di Semenanjung Malaysia