Sunday, November 30, 2008

Mumbai

Mumbai, dulunya dikenali sebagai Bombay. Satu usaha kerajaan India untuk mengIndiakan kembali nama2 Inggeris. Calcutta juga telah dikenali dengan Kolkatta.

Di Malaysia, Georgetown dulunya dikenali Tanjung. Bila nak tukar? Palace of Justice bila nak ditukar ke Istana Keadilan? KLCC? Bintang Walk? KL Tower?

Khamis lepas tengah sibuk dengan kerja-kerja harian, rupanya baru tersedar ada kejadian letupan di 10 tempat sekitar kota ekonomi Mumbai. Nasib baik ada channel CNN, BBC, Aljazeera, jika tidak tak merasa la nak tengok live apa berlaku di sana. (gambar taj mahal hotel= CNN)

Sekali lagi ketegangan tercetus apabila India menuduh Pakistan terlibat dalam siri letupan tersebut. Cukup effective dan terancang.

Saya tolak ketepi sementara letupan atau sebarang pertumpahan darah di sana. Cuba kita rewind balik, dan tanya kenapa boleh berlaku? Kenapa sampai tergamak membunuh orang dengan sesuka hati.

Cuba ambil contoh, dulu semasa saya di sekolah pelbagai watak ada. Kaki buli, nerd, ulat buku dan sebagainya. Saya ambil contoh orang biasa atau nerd, memang selalu kena buli dan dipermainkan. Bayangkan, hari-hari dihina dan diperlekehkan. Tetapi ada satu-masa masa, golongan ini akan meletup selepas saban hari dipermainkan. Kesannya, kaki buli pun boleh berdarah dan parah, hospital. Orang kata, orang yang diam dan kurang bercakap, letupannya lebih besar.

Mungkin itu yang berlaku di serata dunia. Bayangkan anak kecil sejak lahir sudah biasa mendengar siri letupan. Keluarga mati dibunuh di depan mata, jiran dibunuh di depan mata, sepanjang masa. Berlainan sekali di tempat kita, jika cikgu marah sikit, lebam dipukul, sah cikgu tu akan berdepan dengan soal siasat polis. Kadang-kadang berdepan dengan mahkamah sultan.

Sama sahaja. Yang lain adalah tempat dan masa. Anak2 Palestin, Selatan Thai, Chechen, Afghanistan, Iraq, Iran sama sahaja. Setakat darah, confirm tak berapa nak mabuk. Tapi anak2 Malaysia rasanya tengok sajak kematian pun dah ketar lutut. Lambat lagi nak bom kat badan.

Itulah, apapun jangan awal2 lagi menuduh mereka ni ganas, zalim. Tapi cuba dulu selidik kenapa mereka menjadi berani mati. Entah-entah kita yang membuatkan mereka jadi begitu. Tak takut mati.


Tuesday, November 25, 2008

Bunuh diri di kalangan Melayu / Islam

sejak 1999 sehingga kini, sudah banyak kali aku dengar kes bunuh diri yang melibatkan orang Melayu (baca Islam) di Terengganu. Walaupun aku takkan terima Melayu itu Islam. Tidak semestinya. Cina pun tidak semestinya Budha, Islam, Kristian. Malahan di negara China penganut Islam lebih ramai dari seluruh penduduk Malaysia (Melayu+Cina+India dll).

Antara kes yang pernah aku dengar, gantung, minum racun dan terjun bangunan. Bila kita berdiskusi dengan orang muda, mereka akan kata yang membunuh diri adalah kerana tekanan hidup, dianiaya suami atau ditinggalkan wanita/isteri. Tetapi bila kita tanya org lebih tua, simple jawapan, TADOK IMAN (tiada iman di dada).
Aku terima jawapan yang kedua. Kalau nak dikirakan tekanan perasaan, semua orang ada masalah, tekanan dalam kehidupan. Yang membezakan adalah ketebalan iman itu sendiri. Jika sudah disematkan di dalam hati, mati bunuh diri itu membawa ke neraka selama-lamanya nescaya tiada siapa berani. Tetapi kalau peringatan begini didengar 10 tahun sekali???

Itulah peranan masjid. Kenapa kita digalakkan mendengar kuliah? Sebab manusia memang mudah lupa (bukan melayu sahaja mudah lupa). Perlu diulang-ulang sepanjang hidup. Tetapi peranan masjid dibataskan oleh sebab tertentu. Sekarang ini lebih mudah, CD, DVD, cetakannya lebih meluas.

Mudah sahaja, jika kamu membuat kebaikan selama 50 tahun, tetapi selepas bunuh diri, langsung ke neraka tanpa tiket. Buat rugi berpenat lelah berbuat kebaikan (solat, bantu org lain, puasa. etc) tetapi akhirnya ke neraka.

Untuk ke syurga tiketnya adalah pahala. Untuk ke neraka tiketnya adalah dosa. Membantu seseorang menangkap pencuri, membina masjid, mengasingkan akaun konvensional kepada akaun islamic, menutup judi juga diberikan pahala. Sama ada kepada penyokong atau yang berkuasa. Tapi biasanya perkara kecil tapi mempunyai kesan yang besar, akan dipandang enteng.

Perang Dunia




Peperangan yang melibatkan negara-negara besar sudah banyak kali berlaku. USA, UK, Russia (Soviet Union), Argentina dan banyak lagi negara-negara Eropah lain. Penyebabnya adalah perebutan kuasa politik walaupun hanya pulau sekangkang kera (England vs Argentina).

Walauapapun, peperangan tetap akan berlaku. Sejak anak Adam lagi perbalahan berebutkan pasangan wanita pun boleh menyebabkan pertumpahan darah. Inikan pula kuasa, kepuasan menakluki sesuatu dan menguasai sesuatu.

Akan tetapi, apa yang saya ingin luahkan adalah mengenai ketidakadilan dalam perang. Iaitu USA. Berlakulah perang seribu kali pun, USA tidak akan mengalami kehancuran walaupun pondok anjing sekalipun. Yang hancurnya adalah Iraq, Afghanistan dan lain-lain. Sekiranya berlaku juga perang antara USA dan Russia, yang akan hancur adalah negara Eropah dan Russia. Percayalah, USA tidak akan terjejas langsung. Sekiranya Russia menghantar peluru berpandu yang boleh merentasi lautan Pasifik sekalipun, USA mempunyai senjata pemintas Patriot.

USA mungkin sudah meletakkan peluru berpandu di Eropah Timur sebagai persediaan menghadapi Russia, bila begitu Eropah telah menjadi medan tempur. Yang hancur adalah negara Eropah, bukan USA!!!!!

Sejarah telah tercatat punca perang dunia adalah pembunuhan putera raja yang menjadi titik tolak perbalahan di peringkat international. Percayalah, perang di masa hadapan adalah berpunca dari agama.

Monday, November 24, 2008

Salam pengenalan....


Salam....


Sudah hampir 2 tahun dipendam, akhirnya aku nekad untuk membuat blog sendiri (biasalah, di negara demokrasi takut2 skit nak menulis pandangan sendiri). Rasanya inilah medium yang sangat mudah untuk kita luahkan apa yg terbuku di hati.


Bila kita membaca sesuatu isu, semua orang akan mempunyai pandangan sendiri, pendirian sendiri. Tak kiralah isu berbentuk peribadi, politik, ekonomi, ataupun sosial. Seratus manusia, seratus jugalah pandangan.


Semoga blog ini menjadi penyampai ilmu dan perkongsian ilmu. Disamping berkongsi pengalaman sesama kawan.


Itu sahaja untuk setakat ini, semoga jumpa lagi