Wednesday, August 28, 2013

Bukti Mursi Tidak Dikongkong



Kenyataan balas kepada temubual Sinar Harian bersama Profesor Dr Mohammed Selim, wakil Rejim Kudeta ke Malaysia. http://on.fb.me/18ZMIa2

SHAH ALAM - Kenyataan seorang profesor sains politik dari Mesir yang mendakwa Dr Mohamed Mursi terpaksa digulingkan kerana beliau mengecewakan majoriti rakyat negara itu yang memilihnya pada pilihan raya presiden tahun lalu lantaran terlalu memberi ruang kepada Ikhwanul Muslimin untuk memerintah, dicabar pakar politik Timur Tengah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Menurut Maszlee, apa yang disebut oleh Prof Dr Mohammad Selim, saintis politik dari Universiti Kaherah itu sama dengan propaganda kumpulan penentang Mursi, Tamarood yang mendakwa Mursi sekadar jadi 'pak turut' kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain sedangkan rakyat Mesir memilih beliau untuk jadi presiden mereka, bukan Ikhwan Muslimin.

"Mursi dituduh oleh Tamarood sebagai presiden yang tidak berkuasa sebaliknya yang berkuasa adalah Ikhwanul Muslimin. Dari sudut mana dikatakan begitu? Dalam membuat keputusan, setiap keputusan Mursi dibuat bersama Majlis Penasihat Presiden. Dalam majis itu, hanya seorang saja wakil Ikhwanul Muslimin iaitu Wael Haddad. Itu pun Wael Haddad adalah penasihat Mursi dalam hal hubungan antarabangsa. Anggota Majlis Penasihat lain pelbagai latar belakang, ada wakil Kristian Koptik, wanita, teknokrat, Salafi."

Paling jelas, kata Maszlee, Mursi malah pernah menawarkan jawatan timbalan presiden kepada Mohamed El Bardaei, pesaingnya dalam pilihan raya.

"Bukan El Baradei saja, calon-calon lain juga ditawarkannya jawatan, satu bukti komitmennya untuk perpaduan dalam politik Mesir. Satu lagi bukti ialah beliau tidak meletak orang Ikhwan sebagai Menteri Pertahanan, posisi yang sangat penting untuk pemerintahannya sebaliknya beliau lainti Abdel Fattah Al Sisi. Beliau gantikan Hussain Tantawi dengan Al Fattah yang akhirnya menggulingkan beliau.

"Jadi di mana boleh dikatakan Mursi memerintah dengan ikut telunjuk Ikhwan? Itu yang saya tidak faham," katanya. Maszlee menjelaskan demikian kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Selain itu kata Maszlee, perkara yang paling nyata pada era Mursi ialah Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil bukan orang Ikhwan.

"Beliau juga tidak melantik rakannya, Muin Abdel Futuh yang keluar meninggalkan Ikhwan ke Kabinet atau Majlis Penasihat Presiden. Terlalu banyak fakta untuk menyangkal kenyataan seperti itu," katanya.

Sebenarnya jelas Maszlee ada banyak bukti untuk dijadikan hujah penggulingan Mursi dirancang, didalangi oleh saki baki rejim Mubarak dan juga kaitan dengan kuasa asing.
"Apabila berlaku revolusi 25 Januari 2011 yang menyaksikan jatuhnya bekas Presiden Hosni Mubarak, kita tidak boleh anggap bahawa revolusi itu sudah sempurna. Ini kerana walaupun kepala (Mubarak) sudah dibuang, badan dan ekornya masih yang lama. Jadi keadaan tidak banyak berubah seperti apa yang disangka.

"Bayangkanlah, polis terutama daripada Cawangan Khas (SB) yang sudah sekian lama melindungi seorang diktator (Mubarak), terpaksa menghadapi perubahan besar untuk berkhidmat kepada rakyat di bawah pentadbiran Mursi. Begitu juga tentera. Inilah yang mungkin jadi masalah bagi mereka, walaupun Mursi tidak mengongkong mereka sebagaimana di bawah rejim Mubarak."

Lebih ketara, kata Maszlee, di bawah pemerintahan Mursi juga, pejabat Ikhwanul Muslimin di seluruh Mesir diserang, diceroboh, dibakar dan dirompak oleh kumpulan samseng yang dikenali sebagai Baltajia.

"Sungguh pun demikian, polis tidak ambil tindakan, biarkan saja. Inikah apa yang dikatakan Ikhwanul Muslimin menguasai pentadbiran Mursi sedangkan dalam keadaan keselamatan mereka sendiri diancam oleh samseng pun, polis tidak buat apa-apa sedangkan presiden orang mereka?" tanya Maszlee.

Selain itu, kata Maszlee, media juga rata-ratanya masih dikuasai oleh penerbit dan editor yang pro Mubarak. Ini termasuk Naguib Sawiris, taikun media Mesir daripada etnik Kristian Koptik yang diketahui bersikap anti Mursi dan anti Ikhwanul Muslimin.

"Sewaktu revolusi 25 Januari 2011, banyak gereja diserang tetapi polis tidak ambil tindakan kerana apa yang saya andaikan, mereka sengaja mahu beri gambaran buruk kepada revolusi tersebut. Di Mesir, politik mereka tidak kreatif. Sejak zaman Gamel Abdel Nasir yang naik jadi presiden selepas rampasan kuasa tentera pada 1952, seluruh dunia dimomokkan Ikhwanul Muslimin kumpulan yang ganas.

"Mereka tidak ada skrip baru dan ini menyebabkan pihak luar, media antarabangsa, kumpulan hak asasi sesetengahnya sudah tak larat nak layan Mesir. Kita amat sedih apabila seorang profesor universiti (Selim) pun tidak boleh berfikir out of the box (di luar kotak)," katanya.

Sebenarnya, kata Maszlee apa yang paling jelas di sebalik penggulingan Mursi ialah tangan ghaib pihak yang terjejas sejak pemimpin Ikhwan itu naik sebagai Presiden Mesir.

"Ini sudah tentu AS dan Israel. Paling nyata, dalam tempoh setahun saja jadi presiden, Mursi dengan berani telah menyanggah telunjuk AS yang menetapkan peraturan bahawa negara itu tidak boleh menanam gandum lebih daripada 20 peratus yang diperlukan rakyatnya. Peraturan ini termaktub dalam Perjanjian Camp David yang dimeterai pada 1978.

"Tetapi Mesir di bawah pemerintahan Mursi yang singkat itu, berjaya mengeluarkan gandum sehingga 60 peratus dengan bantuan Rusia. Mesir juga pada era Mursi mengikut model ekonomi Malaysia, 'dasar pandang ke Timur' ketika di bawah Tun Dr Mahathir dengan menjalin hubungan dagang dengan Rusia, China, Jepun dan Singapura.

Juga negara Selatan antaranya Brazil, Chile dan Venezuela. Ini yang tidak digemari oleh AS. Mereka bimbang jika Mesir terus dibiarkan dalam tangan Mursi, republik itu mungkin akan jadi Turki kedua," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Thursday, August 22, 2013

37 maut bas Genting - KL jatuh gaung

GENTING HIGHLANDS 21 Ogos - Sebanyak 37 orang maut apabila sebuah bas ulang-alik Genting Highlands yang membawa 53 penumpang terbabas lalu terhumban ke dalam gaung sedalam 150 meter sewaktu menuruni pusat peranginan itu di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands- Kuala Lumpur hari ini.

Nahas terburuk dalam sejarah kemalangan negara itu berlaku kira-kira pukul 2.24 petang ketika bas dipandu Lim Kok Ho, 44, yang turut maut, menuruni puncak Genting Highlands ketika hujan renyai-renyai menuju ke ibu negara.

Selain 37 mangsa yang terkorban, 16 lagi penumpang cedera parah dan mereka dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong.

Malah ada di antara mangsa kemalangan ngeri itu yang tercampak keluar dari bas sejauh 200 meter selepas kenderaan itu terhumban ke dalam gaung. Kebanyakan mangsa maut akibat terhimpit dan tercampak ke bahagian tempat duduk pemandu selepas bas itu terjunam.

Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi), Datuk Soiman Jahid memberitahu, bas itu dipercayai hilang kawalan sewaktu menuruni selekoh berhampiran tokong Cina lalu merempuh penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.

Terdapat beberapa mangsa yang tercampak keluar dari bas sejauh 200 meter ke dalam gaung ketika bas itu terhumban.

Sebanyak 53 penumpang dipercayai menaiki bas berkenaan. Bagaimanapun setakat ini kita belum mengenal pasti punca sebenar kemalangan berlaku.

Mangsa pertama yang cedera dibawa keluar pada pukul 3.54 petang manakala mayat terakhir dikeluarkan pada pukul 8.01 malam. Kesemua mayat mangsa dihantar ke HKL manakala 16 mangsa yang cedera dihantar ke HKL, Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Bentong," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Identiti kesemua mangsa yang maut belum disahkan namun pecahan mereka ialah seorang lelaki Melayu; 19 lelaki Cina dan sembilan wanita Cina; tiga lelaki India dan seorang wanita India serta keturunan lain tiga lelaki dan seorang wanita.

Menurut Soiman, sebanyak 452 anggota pasukan penyelamat terdiri daripada anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pasukan perubatan bertungkus-lumus mengeluarkan mayat dan mangsa kemalangan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohd. Mansor Mohd. Noor memberitahu, setakat ini belum dikenal pasti sama ada terdapat kanak-kanak yang turut terkorban.

Pasukan menyelamat menggunakan kren untuk mengeluarkan semua mereka yang tercedera dari lokasi kejadian," katanya.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai melawat tempat kejadian.

*Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan di genting highlands semalam....














KUALA LUMPUR: Berikut senarai mangsa yang cedera dalam kemalangan bas di Genting Highlands semalam dan hospital tempat mereka menerima rawatan. 

HOSPITAL BENTONG, PAHANG 


1. Nama :Suryadi Budiarto 
Jantina :Lelaki 
Umur :52 tahun 
Warganegara:Indonesia 

HOSPITAL SELAYANG 
----------------- 
1. Nama :Nurul Quraitul Aini 
Jantina :Perempuan 
Umur: :20 tahun 
Warganegara:Malaysia 

2. Nama :Rezyan 
Jantina :Lelaki 
Umur :24 tahun 
Warganegara:Bangladesh 

3. Nama :Nurfridil Gusman 
Jantina :Lelaki 
Umur :23 tahun 
Warganegara:Indonesia 

4. Nama :Raawlok 
Jantina :Lelaki 
Umur :14 tahun 
Warganegara:Bangladesh 

5. Nama :Nur Shamimi Jaafar 
Jantina :Perempuan 
Umur :25 tahun 
Warganegara:Malaysia 

6. Nama :Nur Fathih Jaafar 
Jantina :Perempuan 
Umur :22 tahun 
Warganegara:Malaysia 

7. Nama :Rashidah Buyah 
Jantina :Perempuan 
Umur :50 tahun 
Warganegara:Bangladesh 

8. Nama :Andri Purwadi 
Jantina :Lelaki 
Umur :25 tahun 
Warganegara:Indonesia - BERNAMA



Sunday, August 4, 2013

Khilafah Islam pernah wujud di Nusantara dan pusat pentadbirannya adalah di di Ayuthia, Siam

https://www.facebook.com/photo.php?v=489224244500251


"Khilafah Islam pernah wujud di Nusantara dan pusat pentadbirannya adalah di di Ayuthia, Siam. Pada waktu itu sudah ada sistem pertukaran khalifah 5 tahun sekali disana."

"Wilayah Melaka pada masa itu adalah dari Bandar Hilir Melaka di Melaka hari ini hingga ke Ulu Melaka di Langkawi"

"Tempat pertempuran besar antara Pihak Portugis dengan Kerajaan Islam Melayu berlaku di Teluk Bahang-Kuala Kedah."

"Syed Abdul Rahman adalah nama sebenar Hang Tuah ketika berkhidmat di Ayuthia"

Itu adalah diantara beberapa kata kunci kepada sejarah Islam yang telah digelapkan di Nusantara.

Admin sejak dua tiga tahun lepas sudah mengikuti bibit-bibit sejarah Islam Nusantara yang sudah mula timbul sikit demi sedikit. Pada waktu itu pun sudah ada ramai yang tahu akan adanya kerajaan Islam Ayuthia atau Kedah Tua.

Hari demi hari ada sahaja yang sedar akan perkara ini dan membuat kajian masing-masing. Kesedaran kepada sejarah yang benar ini mula mendapat perhatian ramai terutamanya sejak dokumen Undang-Undang Kedah kembali ke Tanah Melayu.

Antara yang menjadi perhatian ialah apabila keluarnya kuliah Mudir Darul Hadith Kedah iaitu Syeikh Zainol Asri Mohd Romli menceritakan pengalaman peribadinya bertandang ke Ayuthia.










Zakiyamani Tohai Saya pernah bersembang dgn seorang warga Pattani, katanya terdapatperigi Hang Tuah bersebelahan Masjid Kerisik, kebenarannya Wallahua'lam. Satu perkara lagi jika disingkap, Pattani juga diberi Gelaran pattani Darussalam,Acheh Darussalam dan hingga kini Brunei yang masih kekalkan Brunei Darussalam.




Hasrul Rizal Ulu melaka di langkawi...hilir melaka kat negeri melaka bayangkan betapa besarnya pelabuhan melaka masa tu...masyaALlah....



Pak Abu Ada maklumat mengatakan Ayuthiya di perintah oleh kerajaan Islam berbangsa Siam (bukan bangsa Thai). Dikatakan di Paris terdapat catatan dari pedagang Perancis pada masa pemerintahan Islam terdapat tidak kurang 20 masjid di Ayuthaya. Apabila kesulatanan Islam Kemboja di bawah diserang oleh tentera Die-Viet (Vietnam) keluarga sultan telah berpindah berlidung di barat. Maksudnya di Ayuthaya. Apabila Ayuthaya ditakluk oleh tentera bangsa Thai-Buddha dari sempadan Burma masjid-masjid telah diubah menjadi wat-wat Buddha. Orang dewasa dibunuh dan kanak-kanak dipaksa menganut agama Buddha. Namun sebahagian penduduk Islam Siam ini telah melarikan diri ke Tanah Melayu terutamanya Kedah. Sebab itu di Kedah terutamanya di pendalaman Kedah terdapat keturunan masyarakat Melayu yang bercakap bahasa Siam. Bahasa Siam berbeza dengan bahasa Thai. Mereka adalah bangsa Melayu Siam keturunan dari Ayuthaya dahulu. Dalam sejarah lama Eropah negara Thailand dikenali dan dicatatkan sebagai negara Siam. Ia merujuk kepada negara Islam Siam. Apabila negara ini dikuasai oleh bangsa Thai-Buddha ia telah diubah menjadi Thailand sebagaimana dikenali sekarang.




Gabriel Ally II Sy berkerja di singapura..sy pernah terbaca 1 artikel dlm Berita harian singapura tahun lepas mengenai kajian mendalam seorang prof.berbangsa Yugoslavia yg mengajar di NUS..sebenarnya kerajaan Melaka brmula dari Langkawi hingga ke kepulauan Riau..pusat ketenteraan armada laut Melaka berpusat di Temasik(singapura lama).pelabuhan di temasik di kuasai seorang laksamana Melaka.pada hujung 1500 5 org warga Okinawa telah di tawan kerajaan Cambodia..raja Okinawa telah menghantar surat yg ditujukan kpd Sultan Melaka untk meminta bantuan dan surat ini telah dijawab oleh wakil sultan iaitu laksamana ini..siapa laksamana ini?..surat ini masih wujud di muzium Okinawa...1 lagi sejarah barat mengatakan melaka bertahan hanya mengguna keris dan tombak adalah mitos yg di cipta untk melemahkan bangsa melayu itu sendiri..menurut manuskrip2 kuno yg tertulia dalam tulisan2 jawi bangsa melayu lah yg mencipta meriam2 kecil sehingga boleh di bawa oleh sesrorang askar dan ia menyerupai senapang moden