Monday, July 30, 2012

Eksekutif wanita TV9 ditemui mati - dibunuh atau bunuh diri?




EKSEKUTIF Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya, seorang eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar, 31, selepas keluar dari kamar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di Petaling Jaya, hari ini. - Foto BERNAMA
Aug 10, 2012 2:37 pm




16 Ramadhan 1433H. [MOD] -


Polis merekodkan empat lagi keterangan individu termasuk pemandu teksi bagi membantu siasatan kes Syaleza Jaffar yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya pada Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata tiga lagi individu yang diambil keterangan ialah seorang doktor, pengasuh anak lelaki mangsa dan rakan terdekat.

"Namun kita tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara ini. Mereka yang memberi keterangan ini merupakan antara saksi yang boleh membantu polis dalam menyelesaikan kes kematian mangsa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Sebelum ini, polis telah merekodkan keterangan daripada 10 individu termasuk dua rakan sekerja eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 itu dan dengan empat keterangan terbaharu, jumlah keterangan yang diambil ialah sebanyak 14 sehingga hari ini.

Mohd Adnan berkata ada beberapa saksi lagi yang akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu.

Syaleza, 31, ditemui mati oleh suaminya, Norazman Bashah dalam bilik tidur rumah mereka, dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada 10.15 malam pada Ahad lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama




Polis menahan suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu yang mayatnya dikatakan ditemui tergantung di dalam biliknya di Apartmen Saujana, Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat, Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan terhadap kes tersebut.

Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes kematian Syaleza di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza) di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk siasatan lanjut dan reman seminggu bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Allahyarhamah Syaleza selamat disemadikan 
Keluarga mahu tahu punca sebenar kematian Syaleza

Keluarga Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Apartmen Saujana Damansara Damai, Petaling Jaya kelmarin reda dan menganggap kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi, namun mahu punca sebenar kematiannya disiasat.

Bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, berkata, keluarganya yang masih diselubungi perasaan sedih dan terkilan kerana punca dan cerita sebenar mengenai kematian mengejut anak keduanya itu masih belum jelas.
"Saya reda dengan ketentuan-Nya yang mahu anak saya pergi dahulu, namun saya terkilan kerana punca dan cerita sebenar meragut nyawanya masih belum jelas hingga kini.

Kronologi Kematian Syaleza Jaffar


Berikut adalah krologi penuh kematian Ekesekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar bermula dari penerimaan status Blackberry Messenger terakhir Syaleza sehingga penahanan suami mangsa iaitu Norazman Bashah.
-Status Blackberry Messenger terakhir Syaleza yang sempat ditulis berbunyi ‘sabar duhai hati’ kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu.

-Beberapa jam kemudian, Syaleza didakwa bertengkar dengan suaminya, Norazman Bashah, di rumah mereka di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Sungai Buloh.

-Syaleza dipercayai mula mengurung diri dalam bilik selepas bertengkar.

-Jiran rumahnya memaklumkan turut mendengar pertengkaran yang terjadi antara Syaleza dan Norazman yang dikatakan puncanya adalah kerana suaminya pulang kerja lewat.

-Norazman mendakwa dia bertindak memecah masuk pintu bilik selepas terdengar bunyi dentuman dari dalam bilik ketika hendak memanggil isterinya berbuka puasa.

-Norazman kemudian mendakwa melihat isterinya tergantung pada siling dalam keadaan tidak bernyawa kira-kira pukul 7 malam.
-Abang sulung Syaleza didakwa menerima berita kematian arwah pada pukul 9.30 malam selepas dimaklumkan oleh Norazman.
-Pasukan bantuan perubatan tiba pada pukul 10.30 malam.

-Norazman kemudian ditahan sebaik upacara pengebumian Syaleza di Segamat, Johor selesai pada pukul 10.15 malam kelmarin.





Petaling Jaya – "Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.

Gambar: Status BB milik mangsa sebelum ditemui meninggal dunia.

Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan
.



Eksekutif wanita TV9 ditemui mati


Polis telah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar (gambar kiri), 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam tadi di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa.

Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.

"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," kata Arjunaidi.

Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.

Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, bapa mangsa Jaffar Bakri, 60, berkata beliau hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya.

"Anak saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh suami Syaleza kira-kira 9.30 malam tadi," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini.

Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat.

"Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya yang tinggal di Segamat, Johor.

Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. 



Ada kesan jerut, ahli keluarga eksekutif stesen TV ditahan

30 Julai 2012
KUALA LUMPUR - Polis telah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam tadi di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa.

Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.

"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," kata Arjunaidi.

Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  - Bernama

SINAR HARIAN
29 Julai 2012
PETALING JAYA - Seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat Syaleza Jaffar, 31, ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah, pada kira-kira 7 malam.

"Mayat mangsa ditemui di bilik kedua rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu dan buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sementara itu, bapa mangsa Jaffar Bakri, 60, berkata beliau hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya.

"Anak saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh suami Syaleza kira-kira 9.30 malam tadi," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini.

Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat.

"Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya yang tinggal di Segamat, Johor.

Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama

No comments: