Saturday, January 2, 2010

Cuti-cuti Hujung Tahun 2009

Kuantan, Pahang.

Untuk tahun ni, cuti-cuti Malaysia hujung tahun lebih kepada ingin jumpa sanak saudara. Rasanya ini sajalah cara untuk mengeratkan hubungan antara kaum keluarga. Kalau asyik jumpa kawan-kawan je, meminggirkan kaum keluarga tidak elok juga. Sebelum sampai Kuantan, jumpa abang aku, OTW balik Kelantan. Lunch sekali kt restoran ombak.


Selepas sampai di Kuantan, aku terus cari jalan untuk ke Gambang Water Park. Saja survey2 untuk cuti-cuti akan datang. Sebelum ni dah plan dengan kawan-kawan pejabat tapi masih belum jadi lagi. Macam-macam hal pulak berlaku. Lepas survey lebih-lebih kurang, barulah aku ke rumah mak sedara aku, Makcik Dah (adik bongsu arwah abah, kembar dia ada kat Pasir Gudang) di Felda Lepar 5. Dulu masa kecik-kecik diorang dok kat Felda Aring, Gua Musang. Lepas tu ditukarkan ke Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah. So aku dengan wife bermalam di sana untuk semalaman.


Skudai, Johor.

Hari kedua perjalanan pula ke Skudai, Johor. Perjalanan yang sangat meletihkan. Dengan resdung (flu) sampai buat telinga tersumbat. Erkkk sangat-sangat tidak selesa untuk drive. Yang paling tak best, apsal aku kerap sangat buang air kecil? erkk mengganggu betul. Dah sampai Muazam Syah, stop. Sampai Segamat pulak jalan banyak "trepik lait". Then terus menghala ke Yong Peng, antara jalan yang sangat boring, bila la nak masuk highway N-S ni.

Jam 4 rasanya sampai Skudai. Rehat dalam kete jap, sangat sakit belakang dengan keadaan badan hampir demam. Sampai je terus tukar minyak enjin dan minyak gear, thanx to my abg ipar. FREE hehehe. Hari kedua tukar player kereta, player lama dah rosak. Lagipun dulu ade silap pasang wayar kat Trg. Mase gi komplen boleh plak tak emngaku salah pasang. Jangan harap aku nak gi lagi kedai mung.

Hari kedua apa lagi, layan movie ler. Tengok The Storm Warrior (tak best sangat), dan Avatar (awesome). Cerita yang sangat hebat. Wife bawak anak2 sedara, erkkk salah tgk movie ni, sian diorang, bukan paham sangat. Kalo tengok Princess and Frog ok jugak bawak diorang.

Melaka.

Selepas 2 malam di Skudai, aku teruskan pula perjalanan menghala ke KL. Sebelum tu, singgah dulu Melaka. Exit Simpang Empat, dekat je rupanya exit tu dengan A Famosa Resort. Senang je la nak pegi sana nanti-nanti. Kemudian jumpa Kak Ina, bekas jiran kat terengganu yang sangat baik hati dan berjasa pada aku. 5 minit je umah dia dengan A Famosa Resort tu. Wow, siap dah bukak kolam ikan. Simple je bisnes dia, sapa-sapa boley pancing, dapat ikan besar bayar ikut berat ikan, then lepas balik ikan tu dalam kolam. Kalo dapat ikan bawah 3kg, boleh la bawak balik. Tapi tak sempat nak bermalam rumah dia, masa cuti yang suntuk. Bunga-bunga depan umah dia? hurmm tak payah citer, cantik giler kak ina hias.



Kemudian terus terkejar-kejar ke Umbai. Nak belasah ikan bakar kat sana. Jem la pulak. 7.30mlm baru sampai sana.


Kuala Lumpur.

Selepas Melaka, tiba di KL dalam jam 10.30 mlm. Penat... tdo awal ler.

Esoknya shopping day, aku beli sluar untuk keje je. Yang lain dah banyak beli. teman wife n kakak dia je lah. Petangnya pulak, ajak pije main tenis kat Genting Court. Bley plak diorang main basketball atas tenis court, pastu tak lari, nak main pun, tepi2 la sikit. bukan kitorang nak main semua court pun. Cakap lebih2 kang kate rasis pulak.


Malamnya pulak main badminton kat KLRC. heheheh dapat belasah pije 21-10 hahahaha. Pastu minum kat belakang KLRC tu. erkkk konfius kejap aku, tp tpt poco-poco rupanya. Dah la semua berumur. Siap ade artis lama, Sabree Fadzil.

Kuala Terengganu

Selepas 6 hari. sampai juga di rumah. Penat.... tapi puas. Cuma taks mepat nak singgah beberapa rumah sepanjang perjalanan, lain kali ok.

My family pula datang dari kampung, saje datang nak tengok dapur terbakar dulu. Esoknya aku bawak gi jalan-jalan kat masjid kristal. Eh, macam pelik pulak, tiap kali orangd atang terengganu, mesti bawak gi amik gambar kat masjid kristal. Biasa bila gi masjid orang solat sebab nak amik keberkatannya. Wallahualam.