Sunday, September 25, 2011

Wasiat Suami Kepada Isteri

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...

Disebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...

Hadi : " Imah..sebelum aku mati nanti..aku ingin berpesan padamu.."

Isteri : "Iya bang..cakaplah.. "

Hadi : "Aku mahu kau kahwin dengan Hamid bila aku dah tiada nanti..."

Isteri : "Ishh..abang nie..kan Hamid tu musuh ketat abang selama ni?!! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya..

Hadi :"Aku ingin dia menderita seperti aku alami 30 tahun bersamamu.."



Wednesday, September 14, 2011

Misteri Binaan Piramid Dijawab Oleh Al-Quran




Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?


Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.


Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan


Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:




وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ





"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta."



(Al-Qasas: 38)





Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.


Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.







Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)


Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of the American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.


Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.






Profesor Davidovits


Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.


Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."







Piramid Bosnia



Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.




Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.





Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.


Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.


Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.


Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.






Tuesday, September 13, 2011

Hutang dengan Tuhan !!!

Masa kecilnya ramai memuji
Wahhh baiknya budak ni
Kaki surau
Belajar pandai

Umurnya meningkat lagi
Sudah pandai bermain perasaan
Sudah pandai meluahkan secara gentlement
Prinsipnya juga sungguh kuat
Mengagumkan ramai, dipuji ramai

Bile mempunyai tanggungjawab
Beliau berubah
Lupa prinsip, lupa segala-galanya
Merentas batasan mencanggah tabii
Sehingga hampir setahun berhutang dengan Tuhan
Sujudnya hanya seminggu sekali
Tanggungannya dibiarkan sama
Bila akan habis, masa akan merawat atau menjadi saksi bisu!
Dayus.

Perlahan-lahan hutang dibayar
Mengharap ehsan Tuhan moga umur panjang
Semoga hutang itu dapat dilangsaikan
Sikit-sikit.

Ribut melanda tiba-tiba
Badai menghempas
Awan menutupi sinar matahari
Terkumat kamit melihat tidak percaya
Konon ingin gentlement semula
Tunduk
Dayus

Semoga ada sinar
Kerana jalan itu tetap lurus dan benar, walaupun perit...




Penat...

Mulut sudah penat berbicara
Tentang hal dan perihal orang lain
Apa yang orang lain buat semua salah
Semua tak betul, kita sahaja yang betul
Kadang-kadang jika mereka tahu
Adakah mereka akan maafkan kita?

Mulut sudah penat berbicara
Mengutuk sana sini
Jari telunjuk menunjuk ke dahi orang lain
Dalam masa yang sama, 4 jari lain menunding diri sendiri

Akhirnya
Yang selalu dikata nista, terus melakar perubahan hidup
Terus menikmati kehidupan, menggapai kebahagiaan
Masa merawat segalanya, lambat atau cepat
Masa tetap akan merawat segala-galanya

Sedangkan
Si mulut yang suka mengumpat
Terus hidup dalam angan-angan
Mengimpikan khayalan
Masa bukan merawat, tapi masa menjadi saksi
Saksi kualiti hidup semakin berkurangan
Di kala orang lain terus menggapai kejayaan hidup.

Kesian....







Sunday, September 11, 2011

10 Tahun Sebelum Malaya Merdeka

Beberapa perkara yang tiada atau tidak ditel dalam buku teks Sejarah...









"apsal keris nak taruk kat situ?



Saturday, September 10, 2011

Wahai Muslimah, bangunlah dari mimpi !!!


Wahai Muslimah, bangunlah dari mimpi !

Pernahkah anda bermimpi lalu terjaga daripada tidur dan rupa-rupanya jaga itu pun masih lagi sebenarnya adalah sebuah mimpi ? Pasti menyeramkan dan menyedihkan apabila apa yang anda rasai, sangka dan anggap sebagai realiti itu sebenarnya adalah cuma sebuah fantasi atau lebih tepat lagi disebut sebagai sebuah mimpi !
Demikianlah perumpamaan yang mampu saya berikan kepada kaum wanita yang tersesat dan dikhayalkan oleh godaan duniawi. Bumi dan langit yang begitu tinggi dan besar kejadiannya kelihatan begitu ringkas dan kecil “significant”nya dalam kehidupan mereka.

Sedangkan Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi itu lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Al-Mukmin : 57)
Mereka tidak peduli !

Bangun pagi seperti sang puteri, dilayani manja oleh ibubapa selama mereka masih setia menjadi anak yang taat dan tidak berkahwin lari…kemudian ke sekolah atau kolej bagi meneruskan rutin harian mereka….

Belajar….kenapa belajar ? Kerana…kena belajarnya…semua orang pun belajar…lagipun kalau belajar dapat ilmu baru dan boleh dapat sijil dan dapat mencari kerja….bila dah kerja dapat gaji boleh balas jasa ibu dan ayah….

Senyum lebar ibubapa dan bahagianya rasa apabila mendengar jawapan si anak…!

Apakah sempat mereka memikirkan kebesaran Allah yang menghidupkan dan mematikan ? Yang telah membangkitkan mereka dari tidur yang lena ?

Tidak !!!

Sudah lewat ? Hari ini ada periksa ? Ada janji temu (dating) dengan teman lelaki ? Itulah yang ada di dalam benak pemikiran mereka.

Ubudiyah kepada Allah? Apa kejadah tu ….?

Mimpi di zaman kanak-kanak

Semenjak kecil para wanita ini membesar dengan asuhan yang salah oleh ibuabapa. Mereka tidaklah dibesarkan sebagai amanah Allah yang perlu diserahkan kepada seorang lelaki (suami) kelak pada masa hadapan…tidak!

Sebaliknya mereka dibesarkan sebagai seorang puteri yang comel dan merupakan harta dan perhiasan yang berharga oleh pihak ibubapa dan dijaga dengan penuh kasih sayang dan kemanjaan.

Maka anak perempuan itu pun hiduplah dalam mimpi bahawa bahagia itu miliknya, tiada apa yang akan terjadi kepadanya kerana ibubapa sayang kepadanya, ada kereta, ada rumah, ada wang, ada sekolah dan ada mama dan papa yang saling sayang menyayangi dan amat cinta kepadanya !

Tup-tup !

Ibubapa bercerai…mama dan papa mati…keluarga jadi miskin, sekolah banjir dan pelbagai lagi tragedi yang boleh menimpa maka terjagalah anak perempuan ini sekejap dari lena dan tidur yang panjang !

Terjaga !!!

Bahawa apa yang dia miliki selama ini boleh hilang….trauma…takut dan sedih dan rasa tuhan tidak adil….! kenapa kau ambil ibubapaku ? Apa salah mama ? Apa salah papa ? Kenapa ambil mama dan papa ? kenapa mama dan papa bercerai ??

Blaming game pun bermula….

Mimpi di zaman remaja.

Anak-anak gadis di zaman remaja amat dahsyat mimpi mereka…sukar dikejutkan dan amat payah terjaga dari lena dan tidur yang panjang !

Mereka ada bilik sendiri, ada ruang sendiri, ada pemikiran sendiri, ada rakan dan hak-hak tersendiri….minta dihormati, perasaannya perlu dipertimbangkan dan dia merasakan bahawa semua orang perlu menghormatinya !


Dia bermimpi bahawa hidup ini adalah miliknya, dialah ratu dan dialah dirinya sendiri yang serba hebat….jatuh cinta dan dipikat oleh sang keldai lelaki dalam kelas atau di pusat pengajian tuisysen…tertarik, tertawan…oh manisnya dunia dalam dakapan sang lelaki yang tak ketahuan…

Jika bernasib baik perhubungan akan terputus sebab lama tidak berhubung, terpisah oleh kesibukan belajar atau kerana bertemu rakan baru. Jika bernasib tidak baik dan mak bapa pun tidak ambil peduli sebab bukan kahwin lari maka mungkin budak perempuan itu boleh bunting kerana hari-hari berlaku ujikaji biologi dalam bab pensenyawaan dan hubungan badan.

Jika cerdik makan ubat, jika tak cerdik dan dunggu maka akan menangis, sedih dan kemudian keluarga akan memujuk supaya kejadian perit itu dilupakan….

Terjaga sekejap dari mimpi bahawa zaman persekolahan dan kolej ini memang penuh dugaan…


Sambung mimpi lagi…


Di university pula ada persatuan, ada jamaah dan pertubuhan maka kaum muslimah ini pun bermimpi bahawa itulah perjuangan hanya sebab mengikuti usrah kecil-kecilan dengan buku shaari sungib jadi bahan bacaan atau pun buku ustaz Fathi Yakan maka dianggaplah bahawa mereka sedang berdakwah dan berjuang setaraf mujahidah dan mujaddidah !

Usrah dan tamrin dihadapi dengan penuh perasaan, tangis-tangisan, sungguh bersungguhan kerana adik-adik akan mengantikan kakak-kakak dalam perjuangan….adik-adik pelapis generasi hadapan kolej atau ajk surau sekian-sekian….menangis…

Malam itu gadis ini tidur dengan nyenyak dalam keadaan merasakan dirinya hamba yang dikasihi tuhan….dirinya exco dakwah dan pelapis perjuangan kolej sekian-sekian…

Mimpi bersambung lagi…

Tidak lama menjadi ajk sayap kiri kanan depan belakang muslimin maka muslimah ini pun akhirnya memikat burung-burung jantan yang ada di dalam satu sarang jamaah….sms, surat, warkah dakwah dan iman….cinta-cintan perjuangan…ana suka pada ente…jom ke masjid dan dakwah sama-sama….cairlah sebuah keteguhan yang dibuat-buat…tergodalah prinsip muslimah sejati wadah perjuangan murni yang dijadikan tema tahun ini….

Tidak lama kemudian muslimin tak jadi bernikah, ibubapa tak sudi, kena dengar cakap mak bapa…ada pula bernasib tidak baik sudah melakukan maksiat bergesel-gesel badan tetapi hati kemudian berubah kerana bertemu ustaz idaman…Oh ustaz…ana sudah istikharah…..condong hati ana ke ustaz….ceh…

Cinta-cintan di zaman belajar berapa banyak yang berakhir dan berkesudahan ? Semuanya hanya mainan perasaan…

Kecewa dan dikecewakan….terjaga sekejap dari mimpi…

Hantar email ke ustaz emran…minta panduan dan cara muhasabah diri, banyak dosa sudah dilakukan bla-bla…cerita yang sama tetapi watak yang berbeza ….Ustaz saya ingin bertaubat…

Minta dicarikan muslimin soleh dan lelaki yang mampu membimbing…sekian dan sekian…

Maka terjagalah dari mimpi buat ke sekian kali…

Namun mujurlah sempat kembali dari yang masih terus hanyut dalam alam percintaan…berkahwin dan membina rumahtangga dan melayari bahtera dalam kapal yang penuh bocor dan kerosakan !

Di tengah perjalanan ada arus berlaku pergolakan….si isteri menekan suami…suami menyalahkan isteri dan berlaku perceraian…

Ustaz emran, saya ingin bertanya tentang suami saya…,bla-bla-bla…

Masalah yang sama…watak yang berlainan….




Kasihan dengan kaum wanita yang kebanyakan hidupnya tidak pernah menikmati realiti dan hanyut oleh mimpi. Ketika kecil dia dibesarkan dengan didikan yang tidak menurut kehendak Allah. Dia dibesarkan tanpa menyedari tanggungjawab dan tujuan hidup di atas muka bumi Allah SWT.

Justeru hidupnya adalah seperti mimpi yang tak pernah terjaga dan gagal merasai reality dan erti sebuah kehidupan yang sementara ini.

Diriwayatkan bahawa Abu Bakar As-siddiq ra pernah berkata : “Barangsiapa yang memasuki kubur tanpa membawa bekalan maka dia seolah-olah mengharungi lautan tanpa menaiki kapal.”

Masih saya ingat lagi, tentang kisah seorang muslimah yang ketika 5 tahun dahulu pernah bertanya saya, Salam ustaz, saya ada seorang kekasih yang sangat saya cintai…dan sekarang setelah 5 tahun berlalu maka dirinya itu dan kekasihnya pun sudah menjadi milik orang lain. Begitu juga dengan wanita yang bertanya 4 tahun dahulu, ustaz saya ada seorang suami dan bertanya saya tentang suatu masalah dan kini mereka pun sudah bercerai…

Seorang budak sekolah dan gadis remaja bercinta dengan rakan sekelasnya, berapa lamakah cinta itu akan bertahan ?

Tanyalah diri anda sendiri…apakah kehidupan yang anda lalui sekarang ini ialah mimpi atau pun sebuah reality.

Sumber: http://ustaz.blogspot.com/2011/09/wahai-muslimah-bangunlah-dari-mimpi.html









Friday, September 9, 2011

Ada apa dengan Weekend???

Weekend??? Hurmmm ngeri dengar. Aku doa cepat2 ari ahad supaya dpt masuk kije cepat2. Kalo x, aku akan tdo sepanjang hari.... this is my life, yg x pernah terfikir sebelumnya!!!!




Fakta MENGEJUTKAN Disebalik Serangan Bukit Kepong

RAYMOND DANCEY Ketua Balai Polis Bukit Kepong



Sebaik saja Jepun kalah di dalam peperangan dunia ke-2, tentera-tentera Gurkha dan Fiji mula menunjukkan belang mereka di Tanah Melayu. Berdasarkan maklumat dari Pak Johan dan Awang, perangai tentera ini yang suka bermabuk-mabuk dan gilakan perempuan meresakan penduduk kampung.





Barangkali mereka di luar sana boleh merujuk kepada orang-orang lama yang masih hidup bagaimana perangai tentera Fiji dan Gurkha semasa pendudukan British di Tanah Melayu. Tanyalah benarkah mereka ini akan mengambil mana-mana perempuan yang mereka suka?. Jawapan dari XPDC yang kami lalui adalah memang benar. Mereka menjadi antara punca kebencian orang kampung dan Mat Indera terhadap British.


Sebelum saya menyentuh isu serangan di Bukit Kepong, saya ingin pembaca membuka fikiran terlebih dahulu. Fakta-fakta ini hendaklah dibaca tanpa anda menghakimi siapa pengkhianat dan pejuang terlebih dahulu. Bebaskan diri anda dari kecenderungan anda sama ada kepada media Kerajaan atau Pembangkang.

Fakta penting yang harus anda tahu ialah, kebanyakkan pegawai-pegawai atasan Polis di Tanah Melayu ketika itu adalah daripada tentera British. Sebenarnya tujuan penyerangan PKM Bukit Kepong adalah SAMA seperti penyerangan pembunuhan ke atas Sir Henry Gurney. Cuma kesudahan serangan itu memberikan kesan yang berbeza.

Henry Gurney dilantik oleh British menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Kita imbas kembali peristiwa serangan PKM terhadap Henry Gurney. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frasser ketika sedang di dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat. Dia diserang hendap oleh PKM dari Parti Komunis Malaya. Kereta Roll Roycenya ditembak di tengah perjalanan. Serangan yang diketuai Chin Peng itu hanya untuk membunuh Henry Gurney sahaja - seorang ketua penjajah British. Isteri dan anaknya dibiarkan hidup ketika serangan itu di bawah arahan ketua mereka - Chin Peng. Jadi anggota PKM mematuhi arahan supaya membebaskan anak dan bini Henry Gurney.

Berbalik kepada serangan di Bukit Kepong, Mat Indera bersama bantuan PKM telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang Ketuanya ialah Ray Dancey - seorang tentera penjajah British. Bagaimanapun pada hari serangan iaitu 23 Februari 1950, Ray Dancey tiada di situ. Dan perkara itu diluar pengetahuan Mat Indera. Rancangan asal, Mat Indera bahawa serangan itu hanya sebagai amaran terhadap kerajaan British dengan membunuh Ray Dancey, namun beliau hanya menyedari ketiadaan Ray Dancey pada hari penyerangan tersebut.

Bagaimanapun ada percanggahan pendapat dari Baharum (adik Mat Indera) dan Pak Yahya (adik Pak Sanib - rakan baik Mat Indera). Menurut Baharum semalam, Mat Indera tidak terlibat di dalam serangan itu, Mat Indera hanya hadir lewat ketika serangan tetapi untuk menyelamatkan anggota Polis. Tetapi maklumat yang diterima oleh Pak Yahya daripada abangnya Pak Sanib, Mat Indera menggunakan bantuan PKM untuk melakukan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan disasarkan ke atas Ketua Polisnya Ray Dancey. Bagaimanapun fakta yang sama dari kedua-dua belah pihak adalah Mat Indera bukan seorang anggota Komunis.

Memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang ketika serangan itu, pertempuran mula tercetus apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang anggota PKM yang sedang memotong kawat berduri balai polis tersebut. Selepas itu berlakulah pertempuran yang sengit dari kedua-dua belah pihak. Walaupun didesak untuk menyerah diri, Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah diri.

Selepas PKM berjaya menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Usaha terakhir yang dapat dibuat oleh Mat Indera bagi meredakan keadaan ialah dengan memujuk Mariam supaya merayu agar polis menyerah diri. Bagaimanapun tawaran ini tidak diendahkan oleh polis. Akhirnya serangan itu berakhir dengan sebuah tragedi yang kita ketahui, dan Mat Indera tidak dapat menghalang serangan balas anggota PKM terhadap anggota polis. Kerana apa anggota PKM tidak memperdulikan arahan Mat Indera, sebab Mat Indera bukanlah ketua mereka. Mat Indera bukan Chin Peng. Menurut perbualan kali terakhir Mat Indera bersama Pak Johan sebelum beliau dihukum gantung, Mat Indera menafikan dirinya adalah seorang anggota komunis, apatah lagi ketua mereka. Mat Indera hanya bergerak di dalam serangan itu dengan bantuan PKM untuk memburu Ray Dancey, namun nasi sudah pun menjadi bubur. Anggota Polis yang ketika itu dibawah jajahan British pula menjadi mangsa.



Yusof Rono MM 7645


Apa yang dapat Mat Indera lakukan ketika itu hanyalah melindungi saki baki polis yang terselamat, antaranya ialah Yusof Rono yang ketika itu diacukan senapang di kepalanya oleh salah seorang anggota PKM, Mat Indera telah menghalangnya daripada menembak Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah! kita dah dapat apa yang kita inginkan". Ini membuat Yusof Rono terselamat daripada terbunuh. Malah isterinya mengakui insiden tersebut di dalam satu temubual terbitan RTM yang dikeluarkan pada tahun 1970an dengan berkata 'Askar komunis melayu menyelamatkan yusof rono'.

Tragedi Bukit Kepong ini telah dijadikan modal sebagai dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera yang kononnya seorang pemimpin Komunis dan menentang kerajaan British. British telah menaikkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Sebelum peristiwa Bukit Kepong, tawaran hadiah terhadap tangkapan beliau adalah $25,000 jika hidup-hidup, dan $10,000 jika mati.. Sehinggalah akhirnya Mat Indera berjaya diperdaya rakan baiknya Mat Tukyo untuk menghadiri kenduri di rumah Wak Bladang...