Showing posts with label selingkar kisah. Show all posts
Showing posts with label selingkar kisah. Show all posts

Monday, July 23, 2012

Sunday, June 10, 2012

Ulang tahun kelahiran 7 Jun 2012


1. Beli hadiah burfday untuk diri sendiri.

Dah menjadi kebiasaan dari kecik, membeli hadiah ulang tahun kelahiran untuk diri sendiri. Rasa seronoknye berbeza. Maklum la masa kecik2 sapa sangat nak bagi kat kita kan? :p

Nak nak plak, kite dah mampu skang. Kalau dulu memang kalo beli jersey, beli made in golok je la, mana mampu, nk beli golok grade A pun x mampu. Skang dah mampu, beli je la. Tak baik kalo Tuhan bagi rezeki, kita dok perappp je.

Delivery note sengaja diletakkan jugak kat sini khas untuk member aku Mohd Fadzli Badaudin, ada ke ingat aku beli local. last aku beli baju menyu zaman vodafone. lepas tu hhuduh giler design, nak nak yg ada V shape kat dada.





2. Ulang Tahun kelahiran yang dirancang oelh my wife.

a). Dinner kat Permai Inn, KT.

Mabelessss... walopun agak rushing kt sana. Last dinner situ masa last sem blaja UPMT dulu. TQ my wife. Bawah ni gambor yang telah di instagram kan. Ahli mcm biasa lah, xda org lain dah hahha. Along dgn Sha x bergambor skali la pulok....



heheheh ni kek yg wife aku tempah, amcam? kau hade????




Hadiah aku tahun ni? Jam Zizang hahahahahhha, TQ sunor!!!!!!!!!! konspirasi btol jam ni, sampai aji (farazi) pun terlibat sama hahahah.








b) Kek peberet....

ni kek peberet aku at the moment. Beli kat Secret Recipe. Ada pisang kat dalam, entah ape name dok ingat. hahahahahahaha. TQ my wife :)




c) Sambut kat opis, INOS.

Ni lagi satu kek besday, amcam? dah 3 kek aku. hhohohohohoho. Bijok btol kek skang, bley print mcm2, bley makan pulok tu.




Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku bermacam-macam kegembiraan pada tahun ini. Segala ujian dan keperitan aku hanya mampu pendamkan jauh di sudut hati. Terima kasih kerana mengurniakan aku kebahagiaan di kala sinar di hujung terowong semakin kecil. kini, ia semakin membesar. Alhamdulillah :)

Sunor, terima kasih kerana kesungguhan menyambut kelahiran abg dan ulang tahun perkahwinan kita :)

Saturday, February 18, 2012

Gambar Menara Azerbaijan – Bakal Bangunan Tertinggi Di Dunia

Azerbaijan Tower atau Menara Azebaikan yang akan mula dibina tahun hadapan bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 3,445 kaki (1,050 meter). Menara Azerbaijan akan mempunyai 187 tingkat dan apabila siap akan melangkaui ketinggian Burj Khalifa dan Kingdom Tower yang sedang dibina di Jeddah.


Menara Azerbaijan ini akan menelan belanja sekurang-kurangnya USD 2 Billionmanakala pembinaan Khazar Islands sekitarnya pula sekitar USD 100 Billion! Azerbaijian Tower dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2020. Jom tengok gambar menarik Menara Azerbaijan yang bakal dibuat ini. Memang cantik!






Friday, February 17, 2012

Agenda Tersembunyi Kafir Untuk Menghancurkan Islam



William Ewart Gladstone (1809-1898), bekas PM Britain zaman Queen Victoria pernah mengucapkan"Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.

Theodore Hertzel, pencetus idea penubuhan negara Yahudi (menulis buku Negara Yahudi : 1895), "Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan kekuasaan. Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran" - Ucapan beliau di Persidangan Yahudi di Basel, Switzerland : 1897.

Arnold Toynbee menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perhatian kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”


Samuel Zweimer, Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya di hadapan para orientalis di sebuah konvensyen, “Sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di negara-negara Muhammad (negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu akan jalani, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu mesti membekalkan dan mempengaruhi ramai orang bijak pandai dalam kerajaan–kerajaan Islam bagi menjayakan perjalanan di atas jalan yang telah kamu asaskan, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam. Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila mereka mengumpul wang, maka ianya hanya untuk kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Mereka memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya. Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”

Fidel Castro, pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka, “Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya ada di dalam masyarakat Islam. Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga kepentingannya. Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab di sekitarnya sebagai negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama negara sosialis Israel.”

Callaghan, bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap agama Islam yang berkembang pesat di Britain di mana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut.

Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, “Di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran”.

Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “Persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”

Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas, “ Boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.

Jewish Cronical, majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di universiti-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam, “Pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”

Lawrence Brown berkata, “Pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita, begitu juga dengan Jepun, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.”

Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini menyatakan, “Sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak. Tetapi kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”

Pemimpin Tertinggi Freemason, “Kita hendaklah menguasai golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.”

Pemimpin Tertinggi Imprealis, “Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”

Karl Marx, pengasas ideologi sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada akidah ketuhanan, beliau menjawab, “Penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian ke arah pementasan drama.”

Miyen, seorang pemimpin di Burma membuat kenyataan, “Jangan biarkan orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan Islam).”


10 Rancangan Kuffar Untuk Menghancurkan Islam

  1. Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.

  2. Menghapuskan Al-Qur'an.

  3. Hancurkan akhlak Muslim, fikiran, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.

  4. Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.

  5. Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.

  6. Lemahkan bangsa Arab.

  7. Dirikan negara diktator di dunia Islam.

  8. Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.

  9. Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.

  10. Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.

Tuesday, February 14, 2012

Kuch Kuch Hota Hai 1998-2012


DULU

Aku marah-marah adik aku yang suka layan hindustan. Apa taknya, buang masa mengadap sampai 3 jam baru nak abis. Masa tu memang kaki filem hollywood je. Sori la nk layan industang guling2 keliling pokok.


DULU

1998. Masih belajar di KYPM KB, Matrikulasi UPM. Hari tu hari Khamis. Sorang kawan mengajak lepaking umah famili dia area Kubang Kerian.

Ada citer menarik ke?

Ceh, mai ah, ada CD baru ni.

Ok set, jom ramai2.

Sampai je umah, tanpa mandi tanpa hape, kitorang parking baik punya depan PC baru katakan. Sambil tunggu member dok pasang CD.

Hahhhhh.... hinduste?

Nate, x oyak!!!!

Tgk dulu bengong, sedap cite neh. Cite dia lain dari lain.

Hurmmm layan jelah. Nak buat mcm mana....

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

Sedap juga. lain dari lain la. Pakaian pun up to date. Takde dah stail keliling pokok, jadi ular la, tendang elikopter, angkat ketapi, tumbuk trak polis smapai melayang ke.

Akhirnya.... Cd untuk peribadi dibeli. Di ulang entah sampai ke berapa kali. Tak cukup dengan itu beli CD original. Tak cukup dengan itu, beli yang special edition, siap ada rakaman scene yang di potong. Semuanya boleh tgk.

Termasuk scene Kajol jatuh basikal muka sembam ke tanah masa nyanyi lagu pertama.

Dan SRK baling basketball ke belakang, tanpa disangka, ia terus masuk ke jaring, KEBETULAN, :)


DULU

1999-2002, Ada kawan kami layan cite KKHH sampai 3 kali sehari. :)

Itulah penangan cerita KKHH, mengembalikan semula cerita hindustang yang suram sebelumnya. Ia mula bangkit melalui cerita Dilwale Dulhaniya Le Jayenge sebenarnya, tapi masa tu tak tengok sangat. Pakaian, sinematografi dan gaduh2 masih sama dengan cerita zaman kesuraman hindustan.

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................

.....................................


2012

Tiba-tiba, TV3 menayangkan semula. Fenomena KKHH kembali segar. Status facebook masing-masing semuanya pasal KKHH.

Slot Panggung Sabtu pada 11 Februari lalu berjaya meraih jumlah penonton tertinggi iaitu hampir 3 juta menurut sumber daripada Nielsen Audience Measurement.

Mengagumkan.

Walaupun di India, filem yang paling legend dengan jumlah minggu tayangan paling lama ialah Dilwale Dulhaniya Le Jayenge, namun KKHH adalah filem sebenar yang membuatkan ia kembali ditayangkan di seluruh dunia kembali tanpa mengira etnik.
Bravo to Karan Johar, SRK, Kajol dan Rani.
Oit..
Jgn lupa, Johny Lever sangat membantu filoem ini hahaha.

p/s Tina, i luv u..... :p

Sunday, February 5, 2012

Sebab hebatnya lelaki

1.Lelaki tidak detail dalam percakapan
Contoh kes: Kes baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what’s his comment dier just cakap: “Mm..dah nak putus nak wat camne…”

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi
Contoh kes : BOLA!hehe..Jangan marah yea wanita kalau lelaki sanggup bangun malam untuk tengok live perlawanan bola!

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta
Contoh kes : Mesti, moto @ kereta diistilahkan sebagai isteri bagi lelaki tau!huhu..lagi yang minat barangan elektronik @ gadget, berhabis duit,kepuasan..hihi.. Perempuan boleh berhabis untuk barang kemas dan alatan solek, kenapa lelaki x boleh?

4. Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga
Contoh kes:Dalam filem, sering kita lihat hero muncul tiba2 di rumah lovernya dengan sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!
Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5. Lelaki tidak bergosip
Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yang nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorang, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6. Lelaki selalu mengaggungkan Ibu mereka
Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa-apa tentang ibunya.

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!
Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

Thursday, February 2, 2012

nak cari moto, jumpa babi

Aritu, pinjam moto member, rasa seronok plak bila org pakat dok pakai moto. Aku pakai kete je semua, g main badminton ke, tenis ke, buang sampah, beli paper/komik, gi masjid, semua dgn kereta.

Bila dapat pinjam hari Jumaat hari tu, seronoknya bukan kepalang. Dapat merasa sekali gi Jumaat, dapat merasa sekali gi main tenis, dan sekali gi tlg member tuan moto potong rumput belakang umah dia.

Isnin kemudian, moto hilang kt umah, bangsay pencuri itu. Tak sampai seminggu aku pinjam, dah kena rembat. Hilang sudah gelaran kawasan putih/bersih Kg Tok Jembal daripada jenayah.

Redha je lah. Semoga Tuhan ampunkan dosa aku yang menyumpah seranah pencuri tu.

Satu hari, dekat selekoh umah aku, ada kawasan semak. Baru balik dari opis, sebelum sampai umah, singgah dulu. Nak intai dalam semak, kot kot ada dalam tu kan. Dulu ada kes moto kawan seminggu dia tidurkan dalam semak, rezeki jumpa balik bila tuan tanah datang menebas semak area tu.

Aku masuk dalam semak tu. Makin lama makin jauh. Sunyi. Belum ada tanda-tanda nampak moto yang hilang tu. Kemudian...

Srrrr.... bunyi sesuatu. Mendengus.

Nampak sekor babi hutan baru bangun, melihat tepat ke arah aku. Aku pun....

Babiiiiiiiiiiiii........ babi............... babi....................

Jerit panjang, sambil berlari ke kereta, merempuh semak samun yang ada.

Sampai ke kereta, aku terus masuk dalam kereta, tutup pintu. Sah babi tu tak ikut aku.

Kesudahannya.... sakit lutut kanan sampai 2 hari setengah sebab berlari laju dengan mengejut.

Tuesday, January 31, 2012

Nasib tulisan jawi semakin membimbangkan - Pakar


KUALA LUMPUR - Seorang pakar tulisan jawi berketurunan Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Pusan University of Foreign Studies mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang 'tenat' dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

"Ramai pakar yang saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi?," katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Thursday, January 19, 2012

Siapakah yang dimaksudkan dengan WaliulLah atau Tok Wali?



Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Wali adalah perkataan mufrat ataupun singular, kata prural atau jamaknya adalah auliya’. Makna asal perkataan ini ada berbagai-bagai, di antaranya bermakna ‘amat hampir’. Wali Allah maknanya orang yang benar-benar hampir dengan Allah SWT.

Orang ini ialah insan yang amat memahami dan mentaati perintah Allah dalam semua keadaan dan menjauhi larangan Allah dalam semua hal. Istilah wali berlawanan dengan istilah ‘adaawah’ yang beerti bermusuh.

Orang yang hampir kepada Allah dipanggil wali, orang yang bermusuh dengan Allah digelar ‘aduu. Musuh Allah ialah orang yang melawan hukum, perintah dan menderhakai Allah sedangkan wali adalah orang yang paling taat kepada Allah.

Waliullah memang wujud dari dahulu hingga sekarang. Al-Quranul Karim, menyebut (mafhumnya):
“Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan ke atas mereka dan tidak pula mereka itu berdukacita.

“Wali-wali Allah itu (adalah) orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah dan mereka bertaqwa kepada Allah SWT. (Surah Yunus, ayat 62 dan 63 ).

Dalam tafsir yang muktabar seperi Tafsir al-Qurtubi dan Tafsir al-Maraaghi, ketika menghuraikan ayat ini menyebut bahawa wali-wali Allah adalah orang-orang yang ikhlas mematuhi perintah Allah dan berserah diri kepadanya, tanpa mensyirikkannya tanpa sesuatu apapun. Mereka mengasihi-Nya dengan sebenar-benar kasih dan mentaati-Nya dengan sepenuh ketaatan.

Ali bin Abi Talib (karammallahu wajhah), bersabit dengan ayat di atas menyebutkan, “Wali-wali Allah adalah orang yang kelihatan pucat-pucat muka mereka kerana banyak beribadat, mata-mata mereka kuyu dan layu kerana banyak berjaga malam untuk beribadah, perut-perut mereka cerut dan kempis kerana banyak berpuasa dan kurang makan.” Itulah gambaran waliullah oleh Ali.

Merujuk kepada ayat ini, Umar bin al-Khattab (r.a) pernah berkata, “Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, ‘ada di antara manusia, adalah menjadi hamba-hamba-Nya yang sebenar. Mereka bukan para Nabi dan bukan juga para Syuhada, tetapi amat disegani oleh para Nabi dan Syuhada di hari Kiamat kerana makam mereka amat istimewa disisi Allah pada hari tersebut.

“Lalu ditanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah mereka dan apa amalan mereka, semoga kami boleh mencontohi dan mengasihi mereka, lalu Rasulullah bersabda, ‘mereka adalah kaum yang berkasih sayang kerana Allah, tanpa ada hubungan darah dan harta benda yang mengikat mereka, muka mereka bercahaya indah dalam kilauan cahaya dalam cahaya, mereka tidak takut ketika sekelian insan takut dengan azab Allah, mereka tidak berdukacita ketika insan sekelian berdukacita kerana takut kemurkaan Allah SWT.” Lalu Nabi membaca dua-dua ayat dari Surah Yunus tadi.

Itulah gambaran waliullah yang disebut banyak kali oleh al-Quran. Dalam hadis yang sahih, Nabi pernah menyebut perkataan wali dengan jelas yang mafhumnya, “Barangsiapa yang memusuhi wali-wali aku, maka sesungguhnya dia mengisytiharkan perang dengan aku dan aku benarkan wali aku memerangi mereka. (Hadis Qudsi).

Waliullah, disemuapakati oleh ilmuan Islam yang terbilang, terdiri dari para Rasul (tanpa khilaf), kerana merekalah yang paling hampir kepada Allah, paling cinta dan mematuhi perintah Allah. Wailullah adalah orang yang makam mereka amat tinggi disisi Allah. Mereka disebut sebagai muqarrabuun.

Firman Allah (mafhumnya), ” Dan orang-orang paling dahulu beriman, mereka yang paling dahulu masuk syurga. Mereka itulah yang paling tinggi makamnya (disisi Allah). Mereka di tempatkan di syurga-syurga yang penuh dengan kenikmatan. Dahulunya berbondong-bondong begitu ramah. Dan yang mutakhir ini amat berkurangan.”
(Surah al-Waqiah ayat 10-14).

Maksud muqarrabuun adalah orang-orang yang berlumba-lumba melakukan kebaikan di atas perintah Allah SWT, mereka itulah auliya Allah. Mereka wujud dari dahulu hingga sekarang. Dahulunya ramai,. sekarang ini amat berkurangan.

Apa yang penting, waliullah adalah orang yang amat istimewa disisi Allah SWT.

Adolf Hitler

Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.



Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.

Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya.

http://drmaza.com/home/?p=542


Monday, January 16, 2012

Melaka batal caj warisan lima peratus, perkenal caj RM2

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka hari ini membatalkan caj warisan lima peratus terhadap penginap hotel, rumah tumpangan dan inap desa di negeri itu dan menggantikannya dengan caj RM2.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata pembatalan caj itu berikutan bantahan daripada pengusaha hotel, rumah tumpangan dan inap desa yang merasakan caj itu memberi impak negatif kepada perniagaan mereka. "Perbincangan dilakukan hari ini bersama semua wakil pengusaha hotel, rumah tumpangan dan homestay (inap desa) yang mana semua setuju untuk melaksanakan caj warisan baru ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Pelaksanaan Caj Warisan di sini, hari ini. Sebelum ini, caj warisan sebanyak lima peratus itu diwartakan berkuatkuasa 1 Oktober tahun lalu namun tidak mendapat kerjasama daripada pengusaha hotel, rumah tumpangan dan homestay di negeri itu.

Mohd Ali berkata, dengan caj RM2, penginap hanya perlu membayar tambahan RM2 setiap harga bilik yang mereka duduki.

Beliau berkata, pelaksanaan caj warisan RM2 membabitkan 12,000 bilik hotel, rumah tumpangan dan inap desa di seluruh negeri itu dijangka berkuatkuasa pada April depan.

Katanya, kerajaan negeri menganggarkan kutipan sekurang-kurangnya RM4 juta setahun, yang boleh digunakan untuk memajukan lagi sektor pelancongan Melaka.
Mohd Ali berkata, pengusaha perlu menjelaskan caj tersebut setiap bulan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Beliau berkata, satu Jawatankuasa Pelaksanaan Caj Warisan akan ditubuhkan bagi melicinkan proses pelaksanaan caj berkenaan. - BERNAMA

Sunday, January 15, 2012

Bas SKMK henti operasi 31 laluan


KOTA BHARU - Setelah lebih 60 tahun menjadi syarikat tunggal yang menyediakan perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negeri ini, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Berhad (SKMK) menghentikan operasi di hampir 80 peratus laluannya mulai hari ini.

Langkah untuk menghentikan perkhidmatan bas SKMK/Cityliner itu dimaklumkan oleh syarikat tersebut melalui satu kenyataan yang difakskan kepada Kosmo! di sini semalam.

Syarikat itu memberitahu, ia tidak lagi mampu untuk meneruskan operasi bas henti-henti di hampir 80 peratus laluan akibat menanggung kerugian teruk.

"Kita tidak lagi berkemampuan untuk meneruskan perkhidmatan sebagaimana sedia ada setelah beberapa siri perbincangan dengan kerajaan negeri ini menemui jalan buntu dan gagal untuk mencapai penyelesaian," kata kenyataan itu di sini semalam.

Syarikat bas itu sebelum ini beroperasi di 37 laluan yang melibatkan 130 buah bas.

"Dengan ini, mulai hari Ahad (15 Januari 2012) perkhidmatan bas syarikat akan tergendala di 31 laluan kecuali enam laluan," katanya.

kredit : kosmo.com.my

Saturday, January 14, 2012

Ratu Belanda hentam pemimpin anti-Islam


RATU Beatrix melawat Masjid Besar Sultan Qaboos di Oman.
AMSTERDAM: Ratu Belanda, Beatrix, menghentam pemimpin parti anti-Muslim negaranya, Geert Wilders, dengan menyifatkan kata-katanya sebagai ‘mengarut’ mengenai tindakan ketua diraja itu memakai tudung kepala ketika melakukan lawatan di sebuah masjid di sebuah negara Teluk.

Kenyataan beliau dianggap luar biasa kepada wartawan Belanda yang mengiringinya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman, baru-baru ini. Beatrix memberitahu wartawan, beliau memakai tudung kepala berkenaan ketika di UAE dan sekali lagi sewaktu mengunjungi Masjid Besar Sultan Qaboos, sebagai menghormati agama Islam. Ratu Belanda berkenaan menjawab pertanyaan wartawan berhubung soalan yang dikemukakan di Parlimen yang dikemukakan oleh Wilders, pemimpin Parti Kebebasan (PVV) yang menuduh keputusan ketua diraja itu menutup kepala ketika mengunjungi masjid di Abu Dhabi, Ahad lalu, sebagai mengesahkan penindasan wanita.

Wartawan yang mengiringi ratu Belanda itu di Muscat pada Khamis lalu melaporkan Beatrix menarik nafas panjang sambil berkata beliau tidak terkejut dengan apa yang disuarakan oleh Wilders.

Puteri Maxima juga menolak tuduhan Wilders dengan menyatakan bahawa dua pertiga pelajar di Abu Dhabi adalah wanita, lapor media Belanda.

Media Eropah menyifatkan kata-kata yang diluahkan secara terus terang oleh Beatrix itu sebagai luar biasa kerana ia jarang disuarakan terhadap parti politik Belanda sendiri.
Wilders berpendirian menentang pemakaian tudung termasuk burqa bagi wanita. Malah, kerajaan Belanda sendiri sudah mengumumkan rancangan mengharamkan burqa.
Di Belanda, orang Islam meliputi satu juta daripada 16.7 juta penduduk negara berkenaan, kebanyakannya imigran dari Turki dan Maghribi.

Sementara itu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pula mempertahankan tindakan Beatrix.

“Apabila beliau mengunjungi rumah ibadat, sudah semetinya beliau menghormati adab berpakaian,” kata Rutte dalam jawapan bertulis kepada soalan Wilders di Parlimen. – Agensi

-BERITA HARIAN

p/s Wilder ni apa yang tak puas hati sangat? Orang Islam pakai tudung kenapa dia pula yang bermasalah? Bencikan Burqa, bukan semua orang wajib pakai Burqa. Ramai yang cukup dengan menutup aurat. Burqa biasanya di pakai oleh wanita yang negara asalnya berdebu, jadi at the same time boleh elak kan???

Kenapa dia tak tegur biarawati yang pakai dan tutup semua kecuali muka dan tangan?

KAPAL persiaran Costa Concordia yang sedang belayar mengelilingi Mediterranean terkandas


TERKINI BHARIAN 15.01.2012
ROME: Sebuah kapal persiaran mewah karam di persisiran Tuscany, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut dan memaksa 4,165 penumpang dipindahkan dengan bot penyelamat ke pulau berhampiran semalam, kata pengawal pantai Itali.

Kira-kira 69 orang masih hilang selepas helikopter dikerah mengangkut 50 mangsa yang terperangkap di atas kapal Costa Concordia ke tempat selamat, kata Komander Pengawal Pantai, Francesco Paolillo. Paolillo berkata, tidak dapat dipastikan mangsa yang terbunuh adalah penumpang atau kru, begitu juga kerakyatan mangsa. Punca mereka maut masih belum diketahui. Agensi berita ANSA, melaporkan beberapa orang melompat keluar untuk menyelamatkan diri daripada kapal yang baru memulakan pelayaran itu.

Mangsa yang terselamat ditempatkan di sekolah, hotel dan gereja di pulau Giglio, tempat percutian popular terletak kira-kira 25 kilometer ke pantai barat tengah Itali.

ANSA memetik dua wartawan Itali yang kebetulan antara penumpang sebagai berkata kemalangan berlaku ketika waktu makan malam.

“Kami sedang menikmati hidangan makan malam apabila lampu tiba-tiba terpadam, dan kemudian kami mendengar bunyi dentuman kuat dan makanan bertaburan di atas lantai,” ANSA memetik wartawan Luciano Castro, sebagai berkata.
“Kejadian berkenaan seperti adegan filem Titanic, semuanya terjadi dalam sekelip mata,” kata seorang lagi wartawan, Mara Parmegiani, kepada ANSA.

Paolillo berkata, punca utama kemalangan masih tidak diketahui tetapi penggera pertama berbunyi pada jam 10.30 malam, kira-kira tiga jam selepas Concordia memulakan pelayaran dari pelabuhan Civitavecchia, ke pelabuhan pertama, Savona, di barat laut Itali.

Pegawai pengawal pantai berkata, kapal berkenaan melanggar halangan, tidak diketahui jika ia mungkin melanggar batu karang di perairan Giglio, menyebabkan garisan sepanjang 50 meter di bahagian kiri kapal itu, dan mula dimasuki air.

Kapten kapal itu kemudian cuba mengemudikannya ke perairan cetek, berhampiran pelabuhan kecil Giglio, bagi menjadikan usaha memindahkan penumpang dengan bot penyelamat lebih mudah.

Namun, kapal berkenaan mula condong ke bahagian kanan, menjadikan usaha mendekatkan bot penyelamat semakin sukar.

Lima helikopter, dari pengawal pantai, tentera laut dan udara, mengambil giliran mengangkut mangsa yang masih berada di dalam kapal itu ke tempat selamat. Seorang anggota pengawal pantai diangkut ke kapal untuk membantu penumpang memasuki bakul kecil untuk memudahkan mereka dinaikkan ke helikopter, kata seorang pegawai pengawal pantai, Kapten Cosimo Nicastro.

Kenyataan Costa Cruises, syarikat yang mengendalikan kapal itu, mengesahkan pemindahan 3,200 penumpang dan 1,000 sudah bermula tetapi kedudukan kapal, yang semakin teruk, menjadikan bahagian terakhir pemindahan kian sukar.

Kenyataan tidak menyebut sebarang kematian dan berkata ia masih belum menentukan punca masalah. Kira-kira 1,000 penumpang Itali berada dalam kapal terbabit ketika kejadian, selain 500 warga Jerman, 160 Perancis dan 1,000 kru kapal. – AP







KAPAL persiaran Costa Concordia yang sedang belayar mengelilingi Mediterranean terkandas dan mula dimasuki air serta senget kira-kira 20 darjah selepas terlanggar terumbu karang, dekat Pulau Isla del Giglio, lewat malam tadi.

ROME: Enam maut pada awal pagi ini selepas kapal persiaran terkandas di perairan Itali dalam kejadian yang memaksa pengawal pantai menyelamatkan kira-kira 4,000 orang, lapor media.

Kapal Costa Concordia sedang belayar mengelilingi Mediterranean apabila terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isla del Giglio, lewat semalam. Datuk bandar berkata, beliau bimbang jumlah kematian meningkat kerana sukar untuk menyelamatkan penumpang yang begitu ramai. Salah seorang penumpang yang maut berusia 70-an akibat serangan jantung kerana terkejut selepas melompat ke dalam air yang sejuk.

Beberapa orang lain mengalami kecederaan, dua daripadanya serius. - AFP

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang yang Salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Friday, January 13, 2012

Malaysia bakal pengeluar kondom utama dunia

2012/01/13
NEW DELHI: Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion. "Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom," kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama. Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia - Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia - terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.
"Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom," kata Low.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.

Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. - BERNAMA

KD Mutiara terbakar


KD Mutiara terbakar. - Kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Mutiara terbakar ketika sedang dibaik pulih di dermaga Malaysian Marine & Heavy Engineering (MMHE) di Pasir Gudang malam tadi.

Bharian

Thursday, January 12, 2012

Gambar-gambar rumah Wardina yang dirompak



Pelakon Wardina Safiyah bersama suaminuya, Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home pagi tadi di sini, hari ini.



Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home pagi tadi di sini, hari ini.




Perompak berparang itu dipercayai buruh warga Indonesia jam 5 pagi tadi. 5 buah laptop hilang. Suami Wardina dikatakan dipukul oleh perompak tersebut akibat tidak berpuas hati kerana tiada barang kemas.



Pelakon Wardina Safiyah ketika ditemubual media berkaitan kes pecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home yang berlaku pagi tadi di sini, hari ini.


Agak melucukan apabila perompak-perompak yang dipercaya warga Indonesia itu sempat memarahi Wardina sekeluarga kerana tidak menyimpan barang kemas di rumah mereka untuk dicuri. Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 33, membuat laporan di balai polis berdekatan dan polis dan pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut di rumahnya.

Buat masa ini, Wardina terpaksa meminjam komputer riba milik jiran untuk berkomunikasi dengan dunia luar.

Beliau juga percaya bahawa perompak yang memasuki rumahnya itu masih berkeliaran di sekitar Ampang dan meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak beberapa warga Indonesia yang mencurigakan.

Tentang Pegar Lagi; Merah PADMA, Margasatwa dan Mara Bahaya


Feuerrückenfasan_(Lophura_ignita)



Kesian Si Pegar!



Salam peeps! Today I’m going to talk about burung/ayam pegar again.



I know, some of you might have gone bored about me talking about pegar invariably, but this is also an important issue of Malay language.


Semenjak daripada menulis entry tentang ‘harapkan pegar, pegar makan padi’, saya sering mendapat pertanyaan tentang benarkah pegar yang dimaksudkan dalam peribahasa itu? Ataupun mereka memang maksudkan pagar?


Lepas KOSMO! mengeluarkan petikan blog saya, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pun menafikan bahawa pegar yang sebenarnya dimaksudkan dalam peribahasa tu.


Sebab tak puas hati, saya buat kajian lagi mendalam tentang pegar (ala, Google je pun). Dan apa yang saya temui agak mengecewakan. Bukan kecewa sebab apa. Kecewa sebab mengetahui status sebenar burung pegar ni. Dan sebagai seorang pelajar Alam Sekitar, bagi saya penting untuk memberitahu pada dunia mengenai burung pegar ni.


Lophura ignita ialah nama saintifik untuk burung pegar, dan dalam bahasa Inggeris dirujuk sebagai Crested Fireback Pheasant atau Crested Fireback, atau Vieillot’s Pheasant. Ia juga banyak dirujuk dalam bahasa lain, seperti Jepun (koshiakakiji: コシアカキジ), Norwegian (Gulhalefasan) dan dalam bahasa Indonesia, selain burung pegar, ia juga dikenali sebagai Sempidan Biru. Ia merupakan sejenis omnivor, dan mempunyai tabiat pemakanan seperti ayam. Burung pegar selalunya tinggal dalam hutan tanah pamah 200m pada paras laut, namun boleh ditemui sehingga ketinggian 1200m.


Pegar merupakan spesies burung yang berada dalam Senarai Merah IUCN, iaitu satu inventori komprehensif untuk merekodkan status konservasi spesies biologi di dunia. Senarai Merah diperkenalkan pada tahun 1963, dan menggunakan beberapa kriteria untuk menilai risiko kepupusan beribu-ribu spesies dan subspecies.


Dalam Senarai Merah, terdapat beberapa lagi pembahagian kategori, iaitu:


clip_image002




















EX (extinct)pupus
EW (extinct in wild)pupus dalam habitat liar
CR (critically endangered)terancam kritikal
EN (endangered species)spesies terancam
VU (vulnerable species)spesies terdedah
NT (near threatened)hampir terancam

Status burung pegar:
clip_image004
NT – hampir terancam


Sekarang ni, burung pegar dah termasuk dalam NT, iaitu hampir terancam. Setiap tahun, burung pegar hanya menghasilkan 5 biji telur ketika musim mengawan; iaitu antara Ogos dan September.


Burung pegar hanya boleh dijumpai di 5 negara dalam dunia yang fana ini; iaitu di Malaysia, Brunei, Indonesia, Myanmar dan Thailand. Ia sekarang jarang dijumpai di Thailand, dan tiada rekod yang jelas mengenai populasinya di Malaysia. Walaupun ia masih dikenali di Sabah, Kalimantan dan Sumatera, tetapi ia hampir pupus di Bangka. Myanmar pula langsung tidak mempunyai rekod mengenai pegar. Disebabkan aktiviti pembalakan yang semakin menjadi-jadi, populasi pegar menjadi semakin kecil dan tren populasinya ialah menurun.


Di Malaysia, burung pegar dilindungi di Rizab Hidupan Liar Krau dan Taman Negara, di bawah Akta 76/72. Ia juga antara 280 spesies yang dilindungi daripada perdagangan dalam Appendiks 3 CITES.


Menurut Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya, “dulu-dulu ayam ni banyak, dekat pinggir hutan tepi sawah, makan serangga perosak padi dan makan siput gondang. Itulah sebabnya dikatakan ayam pegar ni boleh menjaga padi. Selain dia makan serangga perosak seperti belalang, siput gondang dan juga ketam, ayam pegar ni juga makan padi...”


Selain itu, menurutnya, ayam pegar ialah “...sejenis burung, tapi orang kampung panggil ayam sebab saiznya sebesar ayam dan melata macam ayam dan boleh terbang macam burung”.


Pendapat Dr Nor Hisham menyokong bahawa pegar itu yang sebenarnya dimaksudkan dalam peribahasa Melayu itu, dan bukan pagar.


Tengok kawan-kawan. Saya rasa disebabkan kita tak pernah melihat burung pegar, sebab tu kita tak boleh nak bangkang kalau orang kata ‘Pagar’. Sebab kita sendiri tak kenal apa tu pegar.


Generasi saya pun dah tak tahu burung pegar tu apa, apatah lagi generasi yang terkemudian. Tak mustahil kalau burung pegar tu pupus nanti, sampai ke kiamat kita guna ‘harapkan pagar, pagar makan padi.’ Takde siapa yang akan betulkan kita. Sedih tak?


Sebagai pelajar Alam Sekitar, mestilah terasa betul apa yang selama ni pensyarah dan cikgu ajarkan. Rupanya kepupusan binatang pun berkait rapat dengan kayanya bahasa kita. Semakin banyak spesies pupus, semakin kurang perbendaharaan kata kita. Lepas tu kita main tibai perkataan ikut suka. Pegar jadi pagar, batok jadi batuk. Anak cucu kita lagilah tak tau apa-apa; deorang pun terima je; rupanya batuk dekat tangga tu buat kerja separuh jalan. Tapi tak faham signifikasinya apa. Yang lagi sedih, DBP nafikan kesilapan mereka. Kalau macam tu, kita akan selalu kerugian. Bahasa kita kaya, tapi yang DBP suruh guna tu je yang kita boleh guna. Kalau deorang silap, deorang taknak mengaku pulak tu.


Oh, ada tambahan lagi.


Menurut sumber-sumber tertentu, sebenarnya banyak lagi perkataan yang tersilap diterjemah daripada Jawi ke Rumi. Antaranya:


Tahukah anda apa maksud PADAM dalam peribahasa Merah Padam? Peribahasa yang betul ialah Merah PADMA.


Padma merupakan sejenis bunga teratai yang berwarna merah.


Kesilapan terjadi ketika menterjemah jawi kepada rumi.


فدم = PADMA.


- Dr. Ramzah Dambul.


(sekali lagi kredit kepada Rashid Rahman Hassan!)


Selama ni kita panggil merah padam. Tapi kenapa ‘padam’ pun kita tak tahu. Apa tu padam? Kenapa merah padam? Tapi kita terima bulat-bulat. Rupanya padma yang dimaksudkan. Merah padma; kemerahan seperti bunga teratai.



pink-lotus



Merah padma: Warna pipi kita bila kita malu…



Selain itu, tiada perkataan merbahaya. Yang ada ialah ‘mara bahaya’. Dan tiada perkataan mergastua. Yang ada ialah ‘margasatwa’. Sahabat saya di Indonesia yang menerangkan kepada saya berikutan daripada entry ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.


Terlopong jugaklah sekejap. Rupanya banyak lagi kesilapan Jawi kepada rumi. Persoalannya, bilakah Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengambil tindakan daripada asyik menafikan kesilapan mereka?


Nampaknya ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Dewan Bahasa dan Pustaka seolah-olah ‘melepaskan batok di tangga’, tak pernah nak kaji habis-habisan aspek Bahasa Melayu.


Oklah. Itu saja untuk kali ni. Jika anda rasakan entry ini ada pengetahuan penting untuk dikongsi, silalah share. Tak perlu mintak kebenaran. Tapi kalau taknak share pun takpe, saya tak paksa pun. Dan jika anda rasa ada lagi pengetahuan tentang kesilapan lain dalam Bahasa Melayu, boleh tinggalkan komen di bawah. Saya akan kreditkan nama anda sekali; jangan risau.


Itu saja. Hingga bertemu lagi. Assalamualaikum dan jumpa lagi!



bird