Saturday, February 4, 2017

Trip to Tokyo - Day 3 Gunung Fuji dan Okamaike Pond


Hari ke 3 also going to be a long day. Kami ke Gunung Fuji dengan van melalui highway yang menyediakan pemandangan yang menarik dan pelbagai.

Dari permulaan memang jem skit sehinggalah sampai kawasan bersebelahan stesen keretapi apa ntah nama dia, lepas pada tu terus lengang je. Sepanjang perjalanan, kalau ada ambulan/bomba lalu, automatik semua kenderaan kiri kanan akan buat mcm zig-zag. Biasa semua ke tepi. Rupanya untuk memudahkan ambulan tersebut potong dari tengah secara zig zag juga. Dengan itu kenderaan lain pun boleh bergerak dengan halaju biasa, so xde la jem sangat highway tu.

Sepatutnya kami dapat mendaki ke station 5 Fuji, tapi driver dapat warning jalan licin dan bahaya. So, dia tukar Station 5 ke Okamaike Pond. Katanya air dari Gunung Fuji yang meresap ke sini yang mengambil masa 25 tahun anggaran. Airnya sangat super jernih.

Tempat parking van, nak masuk sini kena bayar sebenarnya, so amik gambar kat luar je.


Pastu jalan kaki ikut signboard ni. Xde lah jauh, kejap je jalan.

Kejernihan? CRYSTAL CLEAR

Guest what, 1st time pegang salji, sebelum salji dalam peti sejuk atau peti aiskrim je.

Ni antara laluan ke pond tu, cantik dan bersih.




Pond kecik belakang umah orang

Restoran Alladin Indo. Best makan sini. Recommended.


Naik feri kat Tasik Kawaguchi, sejuk angin dia. Lupa harga tiket dia. Pemandangan gunung Fuji dari sini sangat TERBAIK.

Lepas makan turun melalui jalan lain, singgah Gotemba Premium Outlet. Ala JPO la. Tak beli papa pun, mahal weyh

No comments: