Hang tuah lima bersaudara.
Tajuk ni kita telah dengar atau baca sejak kecil lagi. Dipasakkan dlm minda kita inilah wira, hero kebanggaan Melayu berkurun lamanya. Buku hikayatnya (hikayat?) tebal, masa sekolah rendah dulu pernah jugak baca (mak sedara punya, dia banyak buku lama-lama dan citer antu, Bercakap dgn Jin, Tamar Jalis). Bahasa lama-lama cukup tebal, tp dapat la jugak tangkap maksud dia sikit-sikit.
Hang Tuah Lima Bersaudara, perkataan yang terpenting adalah BERSAUDARA, di awal cerita tebal sungguh ikatan persaudaraan. Terhiris paha kanan, berdarah paha kiri. Tapi di mana hilang 3 beradik apabila Bang Tuah dan Bang Jebat bersengketa? Tiada mahu dipujuk atau dileraikan pergaduhan mereka kah? Atau kerana Bang Tuah sudah lama bekerja dengan sang penguasa, hubungan menjadi renggang dek kesibukan tugasan Laksamana?
Sejarah telah tercatat, kita tidak lagi mendengar ada bangsa Melayu yang meletakkan nama Hang di awal nama anak-anak. Dulu (melalui hikayat), kita hanya mendengar Hang Tuah lima bersaudara dan sorang lagi yang terkenal iaitu Hang Nadim.
Proses mencari ilmu adalam membaca. Tetapi makin lama membaca, aku makin hilang kepercayaan akan kewujudan Hang Tuah bersaudara. Adakah ia hanya mitos oleh Tun Sri Lanang? Hang Tuah yang menjadi Laksamana kepada banyak sultan (pjg umur) tidak pula tercatit dalam catatan pelayar-pelayar terkemuka dunia. Malahan Ibnu Batutta hanya singgah di Pattani. Kenapa tidak Melaka, Melaka juga pusat perdagangan dan penyebaran Islam terkemuka.
Bagi aku, hikayat itu hanya menggambarkan watak atau sifat umat Melayu ketika itu.
Hang Tuah – watak di mana sifat Melayu yang sangat tunduk patuh kepada penguasa/bos sehinggakan di hukum bunuh kerana fitnah pun langsung tidak dikesali. Begitulah totoknya kepatuhan sifat Hang Tuah. Walaupun sedih, ditikam juga sahabat yang membela beliau. Selepas bunuh, menangis penyesalan. Tidakkan bodoh tindakan begitu (jika zaman ini sudah pastu dituduh gila). Tindakan bodoh yang dikutuk manusia sekiranya ia berlaku di zaman sekarang. Zaman ini pun masih ada yang menyokong totok macam ini, tp bila bos hilang kuasa, nasib la kau bos hehehehe.
Hang Jebat – watak yang sangat setia kepada setiakawan. Tapi rela mengalirkan darah jika sahabatnya di perkotak katikkan oleh sultan/penguasa/PM. Menggegarkan bumi Melaka hanya kerana seorang sahabat.
3 Hang lain – kemana watak ini selepas Hang Tuah bergaduh dengan Hang Jebat? Mungkin ini sifat Melayu zaman dulu dan sekarang, menyelamatkan diri sendiri dan menjaga periuk nasi sendiri. Jika di lawan, mungkin hilanglah pekerjaan, projek.
Kesimpulannya, bandingkanlah perkara ratusan tahun yang lepas dengan yang berlaku sekarang. Pasti ianya sangat sama dari segi sifat. Setiap 10 tahun sekali, negara kita akan digemparkan dengan perbalahan peringkat atasan. Sifatnya sama, satu pihak membantah penguasa, satu pihak menyokong penguasa dan pihak ketiga walaupun ramai, mereka masing-masing akan menyelamatkan diri dari terlibat dengan persengketaan.
Pedulikan kewujudan mereka, belajarlah dari sejarah. Hayati semangat dan sifat Hang Tuah 5 bersaudara. Baandingkan sifat mereka dengan sifat masyarakat Melayu zaman ini.
p/s Ada juga sejarah yang sangat menghiris hati aku. Tun Teja tunangan orang sanggup dilarikan oleh Tuah semata-mata keinginan nafsu Sultan. Bila tunangannya anak raja Terengganu Megat Panji Alam marah, dibunuh pula oleh Jebat dan Kasturi. Kan logik dan bersebab beliau mengamuk, siapa tidak marah tunangan dilarikan orang lain.