Sunday, May 24, 2009

Selingkar Kisah.....

KISAH 1
Baru-baru ni UMT hantar pasukan badminton ke kejohanan sukan badan berkanun Malaysia di Langkawi. Best jugak gi sana, tapi untuk sukan tak sesuai rasa. Sebab lokasi shopping, paham-paham sendiri la. Aku tak teruja sangat sbb baru sebulan lepas gi sana. Thanx airasia.
Gambar pertama tu bilik pasukan badminton lelaki, 6 orang sebilik. Motel Rahmat ke apa ntah, lupa. Solat pun atas katil. Tapi seronok jugak stay ramai-ramai. Mcm2 perangai. Sakit kepala gak pengurus ni.

Ni pulak, gambar kat Pantai Chenang. Aku patutnya pegi meeting tergempar semua pengurus sebab ada bantahan. Tapi aku tak gi pun, tengah makan, biar pengurus pasukan lain je lah pegi. Last-last dapat tau DBKU tarik diri. Dan rayuan KWSP untuk bermain ditolak, pasal katanya kenderaan rosak tak sempat sampai ke venue. Rayuan ditolak sebab tak diberitahu kepada penganjur awal-awal. Entahlah, macam-macam.

Ni gambar aku tengah frust actually. Kasut baru badminton idaman aku takde saiz. Yang ada saiz 6.5, 9 dan 10. Hampessssssss nike tu. Dapat murah dalam seratus. Tukang tolong bayar untuk kasut aku pulak tengah hepi, selamat duit dia. Dia tengah buat memek muka paling bangang, carik la sendiri mana satu. Selamat duit dia, sapa suruh berjanji dengan aku. AKu tuntut heheheheh.
Ni pulak gambar perbarisan masa perasmian kejohanan.AKu menggunakan taktik Korea untuk tanak turut serta berbaris, penat ah hehehehe.

KISAH 2
Sebelum gi Langkawi, aku singgah umah member, waqk. Nama betul dia jamil bin tajam. Bukan jamil dalam citer madu 3 tu. Dia stay kat Changlun, skang lecturer kat UiTM Arau, salute ah, dengan kerajinan dia, dia deserve apa yg dia dpt skang. Aku amik gambar anak dia ni, nama dia Waqk Junior (actually aku tak ingat nama anak dia hehehe)



KISAH 3
Sebelum aku singgah umah waqk, aku tido dulu umah din kat Kangar, member masa zaman KUSTEM dulu. Orang Kok Lanas. Giler terkejut aku, slim dia skang. Jauh beza dengan dulu. Pakai vios plak tu hehehehe. Hoi, bila nak kawin hehehehhe.


KISAH 4
Sebelum aku gi umah din, aku singgah umah mertua azri kt Kuala Perlis. Saje nak jenguk bella dan kenal umah zie, isteri azri. Lama gak lepak, sampai tertido dengan bella. Ok gak area umah zie, dikelilingi sawah. Cantik view, macam umah ila kawan wife aku kat kodiang.


KISAH 5
Sebelum gi umah azri, aku tumpang tido umah anod di Alor Star. Aku drive dari KT ke Langkawi sorang-sorang. sampai kat Jeli dah Maghrib, tiba-tiba rasa takut nak lalu situ sorang-sorang hehehe. Sebelum naik Jeli-Grik, aku tunggu kete lain, buat teman hikhikhik. Then, ada teksi waja. Aku follow je lah. Ada la setengah jam berteman dengan dia. Pastu selekoh makin bahaya. Giler, dia amik selekoh 120 km/j. Langsung tinggal aku sorang2 kat belakang. Apa lagi, jangan harap aku nak tengok side mirrow hahahaha. Sampai alor star, anod amik aku kat tol station. Nampak beria-ria betul nak kenalkan umah dia kat aku. Pehhhh ko la antara sahabat sejati, terharu aku. Cantik umah arwah ayah dia, baru renovate. Thanx tumpangkan aku, aku dah penat giler masa tu.


KISAH 6
Sebelum gi Langkawi, aku tolong jaga bella. Azri gi hospital, wife dia deliver anak ke 2. Apa lagi, bella jadi seorang anak yang baik hati la. Suruh apa pun dia buat.Basuh berak aku. Mandikan dia aku. Tidokan bela aku. Wife aku tak sihat, bagi dia rest. Tapi senang jaga, dengan papa dia je dia ngada-ngada skit. Aku plak banyak rasuah dengan coklat. Pic bawah tu dia tolong aku tanam pokok bunga dalam pasu, pokok tu wife aku baru beli. Baru teringat bella suka main air. Aku buat keje lain kat luar, cabut rumput bersih kawasan smua, aku bagi dia hos air. Satu jam dia main air sorang-sorang. Main je lah, janji jangan nangis.







Hehehehehe saje je citer secara terbalik, tak ikut tarikh, ala-ala flash back. Sebab semalam tengok citer VANTAGE POINT. Best citer dia. Nak tau, tengok la sendiri citer tu, bestttttttttt.

Wednesday, May 20, 2009

Matahari


Semalam tgk drama Matahari kat tv3, boring-boring, layan je lah. kan. Sokonglah drama melayu. Dah tengok hampir sejam, hati aku dah nak start kutuk, hehehehe.

Babak 1.

Ariana jumpa surat kat celah pintu. "Tolong aku Ariana". Dengan gelabah, telefon kawan lelaki dia supaya datang rumah. Sampai je boleh pulak kuar dialog "I jumpa surat ni atas meja".

Kah Kah Kah Kah

Babak 2.

Ariana selongkar beg sepupu dia untuk carik gambar bogel kerana tidah tahan dengan ugutan sepupu dia. Masa tu kebetulan sepupu Ariana tengan usha mamat singapore mana ntah. Dia bukak beg tu, kosong, takde baju. Bukak zip depan, jumpa jugak gambar-gambar bogel tu. Bila sepupu dia balik, dia halau dari rumah. Si sepupu dah gelabah. Bila dia check gambar dalam beg, boleh pulak beg tu penuh baju. Tadi kosong.

Yang ni maybe boleh la diterima, konon-kononnya si Ariana dah tolong packing kan. Yang paling nak tergelak babak 1 tadi la.

Kah kah kah kah.

Ni mesti ada orang akan kate aku tak patriotik (yang kate patriotik la sangat). Sori beb, natasha, manjalara pun aku layan. hikhikhik.

errrrr bila nak gi tengok terminator salvation???