Sunday, October 23, 2016

Trip to Tokyo - Day 2 (Meiji Emperial Shrine, Harajuku Street, Shibuya Zebra Crossing & Hard Rock Cafe Minato)

Pagi2 lagi dah sampai Meiji Emperial Shrine. Jenazah Emperor Meiji x disemadikan di sini, tapi Kyoto. Sini tempat diorang pray respect. Tepuk tangan 3 4x pastu tundukkan kepala.

Kawan hutan sini bukan hutan asal, tapi hutan buatan, banyak pokok2 di bawa dari tpt lain even Korea untuk mencantikkan kawasan ni, x nampak hutan sekunder pun, pandai diorang jaga.

 


Harajuku Street, ni sebelah Meiji Emperial Shrine tadi je. X shopping pun kat sini. Belam2 makan gula lin.




Ok, jom lunch. Sini mmg org Malaysia punya restoran. Malay Asian Cuisine. Budok kelate sorang kije sini. Mcm2 makanan, mmg rasa tangan org Malaysia. Kitorang dah bayar lunch ni dalam pakej, tp x silap dia dah bgtau semua skali x boleh lebih berapa ntah. Kalo lebih kena bayar sendiri.




This is Shibuya Zebra Crossing. Dikatakan 2000 orang akan melintas zebra crossing ini dalam satu masa. Sebenarnya sini cabang 4. Setiap cabang 4 ade subway yang berbeza, jadi sebab tu sekali lintas ramai orang. dan zebra crossing dia bukan 2, banyak gila kawasan tu je. belakang tu kalo tgk google maps mmg penuh rail keteapi.






Ni bangunan kerajaan diorang. Tower Metro Office. Bila tengok bandar Tokyo dari Tower ni, alahai keciknya bandar KL kita. Aku beli crystal puzzle utk menara Tokyo, mahal juga, dekat rm100 ase. Balik umah dekat 6 jam baru siap pasang.







Ni Hard Rock Cafe Minato, Tokyo. Sebuah lagi HRC Tokyo ada dalam Ueno Station. Banguna belakang tu tpt makan. Yang depan kecik tu untuk beli baju bagai. Semua shopping pakai kad HRC aku yg register kat Amsterdam, banyok point weyh kalo shopping dgn set2 ni.




Nak dijadikan cerita, abis shopping kat HRC Tokyo, bateri van kong pulok doh. Terpaksa tunggu 45 minit sebelum technician diorang bawak beg doraemon. Pakai alat mcm beg sandang je, x payah kete lain cium mulut untuk sambung jumper. Dah la ringan je menatang tu.

Menariknya, esoknya driver cakap dia akan bawak 3rd day lebih 45 minit sebab nak ganti masa van rosak. Hmmmmm, jujur betul.



Akhirnya sampai sudah ke hotel Mystay Asakusa. Nasiiiii nasiiiiiiiiiiiii

Sunday, October 9, 2016

Trip to Tokyo - Day 1



Bulan 2 2016, kami sekeluarga seramai 9 orang. Niat ke sana... nak main salji. tobak pom. Tapi bila google, Tokyo macam lama dah x turun salji. Kalo nak salji tebal memang ke Hokaido ler, Pulau belah utara Jepun.

Tiket AirAsia (TQ Tony) kami beli hampir setahun sebelum. RM600++ pergi balik. Dapat je tiket, terus mengumpul ler, main kutu bagai. Pakej kami amik RM3200 per head. Pakej untuk my doter Zara half price.

Seat kami belakang sekali, bahagian ekor A330 AirAsia X. Gegor weyh bahagian ekor, mcm naik bas dok belakang sekali. Hanyut skit rasa masa nak naik dan masa turbulance.

Tiket murah koya demand nak tgk wayang dalam kotobang.

Zaman skang, agak senang nak suruh budok2 dok diam dlm kotobang. Donlod banyak2 katun tu.

Flight kami petang, so sampai kat tokyo tengah malam.

Kitorang dah sampai kat luar epot, lama tunggu pokcik pilot van. pokcik... pokcik.. bakpo pokcik nusuk belakang tiang. Mana kami nampak kad nama ketua rombongan kami kalau nusuk gitu.

Lupa snap gambar pokcik nusuk belakang tiang ni. English dia cuma boleh cakap, this is tokyo tower. Yang lain kami main hangguk2 geleng2 pusing2.

Ni pic pertama menara tokyo. Haishhh teringat  cite Great Teacher Onizuka plak.

Sampai dah bilik kami, Hotel Mystays Asakusa. Rule hotel jepun:
1. Bilik kemas sendiri.
2. Sampah wat kuar sendiri setiap pagi, kalau tak nasib la bilik korang berbau, jangan malas, tiru gaya hidup diorang.
3. Bila balik hotel semula, mintak plastik sampah banyak2, so senang nak buang sampah nanti.


Semek ni dah jumpa tpt dia plg suka dlm hotel, bath tub. Dah, jom tido.


Thursday, September 15, 2016

Selingkar Kisah 4 Oostende to Amsterdam - Schipol Airport, Zaanse Schans (kincir Angin), Amsterdam Centraal, Muzium dan Hard Rock Cafe

Train Oostende to Amsterdam (Day 1)

Terima kasih teramat sgt kepada Christine yang sanggup layan kemahuan aku untuk singgah ke Amsterdam sebelum balik. Boleh beli sendiri, tapi mintak dia tolong uruskan.

Tiket ni untuk naik dari Ooostende ke Amsterdam. Oostende ke Antwerpen naik train 2 tingkat biasa je (sejam setengah). Kemudian naik Thalys (high speed train) dari Antwerpen ke Amsterdam (55 minit). Maksud ELK BELGISCH STATION dalam tiket ni maksudnya kita boleh naik kt mana2 train station untuk ke Antwerpen, tiket dia sekeping ni. Jangan bagi ilang atau khenyuk, dia nok scan atas train.





Pic kawasan Stesen Antwerpen yang comel.


 Kena turun bawah dlm 3 floor rasanya tempat nak naik Thalys. Train Thalys kaler merah.



Pic kat atas dlm Thalys,  Ade makan2. Sorang pekerja tegur, mungkin nampak sangat muka kami org Malaysia. Rupanya dia orang Thailand. Lama dah usha, ingatkan orang Jepun kije kat sini.

Schipol Airport

Airport ni size bangunan dua tingkat je, cuma besar gedabak, bila nak balik tu, baik check in awal2 ler. Jauh menorrrrrrrrr jalan ke gate. Kalau stay hotel area ni, makanan senang skit, sbb banyak kedai dalam airport.



Muzium Maritim Amsterdam

Kami turun Thalys kat Schipol Airport, untuk check in hotel CitizenM. Stay 2 malam. Susah hotel ni kalo dok ramai2, Tandas dan bilik mandi dia open air hahahaha.

Petang tu terus gi beli tiket travel kt kaunter dalam airport. Pelancong boleh beli tiket ni ikut hari, dan boleh naik any public transport, scan je kad ni masa nak naik dan turun. Ticket ni skali dgn map Amsterdam, bleh liipat2 jadi kad, senang.



Ok, bila dah beli, terus ke Amsterdam Centraal, arini nak target muzium je. Berbekalkan google map yang aku print awal2. Muzium maritim senang skit, sebab keluar je terus ke kiri dari Centraal sepanjang terusan tu.

Tak banyak amik gambar dalam muzium, video ada la. sebelum gopro kena rampas hahaha




Dalam muzium dia bukak buku tunjuk map Tanah Melayu tengah2 (Asia Tenggara). Rupanya setiap ekspedisi dia akan balik dan bukukan. Besar gedabak buku tu. Sejarah Melayu berusia ratusan tahun. Banyak gambar amik blur, sbb pakai gopro, tensen aku.


Red light district (tangan tutup mata)




Zaanse Schans (kincir Angin) (Day 2)

Awal pagi hari kedua kami gi kedai tourist, tgk pakej lawatan, x silap 40 euro sorang? lupa.. melawat 10 tempat menarik, tambah 10 euro kalo nak guide tanpa ke Zaanse Schans. Lagipun bangun lewat, x sempat nk g tempat lain. 6 jam baru tour abis. Last2, jalan sendiri je senang.

Sebelum ke sana, sila amik mood dulu, klik link https://webcam.nl/zaanseschans/ Aku tatau sapa yang rajin sangat buat live ni, tapi berterima kasih banyak-banyak kerana kita boleh study hari atau musim apa orang ramai ke sana. Start jam 3pm Malaysia biasanya dah siang kat sana.



Apabila sampai ke Amsterdam Centraal, pada mulanya agak pening dengan signboard dia. Dengan kertas google map di tangan pun sebenarnya x banyak membantu kecuali ada internet kat HP.



Akhirnya kami guna method lama, tanya abam polis. Dengan badan besar dan misai standard kita tengok dalam movie, mmmm sesuai sangat.

Senang saja, apabila kita keluar train, ada 2 pintu utama, satu ke pusat bandar, dan satu lagi ke belakang bangunan Amsterdam Centraal.

Keluar ke belakang bangunan tu, ada satu tangga untuk naik ke atas. Kat atas tu boleh naik bas ke mana-mana sahaja. tapi x best la naik sini kalau nak ke Zaanse Schans. Dia lalu jalan biasa je. Tak merasa la naik feri FREE. Pegi dengan subway pun boleh, tapi x boleh tengok pemandangan la, kalo dengan bas boleh tengok kawasan perumahan di sana, bandar kecil dan kawasan industri berat.

So, terus kuar bangunan, akan nampak ade satu tempat untuk naik Feri untuk ke seberang. Yang menariknya, moto dan basikal pun boleh naik feri ni. Dan ade juga kereta pendek tanpa seat belakang juga dibenarkan guna feri ni. Menarik pulak kete tu, x sempat nak ambil gambar, orang ramai sangat.

Pic atas feri, free je, ingatkan kena bayar, atau dia dah serap kos dalam tiket pelancong 2 hari aku beli tu pun tatau la. Nampak tak map google yang aku print sebelum sebelum dtg sini hahaha.

Kat belakang tu Amsterdam Centraal, kejap je naik feri ke sini. Mcm bot penambang Seberang Takir je.


Ok ni kelebihan bergambar I amsterdam kat sini. Orang x ramai mcm kat town atau airport. So aku decide bergambar je puas2 kat sini.

Ok, bila dah puas bergambar, pusing balik je kt tempat turun feri tadi. Depan tu banyak bas tengah menunggu penumpang naik. Amik bas MERAH no 391. Bas banyak, setiap 15 minit sekali, kejap je menunggu. Bas ni memang route dia pusing antara Amsterdam Centraal dan last stop dia betul2 depan Zaans Museum, So jangan risau takut terlepas bus stop Zaanse Schans, Memang dia stop sini siap isap rokok. Bila cukup masa dia akan u turn je kat roundabout depan tu terus ke Amsterdam Centraal semula. Sehala dalam 45 minit rasanya. OTW balik aku penat jalan tertido dalam bas.

Kalau korang x beli kad public transport, kena sediakan 5 euro seorang. Make sure sediakan duit kecil, Syiling 5 euro. Kalau takde, Boleh tengok la driver buat muka hahahaha.



Gambar atas depan bus stop tadi je. Aku nasihatkan, pegi muzium dulu untuk dapat pakej murah untuk lawatan ke muzium dan kelebihan apa lagi ntah. Aku terbalik pulak, excited pegi tengok kincir angin dulu baru melawat muzium hahaha, senyum awek kaunter tu bila ckp dah pegi kincir angin dulu.


Dalam muzium ni, dia tunjuk sejarah kincir angin, sapa pereka, budak kecik mewarisi kekayaan bisnes keluarga. Kilang Cekelat pun dia tunjuk mcm mana diproses.




Dari muzium Zaans, terus jalan kaki menghala ke muzium dan kedai kasut. Tak masuk pun kedai dia, kang tersuka, terbeli, tersusah hati sendiri. Amik gambar kat luar je. 



Jalan terus lagi akan jumpa jalan bentuk Y. Ke kanan untuk amik gambar kincir angin, ada muzium sana, tapi x gi jauh sangat. Takut penat, Lagipun hari kedua di Amsterdam ni jadual dia cukup padat yang aku dah susun sendiri.




Dah abis pusing, g bust stand tadi, pusing semula ke Centraal


Hard Rock Cafe

Tujuan ke sana, nak belikan baju untuk anak bini, dan kawan 2 org kirim (mizi n syukri). List aku nak g muzium, terutama nak tengok surat suami kepada natrah. Tapi x sempat, muzium terlalu banyak. 1 hari memang x cukup. Sini 1st time register ahli, fan HR konon haahaha.

Untuk ke Hard Rock Cafe Amsterdam, depan bangunan Amsterdam Centraal tadi, ada 2 parking tram, amik yang belah kanan. Yang kanan tu menghala ke laluan HRC. Swipe je kad tourist. Pastu guna skill muka kucing, tanya awek2 dalam tu, hentian mana yang kena turun. pastu jalan kaki, lalu bawah bangunan then jumpa dataran tengah2 bangunan. Kat dataran tu akan jumpa org lawan chest besor.


Dam Square

Selepas HRC, jalan kaki je untuk lepak Dam Square, sbb dia tgh jalan dah utk balik balik ke Centraal. Ramai orang kebetulan weekend. Ingat nak masuk Madame Tussaud, bajet dah asingkan, tengok pada orang beratur, mmm x rela masuk. Bangunan menarik kat sini National Monument (mcm menara tu, Madame Tussaud dan Istana. Ade satu lorong tu mmg tpt shopping, masuk je lorong tu, kedai2 kiri kanan jalan, masuk je sbb dia dah menghala balik juga.




Masa natang burung pati lepak atas tgn, ade clown letak makanan atas lengan aku, seronok plok ase tgk burung jinak. Sekali dia caj weyhhhhhh. 5 euro dia suruh bayar untuk makanan burung tu. Nyesal cakap TQ


Dinner last kat Amsterdam. Harga? X pk pun, sebab guna duit euro yang balance2 dah ni. Amik 2 pinggan, masing2 harga 17 dan 21 euro. Masa nak kuar jumpa orang Malaysia bawak bini ronda2 Paris to Amsterdam.





Sebelum naik train, terjumpa jugak muzium paling terkenal di Amsterdam (kihkihkih). Depan Centraal je rupanya muzium ni. Aku masuk sorang je. Review? Bukan mengghairahkan, tapi lawak. 


Jom Balik (Day 3)

Malam sebelum balik dan pagi hari akhir tu sempat lagi kemas beg, termenung tengok baju2 yang beli, convert rupanya dah RM1500 utk baju. (&*%&*$^$&*^)


Ni cekelat yang tuan kedai bagi. Nasib baik, ganja punya cekelat rupanye. :p

Qatar Airways A340

Abissssss cite seminggu.......