Monday, July 6, 2009

Tanah


Selalu kite dengar pasal citer tanah.

Orang miskin diusir dari tanah yangs ekian lama diduduki. Walaupun secara terang dan dari segi undang-undang menjadi milik orang lain. Heboh Sana sini, kerajaan zalim usir penduduk kampung.

Tanah milik orang lain. Kita duduk percuma tanpa bayar hasil kepada kerajaan. Kerajaan dah rugi dari segi pendapatan. Kemudian kita buat bising. Sudah lah mahu dibayar pampasan pun bising lagi. Sikit atau banyak pampasan, patutnya dah bersyukur. Sebab kalau nak dikira, tak perlu diberi pampasan sebab memang tanah bukan hak milik dia.

Contoh, ada orang buat rumah dalam halaman rumah saya dengan kebenaran saya sendiri. Saya buat bodoh je, sebab kesian, lagipun tanah saya luas. 20 tahun lagi saya pencen, ada modal nak bukak perniagaan kolam ikan. Saya mintak dengan baik supaya penghuni menumpang tanah saya itu berpindah. Tanak. Jadi saya pegi mahkamah, dan mahkamah mengisytiharkan tanah itu perlu dikosongkan. Walaupun sudah menang di mahkamah, pampasan pula diberi untuk menyenangkan penghuni rumah itu mempunyai wang untuk cari modal menyewa kediaman lain.Pun, di lawan.

Dunia, dunia....

No comments: