Wednesday, January 26, 2011

Al Fatihah untuk arwah Cikgu Ramlan sekeluarga, jiran sebelah rumah...

arwah yg selalu ringan tangan tolong aku wat kije-kije gardening
arwah yangs angat peramah



arwah: zang, baru balik kije ke?
aku: a'aa.
arwah: eh, sy nk pinjam kete labi ni, tp tgk xde.
aku: xda cikgu, member, nasir pinjam.
arwah: ooo dakpe ah.
aku: xpe la cikgu, sy masuk dulu, boring btol arini. xda org pun umah ni.
arwah: hahaha saya xde gok, lame doh, org puan balik.
aku: cikgu xpe, dah ade ramai... (sambil masuk dlm umah).

Inilah ayat-ayat terakhir aku dengan Cikgu Lan sebelum dia balik ke Johor. Menyesal? tak ada gunanya pun. Percakapan terakhir yang sangat tidak bagus. Meninggalkan Cikgu Lan dalam keadaan terpinga-pinga.

Beliau menjadi jiran aku genap setahun sahaja. Beliau masuk rumah tu selepas aidilfitri 2009, dan aidilfitri 2010 merupakan yang terakhir beliau di rumah tu. Beliau sajalah teman berbual kat rumah. Rumah sebelah lagi tuan dia keje kat Kerteh, jarangs angat jumpa. Dalam keadaan rumah kami di persekitaran kampung, siang dan malam pun sangatlah sunyi sepi.

Anak beliau Aniq yang selalu tegur aku.
arwah aniq: Pakcik azam, selamat pagi!!!!
arwah Aniq: Pakcik azammmmm, buat apa????
arwah Aniq: Pakcik Azam, jom la tengok arnab kita ni.

Semua tu dah jadi kenangan.... rumah aku yang sudah sedia sunyi, makin bertambah-tambah la sunyi. Susah dah nak jumpa jiran yang terbaik macam arwah.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, insyaAllah.

http://www.hmetro.com.my/articles/3mautnahas4kenderaan/Article




No comments: