Tuesday, April 10, 2012

Mercutanda Kiamat - Bangunan tinggi di dunia



"

Diagram menunjukkan bangunan tertinggi didunia menjelang tahun 2020

Untuk menampakkan lagi petanda tersebut Allah telah mentakdirkan mercutanda kiamat tersebut betul-betul berdiri dihadapan kaabah untuk peringatan dan tatapan umat Islam bahawa saat kiamat yang telah dijanjikan oleh Allah melalui malaikat Jibrail adalah sangat hampir dengan terbinanya menara Abraij Al Bait (dikenali juga sebagai Fairmont Tower).

Menara tersebut merupakan ke 8 tertinggi didunia buat masa ini, tetapi ketika masa pembinaannya ia menandakan era baru dalam perlumbaan pembinaan pencakar langit; sehingga Council of Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) mengumumkan bermulanya era " Megatall".

Dalam satu hadis yang panjang berkenaan Iman, Islam dan Ehsan yang disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah s.a.w, dimana didalam hadis yang penting (kerana menerangkan asas aqidah Islam) ini juga Jibrail telah memberi tahu petanda dekat berlakunya hari kiamat.

Daripada Umar bin al-Khattab r.a.... Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan.

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
[Hadis riwayat al-lmam Muslim]

Untuk menampakkan lagi petanda tersebut Allah telah mentakdirkan mercutanda kiamat tersebut betul-betul berdiri dihadapan kaabah untuk peringatan dan tatapan umat Islam bahawa saat kiamat yang telah dijanjikan oleh Allah melalui malaikat Jibrail adalah sangat hampir dengan terbinanya menara Abraij Al Bait (dikenali juga sebagai Fairmont Tower). Menara tersebut merupakan ke 8 tertinggi didunia buat masa ini, tetapi ketika masa pembinaannya ia menandakan era baru dalam perlumbaan pembinaan pencakar langit; sehingga Council of Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) mengumumkan bermulanya era " Megatall".

Dalam hadis di atas Jibrail menceritakan sifat golongan yang berlumba-lumba membina bangunan tersebut, iaitu orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing...

Ada pandangan yang mengatakan ia merupakan simbolik kepada suasana ketika itu, bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain.

Memang tepatlah bersesuaian dengan sistem ekonomi kapitalis sekarang dimana penjanaan kewangan bagi pembangunan skala besar mesti melibatkan pinjaman daripada pihak bank ataupun pengeluaran bond (sukuk).

Mengikut sumber penganalisa ekonomi dana pembangunan Mekah di perolehi melalui pasaran kewangan Asia Barat yang di biayai oleh 30 buah bank kapitalis melibatkan pinjaman $9.6bn. Sebagaimana diketahui Putera AlWaleed bin Talal salah seorang kerabat di raja pemerintah Saudi merupakan pemilik Citibank iaitu bank riba-kapitalis terbesar didunia.

Sumber: www.thenational.ae

Menurut lapuran CTBUH sebanyak 27 dari 88 bangunan tertinggi didunia dibina di Timur Tengah, menunjukkan dengan jelas perlumbaan untuk bermegah-megah dengan binaan tinggi oleh kaum badwi padang pasir ini tidak dapat ditandingi oleh kaum lain.

Lapuran CTBH itu menyatakan," Dalam dekad ini kita dapat menyaksikan bukan sahaja bangunan pertama didunia melepasi aras 1km tinggi, tapi siapnya beberapa buah bangunan yang melepasi 600m (2000 ka) - iaitu dua kali ganda ketinggian Eiffel tower".



Kingdom Tower merupakan bangunan tertinggi didunia melepasi 1km


Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah oleh Kingdom Holding Company (KHC) yang dimiliki oleh Putera Alwaleed bin Talal telah mengesahkan pembinaan bangunan 1km tinggi itu dengan kos SR4.6bn.

Menurut lapuran CTBH pembinaan bangunan Megatall ini lebih merupakan iconic bagi menunjukkan kekuatan ekonominya berbanding kawasan lain didunia ini. Lapuran CTBH itu juga menjawab persoalan kenapakah bangunan Supertall tidak dibina di Barat seperti kebiasaan sebelumnya?

"Kebanyakan bandar di dunia barat telah membina bangunan pencakar langit sejak lebih 100 tahun lalu dan telah meletakkan mereka diperingkat antarabangsa. Tambahan lagi, bandar-bandar di Barat tidak mengalami kepesatan seperti sedang berlaku di Asia, oleh itu kewajarannya adalah kurang bagi pembinaan bangunan Supertall di dunia barat..."

Perkembangan pesat pembinaan bangunan tinggi ini dicetuskan oleh berbagai faktor motivasi dari tempatan dan global, dan ia tidak bergantung kepada hanya satu faktor sahaja. Lapuran itu juga membentangkan fakta yang tidak menunjukkan sebarang kaitan antara keperluan penduduk (populasi) dan jumlah bangunan, iaitu negara timur tengah mempunyai nisbah antara populasi-kepada-bangunan adalah terendah.

Sebagai contoh, penduduk UAE hanya 4.7 juta tetapi mempunyai 44 buah bangunan lebih 200 m tinggi, bermakna hanya 100,000 penduduk untuk setiap 200m bangunan. Sebaliknya, China dengan 200 bangunan pada 200 m tinggi, mempunyai kadar hampir 7 juta penduduk untuk setiap 200 m bangunan.




Menjelang 2020, kita akan dapat melihat 8 buah bangunan yang lebih dari 600 m tinggi yang diklasifikasikan sebagai megatall akan siap dibina, dibatasi antara Menara Jam Mekah dan bangunan melepasi awan Kingdom Tower Jeddah!

Fenomena ini telah dimaklumkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadis yang lain antaranya;

Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangunkan - [Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.]

As-sa’ah [Hari Kiamat] tidak akan tiba; hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi - [H.R. Bukhari]

No comments: