Monday, September 3, 2012

KELANTAN BANGKIT SELEPAS KETINGGALAN UNTUK TEWASKAN ATM


Kelantan bangkit selepas ketinggalan untuk menang dengan keputusan 4 – 3 menewaskan ATM dalam perlawanan yang penuh mendebarkan itu.
Hujan lebat di awal perlawanan tidak merencatkan permainan kedua dua pasukan yang saling membalas serangan.
Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Afiq Azmi pada minit ke 8″ sebelum disamakan oleh Marlon Alex James pada minit ke 26″.
Shahrul Idlan Talaha kembali meletakkan Kelantan dihadapan minit ke 29″ namun Marlon Alex James pantas menyamakan kedudukan pada minit ke 35″.
Pasukan Kelantan kali ini ketinggalan pada minit ke 43″ selepas Hairuddin Omar berjaya menjaringkan gol ke – 3 ATM untuk menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan Kelantan 2 – 3 ATM.
Bersambung babak kedua, Kelantan melakukan serangan bertali arus dan hasilnya Norfarhan berjaya menyamakan kedudukan manakala gol kemenangan Kelantan hadir pada minit ke 86″ menerusi jaringan pemain gantian Nurul Azwan Roya.
Tamat Perlawanan Kelantan 4 – 3 ATM.
VIDEO GOL KELANTAN ATM dari Sokernet.com
KEDUDUKAN KUMPULAN B PIALA MALAYSIA SELEPAS 4 PERLAWANAN
Kumpulan B Piala Malaysia

No comments: