Monday, October 15, 2012

Ringkasan Laporan Audit 2011

2 syarikat k'jaan rugi lebih RM1 bilion
 




  • Zulaikha Zulkifli
  • 4:33PM Okt 15 2012

LAPORAN AUDIT Dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010, manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010.

Laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini antaranya menunjukkan IWK menanggung kerugian akibat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasi yang semakin meningkat.

RapidKL pula dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini hanya mencacatkan keuntungan pada tahun 2009 selepas mendapat peruntukan kerajaan berjumlah RM112.23 juta bawah pakej rangsangan ekonomi.

Audit juga mendapati terdapat kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipannya.

Maklum balas RapidKL dalam laporan tersebut menyebut, kerugian yang dialami itu berpunca daripada kos pekerja dan kos penyelenggaraan yang sentiasa meningkat.

Selain itu, syarikat itu juga tidak pernah meningkatkan kadar tambang sejak mula beroperasi pada 2005 dan menganggarkan keadaan kewangan yang "lebih sukar" bagi membiayai perbelanjaan operasi sekiranya tidak menaikkan kadar tambang tren dan bas.

Syarikat itu juga akan terus memerlukan bantuan berterusan daripada Prasarana dan kerajaan sekirana tidak berbuat demikian, menurut maklum balas itu.

Bagaimanapun, syarikat itu berikrar untuk terus memperbaiki kedudukan kewangan syarikat serta memastikan semua inisiatif untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos operasi berjalan lancar.

IWK pula dalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit menyebut, prestasi kewangannya kurang memuaskan sejak tiga tahun lalu kerana kadar tarif pembetungan yang rendah sedangkan kos operasinya meningkat saban tahun.

Penyata kewangan IWK yang diaudit menunjukkan peningkatan dalam pendapatan berjumlah RM156.03 juta (27.5%) bagi tahun 2009 berbanding tahun sebelumnya, namun mengalami penurunan pendapatan pada tahun 2010 berjumlah RM105.34 juta (14.6%) disebabkan faktor berkenaan.

Menurut laporan itu, kadar tarif pembentungan negara tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1994, malah diturunkan kerajaan pada tahun 2004 akibat rungutan pelanggan.

Kerajaan juga menyalurkan subsidi berjumlah RM1.32 bilion dari tahun 2001 hingga 2011 bagi menampung defisit kos operasi tersebut.

IWK kemudiannya tidak lagi bertanggungjawab ke atas perkhidmatan untuk tangki septik individu dan komunal apabila Akta Industri Perkhidmatan Air dikuatkuasakan pada 2008.

"Ini menyebabkan pendapatan IWK terus menurun akibat kehilangan anggaran 11,348 pelanggan tangki septik individu," kata laporan itu.

Syarikat itu juga menyatakan untuk menjalan usaha berterusan bagi meningkatkan hasil dan mengurangkan kos dengan memperkenalkan beberapa inisiatif seperti perlaksanaan Continous Improvement Projects (CIP).

"Perlaksanaan CIP yang dimulakan pada bulan Februari 2012 akan siap pada 31 Januari 2013 dan seterusnya pada setiap tahun. Kajian telah dibuat dengan pihak berkenaan untuk penyelarasan semula struktur dan kadar tarif pembetungan.

Menurut laporan itu lagi, cadangan Semakan Semula Kadar Tarif ini dijangka akan dibentangkan oleh pihak kementeritan tenaga teknogi hijau dan air kepada Kabinet pada 31 Disember nanti.
 
 
 
 
 
Pegawai kastam 'membeli-belah' RM1.82 juta
 
 




  • Aidila Razak
  • 9:48PM Okt 15 2012

Seorang pegawai kastam membeli ratusan barangan yang tidak diperuntukkan yang mencecah RM1.82 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Pegawai tersebut, yang tidak dinamakan dalam laporan itu, telah membuat pesanan secara lisan bagi barangan tersebut, yang sesetengahnya berharga ribuan ringgit, dan melebihi kuantiti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penetapan Permohonan Pembelian Peralatan Logistik Pencegahan.

Pegawai itu membuat pesanan berikut:

  • Tambahan 50 sistem GPS sedangkan dia hanya diberi kuasa untuk membuat pesanan bagi 30 sahaja, pada harga RM6,174 setiap satu;
  • Tambahan 100 lampu Search Light Hell sedang jumlah yang diluluskan adalah 50 sahaja pada harga RM1,292,60 setiap;
  • 60 lampu beacon pada harga RM1,311 setiap satu, sedang tiada kelulusan untuk membelinya.
  • 250 lampu suluh yang boleh dicas semula pada harga RM1, 217,16 setiap satu, sedang tiada kelulusan untuk membelinya.
  • 100 walkie-talkie pada harga RM5,259 setiap satu, sedang tiada kelulusan untuk membelinya.
Pegawai tersebut telah tidak diberi kuasa untuk membuat pesanan bagi lampu beacon, lampu suluh dan walkie-talkie.

Menurut laporan audit, pembelian itu dibuat pada 2007 tetapi pembekalnya, True Target Resources, tidak dapat dibayar kerana bil tersebut telah melebihi bajet perolehan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Ia menambah, Perbendaharaan pada tahun 2010 telah meluluskan pembayaran dan satu siasatan dijalankan terhadap pelanggaran peraturan tersebut.

Kementerian Kewangan pada 22 Disember 2010 telah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Kastam supaya membuat laporan polis terhadap pegawai terbabit.

"Bagaimanapun, tiada tindakan diambil terhadap pegawai terlibat kerana beliau telah meletakkan jawatan dengan notis 24 jam pada 26 Februari 2008," kata laporan audit tersebut.

Pada 24 Mei 2012, Jabatan Kastam membuat laporan polis terhadap pegawai berkenaan.


http://www.malaysiakini.com/news/211786



Mindef bayar RM3.2b untuk kuarters 'tak memuaskan'






  • Aidila Razak
  • 6:19PM Okt 15 2012


Laporan Ketua Audit Negara yang dikemukakan ke Parlimen hari ini mendapati kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan.
Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.

Laporan itu menyebut, hanya satu daripada projek yang diaudit itu, yang merupaan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-9, dianugerahkan melalui tender terbuka manakala bakinya melalui rundingan terus, tender terhad atau dengan sebut harga.

Enam daripada projek ini terletak di Lembah Klang dan dianugerahkan kepada Syarikat USL – satu kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn Bhd.

Menurut laporan tersebut, USL didapati "tidak berpengalaman" dan pegawai teknikal syarikat itu pula "kurang kompeten" untuk menyiapkan projek tersebut.
http://www.malaysiakini.com/news/211765
 
 

Pensyarah sementara UiTM dilantik tanpa bukti tamat pengajian
 
5:46PM Okt 15 2012
LAPORAN AUDIT Semakan audit mendapati 15 penerima biasiswa - yang terdiri daripada seorang peringkat PhD dan 14 peringkat sarjana - telah dilantik sebagai pensyarah sementara Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2003 hingga 2009 tanpa bukti mengemukakan bukti telah tamat pengajian.

Mereka telah dilantik berdasarkan Borang Melapor Diri Bagi Pemegang Biasiswa Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM), demikian menurut laporan maklum balas daripada Perbendaharaan Malaysia ke atas isu-isu utama dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti badan berkanun persekutuan serta pengurusan syarikat subsidiari bagi tahun 2011.

"Mengikut borang tersebut 15 penerima biasiswa itu menyatakan telah menamatkan pengajian tetapi masih belum menerima keputusan rasmi daripada Universiti berkaitan.

"Pelantikan ini adalah bertentangan dengan prosedur pelantikan pensyarah sementara kerana tidak mengemukakan bukti tamat pengajian," kata laporan tersebut.

Katanya, ini disebabkan Borang Melapor Diri Bagi Pemegang Biasiswa TPM tidak menghendaki sesalinan skrol, transkrip atau pengesahan universiti tempat pengajian dikemukakan bersama sebagai bukti tamat pengajian.

"Oleh itu semua 15 pensyarah sementara ini telah berkhidmat selama dua hingga lapan tahun tetapi tidak dapat diserap ke jawatan tetap.

"Pada pendapat Audit, UiTM hendaklah mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi Universiti berkaitan bagi memastikan 15 pensyarah sementara tersebut telah tamat pengajian dengan jayanya," kata laporan tersebut.

Selain itu, tambahnya, UiTM perlu memastikan semua penerima biasiswa TPM mengemukakan bukti tamat pengajian dengan jayanya semasa melaporkan diri.

"UiTM memaklumkan pemegang biasiswa bertanggungjawab memberitahu UiTM jika ada perubahan status Ijazah sepertimana perkara 10 (d) dalam Memorandum Syarat-Syarat Tawaran Biasiswa.

"Selain itu, Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf (Induk) pada 27.02.2012 telah membuat keputusan pemegang biasiswa TPM yang melaporkan diri selepas tamat tempoh pengajian tanpa mengemukakan salinan surat Senat bagi pengesahan tamat pengajian, tidak akan dilantik ke jawatan pensyarah," kata laporan itu lagi.

Menurut laporan itu, semakan Audit mendapati JPSM (Jabatan Pembangunan Sumber Manusia) dan JPbSM tidak mempunyai prosedur kerja yang lengkap untuk pengurusan biasiswa TPM.

"Ini menyebabkan pengurusan biasiswa TPM tidak dapat diurus dengan teratur. Selain itu, Pejabat PUU tidak mempunyai prosedur kerja terperinci berkenaan tempoh masa dan kekerapan bagi pengeluaran notis serta surat peringatan," tambahnya.

Sementara itu, tambahnya, semakan lanjut terhadap 48 fail pemegang biasiswa TPM yang pecah kontrak di Pejabat PUU mendapati ia tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini, kata laporan itu lagi.

Menurutnya, proses kerja yang tidak lengkap menyebabkan tindakan undang-undang dan susulan sukar diambil kerana didapati lima fail tiada dokumen asal perjanjian dan surat tawaran. 30 fail tiada dokumen asal perjanjian dan kesemua 48 fail itu tiada kertas minit dan senarai semak kandungan.

Sementara itu, dalam jawapannya, UiTM memaklumkan mengenai penambahbaikan terhadap memorandum baru biasiswa dengan memasukkan klausa tambahan iaitu pegawai hendaklah mengemukakan surat Senat/surat pengesahan universiti tempat pengajian semasa atau selepas melaporkan diri sebagai bukti tamat pengajian.

UiTM juga telah memberi maklumbalas pada 25 Jun 2012 berdasarkan surat daripada Jabatan Audit Negara bertarikh 14 Jun 2012 mengenai Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2011.

Dalam surat tersebut, UiTM memohon para 10.4.4.1 -“JPSM dan JPbSM tidak mempunyai prosedur kerja yang lengkap dengan pengurusan biasiswa TPM. Ini menyebabkan pengurusan biasiswa TPM tidak dapat diurus dengan teratur” digugurkan kerana JPSM tidak terlibat dengan pengurusan biasiswa TPM, hanya melibatkan urusan pelantikan TPM sebagai pensyarah.

JPbSM pula, jelas UiTM, mempunyai prosedur kerja yang lengkap dan terperinci melibatkan pengurusan biasiswa sepertimana yang telah dilampirkan selepas mesyuarat 'exit conference' pada 27 April 2012.

"PUU dalam proses merangka prosedur kerja yang lengkap melibatkan urusan mengambil tindakan undang-undang ke atas tindakan pecah kontrak.

"Bagi proses tindakan undang-undang, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia hanya mengemukakan salinan dokumen berkaitan untuk tindakan pihak PUU," jelas UiTM.
 
http://www.malaysiakini.com/news/211757


Daging kerbau, makanan luput tarikh di kantin sekolah





  • Aidila Razak
  • 9:36AM Okt 16 2012


LAPORAN AUDIT Kantin di sekolah berasrama penuh, sekolah menengah teknik/vokasional, teknikal dan sekolah agama bantuan kerajaan menyajikan daging kerbau beku yang diimport dan bukannya daging lembu segar seperti dalam kontrak perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB), Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Bukan sahaja makanan yang tidak mematuhi keperluan nutrien, malah setor kantin-kantin tersebut juga menyimpan barangan yang telah luput tarikh guna dan jenama makanan yang tidak diluluskan oleh kementerian.

Mengikut kontrak, kontraktor hendaklah memastikan bahan makanan seperti bahan mentah dan bahan kering yang digunakan berkualiti, halal, tidak luput tarikh guna, mengikut spesifikasi, jenama dan tertakluk kepada akta makanan yang sedang berkuatkuasa.

Daging lembu atau ayam mestilah bermutu dan disahkan halal oleh pihak berkuasa manakala ikan hendaklah dalam keadaan segar.

NONESemakan Audit mendapati sebahagian daripada syarat kontrak ini tidak dipatuhi oleh kontraktor kantin. Ini adalah penemuan audit di 30 kantin sekolah di Terengganu, Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Selangor.

Sepuluh kantin menggunakan bahan mentah seperti daging kerbau yang dimport dan ikan sejuk beku yang tidak segar untuk hidangan pada murid, manakala kantin di 21 sekolah lagi tidak membekalkan item bahan kering mengikut jenama, spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan dalam kontrak.

Sebagai contoh, pengusaha kantin tidak menggunakan Horlicks seperti yang dinyatakan dalam kontrak, tetapi sebaliknya menggunakan
Coco Tiger.
Mereka tidak menggunakan minyak masak jenama Pisau seperti dalam kontrak tetapi menggunakan bukan minyak masak
Mibo.
Bagi kicap pula, mereka sepatutnya menggunakan kicap cap Kipas dan cap Ayam. Tetapi mereka menggunakan kicap cap Angsa Mas.

Manakala kordial Sunquick digunakan menggantikan jus Peel Fresh.

Sos tiram, sos tomato dan mentega yang telah luput tarikh guna, seawal dua bulan sebelum diaudit, ditemui di beberapa setor manakala sebuah sekolah di Johor menggunakan minyak masak yang diisi dalam botol minyak terpakai.

Sedang mengikut kontrak, minyak masa hendaklah dibekal dalam tin atau botol bermetri dan apabila digunakan untuk menggoreng hanya dibenarkan untuk digunakan sekali sahaja..

NONESeorang pengendali kantin sekolah di Selangor menggunakan bahan perasa makanan yang tidak digalakkan, manakala pewarna dan perisa minuman digunakan di sekolah-sekolah di Johor.

Seorang pengendali kantin sekolah di Sabah pula didapati menghidangkan mi kosong tanpa sayur-sayuran, dan ini melanggar kontrak, manakala yang lain menggunakan bekas memasak yang berkarat dan dimasak di kawasan yang kotor.

Dalam reaksinya, Kementerian Pelajaran berkata ia akan menyiasat perkara itu dan memberi amaran terhadap pengendali kantin terbabit dan mengambil tindakan terhadap mereka jika tidak terdapat sebarang peningkatan.

"Kementerian mengambil perhatian serius. Menggunakan minyak masak yang diisi di dalam botol minyak terpakai merupakan satu tindakan penipuan... pihak kontraktor telah diberi peringatan tegas bagi memastikan perkara ini tidak berulang.

"Pihak sekolah telah membuat teguran kepada pihak kontraktor berkenaan kawalan pnggunaan bahan serta perasa makanan yang tidak digalakkan di dalam penyediaan makanan dan minuman di sekolah."

Mengikut kontraktor, mereka menggunakan daging kerbau dan ikan yang sejuk beku yang tidak segar kerana kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak untuk hidangan kepada murid.
http://www.malaysiakini.com/news/211796


K'jaan timbang tindakan sivil ke atas NFCorp


11:51AM Okt 16 2012

Kerajaan menimbang untuk mengambil tindakan sivil ke atas National Feedlot Corporation (NFCorp) dan juga bagi mengutip semula pinjaman yang diberikan kepada syarikat tersebut.

Laporan Ketua Audit Negara menyebut, tindakan berkenaan bagaimanapun masih berada dalam kajian kementerian kewangan, kementerian pertanian dan jabatan peguam negara.
Syarikat berkenaan menerima pinjaman mudah RM250 dari kerajaan bagi menjalankan projek tersebut.
Laporan itu juga menyebut, kementerian kewangan dan jabatan peguam negara masih mengadakan perbincangan untuk meneliti hala tuju projek fidlot tersebut bagi pertimbangan selanjutnya.

Laporan itu, yang dibentangkan di Parlimen semalam, seterusnya menyenaraikan isu yang masih berbangkit berhubung projek berkenaan:
  • Entrepreneur Development Programme belum dilaksanakan oleh NFCorp untuk melahirkan 130 pengusaha ladang satelit dan draf Standard Operating Procedure (SOP) bagi program tersebut masih belum dimuktamadkan.
  • Pembayaran baki geran berjumlah RM6.48 juta ditangguhkan sehingga Kajian Viability and Business Model Project yang disiapkan pada 5 April 2011 dan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan.
  • Obligasi Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani membangunkan abattoir berkapasiti sembelihan 350 ekor sehari ditangguhkan sehingga Kajian Viability and Business Model Project dijalankan.
  • Obligasi NFCorp yang dinyatakan dalam Perjanjian Pelaksanaan untuk membina kilang makanan ternakan dan kilang bio-gas masih belum dilaksanakan.
  • Kawasan seluas 500 ekar serta kemudahan infrastruktur yang dibina di kawasan yang ditawarkan kepada Lamberts masih belum digunakan.
  • Kemudahan infrastruktur seperti kolam takungan, jalan masuk, pagar berangkai dan jalan perimeter tidak disenggarakan dengan memuaskan oleh NFCorp dan kementerian.

 
 
Pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kini menghadapi dua tuduhan Pecah Amanah Jenayah (CBT) berjumlah RM49.7 juta.

Perbicaraan bagi kes tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ditetapkan pada 5 November.

Pada 12 Mac, Mohamad Salleh, 64, didakwa menyelewengkan RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai pengarah NFC, bagi membiayai pembelian dua kondominium di 'One Menerung' di Bangsar antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd di Taman Tun Dr Ismail.

Tuduhan kedua melibatkan pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah, antara 6 Mei dan 16 November 2009.

Beliau menghadapi kemungkinan penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 409 akta Syarikat 1965.

Mohamad Salleh juga didakwa di bawah Seksyen 132(2)(a) akta yang sama kerana menggunakan aset syarikat untuk membiayai sebahagian pembelian kondominium itu tanpa kelulusan syarikat.
 
http://www.malaysiakini.com/news/211816




Restoran Jom Makan di Tokyo, London bungkus



  • Aidila Razak
  • 5:52PM Okt 16 2012


Satu rancangan untuk menubuhkan rangkaian restoran Malaysia di lokasi antarabangsa melalui projek MyFranchise berakhir apabila hampir kesemua pelaburan berkenaan mengalami kerugian, menurut laporan Ketua Audit Negara 2011.
Audit berkenaan mendapati syarikat Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Nasional Bhd, "tidak berpengalaman" dan ini membawa kepada penutupan kedainya di Tokyo dan London.

NONERancangan untuk membuka restoran mewah di New York akhirnya dihentikan dan restoran di Tokyo pula dikendalikan oleh seorang individu yang membuat "tuntutan palsu" – yang akhirnya terpaksa ditanggung MyFranchise.

Rangkaian restoran Jom Makan itu, meliputi restoran "quick service" di London, restoran "specialty" di Tokyo dan restoran "fine dining" di New York, merupakan prototaip kepada program Malaysia Kitchen yang dilancarkan pada 2006.

Projek itu dimulakan dengan geran kerajaan berjumlah RM20 juta, namun hanya RM16.4 juta digunakan dan bakinya dikembalikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 22 Februari 2012.

Audit berkenaan mendapati restoran berkenaan gagal kerana "lokasi tidak strategik, pengusaha tidak berpengalaman, menu terlalu banyak, harga tidak berpatutan, serta kualiti dan rasa makanan kurang enak".

NONEDalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit, MyFranchise berkata syarikat itu hanya diberi masa dua minggu untuk membuka restoran di Tokyo dan tidak dapat menemui lokasi sesuai.

Restoran di Tokyo itu bertukar pengurus beberapa kali, termasuk seorang yang menggunakan restoran tersebut untuk menipu sebuah lagi syarikat sebanyak 7.3 juta Yen (RM278,904 mengikut kadar pertukaran Disember 2009).

Menurut laporan itu, individu berkenaan membuat tuntutan bayaran dengan menggunakan dokumen palsu dan MyFranchise kemudiannya memremitkan sepenuhnya bayaran tersebut.


http://www.malaysiakini.com/news/211892

 



Syarikat Kedah pinjam RM134 juta untuk projek di Papua


NONEAnak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) mengambil pinjaman AS$40 juta (RM134 juta) tanpa kelulusan lembaga pengarah untuk projek pembalakan dan pembangunan yang kemudiannya bermasalah.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pinjaman itu dibuat pengarah urusan dan pengurus besar oleh Kedah Corporation Bhd (KCB) untuk projek di Papua New Guinea.

"Pinjaman tersebut diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London," laporan itu dipetik.

Menurut laporan itu lagi, perunding itu dibayar secara ansuran sebanyak RM1.6 juta dan RM4.67 juta sebagai komisen dan yuran guaman walaupun pinjaman itu dibatalkan pada Januari 2010.

"Pinjaman terbabit dibatalkan setelah mendapati syarat pinjaman projek tidak memihak kepada syarikat dan ketidakmampuan membayar balik pinjaman," demikian menurut laporan audit lagi.

Audit mendapati perjanjian untuk pelaburan berisiko tinggi antara KCB dan syarikat Papua New Guinea MAS Incorporated ditandatangani pada 12 Oktober 2008.

NONE

No comments: