Anda pasti terkejut dengan hasil eksperimen yang admin buat sendiri menggunakan aplikasi Google Trends yang membolehkan kita melihat statistik penggunaan internet di seluruh dunia. Pada post kali ni, admin akan tunjuk beberapa hasil data eksperimen yang mengejutkan admin sendiri dan anda juga pasti boleh menilai hasil kajian ini.
Google Trends adalah aplikasi Google yang menyimpan dan memapar data penggunaan search engine seterusnya memetakan data untuk kegunaan kajian. Admin akan embed setiap aplikasi data pada post ini. Setiap data adalah berpandukan keyword carian di search engine.
Anda hanya perlu rujuk dan klik pada negeri-negeri yang telah didatakan di bawah untuk melihat index carian. Admin akan buat ulasan dan ringkasan pada penghujung post.
Carian “PRU 13″
Carian “Pas”
Carian “BN”
Carian “Pakatan Rakyat”
Carian “Keadilan”
Carian “DAP”
Carian Rasuah
Jika anda rujuk taburan data search engine di atas, anda pasti terkejut betapa aktifnya penduduk Kelantanmenggunakan internet untuk mendapatkan maklumat. Hampir 80% dari carian keyword penting dalam politik Malaysia telah didominasi oleh penduduk Kelantan.
Laporan index ini juga membuktikan Kelantan bukan negeri yang mundur, malah boleh dikatakan paling maju dari segi kaedah kajian maklumat mereka. Negeri yang diterajui oleh pimpinan Pas itu menunjukkan mereka tidak cetek maklumat walaupun negeri itu ditekan dari pelbagai sudut, dari segi politik, kewangan, kemudahan, royalti minyak dan pelbagai lagi.
Orang Kelantan bukan orang kampung, orang Kelantan paling celik politik di Malaysia
Setelah meneliti hasil data yang diberi, quote di atas mempunyai asas yang kuat. Data-data menunjukkan penduduk di Kelantan bukanlah orang berpemikiran ‘kampung’ yang hanya mendapatkan maklumat dari buah mulut orang dan janji manis wakil rakyat yang dipilih.
Jika anda rasa post ini sangat berguna, bolehla tekan like dan share kat bawah ni.. Admin akan membuat beberapa kajian data lain menggunakan Google Trends untuk menilai apa yang kita cari di internet.