Tuesday, July 16, 2013

Cara nak kawal harga ayam???

Contract Farming adalah kaedah penternakan yang dilakukan oleh syarikat2 besar seperti KFC bagi memastikan bekalan ayam segar mereka mencukupi dengan harga yang terkawal.

Petani hanya menyediakan reban yang berkapasiti 10 ribu ekor pengeluaran sehari dengan 30 reban. KFC pula membekalkan anak2 ayam, makanan ayam, vaksin, ubat-ubatan, manakala di pihak penternak pula selain dari reban tertutup hendaklah menyediakan pekerja, utiliti, keselamatan dan lain-lain berkaitan kebersihan dan keselamatan.

Penternakan moden cara KFC membolehkan penuaian ayam dewasa hanya dalam tempoh 30 hari. Reban moden bertutup, berlampu dan bersaliran udara dengan sistem pembersihan automatik membolehkan reban direhatkan hanya beberapa jam selepas penuaian dan anak-anak ayam baru boleh diternak semula.

KFC memberikan bayaran tunai RM1 (seringgit) bagi setiap ekor ayam yang dituai dengan risiko kematian ayam yang minimal dan terkawal bagi mengelakkan ayam dijual ke luar.


Seandainya kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melaksanakan sistem ini secara terus iaitu tanpa kontraktor pembekal anak ayam, makanan dan lain-lain, harga seekor ayam mampu dikawal dibawah paras RM5.00 sekilogram. Ini bermakna Kementeria menerusi agensi-agensinya mesti mengeluarkan makanan ayam sendiri dan menyediakan hatchery sendiri yang berkapasiti 1 juta ekor minima sebulan.

Kaedah penternakan secara kontrak ini jika dibuka kepada rakyat marhaein terutamanya dari kalangan bumiputera mampu melahirkan sekurang-kurangnya 100 jutawan ayam dalam tempoh setahun sahaja.

Kiraan mudah ; 10,000 ekor ayam x RM1 x 30 hari = RM300,000.
Kos kakitangan, utiliti dan lain-lain dibawah RM50,000 sebulan; ini bermakna usahawan ayam mampu meraih keuntungan bersih RM250,000 sebulan iaitu RM3 juta setahun.

Sekiranya peluang ini dibuka hanya untuk 150 orang usahawan sahaja, maka kerajaan mampu mengeluarkan 1.5 juta ekor ayam sehari. Bayangkan jika peluang ini dibuka kepada 200 atau 500 usahawan, nescaya kita mampu mengeksport ayam dan produk berasaskan ayam halal dalam tempoh setahun sahaja.

Kaedah ini mampu mengimbangi harga ayam di pasaran maksima 2 bulan dari tarikh perlaksanaan, sekiranya diuruskan dengan betul.

Kejayaan sistem ini memerlukan komitmen dari semua pihak dan paling penting adalah TIADA KONTRAKTOR ATAU PEMBEKAL PIHAK KETIGA TERBABIT!

Azanisham Samat

FB

No comments: