Ok kita cakap pasal Gameplay lah. Kalau nak kira Adrenalin semangat itu semua tengah meletup, tak kira siapa. Yang tak pernah layan bola pun asal orang Kelantan, dengar berita begini terbayang suasana Final di Bukit Jalil walaupun dia tak pernah pergi pun.
Nak bagi bayangan bahawa kalau pejabat kerajaan negeri buka waktu malam pun semua berkumpul dewan makan yang ada Tv dan Astro. Budak exam UPSR yang mak ayah tak pernah bawa ke Final pun boleh bayang dengan betul kehangatan Final bila tengok game tadi.
Yang lebih special anak Kelantan di Johor, yang penakut jalan menunduk menguntum senyum, yang berani berkepak dada pakai jersi pagi esok. Itu semua ekspresi masing-masing punya hal.
Kalau sebelum ini saya berprinsip Johor akan terkeluar dari saingan di Kota Bharu kerana ketumpulan jentera serangan, tetapi saya silap. Sebenarnya kerana kematangan dan kehendak pemain pertahanan yang begitu besar untuk menambah semangat penyerang untuk bekerja mencari gol.
Yang kedua, saya beranggapan Gameplay Azmi Mohammed yang bagus di First Leg sehingga Kelantan terduduk di Larkin, tapi sebenarnya kerana benteng Kelantan yang pudar dengan gandingan yang jarang digandingkan, Farisham di kanan dan Azizi di tengah.
Saya rasa mereka berdua jarang bermain sekali, kerana Poknik dan Daudsu amat dominan di dua posisi tersebut, jika di tukar mungkin salah seorang.
Sebenarnya kerencatan pertahanan kedua-dua pasukan di kedua-dua stadium kerana sorakan penyokong lawan. Serangan kedua-dua serangan timbal balik menjadi tajam kerana semangat sorakan penyokong sendiri.
Ini tidak boleh dinafikan langsung. Kita nampak Aidil setaraf Obinna di Larkin, kita lihat Nazri seperti Azizi di Kota Bharu. Sebelum pergi ke part Gameplay, kita hurai dulu mengenai perkara bersangkut paut.
Di Larkin Zairul Fitree juga tidak fit dan Farisham tidak di tekan di Kota Bharu menjadikan suasana tenang dan santai di pertahanan, saya jamin kalau Zairul diturunkan malam ini sama saja situasinya dengan keadaan Farisham yang tidak kekok bermain di Wide Angle kedua-dua sisi.
Untuk bercakap mengenai Gameplay Bojan dan Azmi, walaupun tidak adil untuk membandingkan cara di Larkin dan Kota Bharu namun memang perlu dirujuk kerana ini perlawanan Two Legs.
Ok basic nya Azmi menyerapkan corak Break Attack atau bekerja ditengah mencuri kegagalan Piya dan Shakir dalam mengatur barulah mengatur gerakan tersusun dan laju melalui 3S kebangsaan, Safiq-Shahrul-Safee.
Di Kota Bharu Azmi tak mungkin boleh Attacking Mode dengan cara mengganggu pemain tengah Kelantan untuk memulakan gerakan, kebetulan ketika itu gaya gerakan bola pasukan Kelantan bermula dari bawah Long Ball keatas, bek atau Def Mid potong bola baru Safiq mendapat bola dan memulakan gerakan. Gaya ini senang kerana Azmi bernasib baik mampu membaca cara taktikal Bojan.
Berbalik ke Kota Bharu, apa yang Azmi lakukan? menyimpan Ezrie Shafizie seorang Defensive Mid di bangku simpanan, seperti di Larkin, dengan mempercayai Akram, pemain muda dari team Johor FA bekas anak buah beliau.
Akram merupakan pemain muda yang lincah, sebab itu tugasnya cuba merampas bola dan mengepung kawasan tengah, sayangnya gandingan Diamond Zairo-Shakir-Piya tidak terkepung.
Semangat meluap-luap dan ketenangan dengan pengalaman menjadikan pemain Kelantan menyusun gerakan tanpa mampu dirampas bola oleh Ball Winner yang rajin seperti Akram. Safiq menjadi pembantu Defensive Mid pula ketika tertekan.
Di pertengahan babak pertama, saya asyik terfikirkan satu perkara magis yang Bojan lakukan. Saya tak tahu Piya dijadikan sebagai Attacking Mid atau Second Striker, kalau Second Striker tapi bermain sebagai Shadow dalam gerakan Dickson, ini gaya magis yang pelik dan hebat.
Mungkin kebetulan Indra bekerja sebagai separuh unit yang Piya perlu bekerja, akhirnya ditempat biasa Piya ketika formasi 442 biasa Bojan guna, tempat itu di ambil oleh Zairo. Saya lihat Piya tidak perlu mengatur gerakan.
Saya seperti biasa seorang yang prejudis kepada Piya, mengutuk kemalasan beliau pada awalnya, namun perlahan-lahan mula faham, sebenarnya kedudukan Piya dibanyak tempat tanpa membawa bola sebenarnya membuka ruang yang luas untuk Dickson bermaharajalela.
Pemain DTFC seolah-olah marking shadow Piya sahaja. Piya menarik beberapa pemain mengekorinya, akhirnya Lone Striker Kelantan bebas untuk membawa masuk bola, bukan seperti Fakri yang menunggu, Piya tidak menunggu tapi berubah kedudukan.
Perkara lain yang saya terhidu, sebenarnya Azmi mahu mengaburi pemain pertahanan Kelantan, dengan banyak menggunakan Hadin sebagai Wide Kanan yang banyak menerima bola dari bahagian kiri iaitu Awe.
Ini demi menjadikan Awe sebagai senjata yang tiba-tiba dapat memacu Depth dan dapat ruang luas untuk tiba-tiba berlari secara mengejut apabila menerima bola.
Awe bukan tipikal pemain yang senyap. Bukan pemain yang boleh duduk saja menanti gerakan-gerakan tertentu yang terlalu dirancang. Awe ialah pemain yang melekatkan gam di but dan membawa bola bersama, bukannya menunggu.
Akhirnya Akram dan Safiq jarang dapat melorongkan bola pada Hadin kerana ditekan oleh Zairo dan Shakir, Farhan pula sangat WOW, tidak perlu membuat larian dari tengah, banyak menunggu dan bola banyak dihantar, membuatkan Awe tak senang duduk terpaksa kerap turun membantu Tarmimi selepas Irfan sebagai Bek Kiri gagal berfungsi dikeluarkan awal akibat tekanan penyokong. Awe menjadi keris simpanan yang tersarung didalam pendok atau sarung keris. Orang Kelate gelarkan sebagai ‘Kherlok’.
Bojan, tidak payah terlalu mengatur. Subjeknya ialah Dickson, caranya dipelbagai, namun tidak ada lagi Long Ball. Sebenarnya ditengah bukan gandingan 3 pemain membentuk Diamond, tapi dua sahaja iaitu Shakir dan Zairo sebagai Def Mid dan Mid Centre.
Piya dijadikan Trequartista yang lebih kepada Second Striker. Piya bergerak, benteng lawan ingatkan Piya akan menuju kedalam box selalu, tetapi yang masuk ke box ialah dua orang sayap Kelantan.
All Out Attacking yang sabar, yang tidak terburu-buru, hanya perlu memeningkan benteng tengah lawan, memaksa Fullback masuk selalu kedalam box, dan Dickson seperti penyerang Polo Air, mengacah tak kira masa dan suasana serta kedudukannya.
3-4 hari sebelum perlawanan saya sudah terbayangkan Kelantan bermain seperti ini dan saya bayangkan Kelantan awal-awal membunuh game dengan 5-0 separuh masa pertama, namun itu sangat terburu-buru sebenarnya. Impian saya yang terburu-buru.
Ini persembahan dari syurga, kerana rempahnya cukup. Elementasi bercampur baur, aspek yang terpenting tiada di musim-musim lepas ialah babak pemancingan pemain berkaliber yang didengar banyak pasukan yang hebat dan akan jadi hebat menelan liur melihat pemain Kelantan secara individunya, kerana adanya perkara ini menjadikan pemain Kelantan terutamanya bermain untuk membuktikan sesuatu yang tidak ada dimusim lepas.
Miracle yang pure, ibarat menjumpai tiram yang mempunyai mutiara didalamnya tetapi tiram itu berada didalam mulut buaya.
Akhir-akhir ini saya terlalu kerap menonton perlawanan peringkat tertinggi Asia, separuh akhir ACL terutamanya. Saya tengok Kelantan bukan membentuk bolasepak dominan cara gerakan dan susunannya seperti gergasi mata sepet Ghuangzhou Evergrande, Seoul FC atau Kashiwa Reysol.
Kelantan lebih kearah gaya Estaghlal. Kelab mata sepet itu bermain gaya dominan ala kuasa besar dari England. Estaghlal lebih kepada kekuatan individu yang tersusun membentuk gerakan berpasukan, akhirnya nama-nama individu tenggelam.
Team gergasi lain membentuk gerakan berpasukan untuk menonjolkan nama individu yang membentuk kemenangan. Evergrande dengan gandingan latin Muruqui, Elkenson dan Conca mendapat sentuhan Lippi, amat hebat gerakan berpasukan, tetapi yang dapat nama mereka berempat.
Berbeza Estaghlal of Tehran, nampak karekter pemain utama mereka menonjol tapi bila berkuasa dalam gerakan, nama itu tenggelam dan seluruh 11 pemain mendapat nama atau pujian.
Mengenai satu perkara yang saya terkilan. Yang lain saya tak ada masalah dengan penyokong Johor. Mereka yang berada di pendalaman menganggap Johor mencetuskan fenomena baru bolasepak Malaysia. Ini statement mengguris.
Mereka melihat penyokong away mereka wajib ke venue luar, mereka melihat stadium mereka penuh, mereka melihat Ultras mereka meletus nama terhebat, mereka melihat gaya lifestyle timbul keJohoran.
Kita bukan nak menjawab cara budak-budak, kita tak membagitahu kita dari dulu buat dari mereka. Kalau cakap lebih dahulu, pasti ada orang lain lebih dahulu. Kita nak cakap dominan, betul lah kerana orang Kelantan teramai berhijrah disemua negeri. Itu bukan dalil. Malam ini adalah dalilnya.
Tahun pertama pembabitan pasukan adalah dalilnya. Ambil benang dan tarik serta jadikan susunan graf, siapa bermula dari bawah, benang apa kamu pakai, benang dari sutera.
Kami pakai benang nylon yang buat kain guni. Kami bermula dari bawah, kami stabil dan kami gah walau dicabar. Anda bermula dari atas, anda tak stabil dan tak gah dicabar.
Penyokong yang tak tahu tak salah mengeluarkan statement begitu, tapi penyokong yang tahu harus sedarkan mereka, saya percaya di Johor akan timbul penyokong matang yang boleh slowdown dan menunduk sedikit dibumi pada musim hadapan, mengajar rakan-rakan mereka yang baru menyertai mereka. Musim depan mungkin kita tidak bermusuh lagi.
Aspek bolasepak salah satunya proses pembakaran minda di otak kiri yang meletuskan emosi. Suasana tegang menjadi raja ketika sorakan bergema. Bukan bermakna bergolok bergadai untuk bergaduh, tapi semua lawan bersedia untuk saling membakar.
Ini akan merebak bila suasana dipadang juga tersangat meriah. Saya sebenarnya tak ada upaya untuk menulis artikel ini, banyak komitmen lain yang menganggu otak saya.
Namun tidur yang tak lena, saya menonton penyokong Levante sebuah kelab tikus di LaLiga, dipenuhi stadiumnya separuh oleh penyokong Real Madrid. Minit ke 85′ sehingga 94′ adalah setiap detiknya dramatik.
Malas saya nak hurai dramatiknya, tapi melihat penyokong kedua-dua berpasukan memacukan sorakan habis-habisan dihujung perlawanan saya menjadi bersemangat. Lepas itu sambung game Barcelona, melihat jaringan Thunderbolt dari Alexis Sanchez, terus saya kayuh papan kekunci memandangkan tidak ada review perlawanan yang seperti saya tulis.
Bukan nak menjuarai bidang, hanya mencari kelainan untuk mereka yang merasai kesamaan. Peace penyokong Johor, Alfatihah buat anak Al-Hafiz, doa selamat buat perjalanan pulang rombongan Awaydays dari Johor ke Kelantan.
Walaupun tiada slogan selamanya kita bersaudara ke apa, cukup sedikit terima kasih saya ucapkan buat rakan penyokong Johor. Jangan tunjuk True, tapi didik diri dedikasi, apa team anda bagi pada anda dan apa yang anda bagi pada team anda. Wassalam.
Penulis : JB Bettermen
Foto : Abu Izzuddin Photography
Foto : Abu Izzuddin Photography
No comments:
Post a Comment