Semasa tengah berehat di rumah, dapat msg wasap dari bos, "Sapa nak pergi Belgium untuk kursus ISO Database?".
Aku terus cadangkan Nurul, sebab dari awal dia programmer kami untuk Database INOS. Semua ahli lab bersetuju.
Kemudian, semasa kursus OTGA pertama kali dianjurkan oleh INOS dihadiri oleh Claudia, OTGA Coordinator. Bos suruh acah2 tanya boleh ke hantar 2 orang dari institusi yang sama, biasa 2 orang dari institusi sama sorang je dapat full support. Dengar khabar tarikh akhir dilanjutkan sebab tahap sambutan rendah. Mungkin sebab tarikh kursus musim sejuk.
Claudia cakap dia akan tengok dulu.
Kemudian last day OTGA Marine GIS di INOS, Claudia datang berbisik, Nurul dah terpilih dari awal lagi, awak saya dah pilih, tapi diam2 dulu, sebab dia nak finalise. Sengih sorang dah aku masa tu.
Masa tu my boss sangat sporting, siap tolong carikkan hotel backpakers kat Oostende, kot2 dia cover bajet pengangkutan sahaja. Kitorang siap kira semua termasuk duit makan. In case x dapat full support ke sana.
Dua hari kemudian, dapat email dari organiser, aku dpt full support. Kedua-dua orang kami dapat full support. Perghhhhhhhh. Kemudian selepas beberapa aksi pujuk rayu dengan Christine maka aku dapat tiket MAS dan Qatar Airways dan pulang melalui Amsterdam untuk bercuti di sana. Connecting rupanya sangat meletihkan.
Personal Insurans kami bayar sendiri, RM120.00 seorang untuk jumlah hari berada di sana untuk Belgium dan Belanda.
KT - KL - Sejam
KL - Doha - 7 Jam
Doha - Brussels - 8 Jam
Iconic place kat Doha Airport
Surau aiport Doha, mewah kot.........
Masa ke Brussels, kotobang lalu atas Iran plak, jauh plok korner. Tapi masa tu la 1st time aku dpt tengok salji atas gunung masa lalu atas pergunungan Iran. Pokcik Belgium sebelah seat yang ajak tengok skali. Aku siap amik gambar (darat).
1st time tgk salji ori weyhhhh
Pokcik sebelah Nurul tu Pokcik dari Antwerpen, Belgium baru balik bercuti sorang2 dari Vietnam dan Indonesia x silap.
Ni makanan aku. Dijamin halal atas Qatar Airways ni.
Ni stndard bila aku naik kapal terbang yang belum naik, B787 Dreamliner, Selpi dalam tandas.
Selepas hampir 24 jam, kami sampai juga di Brussels dengan selamat. Balqis (student UPM) dan Nurul nampak kepenatan dah. Masa nak naik train ke Oostende, boleh rasa angin sejuk masuk, cepat2 baru nak carik baju sejuk tebal, tutup kepala dan sarung tangan.
Kaunter beli tiket train, sambil cari Balqis sebab dia naik Emirates
Ni staf train suruh snap gambar. Aiport - Gent - Ooostende. Bagus juga apps dia, menyenangkan pelancong dan dia sendiri.
10 minit kami tunggu dalam train, tiba2 kena halau sbb dia suruh naik train lain. Train tu rosak hahahaha.
Pastu pakat-pakat pening nak pilih train lain. Tukar gate lain plak. Semua diskas, sama ada nak amik train direct ke Oostende selama 3 jam atau 2 train untuk 2 jam sahaja. Kami decide senang amik direct train je, konpom akan sampai Ooostende (21 euro sehala). Naik train semua tido, aku jugok tido2 ayam sbb nak jaga beg masing2.
Ni gambar pertama snap lepas kuar Airport Brussels. Design bangunan lama dan looks ancient
Apabila sampai di Stesen Oostende, kami keluar je dari train, semua berlari tatau nak gi mana. Masa tu ribut kuat dan angin dia sejuk sampai tulang. Sampai lupa simpan mana glove n tutup kepala bagai. Mat salleh aku tgk relax je. Aku nyorok belakang bangunan sambil selongkar beg untuk tambah satu lagi baju sejuk. Nurul n Balqis tatau bukak beg kat mana. Sejuk sampai ke tulang. Minah Mexico pun sama, selongkar beg cari baju sejuk, dia sama kursus dengan Balqis berkenaa OBIS.
Minah Mexico tu yang tunjuk tempat biasa naik taxi, rupanya dia pernah datang kursus kat sini. Dapat teksi, terus ke Bero Hotel, kira waktu Isyak kat sana. Letak beg dalam bilik, tanpa bukak beg, terus tido. Jaga balik 4 5 jam kemudian sebab masa tu kat Malaysia jam 10am dah. Mata kelip-kelip takleh tido, sambil tgk jam, ade 5 jam lagi untuk bangun n siap ke tempat kursus..........
No comments:
Post a Comment