Tuesday, September 4, 2012

Seksyen 290, 504 dan 509

Tindakan memijak gambar pemimpin negara dan menunjuk punggung disiasat di bawah 

Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan mudarat 
Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.
Seksyen 509: Perkataan atau isyarat yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang


Evolusi kereta Nissan Skyline dari 1957 - 2012

SEBUAH HOTEL BERHANTU DI COLOMBIA


Tequendama Falls (Salto del Tequendama) adalah satu tarikan pelancong utama yang terletak kira-kira 30 km barat daya Bogotá, ibu kota Colombia. Beribu-ribu pelancong datang melawat kawasan itu untuk mengagumi air terjun yang berketinggian 157 meter (515 kaki) dan keindahan sekitarnya termasuk sebuah hotel yang dikatakan berhantu, Hotel del Salto.


Hotel mewah itu dibuka pada tahun 1928 untuk menyambut pelancong kaya yang melawat kawasan Tequendama Falls. Terletak hanya bertentangan dengan air terjun dan di pinggir tebing, ia menyediakan pemandangan indah untuk para tetamu. Namun pencemaran sungai Bogotá menyebabkan pelancong secara beransur-ansur hilang minat untuk datang ke kawasan itu. Hotel ini akhirnya ditutup pada awal 90-an dan telah dibiarkan terbengkalai. Hakikatnya, ramai orang pada masa lalu memilih tempat itu untuk membunuh diri membuat orang ramai percaya bahawa hotel ini memang berhantu!










kredit: http://desertedplaces.blogspot.com

Empayar Tan Sri Mokhtar al-Bukhary

Inikah Wajah Perempuan Islam Berusia 700 Tahun?



Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Cuba tengok gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bagian Timur .

Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.

Arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.

Mumia ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik.





Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan. 

Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami'. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud 'Pencerahan Murni'. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.

Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa 'Ming' bermaksud 'gilang-gemilang atau terang-benderang'.

Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau 'Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya'.

Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China.

Wallahua’lam.

Monday, September 3, 2012

Oasis Of The Sea : Kapal Penumpang Terbesar Dunia

Oasis of the Sea dan kapal kembar beliau Allure of The Sea ialah kapal penumpang terbesar di dunia dengan kapasiti sebanyak 6296 orang penumpang. Kapal gergasi ini sepanjang 361 meter , selebar 65 meter dan setinggi 72 meter. Kesemua anak kapal dan penumpang ditempatkan di dalam 16 geladak kapal seberat 225 282 tan ini. Bandingkan Oasis of The Sea dengan Titanic yang hanya sepanjang 269 meter dan seberat 46 328 tan dan menempatkan 2435 penumpang. Titanic juga hanya mempunyai 892 orang anak kapal berbanding 2394 orang anak kapal di atas Oasis! Holy!

Kapal ini mempunyai 5 buah kolam renang, sebuah pusat membeli belah seluas 10 000 kaki persegi, kabin dengan balkoni serta amfiteater pada bahagian buritannya. Ianya mula dibina pada tahun 2007 dan siap sepenuhnya pada tahun 2009 dengan kos sebanyak USD 1.4 Billion!

Tidak seperti Titanic, Oasis of the Sea dilengkapi 18 bot keselamatan yang mampu menampung 6660 orang penumpang beserta rakit getah tambahan. Jika Oasis bertembung dengan iceberg kesemua anak kapal dan penumpang isnyallah selamat. Tetapi anda tak perlu risau tentang iceberg kerana Oasis of The Sea hanya beroperasi di kawasan air panas Caribbean!






Video Ustaz Azhar Idrus Pandu Ferrari



Di Youtube terdapat satu video yang dikongsi di mana kelihatan Ustaz Azhar Idrus bersama kereta Ferrari yang tidak diketahui milik siapa. Pada masa yang sama terdapat sebuah Vespa putih yang turut dirakamkan bersama.


Seperti yang kita tahu, Ustaz Azhar Idrus merupakan satu fenomena pendakwah bebas yang paling diminati di Malaysia.rata-rata yang meminati beliau adalah dari kalangan orang muda yang dahagakan ilmu agama. Di bawah ini merupakan satu video di mana Ustaz Azhar Idrus dilihat memandu kereta Ferrari. Jom tonton video di atas.

Tak mungkin Ustaz Azhar Idrus pujaan ramai ni jadi pelakon pulak. Tapi ada saya terjumpa video ni di Youtube.

Lelaki yang bawa Vespa putih dalam video tu saya kurang pasti siapa. Yang pasti, bukan anak Ustaz Azhar Idrus. Tuan punya Ferrari merah tu pun saya tak tahu siapa punya. Apapun Ustaz, you memang cool lah. Patutlah ramai anak muda suka! Sporting habis.