Wednesday, March 11, 2009

PPSMI


salam...

Kali ni rasa terpanggil untuk membicarakan soal PPSMI. Selepas sekian lama mendengar dan memerhati. Setelah melihat orang kuat bahasa seperti A samad Said, Datok baha dan Dr Hassan sehingga berani membuat perhimpunan selepas 7 tahun pelaksaan. Mungkin dulu diorang dah tolak, tapi tak berani nak lawan kot. Tengok sapa PM kan.

Dulu hebat jugak penentangan. Alasan paling boleh diterima justifikasi ialah, jika perut sakit, perut lah yang perlu diubati. Itu jawapan mudah lah. Cuba nilai diri kita sendiri. Cikgu-cikgu yang mengajar english masa sekolah dulu pun banyak yang salah sebutan. Bukan mahu mempertikai cikgu-cikgu (ampun cikgu), tapi mereka semua ini bukanlah cikgu yang pakar dalam bahasa inggeris. Ambil contoh sebutan wednesday, aku dah graduate baru tahu sebutan sebenar. Ini kesan dari kursus bahasa inggeris yang di ajar oleh pakar dalam bidang tersebut. Aku tak salahkan cikgu-cikgu. Bayanglah, dulu cikgu yang sama ajar 2 3 subjek. Kesian diorang.

Jadi, justifikasi mudah tadi betullah, kalau perut yang sakit, perut lah yang perlu diubati. Lahirkan tenaga pengajar yang mahir dalam bahasa inggeris. Itu ubat yang paling mujarab.

Jika 2 subjek itu di ajar dalam english, sapa yang nak perkayakan bahasa kita dengan istilah baru? Contohnya sains, setiap tahun berapa istilah baru yang dikeluarkan? mesti banyak. Sudah tentu tiada usaha cuba memelayukan istilah baru tersebut. Kalau ada pun, siapa nak guna jika jawab soalan pun dalam inggeris. Cuba kalau ajar dalam bahasa melayu, pasti kerja pakar bahasa untuk memelayukan istilah baru, maka makin kayalah bahasa melayu.

Itu jelah, apa pun kerajaan yang buat keputusan. kan?

1 comment:

tiHa said...

aik..alih2 wednesday yang di jadikan contoh..huhuhuhuhuhu