Sunday, December 2, 2012

Sejarah Masjid kg Laut, Kelantan




masjidkglautno51



Masjid Kampung Laut 1966, (Tapak lama)



Karya Haji Abdul Halim Bashah : Masjid Kampung Laut ~ KPSK

 Sejarah Kampung Laut

Kehadiran Syaid Husein Jamadil Kubra dan bersama 6 wali keramah lain ke sebuah negeri tidak tahu miliknya siapa..suatu ketika kapal Syaid Hussein Jamadil Kubra, Adiwira, telah hampir karam kerana di pukul ombak dengan aneh dan terdampar di sebuah pesisir tanah yang tidak bertuan. Kawasan sekeliling pada waktu ini dipenuhi dengan hutan belantara. Dengan keadaan kap

al belayar yang rosak teruk terpaksalah mereka semua bertujuh mendarat di sini..di sini bakal kediaman kita..

Pada ketika ini, mereka semua telah lapar kerana bekalan makanan semuanya telah dibawa arus dek kerana tragedi itu. Pada masa ini baginda bersama rombongan lain telah melihat seekor tupai telah memakan rebung buluh betung..lalu baginda mengatakan kita semua makan rebung buluh betung itu tetapi selepas makan rebung ini baginda telah bersumpah selepas ini sesiapa anak cucu dan warisanku yang makan rebung buluh betong akan jadi gila kehendakNya...

Tatkala itu baginda dan rombongan lain telah melihat suatu kejadian aneh selepas melihat kumpulan besar ikan kekacang sedang menampal cebisan cebisan papan dan kayu kapal baginda menjadi elok. Dengan ini juga baginda telah menyumpah keadaan yang sama..

Selepas 2 kejadian ini baginda bersama rombongan lain telah melakukan solat sunat syukur dan mereka telah membina sebuah masjid yang dinamakan masjid Kampung Laut.

Tapak Masjid Kampung Laut kini sudah berada 500 meter lebih dari Masjid Kampung Laut yang ada hari ini di situ. Dengan ini dari Kampung Laut baginda dan rombongan dapat melihat bumbung sebuah bukit. Adakah Bukit yang dikatakan di Palekbang ataupun di Bukit Panau.


Photo: Klasik KPSK : Masjid Kampung Laut era 70an.

Masjid Kampung Laut era 70an.

Sumber: FB Kelab Pencinta Sejarah Kelantan.




Masjid yang sekarang dibangunkan semula di Nilam Puri, aslinya terletak di Kampung Laut, sebuah kampung di tepi Sungai Kelantan, di seberang sebelah hilir bandar Kota Bharu. Adalah dipercayai bahawa masjid ini menjadi masjid tertua di negeri Kelantan, meskipun tarikh ia dibangunkan tidak diketahui. Ada dugaan yang menyatakan bahawa masjid ini telah dibina sejak lebih 300 tahun yang lalu. Reka bentuk bangunannya agak unik dan berbeza daripada reka bentuk masjid-masjid lain yang terdapat di negeri Kelantan atau di negeri-negeri Melayu yang lain. Ada yang menyebut bahawa rekabentuk masjid ini mirip atau hampir manyerupai rekabentuk sebuah masjid tua di Demak, Jawa Timur. Oleh kerana persamaan ini, maka ada orang berpendapat bahawa masjid ini dibina oleh sekumpulan orang-orang Jawa yang terkandas di Pantai Kelantan dalam perjalanan ulang-alik an tara Jawa dengan. Champa. Oleh kerana bangunan masjid ini terletak di tepi Sungai Kelantan yang sentiasa banjir, maka ia sangat terdedah kepada bahaya atau ancaman kemusnahan. Pada waktu banjir besar melanda negeri Kelantan pada bulan ]anuari 1967, sebahagian tapak kawasan masjid ini telah jatuh ke dalam sungai menyebabkan kedudukan masjid jadi senget dan goyah. Bagi menyelamatkan warisan yang sangat berharga ini, usaha-usaha tdah diambil oleh Persatuan Sejarah Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan bagi memindahkannya ke tempat lain yang lebih selamat, iaitu dalam kawasan kampus Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan di Nilam Puri, Kota Bharu. Bangunan masjid ini telah dibina semula, seberapa yang boleh, menurut rekabentuk asalnya. Sekumpulan tukang¬tukang Melayu yang mahir, diketuai oleh Encik Husin bin Saleh dari Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, telah bekerja keras membangunkannya semula. Kerja-kerja ini tdah dimulai pada bulan November tahun 1968 dan siap sepenuhnya setahun kemudian. Pada bulan Mei tahun 1970, bangunan masjid ini telah diserahkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia kepada Kerajaan Negeri Kelantan dalam suatu majIis penyerahan rasmi di Nilam Puri.
Rujukan: Ikhtisar SEJARAH KELANTAN (Tanah Serendah Sekebun Bunga), Abdul Razak Mahmud, Pustaka Aman Press Sdn Bhd., Kota Bharu, 2002.

http://lutfysoze.wordpress.com/2009/04/27/sejarah-masjid-kampung-laut-nilam-puri-kelantan/


Masjid Kg. Laut terkini (tapak baru)











SENIBINA MASJID KAMPUNG LAUT
Sumber: http://jejakmihrabmimbar.wordpress.com/2010/02/04/masjid-kampung-laut/

Masjid Kampung laut mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi digunakan potongan kayu dan buluh sebagai pemasak. Setelah dipindahkan ke Nilampuri, konsep ini terus dikekalkan kecuali pada bahagian yang tidak dapat dielakkan, maka penggunaan paku digunakan.

Pada asalnya, masjid ini mempunyai bentuk yang sama dengan Masjid Agung Demak di Jawa dan Masjid Kono di Champa. Pembinaan masjid ini menggabungkan banyak unsur-unsur seni dan falsafah keagamaan pada bentuk senibinanya.

Rumah ibu bertingkat tiga dikaitkan dengan falsafah ketuhanan. Lapisan bawah diibarat penuh dengan kekotoran, makin ke atas semakin bersih akhirnya menuju ke alam luas yang tidak terbatas terlepas dari sebarang bentuk dan ianya kembali kepada Allah S.W.T.

Kemahsyuran rekabentuk Masjid Kampung Laut yang unik telah menjadi suatu lambang kemegahan rakyat negeri Kelantan. Penampilan bentuk bumbung bersegi tiga (bertenggek/ bertingkat) menirus ke atas, buah gutung dan menorah adalah lambang keunggulan Masjid Kampung Laut yang sekaligus menyemarakkan lagi keagungan Islam di Kelantan.

Terdapat banyak bangunan kerajaan menerapkan identiti masjid ini dengan mengaplikasikan rekabentuk bumbung bertingkat tiga lapis dan buah gutung seperti bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Pejabat Menteri Besar dalam Kota Darul Naim, bangunan Majlis Agama Islam Kelantan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

PERPINDAHAN KE NILAMPURI
Kerosakan Masjid Kampung Laut telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam di negara ini khususnya ahli-ahli sejarah. Hasilnya satu cadangan dikemukakan oleh Persatuan Sejarah Malaysia kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyelamatkan masjid lama ini. Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju dengan cadangan untuk memindahkan bangunan Masjid Lama Kampung Laut ke tanah milik Yayasan Islam Kelantan di Nilampuri.

Persatuan Sejarah Malaysia yang diketuai oleh Tun Haji Hamdan bin Sheikh Tahir telah menjalankan tanggungjawab memindahkan Masjid Lama Kampung Laut ke Nilampuri. Pada November 1967, bangunan masjid lama tersebut telah dirombak oleh sekumpulan tukang rumah Kelantan yang diketuai En. Hussein bin Salleh dari Kampung Bunut Payong dan di bawah seliaan Tuan Haji Zain bin Haji Awang Kechik.

Masjid lama ini telah dibina semula mengikut bentuk asal dan menggunakan semula bahan lama seberapa boleh. Walau bagaimanapun, hanya bahagian ibu masjid sahaja yang dapat didirikan semula. Ini disebabkan pada masa tersebut, tiada satu gambaran tepat tentang bentuk bangunan lain sebagai panduan, selain kekangan mendapatkan khidmat tenaga pakar dan faktor kewangan untuk mendirikan seluruh kompleks masjid ini mengikut bentuknya yang  asal.

Persatuan Sejarah Malaysia telah menanggung semua kos perbelanjaan dalam usaha merombak dan mendirikan semula bangunan ibu masjid. Pada tanggal 08 Mei 1970 (23 Rabiul Awal 1389), Tun Haji Hamdan bin Sheikh Tahir bagi pihak pihak Persatuan Sejarah Malaysia telah menyerahkan kembali Masjid Lama Kampung Laut dan dengan rasminya kepada Y.A.B. Dato’ Haji Mohd Asri bin Haji Muda, Menteri Besar Kelantan bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan.

PERKEMBANGAN
Pada peringkat awal, masjid ini didirikan secara paling asas iaitu dengan empat batang tiang beratapkan daun nipah. Ianya terus berkembang selari dengan perkembangan Bandar Kampung Laut yang terkenal dengan bandar perniagaan yang pesat membangun pada akhir abad ke 18, 19 dan awal abad ke-20.
Kemuncak kemahsyuranya berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II, tahun masihi 1859 hinggalah ke zaman Sultan Muhammad IV. Masjid ini telah menjadi persinggahan alim ulama di Nusantara . Ianya telah diperbesarkan dengan mengadakan bumbung bertingkat tiga, serambi, menara, balai-balai, kolah, loteng dan lain-lain lagi. Tiang yang asalnya 4 telah ditambah menjadi 20 batang kayu cengal yang besar dan lantainya juga daripada kayu cengal yang tebal dan besar.
Semenjak dari tarikh pembinaannya sehingga tahun 1966, masjid ini telah digunakan sebagai tempat tumpuan utama beribadat oleh penduduk sekitar Kampung Laut. Namun, akibat banjir besar yang melanda negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966, maka masjid ini telah mengalami kerosakan  teruk. Hal demikian menyebabkan Kerajaan Negari Kelantan telah menutup masjid tersebut dan membina sebuah masjid yang baru di tempat lebih selamat.

BAIKPULIH MASJID LAMA KAMPUNG LAUT
Bagi melengkapkan komponen Masjid Kampung Laut yang telah rosak dihanyutkan banjir, Kerajaan Negeri telah mengadakan kutipan derma dan sumbangan. Hasilnya, pada bulan Februari 1988, kerja-kerja baikpulih seperti mengadakan menara, serambi besar, serambi kecil, balai lintang wakaf orang kaya, tandas lelaki dan perempuan, kolah, tangga, elektrik dan bekalan air telah dilakukan. Kayu yang digunakan adalah kayu cengal dan jendela yang rosak serta bata-bata (atap) diganti baru.
Keadaan Masjid Lama Kampung Laut menjadi sama seperti yang terdapat di Kampung Laut pada zaman kegemilangannya dahulu. Bermula dari tahun 1999 hingga kini, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dengan kerjasama dan bantuan kewangan daripada Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia telah mengadakan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pengindahan Masjid Kampung Laut dan kawasan perkarangannya.


2 comments:

muhammad fakhar muhammad nur said...

As Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0

azam said...

DONE!!!!