Saturday, February 16, 2013

Syarat-syarat dan Peraturan Untuk Menjadi Briged Al-Qassam


Briged Al Qassam adalah briged sayap kanan HAMAS yang digeruni oleh askar dan regim Israel. Kenapa mereka jadi begitu hebat. Mari kita kenali lebih dekat briged ini;

Nama Briged AL Qassam ini adalah bersempena ulama Sheikh Izzuddin Al Qassam yang telah mati bunuh oleh tentera British pada 1935.

Ditubuhkan di Gaza sebagai briged sayap bersenjata tentera Hamas pada 1987.

Ia mempunyai peraturan yang ketat iaitu perlu berpuasa sunat pada Isnin dan khamis, perlu menghafaz Quran dan Hadis, perlu Solat Tahajjud setiap malam.

Syarat untuk menjadi Komando AL Qassam ialah perlu Solat Subuh berjemaah selama 6 bulan tanpa gagal walau sekali pun.
Jumlah anggota briged melebihi 30,000 orang yang terdiri di kalangan profesional, guru, pelajar universiti dimana pada waktu siang mereka bekerja atau belajar dan pada waktu malam mereka menjaga sempadan Gaza-Israel.

Mereka sering menggunakan teknik gerila dalam melakukan serangan terutama dengan menggunakan lubang bawah tanah.
Juga turut dianggotai wanita dimana mereka ini boleh mngendalikan Rifel AK47 dan juga pelancar roket.

Melihat kepada keperibadian ini, tidak hairanlan muncul kekuatan serta keimanan yang luar biasa malah dengan pertolongan Allah apabila briged ini penuh dengan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah swt.

Malah mereka sentiasa bersedia setiap masa untuk syahid kerana Allah swt.

Peraturan Untuk Menjadi Briged Al-Qassam

1.    Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
2.    Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
3.    Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
4.    Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
5.    Berdisiplin dan mentaati amir.
6.   Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.

Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.

Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan.

Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka….Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!

No comments: