Monday, February 25, 2013

Sepagi di Pulau Melaka

Kadang2 tu aku sedih tgk org dok kutuk TGNA, katakan beliau hanya ceritakan agama utk politik dan seumpamanya. Aku bukan org kelantan mahupun org taasub tgna. Tp sgt mudah aku mengenali dan menyeganinya, hanya apabila aku sempat solat subuh di masjid tokguru di pulau melaka, kota bharu kelantan pd suatu pagi pada tahun 2012. Apabila aku tau abg sahabat aku akan diakad nikahkan oleh TGNA sbg wali hakim, aku xnk lepaskan peluang utk bertemu tgna. Alangkah terkejutnya aku betapa mudah nk bertemunya. Cukup dgn dtg sendiri ke pulau melaka ketika beliau di sana.  X perlu buat appointment apa macam. Tetapi nk tok guru akad nikahkan sudah tentu perlu apoinment kan.

Kami sampai pada hari sabtu pukul 4pagi, dan berehat dlm kereta. Sempat tahajjud di sana. Dalam pukul 5.30pg tok guru keluar drpd rumahnya dan terus ke masjid itu, yg berada disebelah rumahnya. Azan berkumandang dan selepas solat sunat, tok guru mengimamkan solat subuh, yg makmumnya x kurang 10saff dibelakangnya. Beliau membaca hampir keseluruhan surah alwaqi'ah dalam kedua-dua rakaat solat subuh. Selesai solat, selepas wirid, beliau tidak membuang masa. Beliau meneruskan memberi peringatan tentang mati dan hari qiyamat dalam kuliah subuhnya. Ulasan yg sangat terperinci tentang hari pembalasan itu, berdasarkan surah al waqi'ah. meremang bulu romaku mendengarkan kuliah tersebut. Selesai kuliah, ramai org sudah beratur dan berkumpul di sekeliling beliau. Beliau akad nikahkan 2 pasangan pengantin dan memberikan khutbah nikah kepada kedua-dua suami baru tadi dgn pesanan2 penting dalam mengecapi kebahagian rumah tangga yg diredhai Allah. 

Selesai khutbah nikah, 5-6 bapa kepada bayi baru pula membawa bayi mereka utk ditahnikkan oleh tok guru. Setiap bayi tersebut didoakan beliau dgn kebaikan, dibelainya penuh kelembutan. Selesai majlis tahnik, beliau bangkit dan melaksanakan solat sunat isyraq dan solat dhuha. Selesai solat, terus beliau keluar masjid dan menuju ke rumah utk bersiap dan melaksanakan tugas sbg menteri besar. Kami sempat memohon dgn beliau utk bergambar bersamanya, dan beliau menyambut baik hajat kami. Semasa bergambar, sahabat kami ridhwan dapat dengar mulutnya x lekang melafazkan zikir2 ma'thurat. Belum sempat beliau sampai rumahnya, (hanya 5meter drpd masjid), telahpun ada rakyat kelantan bertemunya memohon pandangan dan sumbangan drpdnya, lengkap dgn dokumen2. Beliau menyambut mesra org tersebut yg dtg dr jauh, dan menyelesaikan urusan itu disitu juga. Setelah selesai, barulah beliau masuk kerumahnya, disambut isteri beliau di muka pintu. 

Aku tergamam. Xda langsung hal politik PAS dan seumpamanya. Semua masanya dalam pagi tersebut beliau gunakan mengabdikan dirinya kepada Allah, dan melaksanakan amanah dan tugas dgn sebaiknya, dgn akhlak yg sungguh terpuji. Aku dimaklumkan, setiap hari rutinya begini, ketika beliau berada di pulau melaka, kota bharu, kelantan.

Ada DS najib, atau mana2 menteri besar BN begini? Nak jumpa pun payah. 

P/s: gambar menunjukkan TGNA menyampaikan khutbah nikah kepada abg @[1089666293:2048:Ridhwan Nashir]. Bersama @[100000436268017:2048:ILmi IliAs] dan @[1422424958:2048:Fawwaz Fuat].

P/s: gambar menunjukkan TGNA menyampaikan khutbah nikah kepada abg Ridhwan Nashir. Bersama ILmi IliAs dan Fawwaz Fuat.

No comments: