Sunday, July 26, 2009

Superman

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku
Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus slalu kuat
Harus slalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting
Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis
Repeat Reff
Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan
Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga
Repeat Reff
Ayahku tersayang maafkanlah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau
Kita berjanji tuk tidak lagi
Menangis karena cinta

Tuesday, July 21, 2009

"Angin Beruk Jatuh"


Jam dah 8.30 pagi, tak gerak2 lagi ke lata tembakah. Sampai je ruamh azri, nak jemput dia, bella baru siap. so tunggu kat umah bella dulu, papa dia nak mandi dulu.

Pastu brekpes kt jakpor, aduiii perut meragam plak, rasenye perut dah tak ngam dengan penang char kuey tiaw, pas makan je mesti cirit. aduiiiiii.

Pastu terus rumah poklan, sampai je smua orang tengah bersiap. Peh ramai jugak join perkelahan ni. Siap bawak budu, petai, durian pehhhhhhh hahahahhhaa. Abg ipar poklan nak join gak, nama ruzilang tu bwk lori RAKSI.
Masa kat lata tembakah macam2 la isu yang dibualkan. Sambil gelak2.

Tiba-tiba ruzilang wat kuar ayat "Angin Beruk Jatuh".

Aku pandang poklan, tergelak.

Aku tanye la, "Angin Beruk Jatuh" tu apa. Dah la sblm tu aku gelak pasal Panah Kuba Mapuh.

Rupanya maksud dia, angin sepoi-sepoi bahasa. Maknanya kalo lepak kat tepi pantai semasa angin sepoi-sepoi bahasa tu, dia punya best atau "ralik" sampai beruk atas pokok pun boleh jatuh. Dek kerana bestnya dibuai angin tadi. Ala2 nak ngantuk atau stim gitu hehehe.

Hurmmmm ada bagus jugak trip aritu, aku dapat belajar bahasa baru.

"Angin Beruk Jatuh"......

Tuesday, July 14, 2009

"Panah Kuba Mapuh"


Hari ni aku concentrate buat tesis yang belum siap-siap lagi. Bila la nak siap ni. Pada sapa-sapa yang nak sambung belajar, mintak full time student la. Kalau tak, susah dari segi pengurusan masa, keluarga dan diri sendiri.

Jam 1pm tadi ajak poklan dan wife dia lunch skali. Kitorang pekena kedai keli bakar dekat wakaf tengah. Pehhh sedap gak, lama dah tak makan situ. Dengan keletihan minda, aku abiskan cepat-cepat. Kuranglah skit perbualan masa makan.

Dah makan, baru start berbual, ingat boleh lah berbual dengan sukaria. Tiba2, baru perasan cuaca hari ni pelik skit. Nak kata jerebu tak jugak.

"Panah kuba mapuh". aku cuba mengimpretasi keadaan cuaca dengan bahasa pasar kelate.

Poklan dah tergelak, aku pun tergelak sama. Teringat masa lepas spm dulu, famili rahimi ajak kuar mana ntah. Aku terdengar perbualan antara mama dan nenek rahimi. Pastu mama dia sebut, "mmm arini panah kuba mapuh". Diorang tutup je pintu kereta untuk singgah di kedai, aku terus tergelak. Aku tanya rahimi, dia sendiri pun tak tahu makna Panah Kuba Mapuh.

Bila mama dan nenek dia masuk kete, aku wat muka tak malu tanya maksud ayat tadi.

"Ooooo orang skang jarang pakai istilah ni dah, maksud dia; nampak cuaca tak panas, berawan, tapi kerbau boleh mati di tengah padang (rumput) disebabkan kepanasan dia."

Aku tercengang jap.

Pandang ke langit, ha aaaa betul la, berawan, matahari pun tak nampak. Tapi suasana panas, berpeluh sedikit demi sedikit, tak kuat, tapi peluh maintain keluar.

Lepas makan tengah hari tadi, aku balik bilik aku kat opis, tersenyum sorang2, jadi aku nukilkan di sini sebagai pengetahuan sapa-sapa yang nak baca atau belajar istilah lama Kelantan.

Panah Kuba Mapuh = Panas Kerbau Mati

Monday, July 13, 2009

Duit Minyak

Where has the money gone to?I reproduce here the payments made by Petronas to the Federal Government since 1976. That year the Government received RM300 million. The amount increased to RM2 billion in 1981. By 2003 it paid RM15.6 billion to the Federal Government.
The total from 1981 to 2003 is RM168.8 billion in 22 years.From then onwards it increased from RM19 billion in 2004 to RM67.8 billion in 2009. The total for six years is RM253.6 billion.I am sure the Government had spent the money wisely. It would be interesting to know what the RM253.6 billion was spent on.

** FY Payment (in billion)

1976 0.3
1977 0.7
1978 0.7
1979 0.7
1980 1.8
1981 2.0
1982 2.6
1983 3.8
1984 4.3
1985 4.6
1986 5.0
1987 4.0
1988 4.4
1989 4.3
1990 5.5
1991 7.4
1992 7.1
1993 7.7
1994 7.3
1995 6.7
1996 6.8
1997 8.8
1998 9.6
1999 8.2
2000 12.0
2001 17.1
2002 14.0
2003 15.6
2004 19.0
2005 28.1
2006 37.8
2007 44.1
2008 56.8
2009 67.8


** Petronas Group payment to Federal Government inclusive of taxes, royalty, export duty and dividends


“Whatever is due to the state according to the Vesting Agreement must be paid to the state!” – Tengku Razaleigh Hamzah, July 10, 2009

Sunday, July 12, 2009

Tasik Kenyir

Minggu lepas, kena pegi tasik kenyir lagi. Student master dalam 13 orang tu nak ambil smapel ikan. House boat yang agak besar 1k semalaman berlabuh di jeti air terjun lasir. Cantik air terjun dia, lagi cantik dari air terjun sauk.
Nampak tak beranda luar tu. Tu la tempat tdo aku. Walaupun aku ambil yang beranda tanpa tilam, tapi angin sepoi2 bahasa tanpa prejudis amatlah nyaman dengan aku di dalam sleeping beg. perghhhhhh. cam ekon.

Tengah berbual-bual, tiba joseph aka jusoh, datang dengan madi. AKu pun apa lagi, chow balik la, balik sehari awal. Lagipun student tu just nak ikan. Belom bawa alat apa-apa lagi. So tak perlu lama lah kot aku kat situ.


video

Friday, July 10, 2009

Natrah

http://msomelayu.blogspot.com/

Darah Tragedimu Masih BasahBARU Subuh ini saya mendengar berita kematian Bertha Hertogh atau Maria Heberania Hertogh atau lebih dikenali dengan nama Natrah di Malaya ini. Beliau meninggal dunia dalam usia 72 tahun di kediamannya di Huijbergen, Belanda, begitulah laporan berita. Natrah adalah satu nama yang cukup nostalgik bagi umat Islam negara ini. Satu nama yang boleh menitiskan air mata bila menghimbau sejarah dan kisah yang melakari hidupnya.

Mereka yang mengingati kepada Natrah atau hidup sezaman dengannya akan memalingkan kenangan kepada tragedi yang pada 1950 yang meletus di Singapura sebegitu mendengar nama Natrah disebut.

Mungkin juga perasaan sebak dan terharu akan memenuhi diri apabila mengenangkan nasib dan liku-liku kehidupan yang pernah ditempohi Natrah yang begitu sulit, tragis dan menyedihkan.
Sebenarnya perjalanan Natrah atas dunia ini sungguh mencabar peribadinya dan tidak terungkap oleh sesiapa pun secara hakiki.

Natrah tidak asing kepada mereka yang cintakan Islam bukan saja di negara ini bahkan umat Islam di seluruh dunia juga. Tragedi yang menimpa dirinya dan juga gara-garanya menjadi lambang kepada betapa pengorbanan umat Islam dalam membela agamanya terlalu tinggi dan luhur. Umat Islam bukan saja sanggup melakukan apa saja, hatta darah untuk menjaga kesucian agamanya sanggup digadai.

Tragedi yang berlaku di sebalik pencaroba dilalui Natrah adalah satu simbol dan papan tanda sejarah untuk umat Islam negara ini khususnya, yang mungkin sengaja dicetuskan Tuhan dengan tujuan-tujuannya yang harus ditafsirkan dengan makrifah mendalam. Justeru apa yang berlaku di sebalik diri Natrah tidak boleh dilupakan atau dihayati bagaikan menelaah buku sejarah saja. Ia perlu diingat dan diambil sebagai iktibar berguna.

Sebaik mengetahui berita kematiannya, Rabu lalau saya melayari internret mencari kisah-kisah mengenai Natrah. Membaca semula kronologi apa yang berlaku terhadap diri Natrah. Ringkasnya, Natrah seorang gadis berbangsa Belanda yang menjadi polimek dan rebutan dua agama dan dua budaya. Agama Islam dan Kristian dan budaya Melayu dan Belanda. Secara tidak langsung Natrah juga menjadi penguji kepada sejauh mana keimanan umat Islam negara ini.Natrah dilahirkan di Tjimah, Jawa, Indonesia pada 24 Mac 1937 dari sepasang suami isteri berbangsa Belanda beragama Khatolik, Adrimus Petrus Hertogh, seorang sarjan askar dan ibunya bernama Adeline.

Semasa berusia lima tahun beliau diserahkan oleh ibunya dan neneknya Nor Louisyen kepada seorang penjual kain batik berasal dari Kemaman, Terengganu, Che Aminah Mohammad. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah adalah demi melindungi anaknya itu. Ia dipercayai dilakukan bertolak dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Saat itu anti dan sentimen kebencian rakyat kepada Belanda di Indonesia memuncak. Mungkin atas kasih sayang seorang ibu kepada anak dan firasatnya demi menyelamatkan nyawa anaknya, Adeline menyerahkan kepada Che Aminah. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah ini tidak diketahui oleh bapanya yang ketika itu yang dalam tawanan Jepun.Che Aminah menerima tanggungjawab dan amanah Adeline itu dengan membawa balik Natrah ke Malaya menerusi Singapura. Bermula pada hari itu Che Aminah menerima Natrah sebagai anak kandungnya sendiri, malahan lebih dari itu. Bagi Che Aminah, Natrah bukan sekadar anak tetapi jiwanya. Di Terengganu dalam penjagaan Che Aminah, Natrah menjalani kehidupan baru dan selamat dunia akhirat. Beliau diberikan didikan budaya dan agama yang dianuti Che Aminah, agama Islam dan budaya Melayu.

Natrah dibesarkan dalam keadaan penuh kasih sayang dan hormat. Untuk menjamin dan menjaga keselamatan Natrah Che Aminah mengahwinkan Natrah dengan Mansor Adabi seorang guru ketika Natrah berusia 13 tahun dan Mansor 22 tahun. Perkahwinan ini adalah perkahwinan gantung kerana Natrah masih gadis sunti. Ia berlaku selepas keluaraga Natrah cuba menuntut Natrah dan sebagai ikhtiar Che Aminah menyelamatkan pertiwi jiwanya itu.Kehidupan aman bahagia yang dilalui Nartrah bersama ibu barunya itu bagaimana pun terganggu apabila Adrimus sekembali ke Belanda mencari anaknya dan menuntut semula agar ia dikembalikan kepadanya.
Di sinilah Natrah mula menjadi isu, polemik dan juga akhirnya mencetuskan tragedi berdarah.Ayahnya menuntut Natrah di mahkamah di Singapura agar dikembalikan kepadanya yang berhak. Dalam perbicaraan ini Che Aminah berjaya memperolehi hak penjagaan ke atas Natrah. Bagaimanapun ia tidak berakhir di situ. Adrimus terus menuntut Natrah atas alasan Natrah tidak boleh dikahwinkan dengan Masnor.Undang-undang Belanda digunapakai di mana menurut undang-undang Belanda wanita di bawah umur 16 adalah menjadi hak dan kewajiban keluarga bagi memutuskan masa depannya termasuk dalam soal agama, perkahwinan dan sebagainya. Tuntutan ini diperolehi oleh Adrimus.Keputusan mahkamah itu menyebabkan pada 12 Disember 1950, Natrah dirampas semula oleh keluarganya dan dibawa balik ke Belanda. Keputusan ini sudah tentu sesuatu yang berat bagi Natrah dan memilukan hati Che Aminah dan seluruh umat Islam.

Keputusan mahkamah ini meninggalkan rasa pedih dan satu tamparan kepada umat Islam. Bagi Che Aminah dan keluarganya usahlah diceritakan lagi. Anak yang selalu didodai dan dijaga bagaikan meruntun kelopak yang sedang berkembang mewangi, kehilangan Natrah seolah segala kehidupan Che Aminah dan juga Mansor bagaikan terpadamnya mentari dan bulan.

Mungkin keputusan mahkamah yang memberi hak kepada keluarganya menjaga Natrah tidak menimbulkan kemarahan. Tetapi apabila mahkamah juga memutuskan Nartrah dijadikan Khatolik (kembali ke agama asal orang tuanya) inilah yang menimbulkan kemarahan dan menderaukan darah.Kemurtadan inilah menyebabkan berlakunya rusuhan. Umat Islam tidak boleh menerima kejadian ini kerana ia mencabar seluruh kehidupan mereka. Keputusan itu seolah menginjak-injak kesucian agama mereka.Rusuhan berlaku kerana atas keyakinan demi menjaga akidah Natrah. Umat Islam bangkit cuba mempertahankannya. Dalam rusuhan ini seramai 18 orang terbunuh dan beratus-ratus cedera. Perisitwa dan tragedi ini adalah terbesar berlaku yang bertolak dari sentimen keagamaan. Tragedi inilah juga yang menjadi sejarah hitam bagi Natrah dan umat Islam Malaya ketika itu.Mengenai meletusnya tragedi ini, Natrah tidak boleh dipersalahkan. Beliau tidak boleh berbuat sesuatu. Dalam usianya itu dia hanya mengikut saja. Ia tertakluk dibawa kekuasaan siapa yang kuat dan berkuasa. Natrah hanya sebuah piala rebutan antara keluarganya (Kristian) dengan umat Islam Malaya.
Yang jelasnya pemulangan Natrah ke Belanda menerusi keputusan mahkamah itu tidak menyeronokkannya? Betapa tidak Natrah terpaksa meninggalkan dua jiwa, ibunya (Che Aminah) dan suaminya (Mansor Adabi) serta kehidupan hakikinya di bawah penjagaan Che Aminah.Sepanjang di Belanda tidak ada siapa tahu secara pasti apakah beliau berusaha untuk meloloskan diri dan kembali kepada kebahagiaan hakiki yang dinikmati di Malaya bersama Che Aminah dan Mansor Adabi serta bersama umat Islam lain. Namun surat-surat atau pesan-salam yang berlaku antara mereka menggambarkan bahawa hati Natrah masih di Malaya manakala yang berada di Belanda hanya lembaga raganya yang kosong saja.
Dari catatan dan laporan mengenai perjalanan hidupnya di Belanda, ia adalah berita-berita yang mengguriskan hati menyedih. Hidup Natrah digambarkan sebagai menyeksakan. Rumah tangganya yang dibina sebanyak dua atau tiga kali runtuh berselerakan. Untuk membiayai kehidupan Natrah juga dikatakan pernah berkerja sebagai pencuci hotel dan tukang masak.Paling menghibakan hati apabila beliau juga dikatakan pernah mengalami gangguan jiwa dan ditangkap polis kerana merancang untuk membunuh suaminya. Sepanjang perkahwinan beliau dikurniakan 10 orang anak.

Tuesday, July 7, 2009

Selingkar di Lautan


Dua pic di atas adalah hari pertama kt chendering. loading brg atas kapal KL cermin kepunyaan jabatan perikanan malaysia.

Siap je loading, mandi. aku masuk gua aku jap. 1.30pm tido. baru sampai dr langkawi kan 4 pagi tadi. tido je lah. qada' tdo hehehhe.


Jam 6.30pm aku bangun jap. Tengok apa yg berlaku kat luar. tak perasan, bila masa la si budak phang ni snap pic aku tgh pakai towel lagi. pastu mandi, makan. sambung tdo balik kah kah kah kah. esok nak keje, so rehat kena cukup hehehehhe.
Ni plak tengah ready kapal masuk point 1st station.



Yang ni aku malas citer pjg. aku kena kapur. ingat boleh teropong matahari, padahal nak measure wavelength je.


Rehat jap. bubur kacang.


Ni station dekat kerteh. Dr kamil dok mengail ikan. study HC dlm organ ikan kot.


Team air dan fizikal parameter.


Kat kerteh dr kamil dpt ikan yg agak besau.


Dinner. Kalau kt laut, selera makan sangat la melampau-lampau.


Rasanya masa ni tgk CHong Wei lawan Chen Long. Ok gak la, stataion plg jauh pun masih dpt line tepon n tv. Kalau offshore, mintak maap ler.


Mentakdaroh time.



Ni area kijal ke dungun, lupa dah.

After last station, akhirnya 2 Julai 2009 abis satu projek dekat-dekat jam 7pm dah. Apa lagi, candat lerrrrrrrrrrr.


Last nite, gomo sotong bakar gomo....gomo sotong bakar gomo....


Kapten Jack Sparrow


Naruto San


TQ to all KL Cermin crews. Korang mmg best, tak mintak tlg pun, korang melibatkan diri sama dengan aktiviti research. salute to u all.

Kuat la sangat.....


Ni video turunkan current meter dan multiparameter YSI.

video

Monday, July 6, 2009

USM dan Langkawi

Ni lah antara barisan lawatan ke USM Penang dan Langkawi. Masa ni still kat hotel, muka baru bgn tdo smua, sampai jam 3 4 pagi kalo tak silap. jam 8 dah kuar. Yang kaler pink tu jgn cakap lah, sahabat baik tu. cuba la kutuk salah seorang, abis ah bom atom (ngepek).


Ni depan muzium USM...hurmmm nice place. dan lanskap dlm usm agak menarik.

Ni organiser.yang banyak menjayakan lawatan dengan bos dia. Yang belakang tu adik dia.


Haaaaaa demo dok tau, kawe dulu tok dale woye kulit. jange main2. abis crito tubik. asalamualaikum walakumussalam gajah putih sebere laut (tahyul btul)....


The Real Space Cop Gaban. Wakachau wakachau kenanggen.

Haaaa aku suka perfume ni. Sapa2 nak hadiahkan. Paham2 je la jenis apa ya.


Actualy my wife wat kejutan, nampak tak paper bag, kt tangan. dapat hadiah perfume ler. Beli kat kedai free duty underwaterworld. thanx honey, i lap u.......


Ni kat parking area baru cabel car langkawi


Ni titanic palsu. Mana ada Rose buat pose mcm tu.


Haaaa ni 80% agak sama dengan Rose. Jack pun kurus mcm Jack sebenar hehehehe.


Titian Kasih Kamal (TKK). Satu deklarasi sudah dicapai di titian gantung ini. Deklarasi itu dinamakan Deklarasi Titian Kasih Kamal Langkawi (DTKKL). Mohd Azam Mat Yaacob menjadi saksi tipu hehehe.


Ni mase kt tingkat atas nun. Sejuk gak. n nice view.


Sedondon.


Wanita, sentiasa cuak, tetapi bila amik gambar bley plak possing. Padahal smua dah gayat.
Ai bz la ottomen ni. asal ada dia je nak bertukar.


Lelaki. Sentiasa cool walau di awan biru.



3 keluarga


aku sekeh jugak ottomen ni.
Ni lampu kt dada dah menyala kot, fire dengan sekuat hati dah tu.


Ni malam last. santapan di pantai chenang sambil menjeling2 kedai Thai massage kah kah kah


Nak balik dah. Jangan tertipu, tu smua bukan brg hida saja.Campur2.


Atas feri nak balik dah. Masih dapat seat yang luas. Lega senang dapat baring. Laut agak berombak. Ada yang mcm dah pening2. Terpikir brang n beg kat depan feri. Alamak mesti abis basah.


Walau di mana anda berada, ottomen tetap mahu bertukar.

Tanah


Selalu kite dengar pasal citer tanah.

Orang miskin diusir dari tanah yangs ekian lama diduduki. Walaupun secara terang dan dari segi undang-undang menjadi milik orang lain. Heboh Sana sini, kerajaan zalim usir penduduk kampung.

Tanah milik orang lain. Kita duduk percuma tanpa bayar hasil kepada kerajaan. Kerajaan dah rugi dari segi pendapatan. Kemudian kita buat bising. Sudah lah mahu dibayar pampasan pun bising lagi. Sikit atau banyak pampasan, patutnya dah bersyukur. Sebab kalau nak dikira, tak perlu diberi pampasan sebab memang tanah bukan hak milik dia.

Contoh, ada orang buat rumah dalam halaman rumah saya dengan kebenaran saya sendiri. Saya buat bodoh je, sebab kesian, lagipun tanah saya luas. 20 tahun lagi saya pencen, ada modal nak bukak perniagaan kolam ikan. Saya mintak dengan baik supaya penghuni menumpang tanah saya itu berpindah. Tanak. Jadi saya pegi mahkamah, dan mahkamah mengisytiharkan tanah itu perlu dikosongkan. Walaupun sudah menang di mahkamah, pampasan pula diberi untuk menyenangkan penghuni rumah itu mempunyai wang untuk cari modal menyewa kediaman lain.Pun, di lawan.

Dunia, dunia....