Tuesday, July 14, 2009

"Panah Kuba Mapuh"


Hari ni aku concentrate buat tesis yang belum siap-siap lagi. Bila la nak siap ni. Pada sapa-sapa yang nak sambung belajar, mintak full time student la. Kalau tak, susah dari segi pengurusan masa, keluarga dan diri sendiri.

Jam 1pm tadi ajak poklan dan wife dia lunch skali. Kitorang pekena kedai keli bakar dekat wakaf tengah. Pehhh sedap gak, lama dah tak makan situ. Dengan keletihan minda, aku abiskan cepat-cepat. Kuranglah skit perbualan masa makan.

Dah makan, baru start berbual, ingat boleh lah berbual dengan sukaria. Tiba2, baru perasan cuaca hari ni pelik skit. Nak kata jerebu tak jugak.

"Panah kuba mapuh". aku cuba mengimpretasi keadaan cuaca dengan bahasa pasar kelate.

Poklan dah tergelak, aku pun tergelak sama. Teringat masa lepas spm dulu, famili rahimi ajak kuar mana ntah. Aku terdengar perbualan antara mama dan nenek rahimi. Pastu mama dia sebut, "mmm arini panah kuba mapuh". Diorang tutup je pintu kereta untuk singgah di kedai, aku terus tergelak. Aku tanya rahimi, dia sendiri pun tak tahu makna Panah Kuba Mapuh.

Bila mama dan nenek dia masuk kete, aku wat muka tak malu tanya maksud ayat tadi.

"Ooooo orang skang jarang pakai istilah ni dah, maksud dia; nampak cuaca tak panas, berawan, tapi kerbau boleh mati di tengah padang (rumput) disebabkan kepanasan dia."

Aku tercengang jap.

Pandang ke langit, ha aaaa betul la, berawan, matahari pun tak nampak. Tapi suasana panas, berpeluh sedikit demi sedikit, tak kuat, tapi peluh maintain keluar.

Lepas makan tengah hari tadi, aku balik bilik aku kat opis, tersenyum sorang2, jadi aku nukilkan di sini sebagai pengetahuan sapa-sapa yang nak baca atau belajar istilah lama Kelantan.

Panah Kuba Mapuh = Panas Kerbau Mati

3 comments:

Darwisy said...

Kuba bukan duk bendang?bendang ade air..jadik dakpe r..xmapuh doh ye..
cuba kite tuka sket ayat..panah do'oh pah kuba mapuh..rasa ayat ni lebeh elok dang comei serta difahami..bagos org ic 46 nih..hikihikhik

IrinaSairah said...

betul..betul..betul..
panah do'oh pah kuba mapuh..
lebih mudah difahami oleh orang yang blur macam aku...hahahah...

azam said...

tu lebih kepada istilah org dulu2 la. Set2 dio paham la. Kalu dok paham, baru kena xplain. Dokkang smua benda kena buat istilah satu dunia paham.contohnye, "natang anak ayang". ornag luar mesti ingat ayang tu benda lain walaupun sebenarnye ayam hikhikhikhik