Tuesday, June 23, 2009

Al Fatihah untuk En Farizal



Ini adalah lakaran beliau dalam buku autograph aku.Aku akan simpan sampai bila-bila. Masa tu aku minat main bola dan watak Nie Feng (penjejak badai, komik pedang setiawan). Cantik, pandai dia lukis,walaupun buku autograph aku kecik je.

Malam kelmarin, dapat call dari member matrikulasi yang sudah lama tidak berhubung. Mulanya bincang pasal kemasukan adik dia ke universiti. Tanya berkenaan dengan cara-cara membuat rayuan kemasukan.

Kemudian, perbualan selama setengah jam itu dikejutkan dengan berita "pemergian" en farizal, bekas pensyarah matriks aku dulu, merangkap koordinator matrikulasi UPM di KYPM KB, Kem Kijang, KB. Aku sangat terkejut dan ralat kerana tidak mengetahui awal-awal berita berkenaan ini. Aku sempat beraya di rumah beliau. Dan beliau meninggal tahun lepas, selepas dapat memperkenalkan isteri aku. Beliau masih muda. Mungkin umur dia 39 waktu dia meninggal. Biasa nama panggilan "Che Ja".

Perwatakan beliau sangat menarik perhatian pelajar. Baik, sopan dan kegemaran kami sama, kaki komik. Ramai geng kami selalu tidur di rumah beliau ketika cuti hujung minggu. Dan kadang-kadang rumah beliau macam rumah kedua aku.Masa kenal aku pun baru kehilangan abah, maka mungkin ketika itu beliau menjadi tempat aku berbual.

Al fatihah untuk beliau.

Minggu yang meresahkan

ada 2 benda yang meresahkan aku minggu ni...

1.Cadangan pembinaan tugu peringatan tempat di mana Sir Henry Gurney dibunuh oleh komunis. Isu ini timbul sejurus selepas isu keinginan kepulangan bekas pemimpin PKM iaitu Chin Peng. Entah apa yang penting sangat dengan tugu tu. Rasanya baik buat tugu di mana tok janggut dibunuh, atau mana-mana pejuang kemerdekaan tulen sewaktu masa dahulu. Apa hebatnye Sir Henry Gurney?

2.Keluar lagi isu minyak perairan Kelantan. Dengarnya kerajaan Kelantan nak tuntut tertunggak royalti RM 1 billion sebagaimana diberikan kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak. Ikut maklumat dari laporan kerajaan pusat sendiri, rupanya sejak 2004 lagi perut bumi Kelantan memancutkan petroleum kepada kerajaan Pusat.
Keciknye hati.....
Aku tak halal....dunia dan akhirat.

Sunday, June 14, 2009

Kejutan la konon kah kah kah

Kring kringggg kring kringggg
lela : helo ajae
ajae : Ye
lela : Dr panggil meeting...
ajae : ok2 (mesti meeting pasal Tun Teja ni)
Sampai di opis
ajae : lela, meeting mana, bilik meeting gelap jah.
lela : masuk la dulu
Dalam bilik meeting....
ajae : Eh bakpo shiha, blackout?
shiha : eh jangan bukok lampu, nati tendang letrik...
sapa ntah : tlg angkat kotak belakang jap.
ajae : yang mana?
tiba-tiba....
hepi besday to u, hepi besday to uuuuuuuuuuuuuuu
heheheheheh
TQ all.




TQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ




video

Tragedi Stadium Menjadi Sindiran

Kebelakangan ni, banyak gambar-gambar dari email kawan-kawan mengenai punca bumbung stadium Sultan Mizan runtuh. Daripada satu tragedi menjadi satu bahan lawak. Kreatif jugak rupanya penduduk Malaysia ni. Adakah ia betul-betul bahan lawak atau ia sebenarnya satu sindiran tajam kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab di atas tragedi tersebut.


Runtuhnya bumbung stadium kerne semasa konvensyen khas ottomen, tiba-tiba datang resakse meng"fire" bumbung tersebut.



Runtuhnya bumbung akibat aktiviti smackdown antara otomen dan resakse.

Thursday, June 11, 2009

Kejohanan Sukan Staf SUKUM 34

Alhamdhulillah, akhirnya aku menyudahkan tanggungjawab sebagai Pengurus Badminton UMT sempena Sukan staf antara universiti kali ke 34.
Gambar awal-awal ni, adalah saingan di peringkat separuh akhir, bertemu UNiMAP. Aku dah tak senang duduk. UNiMAP antara saingan paling hebat. Semoga percaturan coach mengena tahun ni. Aku dari awal tak senang duduk.
Yang baju putih tu coach kitorang, nama syed abu bakar. Yang baju belang tu ketua kontinjen merangkap player veteran, Ir Zaideen.
Lepas kemenangan mengejutkan, mengalahkan UNiMAP 4-0, terus bergambar. Peh tak sangka menang besar untuk ke FINAL.

Untuk perlawanan akhir aku bagi ah sedikit penerangan kepada player.

PERLAWANAN AKHIR

Ni plak gambar-gambar di awal FINAL. ustat suhaili membacakan doa agar kami mendapat kejayaan.

Terima kasih kepada NC yang sudi hadir dari awal sampai akhir, Prof Aziz.
Tak sangka, ramai jugak pegawai utama universiti hadir. Dr Norain, Prof Aziz, Dato Din, Hj Suib, Hj Ya, Toh Puan, Dr rosnan, dan ramai lagi.
Ni, dila, anak toh puan. yang kecik tu anak dia ah.

Ni gambar veteran main. Clear. Yang lain sori, tak clear, blurrrr

AT LAST, selepas 3 tahun aku jadi pengurus, aku dapat menggapai pingat emassssss. YIHAAAAAAAAA. UMT 4 vs UiTM 2.

Bergambar bersama sukarelawan. Terima kasih atas sokongan
I love u all (errr aku masih normal, orientation still straight hehehe)
Terima kasih kepada barisan umpire.



video

Monday, June 8, 2009

Hari Lahir ke 29

Tak sangka, sedar tak sedar dah sampai umur 29. Hurmmm maknanya ni tahun last umur aku berkepala 2. Tahun depan dah masuk 30. Start kepala 3. hehehehehe.

8 jun plak ulang tahun ke 3 kawin. HUrmmmm Selamat Ulang Tahun perkahwinan ke 3 untuk wife aku nur fatiha....Plan nak beli kek untuk member2 opis. Tapi dua-dua sibuk dengan sukan staf antara universiti.

Kepada mimi, aku nak hadiah benih sayur2 kat belakang umah mu hehehehehe

Tuesday, June 2, 2009

Stadium Sultan Mizan runtuh - 2

Pics ihsan dari PPH









Stadium Sultan Mizan runtuh

Berita Harian Online
KUALA TERENGGANU: Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, runtuh jam 9.30 pagi tadi. Runtuhan itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa tetapi sebuah kenderaan dan empat motosikal yang diletakkan di sekitar stadium itu ranap. Ia membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi kawasan grandstand termasuk pentas di Raja.

Utusan Malaysia Online
KUALA TERENGGANU 2 Jun – Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada strukturnya musnah.
Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa diterima dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu. - Utusan













Monday, June 1, 2009

Selingkar Kisah.....di Tasik Kenyir

KISAH 1

Pada 29 hingga 31 Mei lepas, family in law aku skali lg wat gathering kat Tasik Kenyir. Gamabr kat bawah ni masih kat jeti, baru berlepas. Walaupun aku takde skill dalam mengail ni, tapi dengar pasal toman macam best jugak.

Ni plak wife aku, kalo nak tahu, ni la pose kegemaran dia. Mesti stail sama.
Ni plak anak sedara aku ayis, fitri n along athirah.


Ni plak abg ipar aku. Dia ni kira kaki pancing tahap gaban (gaban z potong 2). Memang dari kecik dia suka mancing.Tapi tengokkan gaya dia, mmg dia kaki pancing ahhhh. Aku walaupun keje banyak jugak kat laut, tapi masih bukan hobi utama aku.


Ni abg ipar guwe yang sempoi. Yang dok ulu yam.

Perkara yang paling tak best ketika bercuti adalah apabila menerima sms berkaitan kerja dari opis..............


Ni plak muka sangap selepas sejam mancing. Langsung tak dapat apa-apa lagi.

Lepas mancing atas houseboat tak berjaya, apa lagi guna taktik korea memujuk shahrul untuk bawak ke lubuk toman. Pehhh ni yang best ni. Guna umpan ikan keli, susah mati skit.
Ni la Kapten Fitri. yang bawak house boat tu hehehehee


Ni plak house boat yang kitorang sewa, RM800 semalaman.

Bila dah sampai lubuk, inilah hasilnya. Toman 5 kilo. hehehehe. Tapi bukan dari pancing aku ah hehehehee. Toman bila menyentap umpan, tersangat la ganas, sampai luka-luka jari, saje pegang tali benang tu, ingat dah sangkut kat rumput kat bawah, sekali ikan tu ada lagi, terus tangan kena sentap. Berhasil jugak walaupun masa mula-mula sampai kitorang kena hujan selama 20 minit. Buat dekkk je, janji dapat ikan.
KISAH 2

Ni plak air terjun Saok. Best lepak sini. Aku mmg rekomen la kat sapa-sapa kalau nak datang sini. Dekat de dengan jeti dan taman herba.

HAhhhhh ni paling aku tunggu-tunggu nak komen. Walaupun kami hanya bersanti, kami berjaya jumpa spesis baru terancam kat air terjun. Nak kate spesis terbang, nampak cam perut besar, berat. Nak kata berenang, cehhh aku dah tgk cara dia berenang. Tak sempat tangkap, kalau tak, bleh anugerah nobel ni.

Dah puas amik gambar diorang mandi, aku sambung mengail. Sebenarnya kat sini kami dapat sekor lagi toman. Tapi tertinggal nak upload kat sini. Blog ni mengong skit, kalo nak upload yang tertinggal, pic tu akan diupload kat atas skali, malas aku nak drag turun satu2.

KISAH 3....Taman Herba
Last sebelum balik jeti, kami singgah taman herba.

Ni plak tempay mengetest air-air herba yang diberi percuma kepada pengunjung. Yang lelaki boleh minum tongkat ali dan perempuan kacip fatimah. Pahit, dah nama ubat kan, mesti pahit. Kacip fatimah plak diorang kata mcm teh cina. Aku tak berani try, takut susah kencing, ketat, kah kah kah kah.