Tuesday, June 23, 2009

Al Fatihah untuk En Farizal



Ini adalah lakaran beliau dalam buku autograph aku.Aku akan simpan sampai bila-bila. Masa tu aku minat main bola dan watak Nie Feng (penjejak badai, komik pedang setiawan). Cantik, pandai dia lukis,walaupun buku autograph aku kecik je.

Malam kelmarin, dapat call dari member matrikulasi yang sudah lama tidak berhubung. Mulanya bincang pasal kemasukan adik dia ke universiti. Tanya berkenaan dengan cara-cara membuat rayuan kemasukan.

Kemudian, perbualan selama setengah jam itu dikejutkan dengan berita "pemergian" en farizal, bekas pensyarah matriks aku dulu, merangkap koordinator matrikulasi UPM di KYPM KB, Kem Kijang, KB. Aku sangat terkejut dan ralat kerana tidak mengetahui awal-awal berita berkenaan ini. Aku sempat beraya di rumah beliau. Dan beliau meninggal tahun lepas, selepas dapat memperkenalkan isteri aku. Beliau masih muda. Mungkin umur dia 39 waktu dia meninggal. Biasa nama panggilan "Che Ja".

Perwatakan beliau sangat menarik perhatian pelajar. Baik, sopan dan kegemaran kami sama, kaki komik. Ramai geng kami selalu tidur di rumah beliau ketika cuti hujung minggu. Dan kadang-kadang rumah beliau macam rumah kedua aku.Masa kenal aku pun baru kehilangan abah, maka mungkin ketika itu beliau menjadi tempat aku berbual.

Al fatihah untuk beliau.

4 comments:

IrinaSairah said...

Al-Fatihah...
Moga roh Arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman...

Darwisy said...

Hehhee...takziah mula2 kat arwah..
then persoalan aku..kenape mu begitu kurus murus tulus ek? ..hehehhee...yang penting "nice glasses" hikhikhik

azam said...

bukan kurus, slim hehehehe

Fifi said...

Ajae, dia org Salor ke..?