Thursday, March 31, 2011

Dr Asri: Poco-poco harus, bukan haram


Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berbeza pandangan dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan bahawa tarian poco-poco haram. Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat unsur yang tidak baik, perkara itu hendaklah ditapis dengan membuang unsur yang buruk, bukan mengharamkan perkara itu secara menyeluruh. "Atas asas ini, pada pandangan saya, tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah," katanya yang juga pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian berkenaan sebagai haram kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain dan pemujaan roh. Pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

Dalam kenyataan pada Selasa malam, Dr Mohd Asri juga menegaskan, masyarakat Islam hendaklah tahu tentang keluasan Islam, apatah lagi dalam masyarakat yang serba rencam hari ini. "Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam," katanya.

Menurut Dr Mohd Asri lagi, jika pengharaman dibuat berdasarkan asal-usulnya yang tidak islamik, ia akan mewujudkan kecenderungan pengharaman pelbagai lagi aktiviti seperti Tai Chi, Taekwondo dan senaman Qiqong.

Beliau bagaimanapun menegaskan menghormati pandangan Harussani dan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian tersebut dan cuma memberikan pandangan berbeza.





Perang Dunia Dalam Seribu Tahun

Berikut adalah hasil yang boleh dipuji kepada pembikin video ini.

Ia dapat menggambarkan kita secara keseluruhan perang besar yang pernah berlaku dalam dunia ini. Kebanyakannya berkisar di kawasan Timur Tengah, Eropah, dan Arab. Perang zaman ini berkait dengan isu perebutan kuasa dan perluasan pengaruh agama.


Perang kejatuhan Melaka kepada Portugis 1511 tiada. Ini mungkin ia tiada signifikasi untuk diterjemahkan ke dalam video ini. Ia hanyalah perang bersifat setempat mungkin. Tiada kesan kepada masayarakat serantau. Namun ia member impak dan kesan yang sangat besar kepada sejarah peradaban Tanah Melayu (kini dikenali Malaysia).


Bermula Abad ke 20, ia lebih bersifat kepada perang menjaga tepi kain orang dengan hidangan takungan 'emas hitam' yang boleh menjamin keuntungan kepada seperti Halliburton ratus tahun lamanya. Orang tua, wanita dan kanak-kanak tersepit di negara sendiri yang mempunyai kekayaan hasil bumi. Merempat di negara sendiri memberi kesenangan kepada orang lain. Saling tidak tumpah Tanah Melayu yang dahulu kononnya kaya dengan bijih timah. Siapa yang kaya sebenarnya???







Wednesday, March 30, 2011

Wajah-wajah Yang Pernah Menghiasi Wallpaper PC Sekitar 1999-2002



Wajah Keibuan Rani Mukherjee Eh ehhh lenguh.. nak sandar!!! (versi zizan)
Same cam aku, mase ni bercinta mcm dgn hantu, sbb tuan x nampak !!!!

Preeti Janghiani


Erkkkk Norika Fujiwara




eric cantona
mmmmmm.....










Tuesday, March 29, 2011

Tarian POCO-POCO Haram..???


Tarian poco-poco haram?

Mufti negeri lain ckp mcm mana pulak?

Majlis Fatwa Kebangsaaan?

Kerajaan? ( yg paling utama sebab penggubal undang-undang sebenar di Malaysia)


Apapun, ngamok rasanya peminat poco-poco.

Aku? tak kisah pun, sebab aku tak minat langsung poco-poco

:)


Terjumpa kat blog semasa menyelongkar blog-blog kawan.








Sunday, March 27, 2011

Abah, Mak, Anak dan Awan Nano

Suamiku, usah bersedih
Pemergian ini adalah takdirNya
Wang yang abang kumpul tak dapat ubati penyakit Mah
Jangan sesekali beritahu Hafiz
Wang bukan segalanya, tapi wang dapat mengubah hidup kita
Hadiahkanlah untuk masa depan Hafiz
Inilah nukilan terakhir Mah Amanah untuk abang
Mah sayangkan abang dan Hafiz
Maafkan Mah, kerana tidak dapat bersama abang membesarkan Hafiz


*Dedikasi untuk sesiapa yang masih mempunyai abah, yang mempunyai anak lelaki.










Sekitar Banjir di UMT Awal Pagi 25.03.2011


Kete Iswara salah seorang pelajar depan Pusat Kesihatan UMT Bunga yang kat depan habis berterabur, khabarnya area sini pun air paras peha Jln belakang nak gi kedai makan white house/greenday (versi upm)

Antara bangunan baru FMSM dan Makmal Berpusat




errr maaf, yang last ni bukan banjir, bertakung je pun, umah sape? carik la sendiri hehehe



Saturday, March 26, 2011

Takutkah kita akan bala Allah

Sumber:
http://senadamai.blogspot.com/2011/03/takutkah-kita-akan-bala-allah.html


Telah diriwayatkan oleh Ali Bin Abi Talib bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda;
"Apabila membuat oleh umat aku akan 15 perkara berhaklah diturunkan Bala...lalu ditanya sahabat kepada Rasulallah, Apakah itu ya Rasullah. Lalu Rasulallah pun menjawab;


1. Apabila ada harta ghanimah itu pemerintahan
2. Amanah itu pendapatan
3. Zakat itu menjadi denda
4 Menurut lelaki akan isterinya
5. Derhaka akan ibunya
6. Berbakti akan kawannya
7. Berkeras dengan bapanya
8. Suara ditinggikan di dalam masjid
9. Penganjur kaum itu akan orang yang hina mereka itu
10. Dimuliakan laki-laki akan takutkan aibnya
11. Banyak arak di ambil
12. Banyak di pakai sutera
13. Di ambil perempuan menyanyi
14. Bunyi-bunyian
15. Mencaci orang ini akan umat terdahulu


Maka apabila berlaku sahaja 15 perkara ini hendaklah henti ketika itu akan angin merah atau di telan bumi dan berubahnya bentuk dan rupa.


Melihat kepada hadis ini sewajarnya dan sepatutnya kita berasa takut akan bala yang mungkin diturunkan oleh Allah kerana apa yang dinyatakan telah dan sedang berlaku kepada kita ummat islam hari ini khususnya di Malayisa dan dunia amnya. Takutlah kita akan azab dan bala Allah dan ingatlah kita akan firman Allah di dalam al-Quran; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".




Friday, March 25, 2011

Cubaan Bunuh Diri di KB MALL

24 Mac 2011. KB MALL.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata:
Nabi SAW bersabda,
"Sesiapa yang membunuh diri dengan mencekik lahir, maka dia akan mencekiknya pula nanti di neraka. Sesiapa yang menikam dirinya, maka dia akan menikamnya pula nanti di neraka" (al-Bukhori)



Thursday, March 24, 2011

Harga Minyak Boleh Diturunkan


Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainudin
Pakar Matematik Gunaan
SINAR HARIAN, 5 Januari 2011

1. Harga minyak boleh diturunkan kepada 30 sen seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan.

2. Dipasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan harganya tidak turun naik sahaja membuktikan harganya TIDAK ditentukan oleh pasaran dunia.

3. Jika Malaysia menjual minyak mentah 700,000 tong sehari pada kadar USD130 setong sehari (pada RM3.80 = USD1), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 Billion. Dengan anggaran perolehan melebihi 1 trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jikan benar rakyat didahulukan, maka sudah tentulah jual murah di dalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara.

4. Kita bukan Singapura dan kita tak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tak sama dengan harga di kedai.

5. Dikatakan daripada harga RM3 seliter, kerajaan memberikan subsidi sebanyak 30sen. Jika benar subsidi diberikan, adakah semua syarikat asing juga mendapat subsidi? Tanpa subsidi mustahil syarikat asing menjual dengan harga yang sama dengan Petronas.

6. Sekiranya syarikat asing tidak mendapat subsidi, sudah tentulah mereka akan menjual dengan harga yang boleh memberikan keuntungan kepada mereka. Sebab itu harga Shell lebih mahal di Singapura.

7. Tinjaun mendapati harga yang dibayar pengusaha minyak daripada pembekal syarikat asing. Mereka hanya memperolehi komisen RM0.095sen dan memberi maksud pengusaha minyak bukan penerima subsidi. Kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing.Lebih 80% daripada RM33 Billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

8. SALAH SATU cara untuk MENURUNKAN harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak. Jualan rendah oleh Petronas ini secara langsung akan menaikkan keuntungan Petronas dengan peningkatan jualan minyak. Lagipun bukan semua syarikat asing membeli minyak mentah dari Petronas, itupun Petronas boleh untung berbilion ringgit.

9. Dengan harga USD50 setong pun kerajaan mampu menanggung subsidi berbilion ringgit, inikan pula dengan harga USD138 setong. Bila untung DUA kali ganda sepatutnya turun SEPARUH harga.

10. Formula ini dikaji atas permintaan salah seorang menteri kabinet pada 2008, pada pendapat saya model yang digunakan pakai sekarang adalah betul kepada mereka, tetapi salah kepada rakyat.


DIGI IPHONE4


Here's your chance to be a proud owner of iPhone 4.
Whoa!
Come & hear this out, Churpers! If you are already an existing iPhone 4 user and still feels like a loner because friends and family around you are still not an iPhone 4 user yet? Always have trouble finding companion to beat your Fruit Ninja's high score? Or if the birds are getting more angry because there is no one else to play with? Now here's your chance to purchase an iPhone4 without needing to subscribe to a line!


Yes, you can buy the phone at DiGi's RRP! All you need to do is to sign up or just upgrade it from a iDiGi RM88 to either RM138 or RM238

Click:
http://www.churpchurp.com/ajae7/share/digi-iphone4


Untuk kaki makan!!! Have Fun


MAD - RM38.80 for Steam Rice + Meng Kom + Kerabu Mango + Vegetables of the day + Thai Steam Fish Fillet + Green Curry Chicken + Tom Yam Seafood + Stuffed Crab + Chinese Tea at Bravo Cafe
MAD Deal of the Day: RM38.80 (feeds 2 - 3 pax) instead of RM94 for Steam Rice + Meng Kom + Kerabu Mango + Vegetables of the day + Thai Steam Fish Fillet + Green Curry Chicken + Tom Yam Seafood + Stuffed Crab + Chinese Tea at Bravo Cafe, Jalan Chow Thye, Penang.

Burn your tongue with these selection of Thai food at Bravo Cafe. Burn more tongues as this meal feeds 2-3 people! Savour the thai food and heighten your sweet and sour taste buds too.

Go on, munch on, and bring your friends along too.

Grab this MAD deal today!

Klik sini untuk selanjutnya:
http://www.churpchurp.com/ajae7/share/BravoCafe




Perfect for family dining, #DishDeli is offering yummy dishes for RM18. Only at #MilkADeal.

MAD Deal of the Day: RM18 instead of RM40 for Main Dish + Beverages + Dessert at Dish Deli, Solaris Mont Kiara. This gorgeous royal purple atmosphere serves convenient readymade meals for impatient hungry people like us! And kids! A perfect place for a family outing. Grab this MAD deal today!

Klik sini untuk selanjutnya:
http://www.churpchurp.com/ajae7/share/DishDeli

Wednesday, March 23, 2011

SPM 1997 vs SPM 2011

Kepada adik-adik yang berjaya dalam SPM 2011. Kepada yang tidak berjaya jangan bersedih. Percayalah, untung nasib seseorang bukan bergantung kepada keputusan SPM. Percayalah ramai yang gagal SPM lebih berjaya daripada yang cemerlangnya SPM.

Kepada anak orang kaya, bergembiralah, itulah bonus. Kepada anak orang miskin, percayalah keluarga tidak mengharapkan apa-apa kecuali kejayaan dalam pelajaran. Jangan sedih jika tak dapat hadiah boombastics daripada abah, sesungguhnya mereka tidak mampu. Bersabarlah, ok?

12 November 1997 Jam 8.00 mlm, semua masih berkumpul rumah ayah (grandpa), abah sedang bertarung di Hospital USM Kubang Kerian masuk hari ke 3. Aku masih kat tangga rumah, mendengar perbualan jiran-jiran kampung berkenaan penyakit abah. Pak Muda (uncle) dan Pokwa (abg no 2) jaga abah kt hospital. Aku plak tenagh ready sebab SPM dah start keesokan hari.

Sekitar 8 lebih, tepon umah berbunyi, ayah jawab, tak dengar sangat suara dia, cuma mengiyakan apa yang diberitahu pemanggil. Lepas letak, "takda dah", pendek saja ayah bagitau. Aku yakin aku agak ternganga masa tu, macam tak percaya....

Malam tu jugak, jenazah sampai kat umah. Bilik sudah bersedia, baru lepas dikemas Mak Cik Dah. Semua anak-anak cium dahi arwah abah, peluh di dahi arwah tidak berhenti mengalir. Basah bibir aku, sampai sekarang masih ingat rasa sejuk peluh arwah kat bibir. Kemudian, anak-anak lelaki semua bersila, baca Yassin, depan abah, untuk terakhir kali!!!

Sekitar jam 2- 3am, aku disapa Su Aya, "Jae, ok dok?", "ok je Su" "Ingat dok smua, esok SPM, belek la kejap buku, takut blank" Memang tengah blank pun, tak ingat satu benda pun. Kemudian belek-belek buku, tengok je, akhirnya tertidur dengan buku atas dada. Sedar-sedar, dah hampir subuh, sayup-sayup dengar Ayah Noor Dungun tengah baca Al Quran, depan jenazah. Hebat, habis 1 Al Quran dia baca.

Lepas siap semua-semua, pegi sekolah. Sebelum beratur masuk lab Biologi, nampak Reshma, dia diam je, "Hepi befday ma, mmg befday mu aku bley ingat sampai bile-bile pasni".

Tak semua adik-adik akan melalui pengalaman begini, percayalah, bergembiralah walau macam mana sekalipun keputusan yang dapat tu. :)

Yang Dipuja Yang Dipuji

Dulu..
Dialah yang dipuja yang dipuji
Kini...
Dialah yang terhina dan dihina
Dulu...
Dialah manusia kesayangan
Kini...
Dialah manusia yang dibenci
Dulu..
Dialah tempat kebergantungan
Kini..
Tinggallah dia di sebuah pulau sendiri
Dulu..
Dialah manusia terbaik
Kini..
Dia pula yang terburuk
Dulu...
Dialah dia semua dia
Kini..
Tiada dia pun tak apa
Dulu...
Dia teruskan kehidupan
Kini...
Dia masih meneruskan kehidupan

Tuesday, March 22, 2011

Abah, Ma dan Pian



UNTUK ARWAH ABAH (Al Fatihah).
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. Pergi abah bersama nombor 44. Badan abah yang masih kuat kalah dengan derasnya darah mengalir dalam salur yang tersepit, lemah tubuh beliau dengan gula yang manis dan akur juga dengan hati yang seakan tidak mahu berdegup.



UNTUK MA
Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan. Ma, kami masih memerlukan ma walau dalam apa keadaan sekalipun. Anak ma tidak sekuat yang disangka seperti bidalan penduduk sekeliling dengan gelaran "anak yaacob semua hero-hero".

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah tak lain adalah KITA... ..

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "


UNTUK ARWAH ABG PIAN (Al Fatihah)
Tindakannya selalu agresif, tapi boleh memimpin adik-adik yang ramai. Garangnye kemain, tapi kebanyakan adalah untuk kebaikan. Jika tidak suka, kasut sekolah baru pun terbelah dihiris begitu sahaja. Cita-citanya tinggi, namun takdir Tuhan sudah begitu. Tubuhnya masih kuat, tetapi akur dengan kuman-kuman aedes, 25 hanyalah satu nombor untuk beliau. Perginya beliau di kala kami belum bersedia untuk menerima kehilangan yang lain. Perginya meninggalkan kenangan, perginya meninggalkan tanpa keturunan....


Semoga aku dapat merasa semuanya sebelum menutup mata, untuk ke akhir kali....

Sunday, March 20, 2011

Kenapa Kelantan Haramkan Judi?


Agak gegak gempita juga beberapa akhbar apabila Kelantan menghalang daripada judi loteri dijual di sekitar Kota Bharu. Pihak kedai yang menjual mempersoalkan kenapa baru sekarang penjualan loteri itu dihalang setelah sekian lama.

Seperti yang diketahui, Kelantan telah mengharamkan sebarang bentuk jualan berbentuk judi seperti mengharamkan lesen nombor-nombor ekor. Alasan yang diberikan adalah tiada langsung kebaikan dalam melibatkan diri dalam sebarang bentuk perjudian. Ini berbeza dengan alasan yang diberikan oleh Kelantan dalam isu arak, di mana arak dibenarkan dijual tetapi tidak boleh dijual secara terbuka. Lesen hanya diberikan secara berpusat, asalkan tidak dijual secara terbuka di kedai-kedai runcit.

Ada pihak lain pula mendakwa, penjualan loteri di Kelantan tiada salahnya kerana mengikut peruntukan undang-undang Persekutuan, loteri boleh dijual begitu sahaja tanpa premis yang tetap. Inilah yang menjadi percanggahan antara undang-undang negeri melawan Persekutuan.

Kita tinggalkan sejenak persoalan di atas, tetapi cuba fikir kesan apabila lesen judi diberikan secara berleluasa seperti gambar di bawah :)

Saturday, March 19, 2011

Calon Suami ke Syurga

Arni bersama suami

Berwaspadalah terutamanya dalam memilih pasangan, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

•Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

•Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

•Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

•Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
•Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

•Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

•Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

•Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

•Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

•Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Kepada wanita-wanita luar yang belum bersuami, pilih calon yang seperti di atas sahaja, untung dunia, dan untung akhirat!!! :)

Friday, March 18, 2011

Man - Raja Lawak Astro Musim ke 5


Man - akhirnya dinobatkan sebagai Raja Lawak Astro Musim ke 5 tahun 2011.

Pada peringkat awal beliau bukanlah berada selalu di top 5. Aku pun minat man dengan nazmi dari awal sehingga akhir, malangnya nazmi seperti kehilangan idea penghujung musim. Tahun lepas, ramai-ramai kawan, aku sorang je sokong Kecik untuk jadi Juara, sebab lawak versi utara sudah terlalu kerap menjadi santapan. Akhirnya benar, Kecik jadi juara.

Tahun ini pun sama, dari segi undian kumpulan Balas seperti menjadi pilihan para pengundi. Dari segi lawak, Balas sudah cukup bagus, tapi jika mengulang-ulang isi yang double meaning, persembahan akan menjadi boring. Sebab itu aku tetap memilih Man (sori Man, aku tetap dengan prinsip aku untuk tidak membazirkan wang untuk sebarang undian di tv hehehe), lawak muzikal berkenaan rempit benar-benar lawak yang segar. Nahh akhirnya Man betul-betul menjadi pilihan pengundi Raja Lawak.

Akhirnya, terasa pengundi-pengundi sudah bijak untuk memilih berdasarkan merit/kebolehan, dan bukannya sentimen glamour.

Tahniah MAN!!!! RAJA LAWAK 2011. Jumpa lagi di gelangang Maharaja Lawak 1 April nanti...

angelina @ angie @ mekna


Pada 13.3.2011 isteri ajak aku ke kedai Ming Yu 3 di Gong Badak. Kat sana kami beli akuarium baru untuk bela ikan2 kecil kat umah. Kemudian isteri aku buat keputusan exotic, beli kucing!!! aku on je lah.

Masa kecik-kecik, ma kat kampung selalu pesan supaya belajar untuk kesiankan (menate) binatang. Menate pertama yang kami bela biasalah kucing, paling seronok bila menimang anak-anak kucing baru. Hanya Tuhan saja tau betapa cutenye anak kucing masa baru lahir. Tapi hayat mereka tak lama, kebanyakan dilanggar kereta atau motor. Pernah arwah abang sulung aku siap buat kubur dan batu nesan sambil tahlil depan kubur kucing kami. Kami semua stop bela kucing bila banyak kucing-kucing gila melepak di sekitar rumah. Kucing gila ni dibuang orang dan menghabitatkan diri kat umah kitorang, abis dimakan anak-anak kucing dan anak ayam. Oooo lupa, masa kecik jugak, abang no 2 aku suka bela ayam daging yang kaler2 tu, ada kaler pink, kuning, merah n all. Selain tu pernah jugak bela arnab, pun hayat tak lama, kena penyakit skit, terus kembali ke Rahmatullah.

Masa dok rumah sewa zaman blaja degree, sekitar tahun 2001-2002 di Taman Ida, Gong Datok, kawan aku pernah bela kucing gak. Memang berbaloi jugak la, abis lipas dengan tikus hidup dalam keadaan ngeri. AKAN TETAPI, satu hari balik dari kelas, aku baring la kat tilam, tiba-tiba rasa bau yang sangat kurang busuk, amik tohhhhhh, kucing tu berak atas tilam aku. Aku amik tilam, basuh tempat kena berak tu dengan muka HULK. Member aku yang bela kucing tu diam. Lepas basuh, aku amik kucing tu, buang kat area umah sewa matjan dan waqk hehe. Pun member aku diam x kata pape.

Kemudian, 2011 baru aku rase nak terima kucing balik kat umah. Takde la aku dengan wife boring kat umah. Nama angelina (sempena bibir engelina jolie), atau angie, tapi time aku nak marah, panggil mekna je. Semoga hayat dia lama bersama kami!!!!