Tuesday, March 15, 2011

Ultraman Tsunami vs Ultraman Stadium Sultan Mizan


Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu edisi hari Ahad (13.3.2011) Berita Harian memaparkan superhero popular Jepun Ultraman lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar. Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka melalui lamanweb sosial dan Twitter terhadap Berita Minggu, malah ada yang menggesa supaya memboikot akhbar tersebut. (http://malaysiakini.com/news/158502).

Malahan berita ini juga telah disiarkan oleh CNN. Apa yang menjadi kehairanan, pada tahun 2009 banyak gambar-gambar seakan mengejek runtuhan Stadium Sultan Mizan dengan pelbagai cara. Namun perkara tersebut tidak dianggap sebagai satu ejekan walaupun melibatkan kerugian jutaan untuk pembaikian. Rasanya sebab insiden tersebut tidak melibatkan nyawa manusia, jika melibatkan nyawa manusia bersedialah sesiapa sahaja yang suka bergurau dengan gambar runtuhan stadium tersebut.
:)

No comments: