Thursday, March 17, 2011

Tenaga Nuklear di Malaysia

"KENAPA tidak guna tenaga nuklear? Ini merupakan pertanyaan yang sering kali dilontarkan setiap kali berlaku krisis kenaikan harga minyak."



Orang yang bertanya soalan ini mungkin mengambil keputusan dalam keadaan tiada kegawatan dunia terkini seperti yang berlaku di Jepun sekarang ini. Mungkin juga yang berkata sedemikian mempunyai agenda kapitalis, orang berniaga, biasala, dapat projek buat jalan bertar ke loji nuklear pund ah cukup hehehe. oittttt tar depan umah aku dulu ok, dari 2008 aku dok beli sendiri je, "tepek" sendiri tar tu.



Aku bersetuju dengan pandangan Dr M, Malaysia masih tidak perlu untuk membina loji nuklear. Kita masih mempunyai berbilion projek janakuasa elektrik hidro di Terengganu, kelantan, Sabah, Sarawak dan banyak lagi. Jika pulangan kecil, kenapa perlu bina empangan hidro???


Malaysia adalah negara yang sangat kecil. Tiada mata yang terus tertumpu ke Malaysia jika melihat peta dunia. Kebocoran radiasi di Chernobyl memberi kesengsaraan kepada seluruh Eropah dalam penternakan lembu dan industri makanan. Inikan pula jika loji nuklear di Malaysia bocor, cukup dengan angin monsun Timur Laut, barat Daya dan angin Sumatera, habis seluruh semenanjung akan merana.



Malaysia memang mendapat tenaga elektrik yang banyak melalui diesel dan arang batu, empangan hidro hanya menyumbang beberapa peratus sahaja kepada penjanaan kuasa elektrik. Tetapi jangan lupa, Malaysia adalah negara yang mendapat cahaya matahari sepanjang tahun. Benar kos solar panel mahal, tapi Pulau Kapas, Terengganu pun sudah menggunakan sistem tersebut. Kawasan bandar seperti Kuala Lumpur juga boleh digalakkan pembesar-pembesar atau orang kaya-kaya menggunakan solar panel ini. Mudah sahaja, guna sistem letrik solar dulu, jika ada masalah, swicth balik kepada elektrik TNB. Bukan kita memaksa menukar terus kepada sistem solar.


Semoga kerajaan kita tidak terburu-buru membangunkan tenaga nuklear. Kenangkanlah keturunan kita yang akan datang, mereka tidak bersalah untuk mewarisi kesan radiasi yang merubah kromosom DNA mereka. :)
Beberapa gambar kesan radiasi yang dipetik dari akhbar KOSMO

No comments: