Thursday, March 24, 2011

Harga Minyak Boleh Diturunkan


Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainudin
Pakar Matematik Gunaan
SINAR HARIAN, 5 Januari 2011

1. Harga minyak boleh diturunkan kepada 30 sen seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan.

2. Dipasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan harganya tidak turun naik sahaja membuktikan harganya TIDAK ditentukan oleh pasaran dunia.

3. Jika Malaysia menjual minyak mentah 700,000 tong sehari pada kadar USD130 setong sehari (pada RM3.80 = USD1), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 Billion. Dengan anggaran perolehan melebihi 1 trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jikan benar rakyat didahulukan, maka sudah tentulah jual murah di dalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara.

4. Kita bukan Singapura dan kita tak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tak sama dengan harga di kedai.

5. Dikatakan daripada harga RM3 seliter, kerajaan memberikan subsidi sebanyak 30sen. Jika benar subsidi diberikan, adakah semua syarikat asing juga mendapat subsidi? Tanpa subsidi mustahil syarikat asing menjual dengan harga yang sama dengan Petronas.

6. Sekiranya syarikat asing tidak mendapat subsidi, sudah tentulah mereka akan menjual dengan harga yang boleh memberikan keuntungan kepada mereka. Sebab itu harga Shell lebih mahal di Singapura.

7. Tinjaun mendapati harga yang dibayar pengusaha minyak daripada pembekal syarikat asing. Mereka hanya memperolehi komisen RM0.095sen dan memberi maksud pengusaha minyak bukan penerima subsidi. Kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing.Lebih 80% daripada RM33 Billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

8. SALAH SATU cara untuk MENURUNKAN harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak. Jualan rendah oleh Petronas ini secara langsung akan menaikkan keuntungan Petronas dengan peningkatan jualan minyak. Lagipun bukan semua syarikat asing membeli minyak mentah dari Petronas, itupun Petronas boleh untung berbilion ringgit.

9. Dengan harga USD50 setong pun kerajaan mampu menanggung subsidi berbilion ringgit, inikan pula dengan harga USD138 setong. Bila untung DUA kali ganda sepatutnya turun SEPARUH harga.

10. Formula ini dikaji atas permintaan salah seorang menteri kabinet pada 2008, pada pendapat saya model yang digunakan pakai sekarang adalah betul kepada mereka, tetapi salah kepada rakyat.


No comments: