Wednesday, March 2, 2011

Mereka yang menggembirakan hati saya...


Mereka yang menggembirakan hati saya
Setiap detik, setiap saat, setiap ketika
Saya hanya mampu tersenyum gembira

Mereka yang menggembirakan hati saya
Tidak pernah terfikir
Tidak pernah terlintas
Allah jua Maha Kuasa
Allah jua Maha Mengasihani
Allah jua Maha Merancang

Mereka yang menggembirakan hati saya
Sebesar zarah pun tidak mampu saya balas
Terasa kerdil diri ini
Terasa tenang hati ini
Terasa diri sangat dihargai

Mereka yang menggembirakan hati saya
Kepada Allah jua ku pinta
Memberi balasan yang yang sebaiknya kepada mereka
Hapuskanlah segala dosa mereka
Naikkanlah darjat mereka
Masukkanlah mereka di dalam syurga
Kumpulkanlah mereka di dalam istana saya di syurga
Di bawah naunganMu yang Maha Perkasa

Kepada Tuhan saya berdoa
Kerana Mereka
Telah menggembirakan hati saya

......................


No comments: