Agak gegak gempita juga beberapa akhbar apabila Kelantan menghalang daripada judi loteri dijual di sekitar Kota Bharu. Pihak kedai yang menjual mempersoalkan kenapa baru sekarang penjualan loteri itu dihalang setelah sekian lama.
Seperti yang diketahui, Kelantan telah mengharamkan sebarang bentuk jualan berbentuk judi seperti mengharamkan lesen nombor-nombor ekor. Alasan yang diberikan adalah tiada langsung kebaikan dalam melibatkan diri dalam sebarang bentuk perjudian. Ini berbeza dengan alasan yang diberikan oleh Kelantan dalam isu arak, di mana arak dibenarkan dijual tetapi tidak boleh dijual secara terbuka. Lesen hanya diberikan secara berpusat, asalkan tidak dijual secara terbuka di kedai-kedai runcit.
Ada pihak lain pula mendakwa, penjualan loteri di Kelantan tiada salahnya kerana mengikut peruntukan undang-undang Persekutuan, loteri boleh dijual begitu sahaja tanpa premis yang tetap. Inilah yang menjadi percanggahan antara undang-undang negeri melawan Persekutuan.
Kita tinggalkan sejenak persoalan di atas, tetapi cuba fikir kesan apabila lesen judi diberikan secara berleluasa seperti gambar di bawah :)
1 comment:
yang berbaju melayu n kainsamping ngat nak g solat kat masjid rper g bli no ekor....
masyaallah...
Post a Comment