Showing posts with label selingkar keinsafan. Show all posts
Showing posts with label selingkar keinsafan. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Nenek Facebook


ARKIB : 12/08/2012

Nenek Facebook

Cik Ras Munira. Cuaca petang 7 Ramadan suam-suam panas. Tanpa setitis air yang jatuh dari bumbung rumahnya, dia tetap berasa sejuk. Itik dan ayam sedang riuh dalam reban. Dia sudah mengagihkan makanan pada makhluk-makhluk Allah di sekeliling rumahnya. Waktu berbuka tinggal dua jam lagi. Jika dihitungkan terasa lambat. Namun, sesuatu yang dapat menghilangkan masanya adalah satu perkara itu: Facebook!

Segera tangannya menekan punat komputer riba yang dibeli tunai hasil jualan getah bulan lalu.Anak saudaranya yang mengusahakan dua ekar ladang getah peninggalan arwah suaminya setiap hari datang ke rumah. Pemuda berusia 35 tahun itulah yang menyarankan agar dia memasang Internet dan mempunyai akaun Facebook. Pemuda itu jugalah yang mendaftarkan nama 'Cik Ras Munira' untuknya melayari Facebook.

"Siapa Cik Ras Munira tu, Darwish?" tanyanya, hairan. Darwish senyum nakal. "Maklong kena guna nama begini kalau nak bersembang dengan orang di alam maya. Nanti mereka ingat Ras Munira itu gadis jelita, selayak namanya." Dia mencebik. Rasa geli dengan kata-kata Darwish. "Letak sahajalah nama Hajah Kuntum, nama Maklong!" arahnya. Darwish menggeleng kepala. "Ini zaman Darwish, maklong. Darwish tahu apa yang patut maklong buat untuk masuk ke dunia Facebook. Nah! Maklong cuma tekan di sini sahaja dan boleh berkawan dengan sesiapapun maklong mahu!" Darwish mengajarnya menekan punat utama komputer riba, kemudian jemarinya akan menggesel tetikus ke fail yang bertulis Google Chrome sebelum menekan punat di fail yang tertera kalimah Facebook. Dia tidak perlu memasukkan emel atau kata kunci.

Hari kedua dia melayari Facebook, dia merasakan dia tidak boleh berhenti lagi. Kesal juga kerana berkenalan dengan dunia ciptaan Mark Zuckerberg pada bulan Ramadan. Selalunya, pada Ramadan-Ramadan yang lepas, masanya akan diisi dengan membaca al-Quran. Ramadan tahun ini, masanya berenang dan tenggelam dalam lautan Facebook!

Barangkali kerana tiga nama itu telah menerimanya sebagai teman Facebook mereka. Tiga lelaki yang mendebarkan jiwa dan meluluhkan seluruh kerinduannya.

YB Mat Min Nasir

Melalui catatan-catatan lelaki ini, dia maklum betapa sibuknya seorang yang bergelar Yang Berhormat. YB Mat Min Nasir, begitulah nama yang diletakkan untuk meraih teman Facebook. Setiap hari, selang setengah atau satu jam, YB Mat Min Nasir akan menulis status-status baru tentang tugasnya.

"Hari ini saya dan rakan-rakan akan berbuka dengan rakyat di Lembah Klang. 100 anak yatim akan diraikan di hotel ternama. Ayuh semua! Banyakkan sedekah di bulan Ramadan." Tulis YB Mat Min Nasir. Dia senyum.Hatinya berdetik, bertuah jadi anak-anak yatim itu, dapat berbuka puasa dengan orang besar seperti YB Mat Min Nasir. Dia membandingkan dirinya yang sudah seminggu berpuasa tetapi masih berbuka seorang diri.

"Syukur. Hasil usaha saya dan rakan-rakan, menteri setuju bina jalan raya baru di sini. Saya pasti akan kotakan janji untuk rakyat, ia satu amanah!" Tulis YB Mat Min Nasir di status berikutnya. Dia senyum lagi. Tumpang bersyukur dengan kejayaan YB tersebut. Dari wajah YB yang terpampang di dinding Facebook, dia yakin YB seorang yang gigih dengan cita-cita politiknya.

Tetikus di tangannya menghampiri halaman gambar YB Mat Min Nasir. Wajah YB senyum manis bersama isteri dan anak-anaknya. Entah mengapa, dia pekup mukanya, menghalang air mata menitis ke meja komputer. Dia mendoakan YB itu akan bahagia selamanya bersama isteri dan anak-anak tercinta. Dia tahu, kancah politik di Malaysia tidak menentu. Apa yang menakutkan, sifat saling fitnah - memfitnah dan saling jatuh-menjatuhkan selalu berlaku. Namun, pemimpin sejati, yang mendahulukan rakyat melebihi keluarga sendiri seperti YB Mat Min Nasir akan dikenang dan pasti tidak dilupakan terutama dalam pilihan raya yang bakal menjelang.

Tiba-tiba tangannya terasa mahu menegur YB Mat Min Nasir. Menurut Darwish, jika senarai nama di sebelah kanan Facebook itu berwarna hijau, itu tandanya orang tersebut sedang melayari Facebook juga. Tercungap-cungap dia meneliti abjad di papan kekunci. Inilah kali pertama dia menaip. Betapa sukarnya tetapi kerana perasaan cinta pada YB seorang ini, dia gagahkan tangannya.

"Selamat petang YB. Maafkan saya kerana mengganggu kesibukan YB," tulisnya lambat-lambat. Tidak sampai seminit, YB terus membalas. "Selamat petang Cik Ras Munira. Tak mengganggu. Cik dari mana ni? Petang ini berbuka di mana? Ada yang boleh saya bantu?" Dia pekup muka. Tidak percaya YB yang sibuk akan melayan sapaan remehnya. Matanya melirik sebentar wajah Seniwati Datuk Sarimah Ahmad ketika muda yang diletakkan Darwish sebagai gambar profil Facebooknya. Dia ketawa kecil. "Saya dari Utara Tanah Air. Berbuka di rumah. Saya bukan nak minta bantuan YB, nak tanya satu soalan pada YB. Mak YB masih hidup lagi ke?" Agak lama dia menunggu jawapan YB Mat Min Nasir. Apakah perasaan YB itu dengan soalannya tadi? "Alhamdulillah, mak saya masih hidup. Kenapa Cik Ras Munira tanya?" balas YB. "Sampaikan salam pada mak YB. Dia tentu bangga ada anak yang berjaya seperti YB. Tentu kesakitannya masa melahirkan YB dulu terubat melihat YB yang hebat seperti sekarang." Dia tidak dapat meneruskan tulisan. Azan Maghrib berkumandang dan dia segera beredar ke meja makan walaupun hatinya masih mahu bersembang dengan YB Mat Min Nasir.

Ustaz Amir MarjanSelesai menunaikan solat sunat Terawih di surau, dia segera pulang ke rumah. Tanpa menanggalkan telekung, tangannya sudah menekan punat komputer riba. Hatinya kuat mengatakan lelaki itu telah membalas mesej di kotak Facebooknya. Tekaannya tepat!

'Cik Ras Munira yang dihormati, terima kasih kerana menghubungi saya. Esok saya akan berangkat ke Kemboja untuk menyerahkan sumbangan Ramadan kepada penduduk Islam di sana. Jika Cik Ras Munira berminat untuk menyumbangkan wang atau makanan, boleh berikan pada saya, Ustaz Amir Marjan.'
Dia senyum pendek. Hatinya berkira-kira untuk membalas kembali mesej tersebut. Inilah sahaja caranya dapat berkomunikasi dengan Ustaz Amir Marjan.

'Macam mana nak bagi? Ustaz boleh datang ambil wang tu daripada saya? Saya teringin berjumpa ustaz.' Begitulah kira-kira mesej yang ingin ditulisnya, namun ia hanya tergantung di kotak fikiran. Dia malu jika ustaz tahu dia adalah seorang wanita tua yang sepi. Malah, dia bukan teringin sangat untuk menderma melalui ustaz tersebut, dia cuma mahu menegur ustaz muda yang kini sudah muncul di televisyen. Hatinya kepalang cinta kepada lelaki itu, seperti cintanya kala melihat gambar YB Mat Min Nasir.
Dia membaca status-status di dinding Facebook Ustaz Amir Marjan. Selang satu jam, ustaz itu akan memperbaharui catatannya. Hairan juga dia. Dalam kesibukan ustaz, masih sempat dia menulis di Facebook.

'Peluang untuk anda semua membuat amal jariah di Kemboja dan Palestin. Salurkan bantuan melalui kami sebanyak RM200 untuk daging akikah. Resit pengecualian cukai akan diberikan.' Tulis Ustaz Amir Marjan. Dia membaca lagi catatan ustaz.

'Di kala hidup kita bermewah dengan makanan, fikirlah saudara-saudara Muslim kita di seluruh dunia. Hari ini, tentera Syria telah membunuh 200 penduduk Islam di Utara Syria. Manakala di Myanmar, berlaku penghapusan etnik Islam Rohingya. Saudaraku, bayangkan jika kita berada di tempat mereka? Dia terharu. Tulisan Ustaz Amir Marjan amat menyentuh kalbunya. Ustaz itu amat prihatin dengan masalah umat Islam. Di manakah ustaz berada sekarang? Di Palestin? Di Kemboja? Jangan-jangan ustaz kini berada di Syria atau Myanmar? Hatinya diterbak bimbang. Oh Tuhan, walau di mana Ustaz Amir Marjan berada, Kau lindungilah dia.

Matanya menangkap gambar Ustaz Amir Marjan. Wajah ustaz itu tersenyum kepada pembaca Facebooknya. Ustaz itu lebih muda daripada YB Mat Min Nasir dan lebih cerah kulitnya. Tetapi, dalam hatinya yang diselimuti cinta, kedua-dua lelaki itu amat disayanginya, tiada beza. Dia ternampak ada tanda hijau di tepi gambar kecil Ustaz Amir Marjan.

"Ustaz..." tulisnya
"Ya, Cik Ras Munira apa khabar?" balas Ustaz Amir Marjan.
"Saya rindukan ustaz.." Mahu sahaja kata-kata itu ditulis tetapi ditahannya. Nanti apa pula kata Ustaz Amir Marjan?

"Ustaz tak balik kampung? Berbuka puasa dengan mak? Ataukah mak ustaz sudah meninggal dunia?" Entah, kata-kata itu tidak dapat ditahan. Mungkin Ustaz Amir Marjan sedang membacanya. Beberapa minit menunggu, Ustaz Amir Marjan tidak membalas mesejnya. Dia menghela nafas.

Shamsul Tohari'Hai Cik Ras Munira, boleh berkenalan?' Tiba-tiba dia dikejutkan dengan sapaan Facebook seorang lelaki bernama Shamsul Tohari. Serta-merta dia melupakan Ustaz Amir Marjan dan menumpukan kepada lelaki muda baya Darwish, anak saudaranya. 'Boleh..boleh..' tulisnya cepat. 'Cik Ras Munira tak tidur lagi?' tanya Shamsul Tohari. 'Tak tidur lagi. Orang bujang macam saya ni selalu tidur lewat,' balasnya. 'Oh, bujang lagi Cik Ras Munira..'Dia menahan perut membaca balasan si Shamsul Tohari. Entah mengapa, hatinya mahu melayan bicara Shamsul Tohari yang mula 'nakal'.

'Isteri Shamsul Tohari dah tidurkah?' tanyanya. Dia baharu membaca status Facebook Shamsul Tohari yang ditulis petang tadi.'Walaupun panas terik hari ini, demi hajat isteri tercinta, hamba sanggup memandu dari Gombak ke Temerloh membeli ikan patin Sungai Pahang.' Begitulah yang ditulis Shamsul Tohari siang tadi. Besar sungguh cintanya pada isteri. 'Isteri saya dan anak-anak dah tidur. Cik Ras Munira masih belajar atau sudah bekerja?' Dia mahu tergelak dengan soalan Shamsul Tohari. Tetapi bagus juga, lelaki ini mengaku sudah berkeluarga. Barangkali mahu menunjukkan kepadanya dia seorang yang jujur.

'Bertuah isteri Shamsul dapat makan ikan patin Temerloh,' tulisnya.'Jika Cik Ras Munira nak makan pun, saya sanggup belikan,' Shamsul beramah. Dia mencebik bibir, rasa cemburu menerbak.
'Hari raya ni Shamsul pulang ke kampung sendiri atau kampung isteri?' tanyanya. 'Saya nak pulang ke kampung sendiri tapi isteri dan pesan awal-awal pulang ke kampungnya dulu di Negeri Sembilan. Saya ikut kata isteri sebab nanti dia merajuk panjang.' Jawapan Shamsul Tohari menyebabkan dia sedih. Mengapa dia perlu cemburu? Dia adalah perempuan tua, sedangkan wanita di sisi Shamsul Tohari di Facebooknya adalah seorang yang jelita dan bergaya. Dia tidak berminat lagi berbual dengan Shamsul Tohari.

Sebelum menutup komputer ribanya, hatinya mengarahkan jemarinya menaip sesuatu di dinding Facebook. 'Jikalau masa mereka dapat kutukar dengan nyawaku, nescaya aku sanggup berikan nyawaku pada mereka.'

Pagi itu Darwish terkocoh-kocoh masuk ke rumahnya tanpa memberi salam. "Kenapa Maklong berikan komputer ni pada anak saya? Dia tu tahu main game sahaja!?"Darwish menyuakan kembali komputer ribanya. "Nampaknya komputer ni dah ambil banyak masa aku. Lebih baik aku baca Quran Darwish! Ramadan dah masuk minggu kedua, aku baru baca muka pertama Surah al-Baqarah. Dahlah! Lalaikan aku sahaja Facebook kau tu!" Dia memalingkan muka.

"Saya simpati dengan Maklong. Sekurangnya bila ada Facebook, maklong ada kawan. Maklong taklah bercakap dengan itik dan ayam dalam reban sahaja," pujuk Darwish.

"Lebih baik cakap dengan binatang-binatang tu, mereka tak hipokrit. Dalam Facebook, kerana Ras Munira kau, baharulah ada yang nak menyapa Maklong." Dia menjuih bibir.
Telefon rumahnya berdering. Dia menolak komputer riba yang disuakan Darwish dan berjalan ke sudut telefon. Darwish hanya memerhatikan tingkah-lakunya. Selepas meletakkan kembali gagang, dia mengamit Darwish. Wajahnya bercahaya keharuan.

"Darwish, Maklong ucapkan terima kasih. Kau dah tolong Maklong, sebagai ganjarannya ambillah komputer tu. Maklong tak perlukan lagi. Anak-anak Maklong nak balik berbuka dan berhari raya dengan Maklong tahun ini. Syukur, Alhamdulillah." Dia mengesat air mata gembira.

"Cuma satu Maklong nak pesan.." sambungnya. "Jangan kau bagitau mereka, siapa tu Ras Munira. Itu rahsia kita berdua sahaja!" katanya memberi amaran. Darwish ketawa kecil.

"Anak-anak Maklong orang berjaya, tetapi seorang pun tak prihatin dengan Maklong.." kata Darwish. "Zaman dah berubah Darwish. Orang lebih banyak masa dengan Facebook berbanding emak sendiri," balasnya. Di matanya terbayang anak-anak lelaki kecintaannya; YB Mat Min Nasir, Ustaz Amir Marjan dan Shamsul Tohari.

http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20120812/sa_01/Nenek-Facebook

Wednesday, August 8, 2012

Tanda Orang Mati Dalam Keadaan Beriman

Mengucap Kalimah Syahadah

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa yang akhir kalimatnya `Lailaha Illallah’ nescaya masuk syurga.”

Mati Dalam Keadaan Percikan Peluh Di Dahi

Satu hadis menceritakan bahawa sahabat Rasulullah iaitu Baridah bin Khasib pernah mendengar Rasulullah bersabda ketika beliau melawat saudaranya sakit. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi.”



Mati Di Malam Jumat Atau Harinya

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur.”

Mati Syahid

Mati syahid di medan perang, iaitu orang yang berjihad menegakkan agama Allah.
Mati Kerana Sakit Taun, Sakit Perut, Ditenggelami Air Atau Ditimpa Kemalangan

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Orang yang mati syahid itu lima, orang yang mati sakit taun, mati sakit perut, mati ditenggelami air, mati ditimpa kemalangan dan mati syahid di medan perang jihad pada jalan Allah.”

Mati Dalam Keadaan Nifas

Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit- birit. Hal ini berkaitan dengan gambaran hadis rasulullah S.A.W yang bermakud: “Orang yang terbunuh kerana berjuang di jalan Allah mati syahid, perempuan yang mati dalam nifas mati syahid, orang yang mati ditenggelami air mati syahid, orang yang mati kerana cirit-birit mati syahid dan orang yang mati sakit perut mati syahid.”

Mati Pertahankan Harta Yang Hendak Dirampas

Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas, kerana dinyatakan oleh bebrapa hadis. Di antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya (menurut satu riwayat yang lain, sesiapa yang dicerobohi hartanya dengan cara yang tidak benar lalu ia menentangnya, lalu ia mati) maka dia mati syahid.”

Mati Kerana Mempertahankan Agama Dan Nyawa

Di antara dalilnya ialah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan keluarganya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan agamanya ia mati syahid dan siapa yang mati mempertahankan darahnya ia mati syahid.”

Mati Kerana Bertugas Di Dalam Perjuangan Islam

Di antara dalilnya ialah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Setiap yang mati ditamatkan amalannya kecuali orang yang mati bertugas di medan perjuangan pada jalan Allah, maka sesungguhnya amalan bertambah- tambah sehingga hari kiamat dan ia akan diamankan dari fitnah kubur.”

Mati Kerana Beramal Soleh

Yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa yang berkata `Lailaha Illallah’ kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga, sesiapa yang berpuasa satu hari kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga

Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat. Marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Semoga kematian kita juga di dalam husnul khatimah. Amin. Wallahuallam.

Pentingnya Redha Suami

Wednesday, August 1, 2012

10 Wasiat Rasulullah saw kepada puterinya Fatimah Az Zahra’


 



1.Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2.Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3.Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.

4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.

5.Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6.Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.

7.Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

8.Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminya dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.

9.Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii dan umrah.

10. Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah.

Waallahukhlam...

Tuesday, July 24, 2012

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam


Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter
.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.



Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS
.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.

Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!

Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.


Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.


Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.

Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.


Mengandungi Zat Anti Kuman

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium
.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit 

Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1) Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2) Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3) Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4) Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.


Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam. -Crewfathi



http://greenboc.blogspot.com/2012/07/keajaiban-dan-keanehan-air-zam-zam.html

Bertudung labuh, tapi mulut sentiasa menyakitkan hati suami.

Saturday, July 21, 2012

Perempuan neraka @ TV3 21 Julai 2012

Hanya hati lelaki yang sudah mati sahaja tidak tersentuh melihat cerita ni...






Sinopsis drama, mengisahkan Intan, isteri kepada Hasyim yang sentiasa mengongkong hidupnya dan berbelanja di luar kemampuan sehingga menyebabkan Hasyim tertekan dan kesihatannya turut terjejas. Pelakon Fizz Fairuz, Sherie Merlis, Ika Narella.

Lagu latar, Wali Band - Doaku Untukmu Sayang, Opick - Irhamna, Afgan - PadaMu ku Bersujud

Wednesday, June 27, 2012

Mungkin gadis ini satu dalam sejuta

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s480x480/576157_286030714818470_1757582224_n.jpg

Satu Dalam Sejuta kat MALAYSIA....trafik light Merah Sempat Lagi Buka Tafsir Quran....