Showing posts with label selingkar kisah sains dan teknologi. Show all posts
Showing posts with label selingkar kisah sains dan teknologi. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Kawah di Marikh mirip Gurun Mojave di AS




PEMANDANGAN di permukaan planet Marikh yang dirakamkan kenderaan Curiosity kelihatan seperti Gurun Mojave, California.


PASADENA - Kawah Gale di planet Marikh yang menjadi tempat kenderaan robotik Curiosity mendarat kelihatan mirip Gurun Mojave, California di Amerika Syarikat (AS), menurut seorang ketua saintis semalam.
"Pandangan pertama yang anda akan dapati adalah bagaimana ia kelihatan seperti Bumi," kata Ketua Saintis Institut Teknologi California, John Grotzinger.
Gambar di kawah itu dirakamkan oleh Curiosity selepas ia mendarat pada Ahad lalu.
Kenderaan robotik itu dalam misi yang dihantar Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) untuk mengesan kehidupan di planet tersebut.
NASA mendedahkan imej gambar yang dirakamkan Curiosity di kawah tersebut kelmarin.
"Ia menjadikan anda berasa seperti berada di tanah air," kata Grotzinger.
"Kita memerhatikan sebuah tempat yang dirasakan amat selesa.
"Marikh, pastinya amat berbeza dengan Bumi. Gurunnya yang dingin kerap dihujani radiasi," tambah Grotzinger.
Kenderaan robotik itu menjelajah sejauh 566 juta kilometer ke Marikh dari Bumi untuk misi penerokaan selama dua tahun.
Kos misi itu ialah AS$2.5 bilion (RM7.76 bilion). - Agensi

Wednesday, August 8, 2012

Mekah Masa Hadapan


Ini adalah gambaran beberapa buah projek mega seluruh Saudi yang menelan belanja hampir SR100 Trillion. Antaranya adalah Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek ‘Makkah Expansion & Shades’ iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara paling tinggi di dunia di mana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.








Saturday, July 21, 2012

10 kereta termahal 2012


Kereta menjadi satu aset yang sering kali di banggakan. Siapa ada kereta mewah boleh kata ‘hot stuff’ & ‘market’ la. Jom tengok antara 10 kereta termahal dunia pada tahun 2012. Berikut adalah 10 kereta paling mahal tahun ini yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes.

10. Porsche 918 Spyder (USD 845,000)


9. SSC Tuatara (USD 970,000)


8. Hennessey Venom GT (USD 1,000,000)


7. Pagani Huayra (USD 1,300,000)


6. Maybach Landaulet (USD 1,400,000)


5. Aston Martin One-77 (USD 1,400,000)


4. Koenigsegg Agera R (USD 1,711,000)


3. Zenvo ST1 (USD 1,800,000)


2. Ferrari 599XX (USD 2,000,000)


1. Bugatti Veyron Supersport (USD 2,600,000)

Wednesday, July 18, 2012

Apa Yang Berlaku Setiap 60 Saat Dalam Dunia Internet


60 saat, apa yang berlaku, perkara, info, apakah

Tahukah anda bahawa internet sangat cepat pergerakannya. Tidak menunggu sesaat pun, siapa yang lambat maka dia akan ketinggalan. Berikut adalah perkara yang terjadi di dunia maya dalam masa 60 saat;
  • 1500+ postingan di blog
  • 98,000 twit terbaru
  • 12,000 iklan terbaru di craiglist(FJB Terbesar)
  • 20,000 postingan terbaru di Tumblr
  • 600 video terbaru di Youtube
  • 70 Domain Didaftarkan
  • 13,000 Aplikasi iPhone telah didownlod
  • 320 Akun Twitter terbaru
  • 100 Akun Linkedin terbaru
  • 6,600 Foto dipublish di Flickr
  • 125 Plugin WordPress terunduh
  • 50 Core WordPress terunduh
  • 79,364 Wall terkirim di Facebook
  • 695,000 Status Facebook diupdate
  • 510,040 Komentar muncul di Facebook
  • 1,700 Aplikasi Mozilla Firefox terdownload
  • 694,445 kata dicari di Google
  • 168 Juta Email terkirim
  • 60 Blog terbaru dibuat
  • 40 Pertanyaan di Yahoo answer dan 100 jawapan diberikan
  • 1,600 Orang Membaca di Scribd
  • 1 Kata terdefinisi di Urban Dictonaries
  • total 370,000 menit telepon di Skype
  • 13,000 jam muzik streaming di Pandora
Seperti itulah yang terjadi di internet selama 60 saat, dan anda sekarang telah tahu kenapa 1 minit begitu berharga di dunia maya.

Tuesday, July 17, 2012

5 Telefon Bimbit Terkenal Dahulu

5. Nokia 3210


Tipis dan boleh diganti-ganti covernya, Nokia 3210 adalah salah satu handphone yang paling popular di masanya. Katanya ini juga merupakan salah satu handphone yang paling laku sepanjang masa. Nokia 3210 juga merupakan handphone pertama yang antenanya ada di dalem. Nokia 3210 begitu popular sampai ada handphone yang terinspirasi dari HP ini:

4. ericsson T10


Sebelum mereka penggabungan sama Sony, Ericsson itu bikin HP sendiri. Salah satu HP mereka yang paling popular adalah T10, sebuah HP flip yang warna-warni. Tapi beza sama Nokia 3210, cover mereka gak boleh diganti-ganti. Jadi kalau kamu mahu koleksi semua warna, kamu harus beli semua HP-nya.

3. nokia 8210


Pada masanya, Nokia 8210 adalah handphone yang paling kecil dan paling mudah. Tersangat kecilnya, HP ini susah sangat dipakai buat SMS, apalagi sama orang-orang yang jarinya besar. Dulu HP yang satu harganya mahal dan cuma kawan-kawan kamu yang bergaji besar sahaja yang ada HP ini.

2. Motorola RAZR


Dulu Nokia memang HP yang paling popular. Tapi secara design, Nokia tidak selalu yang paling sexy. Nah, di sinilah Motorola RAZR masuk. Dibanding Nokia, ciri RAZR memang tidak sebagus HP-HP Nokia. Tapi dari segi bentuk, RAZR ini memang cantik. Tipis dan kesannya elegan . Orang-orang yang merasa Nokia terlalu pasaran, biasanya larinya ke Motorola RAZR ini. Padahal sebenarnya HP yang satu ini juga lumayan pasaran pada masanya.

1. nokia 5110



dan inilah handphone sejuta umat yang pertama. Nokia 5110 adalah salah satu HP pertama yang covernya boleh diganti-ganti, jadi semua orang yang punya HP ini boleh ada cover yang unik. Tapi ciri ganti-ganti cover ini sebenarnya biasa saja. Yang paling spesial sebenarnya Nokia 5110 ini adalah kerana Nokia 5110 mempunyai game Snake! Inilah mobile game yang popular zaman dulu, jauh sebelum eranya Angry Birds. Sekarang keliatannya memang menyedihkan, tapi zaman dulu, tingginya score Snake ini boleh berpengaruh ke status sosial kamu .

Friday, June 29, 2012

Apabila Telur Dimasukkan Ke Dalam Cuka


Inilah kehebatan sains yang anda perlu tahu. Anda juga boleh mencuba eksperimen ini di rumah dengan hanya menggunakan bahan-bahan asas seperti cuka dan telur. Anda juga perlu memakai sarung tangan untuk tujuan keselamatan kerana cuka tersebut adalah sejenis asid asetik yang boleh menghakis kulit.
http://penyuxp.com/apabila-telur-dimasukkan-ke-dalam-cuka/

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat


matahari, terbit, barat, teori, saintis, nasa, sains


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.



NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".



Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.


Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


matahari, terbit, barat, teori, saintis, nasa, sains
Keratan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini.

TEORI QURAN VS TEORI BARAT

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.


Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

matahari, terbit, barat, teori, saintis, nasa, sains

Wednesday, June 27, 2012

Mari Melawat Kilang Pesawat Sukhoi Su-34 Russia


Sukhoi Su-34 Fullback ialah pesawat pengebom yang digunakan oleh Tentera Udara Russia. Ia sepatutnya menggantikan pesawat Sukhoi Su-24 Fencer yang sudah berusia. Tetapi akibat ketidakstabilan ekonomi dan politik projek pembangunan Su-34 terhenti beberapa kali. Su-34 mempunyai reka bentuk badan yang kami yakin anda boleh kenali.

Ya ia mempunyai bahagian ekor, badan, enjin , sayap kecil dan tayar yang sama dengan pesawatSu-30 MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Tahukah anda Su-34 dan Su-30 kedua-duanya adalah pesawat yang terbina dari pesawat Su-33 yang digunakan Tentera Laut Russia? Kerana kekangan belanjawan dan langkah penjimatan kos, komponen Su-33 digunakan semula pada pesawat Su30 MKM. Su-30 MKI, Su-34, Su-35, Su-35 dan Su-47 . Perubahan kecil pada sistem avionik, kawalan tanpa wayar, sayap, enjin vektor boleh ubah dan fungsi pesawat membezakan mereka dari satu sama lain.

Kembali ke Su-34. Berbanding dengan Su-Su yang lain Su-34 Fullback berbeza kerana ianya sebuah pesawat pengebom dengan ruang memyimpan bom yang jauh lebih besar. Kokpitnya juga berbeza kerana juruterbang dan pegawai persenjataan (weapon officer) duduk bersebelah dan tidak secara tandem seperti Su-30 MKM. Pesawat ini juga mempunyai katil untuk krew berehat serta tandas. Ini adalah unik kerana kebanyakkan pesawat rekaan Russia tidak mementingkan keselesaan krew yang menerbangkannya. Russia sudah memesan 152 buah Su-34 Fullback bagi menunjangi pertahanan udaranya. Kesemua pesawat dijangkan akan beroperasi menjelang 2020.





http://blogserius.blogspot.com/2012/06/serius-cool-mari-melawat-kilang-pesawat.html

Thursday, June 21, 2012

Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse 2013

Dengan 1200 kuasa kuda Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse ialah antara kereta lumba yang terpantas di dunia. Berbeza dengan Veyron yang lain, Grand Sport Vitasse ialah Veyron versi cabriolet. Kini anda boleh memandu laju dan merasakan deruman angin pada muka anda sehingga boleh terkoyak. Untuk memilik kereta ini anda hanya perlu membayar USD 2.5 Juta. Anda akan memiliki sebuah kereta yang mampu bergerak melebihi 200 batu sejam dan mengorat artis tempatan hanya dengan menurunkan cermin tingkap. Vroom vroom. Fakta tambahan. Satu set tayar Veyron beharga USD 42 000 (RM 126 000). Tayar kereta ini lebih mahal dari kebanyakkan kereta yang digunakan warga marhaen Malaysia. Damn!





http://blogserius.blogspot.com/2012/06/serius-cool-bugatti-veyron-grand-sport.html