Showing posts with label Selingkar Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Selingkar Ilmu. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Keunikan bahasa Kelantan

Cuba jawab :)


1.Daba baju gumbey soyok ghabok...
A. Kolar baju Melayu koyak rabak
B. Butang baju Melayu patah 2
C. Si baju hijau sedang bertugas
D. Baju bundle 2 helai 5 ringgit

2.Mamoh woh topoh bowoh ghetok...
A. Memakai terompah yang retak
B. Makan buah bawah almari
C. Kunyah epal bawah jambatan
D. Kunyah jambatan sehingga retak

3.Buh pelepong nga khropeh aye dale lonjok...
A. Simpan tea Boh dan ayam dalam pelampong
B. Simpan hati dgn isi ayam dalam mangkuk
C. Ayam den lapeh
D. Isi paru-paru dgn tulang ayam dalam mangkuk tingkat

4.Skeleng belana daley celeng...
A. Duit banyak dalam dompet
B. Syiling berlambak dalam tabung
C. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
D. Wang melimpah atas siling

5.Cha sumbak,air beladong pah katah jemoghey...
A. Longkang tersumbat,air melimpah sampai anjung rumah
B. Sami buddha order tauhu sumbat & jus buah
C. Parit tersekat,air melimpah ke dalam rumah
D. Rumah kos rendah hadapi catuan air

6.Teykedaghoh sekuk liuk atah balasoh...
A. Curi wang dalam tabung surau
B. Makan biskut lemau di surau
C. Biskut Tiger punca darah tinggi
D. Santap biskut kering di masjid

7.Gatih teksi deghah gak,loghak ni...
A. Pandu teksi laju sikit,ade hal ni
B. Kayuh basikal kejar teksi
C. Kayuh beca laju sikit,nak cepat ni
D. Teksi beroperasi tanpa meter

8.Duk cokoh bley-bley behey beledo...
A. Lepak-lepak sambil makan puding
B. Duduk sambil makan agar-agar
C. Tony Blair menari ballet
D. Bersembang bla-bla sambil dengar lagu balada

9.Selok doh ko nyeylo?
A. Jendela dah kunci belum?
B. Pengsan di jendela
C. Awas penyeluk saku
D. Tingkap dah tutup ke?

10.Koho do'oh goli kudo bola...
A. Goalkeeper mengambil sepakan gol
B. Kuda dari N.Sembilan yang geli bermain bola
C. Penjaga gol menggeletek kuda
D. Perlahan sgt penjaga gol tendang bola
#sapa dpt jawab meme ore kelate sejati la..hahaha

Saturday, February 18, 2012

Rupanya Ikan Pun Mabuk Laut

Seorang pakar Zoologi dari Stutgart, Dr Reinhold Hilbig yang mengkaji kesan keadaan berkurangnya berat di dalam air menemui hasil yang mengejutkan.

Kajian itu sebahagian daripada penyelidikan bagaimana manusia terpengaruh dalam ruangan.

Dalam kajian berkenaan, 49 ekor ikan diletakkan dalam akuarium mini dan kemudian dihantar dengan pesawat ke angkasa. Pesawat itu mewujudkan simulasi kepada keadaan hilang graviti yang akan dialami angkasawan bila berada di angakasa.

Hasilnya, lapan ekor daripada ikan-ikan berkenaan mulai berputar tanpa orientasi yang jelas.

Mereka berenang membentuk lingkaran. “Mereka telah kehilangan keseimbangan, berperilaku seperti manusia yang mengalami mabuk laut,” ujar Hilbig.

“Ikan-ikan itu kehilangan orientasi, mereka benar-benar bingung dan terlihat seolah-olah hendak muntah,” tambahnya.

Di alam liar, ikan ‘mabuk laut’ seperti itu boleh menjadi mangsa ikan lain kerana mereka tak mampu menyelamatkan diri dari bahaya, katanya.

Kelapan-lapan ikan ‘mabuk laut’ itu pun kemudian dipisahkan dan diperiksa otaknya untuk melihat penyebab kepada’sakit’ mereka.

“Sepertinya kehilangan kenalan dengan pergerakan air dan getaran berperanan besar dalam menentu diorientasi mereka.” ujarnya.

Friday, February 17, 2012

Sebab Lelaki Boleh Berkahwin Empat


Setiap sesuatu hukum Allah itu sempurna. Sehingga wanita atau isteri sedia bermadu dijanjikan payung emas di akhirat kelak. Mengapa Allah merancang sebegitu? Kita tidak layak mentafsir tindakan Allah tetapi Allah mengurniakan Akal untuk kita berfikir tentang hukum dan sunnatullah.

Antara Faktor Lelaki Dibolehkan Berkahwin 4

  1. Lelaki sebagai pemimpin kepada kaum hawa, seorang pemimpin mampu mengawal lebih dari satu pengikut

  2. Tugas dan tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga membimbing, isteri dan anak-anak. Sekuat mana sekalipun seorang wanita pasti dia memerlukan bimbingan seorang lelaki, suami mahupun ayah bagi belum berkahwin.

  3. Akhir zaman, lebih banyak wanita dilahirkan daripada lelaki, tanpa hukum ini akan ramai wanita yang tidak bersuami serta hidup tanpa bimbingan.

  4. Menyahut sunnah nabi untuk memperkembangkan dakwah dengan memperbanyakkan lagi zuriat Muslim sejati.

  5. Nafsu utama lelaki adalah wanita, tidak mustahil dia mampu terpikat kepada wanita lain selain isteri, jadi untuk mengelakkan dosa penzinaan maka lebih baik bernikah untuk hubungan yang dirahmati Allah.

  6. Selain itu, si isteri mempunyai hak untuk merelakan serta menentukan suami mereka layak untuk beristeri seterusnya atau tidak.


Namun rahsia sebenar tentang hukum Allah ini, Wallahua'lam.

Kerana firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 54: Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin ;"Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang". Ingat selagi kita takut tentang sesuatu perkara Allah pasti akan uji kita dengan perkara tersebut.


Kepada yang lelaki pula cermin diri dahulu sebelum berhajat beristeri 2, 3, 4. Adakah mampu berlaku adil tentang nafkah zahir mahupun batin. Adakah anda mampu mensama ratakan kasih sayang terhadap semua isteri? Adakah pendapatan anda lebih dari mencukupi untuk keperluan setiap isteri dan anak-anak?


Adakah anda sudah cukup berilmu untuk mendidik dan membimbing setiap isteri dan anak-anak? Serta yang utama tanya dengan jujur kepada diri sendiri apakah niat sebenar ingin beristeri lebih dari satu? Adakah untuk Allah atau sebagai makanan nafsu? Jika niatnya kerana Allah nescaya Allah akan permudahkan hidup dan memberi rahmat kepada keluarga, jika tidak! Sebaliknya menanti.

Friday, February 10, 2012

Best Adsense Alternatives that Pay High like Google Adsense

Everyone knows that Google Adsense is the No.1 contextual advertising network in the Online Advertising field. A lot of people are making thousands of dollars each day from Google Advertisements mainly because they’re following the Adsense guidelines perfectly. However, there are a few people unknowingly neglect the Adsense ToS and will be banned by Google from the Adsense.


This is where the question “Best Google Adsense Alternatives” arise. Webmasters or bloggers actually opt for Google Adsense for two reasons.
•Banned from Google Adsense
•Earn additional income apart from Google Ads

Whatever may be the reason, I am listing here the best adsense alternatives that pay high (based on my personal experience and a few inputs from other publishers).


Clicksor: It’s one of the most popular advertisement networks and a good alternative to Google Adsense which is available for free on the internet. They allow you to earn through different ad-formatslike In-line Text Ads, Contextual Ads (banner and text) and more. You can earn up to 60% of the revenue share, depending on the performance the advertisers attain from your website placements and clicks. These ads seems annoying (pop-ups) to users but the earnings we gain are bit higher when compared to other ad networks.
•Payment Procedure: Payments are based on net 15 terms on a bi-weekly schedule. You will have the chance to receive your payments either by check or Paypal and the minimum payout is $50.

Adbrite: It is one of the oldest and most popular advertisement network that allows you to earn money from your web site or blog. Unlike other contextual advertising networks, AdBrite is specialized to sell advertisements on your web site by displaying a banner ad on your site. The visitor who likes to place an ad on your site can easily displays his advertisement. It is very easy to use for everyone, and it’s completely free! Best for US and UK related traffic.


Bidvertiser: A professional contextual advertising network that Offers only contextual and feed advertisements. It is very similar to Google AdSense. Displays textual ads depending on content of your site [context related ads]. You will not get enough earnings until unless you get very good traffic. Best for high traffic blogs.
• Payment: Minimum payout of $10 is offers. Offers both Check and Paypal Methods for payment.

Chitika: A leading blog advertising company with a network of 1ooo’s of blogs and websites with brand advertisers and merchants. It also allows you to earn from affiliate program where we can earn up to 10% of what our each referral earns. Best option if you are writing a product blog.
•Payment Procedure: Supports both PayPal and Checks system. Minimum payout for PayPal is $10 and for Checks is $50.

Text Link Ads: This service allows you to make money by selling text and in-line text ads on your site or blog. You can choose price and sell textual advertisements on your site with this service. They offer 50/50 net revenue share for all ads sold on your site.
• Payment Options: Supports Check, PayPal, Payoneer or TLA Voucher. Minimum payment for check is $25. Text-Link-Ads Prepaid MasterCard is $25. No minimum for PayPal payments.

Kontera: These are in-line contextual ad networks that double-underline the keywords in our site. Some users may however find this annoying since the advertisement appears in a pop-up window. Best for content rich blogs.


Infolinks: They’re specialized in In-Text advertising i.e., Infolinks indexes your page looking for keywords and phrases that are not currently linked and converts those words into advertising links. Best thing is that you can use Infolinks ads to compliment your other advertising programs.
• Payment: They pay you either by Wire transfer, Automated Clearing House ($400 min) or paypal ($50 min).

Luminate: Luminate Inc. (previously known as Pixazza Inc.), founded in 2008, is an online advertising program and currently the market leader in making the images more interactive, offering World’s first platform for image application. It currently serves more than 150 million users per month and 30 billion page views per year. This ‘first-of-its-kind’ platform gets operational when a user mouse-over’s an image, displaying the related products and information to that user. It takes into account the keywords that have been tagged with an image and then display the relevant ads accordingly. The minimum payout is $10 which can be received on a PayPal account or via Standard Cheque.


So Choose among the best adsense alternatives to Google Adsense and start earning equal to what Adsense Publishers are getting. Do comment if you know any other advertising alternatives that pay high.
http://piefae.blogspot.com/2012/02/best-adsense-alternatives-that-pay-high.html

Saturday, February 4, 2012

Untuk apa punyai zuriat!!!

Mendapat cahaya mata dari baka sendiri cukup membahagiakan si ibu. Demikian juga si ayah. Lebih-lebih lagi saat menunggu kelahiran penyeri rumahtangga ini sudah terlalu lama. Si ibu rasa bangga kerana berjaya memenuhi hasrat suami dan keluarga. Bahkan, si ibu sendiri cukup puas dan bersyukur kepada Ilahi kerana dikurniakan anak yang diimpikannya.

Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Sama ada pasangan yang Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu, ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak dianggap remeh.

Tidak semua orang yang berkahwin mudah dan cepat menimang cahaya mata. Allah yang menentukan dan mengurniakan amanah ini. Oleh itu, pasangan yang telah diizinkan oleh Allah mendapat anak mesti menjaganya dengan baik. Curahkan kasih sayang dan perhatian yang sebaik dan seimbang mungkin menurut perintah Allah dan didikan Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman, Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. (asy-Syura: 49-50).

Oleh itu, kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagia dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah, Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami). (al-Furqan: 74).

Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau. (ali Imran: 38). Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya kub. (Maryam: 5-6).

Bahkan, anak yang baik ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa apabila kembali kepada Allah. Akhlaq Hussain pernah mengungkapkan, Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa. Itupun jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang sebenar. Hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti.

Kita menyedari bahawa Allah SWT telah memerintahkan setiap Muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang dikehendaki Allah iaitu rabbani. Allah berfirman, Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani. (ali-Imran: 79). Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak.

Rasulullah SAW bersabda, ... .dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya.

Sehubungan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur an. (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami).

Baginda SAW juga pernah bersabda, Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik. (Riwayat at-Tirmidzi).

Di samping itu, kasih sayang ayah dan ibu mesti diberi kepada anak-anak. Ini hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan rabbani. Akhlaq Hussain menulis, Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka?.

Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini menerusi firmanya, Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka. (at-Tahrim: 6).

Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan.

Oleh itu, cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Atau orang yang diseru dan dididik kefahaman, kesedaran dan peribadi mereka? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW?
kredit : kosmo.com.my

Saturday, January 21, 2012

Keajaiban hadis lalat mendahului kajian saintifik




Keajaiban Hadis Lalat Mendahului Kajian Saintifik

Pernahkah anda mendengar Hadith Rasulullah SAW mengenai Lalat,di dalam sebuah hadith Baginda SAW menjelaskan bahwa jika ada lalat yang jatuh ke dalam minuman, kita hendaklah mencelupkan lalat tersebut sepenuhnya ke dalam minuman kemudian membuangnya, kerana diantara salah satu sayapnya mempunyai racun dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penawar.

Hadis Lalat Dan Sains

Mengikut riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, nabi bersabda, “Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minum salah seorang antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah. Benarkah pada lalat terdapat punca-punca penyakit serta penawar?

Lalat memang dikenali di seluruh dunia. Pada tahun 1964, ahli-ahli sains mengenal pasti 80,000 spesies lalat di seluruh dunia. Lalat rumah dikenali sebagai Musca domestica. Lalat ini mudah ditemui di mana-mana termasuk di kepulauan Arab. Luther West dalam buku The Housefly – Its Natural History, Medical Importance, And Control, terbitan New York pada tahun 1951, menyatakan lalat jenis Musca domestica banyak terdapat di kawasan Timur Tengah. Justeru, apabila nabi bersabda tentang lalat, besar kemungkinan baginda sedang menceritakan tentang lalat dari jenis ini.

Lalat buah atau fruit-flies yang kadang kala dikenali juga sebagai lalat arak atau wine flies serta lalat cuka atau vinegar flies, juga banyak terdapat di Timur Tengah. Jenis yang agak terkenal daripada kumpulan ini ialah yang bernama Drosophila melanogaster. Kajian di dalam bidang entomologi mendapati lalat jenis ini jinak dengan manusia dan sering terdapat di kawasan buah-buahan yang banyak berlaku proses fermentasi. Justeru, arak merupakan tarikan kepada lalat jenis ini. Di samping itu ia juga menyukai suhu yang tinggi seperti yang disebutkan oleh Harold Oldroyd dalam buku The Natural History of Flies.

Mekah dan Madinah mempunyai suhu yang tinggi. Persekitarannya subur dengan pohon-pohon kurma dan anggur dan kedua-dua ini digunakan untuk membuat arak. Minuman arak, apatah lagi di zaman jahiliah, merupakan budaya hidup orang-orang Arab. Tidak akan meriah sesuatu majlis tanpanya.

Orang Arab begitu memuja arak hinggakan bahasa arab mempunyai lebih kurang 250 kalimat yang melambangkan arak. Hal ini disebutkan dalam Tafsir al-Azhar oleh Hamka. Ketika Islam datang arak belum diharamkan. Islam hanya mengharamkannya selepas berlakunya hijrah ke Madinah dan selepas diwajibkan ibadah solat. Justeru, persekitaran yang seperti ini yang kaya dengan arak cukup sesuai untuk pembiakan lalat Drosophila melanogaster.

Apa yang signifikan ialah, lalat daripada kedua-dua jenis ini, iaitu Musca domestica dan Drosophila melanogaster (terutamanya Drosophila melanogaster), menjadi bahan kajian utama para ahli sains pada hari ini bertujuan untuk mengenali penyakit-penyakit manusia serta penawar baginya. Justeru, fokus nabi tentang lalat dalam konteks penyakit dan penawar, amat relevan dengan isu kesihatan dan perubatan pada hari ini.

Lalat dan Penyakit

Sabda nabi yang bermaksud, “Pada sebelah sayapnya mengandungi penyakit,” adalah satu pernyataan umum yang menunjukkan lalat merupakan agen pembawa penyakit kepada manusia. Ia juga mengisyaratkan bahawa lalat mengandungi banyak kuman yang memudaratkan.

Sabda nabi ini hanya dapat difahami pada abad-abad terkemudian. Pada tahun 1577, Mercurialis melontarkan pandangan tentang kemungkinan lalat merupakan serangga pembawa penyakit kepada manusia, tetapi pendapat ini tidak dapat dikukuhkan dengan bukti.

Hanya pada abad kesembilan belas sahaja kajian yang mendalam dilakukan untuk mengesahkan perkara ini, contohnya, kajian yang dilakukan oleh Profesor J. Leidy pada tahun 1871. Beliau yang merupakan seorang pakar dalam bidang ilmu serangga atau entomologist mendapati lalat adalah pembawa pelbagai kuman kepada manusia. Pada tahun 1929, H.Y. Yao, I.C. Yuan dan D. Huie mengkaji lalat-lalat di Beijing dan mendapati luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000 kuman bakteria dan dalamannya mengandungi 6-8 kali ganda kuman berbanding luarannya. Hal ini disebutkan dalam buku Insect Immunology oleh Edward A. Steinhaus terbitan New York.

Pada tahun 1912, risalah pendidikan kesihatan di Amerika memperkenalkan lalat sebagai ‘serangga paling berbahaya yang pernah dikenali manusia selama ini’. Lalat dikenal pasti sebagai agen pembawa penyakit demam kepialu, taun, cirit birit, sakit mata, dan banyak lagi.

Lalat Memiliki Penawar

Sabda nabi, “Dan pada sebelah sayap (lalat) ada penawar,” menunjukkan, walaupun lalat ialah agen pembawa kuman serta penyakit, namun tubuh lalat yang sama juga memiliki penawar serta bahan anti kuman yang bermanfaat bagi manusia.

Hal ini disahkan oleh para saintis pada abad ke-20. Sebagai contoh, Shope pada tahun 1927, dan Glaser 1938, mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan lalat yang berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. Kajian ke atas lalat rumah Musca domestica menunjukkan, ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman Staphylococcus muscae, Escherichia coli, Salmonella paratyphi dan Eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga dan ia merangsang kepada penemuan-penemuan yang lain.

Sebelum itu, pada tahun 1926, J.I. Duncan menemui bahan-bahan aktif pembunuh bakteria di dalam usus lalat rumah. Pada tahun 1939 pula, Lal, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain yang tidak berbahaya. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku The Housefly – Its Natural History, Medical Importance, And Control oleh Luther West.

Penemuan sains pada abad ke-20 juga menyedarkan manusia tentang betapa benarnya sabda nabi yang bermaksud, “Celuplah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar.” Pusingan hidup lalat bermula dengan telur. Telur menetas dan mengeluarkan larva, kemudiannya berubah kepada pupa dan kemudian barulah menjadi lalat dewasa. Semua ini adalah proses yang perlu dilalui oleh seekor lalat. Lalat di dalam bentuk larva (maggots) amat bermanfaat pada manusia.

Sebagai contoh, M.A. Stewart, pada tahun 1934, mendapati lalat berbentuk larva, ketika ‘dicelupkan’ ke dalam luka-luka, mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Di dalam keadaan ini kuman-kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Di samping itu larva-larva ini berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya. S.W. Simmons pada tahun 1935 pula mendapati, lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti Staphylococcus aureus, Haemolytic streptococci dan Clostridium welchii.

Tambahan daripada itu, pada tahun yang sama, W. Robinson mendapati larva juga mengeluarkan allantoin. Allantoin merupakan bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku Insect Immunology karangan Edward Steinhaus.

Penemuan-penemuan ini menjadikan larva lalat begitu popular digunakan bagi merawat luka-luka terutamanya pada tahun 1930-an. Walau bagaimanpun popularitinya mula menurun selepas penemuan ubat-ubat antibiotik. Baru-baru ini, bermula tahun 1982, penggunaan larva menjadi popular semula berdasarkan kajian-kajian saintifik terkini. Hal ini dilaporkan oleh Fakulti Perubatan Universiti Indiana di www.soundmedicine.iu.edu.

Sebagai contoh, ia dicadang untuk digunakan bagi merawat luka disebabkan kencing manis. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Diabetes Health terbitan Mac 1995. Antara institusi perubatan yang telah menggunakan pendekatan ini ialah Long Beach Veterans Affairs Medical Center. Di Belanda pula pakar-pakar perubatan melaporkan mereka berjaya merawat sebelas kes luka yang teruk dengan menggunakan larva lalat. Kaedah ini berjaya mengawal infeksi kuman dan menyelamatkan kes-kes ini dari pembedahan amputasi. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases.

Kuasa penawar yang ada pada lalat memang menakjubkan. Dalam sebuah buku karangan Dr. Ghyath Hasan al-Ahmad bertajuk al-Tibb al-Nabawi fi Daw al-Ilm al-Hadith (Prophetic Medicine in the Light of Modern Science) terbitan tahun 1955, dilaporkan tentang satu eksperimen yang dilakukan oleh Dr. Nabîh Da’ish di Universiti Raja Abdul Aziz di Riyadh. Beliau menyediakan sepuluh kultur bakteria (bacterial cultures) dan dimasukkan seekor lalat ke dalamnya tanpa dicelupkan lalat itu ke dalam kultur.

Beliau kemudiannya menyediakan 10 lagi kultur bakteria dan dimasukkan serta dicelupkan lalat ke dalamnya sebanyak sekali. Selepas itu disediakan pula lagi 10 kultur bakteria dan pada kali ini lalat dicelupkan ke dalam kultur sebanyak dua kali. Perbuatan ini disusuli dengan penyediaan 10 lagi kultur bakteria dan lalat dicelupkan ke dalamnya sebanyak tiga kali.

Dr. Nabîh Da’ish mendapati kuman terus hidup dan membiak dalam kultur yang pertama yang mengandungi lalat yang tidak dicelup. Dalam kultur yang kedua kuman-kuman tidak mampu membiak malah sebahagiannya terbunuh dan aktiviti antikuman ini meningkat dalam kultur ketiga dan keempat. Penemuan ini menunjukkan pengeluaran bahan antikuman tertentu oleh lalat ada perkaitan dengan perbuatan mencelup lalat ke dalam cecair. Ia selari dengan sabda nabi yang disebutkan sebelum ini. (Untuk perincian sila baca buku ‘Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden’ karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin, terbitan PTS Publication).

Wallahu’alam…

Thursday, January 19, 2012

Siapakah yang dimaksudkan dengan WaliulLah atau Tok Wali?



Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Wali adalah perkataan mufrat ataupun singular, kata prural atau jamaknya adalah auliya’. Makna asal perkataan ini ada berbagai-bagai, di antaranya bermakna ‘amat hampir’. Wali Allah maknanya orang yang benar-benar hampir dengan Allah SWT.

Orang ini ialah insan yang amat memahami dan mentaati perintah Allah dalam semua keadaan dan menjauhi larangan Allah dalam semua hal. Istilah wali berlawanan dengan istilah ‘adaawah’ yang beerti bermusuh.

Orang yang hampir kepada Allah dipanggil wali, orang yang bermusuh dengan Allah digelar ‘aduu. Musuh Allah ialah orang yang melawan hukum, perintah dan menderhakai Allah sedangkan wali adalah orang yang paling taat kepada Allah.

Waliullah memang wujud dari dahulu hingga sekarang. Al-Quranul Karim, menyebut (mafhumnya):
“Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan ke atas mereka dan tidak pula mereka itu berdukacita.

“Wali-wali Allah itu (adalah) orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah dan mereka bertaqwa kepada Allah SWT. (Surah Yunus, ayat 62 dan 63 ).

Dalam tafsir yang muktabar seperi Tafsir al-Qurtubi dan Tafsir al-Maraaghi, ketika menghuraikan ayat ini menyebut bahawa wali-wali Allah adalah orang-orang yang ikhlas mematuhi perintah Allah dan berserah diri kepadanya, tanpa mensyirikkannya tanpa sesuatu apapun. Mereka mengasihi-Nya dengan sebenar-benar kasih dan mentaati-Nya dengan sepenuh ketaatan.

Ali bin Abi Talib (karammallahu wajhah), bersabit dengan ayat di atas menyebutkan, “Wali-wali Allah adalah orang yang kelihatan pucat-pucat muka mereka kerana banyak beribadat, mata-mata mereka kuyu dan layu kerana banyak berjaga malam untuk beribadah, perut-perut mereka cerut dan kempis kerana banyak berpuasa dan kurang makan.” Itulah gambaran waliullah oleh Ali.

Merujuk kepada ayat ini, Umar bin al-Khattab (r.a) pernah berkata, “Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, ‘ada di antara manusia, adalah menjadi hamba-hamba-Nya yang sebenar. Mereka bukan para Nabi dan bukan juga para Syuhada, tetapi amat disegani oleh para Nabi dan Syuhada di hari Kiamat kerana makam mereka amat istimewa disisi Allah pada hari tersebut.

“Lalu ditanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah mereka dan apa amalan mereka, semoga kami boleh mencontohi dan mengasihi mereka, lalu Rasulullah bersabda, ‘mereka adalah kaum yang berkasih sayang kerana Allah, tanpa ada hubungan darah dan harta benda yang mengikat mereka, muka mereka bercahaya indah dalam kilauan cahaya dalam cahaya, mereka tidak takut ketika sekelian insan takut dengan azab Allah, mereka tidak berdukacita ketika insan sekelian berdukacita kerana takut kemurkaan Allah SWT.” Lalu Nabi membaca dua-dua ayat dari Surah Yunus tadi.

Itulah gambaran waliullah yang disebut banyak kali oleh al-Quran. Dalam hadis yang sahih, Nabi pernah menyebut perkataan wali dengan jelas yang mafhumnya, “Barangsiapa yang memusuhi wali-wali aku, maka sesungguhnya dia mengisytiharkan perang dengan aku dan aku benarkan wali aku memerangi mereka. (Hadis Qudsi).

Waliullah, disemuapakati oleh ilmuan Islam yang terbilang, terdiri dari para Rasul (tanpa khilaf), kerana merekalah yang paling hampir kepada Allah, paling cinta dan mematuhi perintah Allah. Wailullah adalah orang yang makam mereka amat tinggi disisi Allah. Mereka disebut sebagai muqarrabuun.

Firman Allah (mafhumnya), ” Dan orang-orang paling dahulu beriman, mereka yang paling dahulu masuk syurga. Mereka itulah yang paling tinggi makamnya (disisi Allah). Mereka di tempatkan di syurga-syurga yang penuh dengan kenikmatan. Dahulunya berbondong-bondong begitu ramah. Dan yang mutakhir ini amat berkurangan.”
(Surah al-Waqiah ayat 10-14).

Maksud muqarrabuun adalah orang-orang yang berlumba-lumba melakukan kebaikan di atas perintah Allah SWT, mereka itulah auliya Allah. Mereka wujud dari dahulu hingga sekarang. Dahulunya ramai,. sekarang ini amat berkurangan.

Apa yang penting, waliullah adalah orang yang amat istimewa disisi Allah SWT.

Monday, January 2, 2012

Harapkan PEGAR, PEGAR Makan Padi. Melepaskan BATOK Di Tangga. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, saya mahu dengar komen!!!

AKU RASA BODOH BETUL DENGAN KESILAPAN MACAM NI!!!!!

Salam peeps! OK, ini adalah antara entry-entry terakhir tahun ni!

Today I’m going to talk about a rather important issue in Malay language; which is lost in translation of words from Jawi to Rumi.

Sewaktu menelaah Bukumuka sekejap tadi (takdelah sekejap, adalah dalam 3 jam yang lepas), saya terbaca status kawan saya dari Brunei. Namanya Rashid Rahman Hassan. Nama panjang: Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei.

Ini ialah status dia yang saya printscreen dari facebook:


clip_image002


Agak menarik status dia! Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.

OK, saya terus mintak keizinan dia nak share, dan lepas je dia bagi kebenaran, terus saya copy paste letak dalam status saya, tapi saya tambah sikit:



clip_image004


Saya tambah bahagian batuk dalam status saya, atau sebenarnya batok. Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan?

Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke?

Masa sekolah menengah, barulah cikgu saya (tak ingat dah cikgu mana...) cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk.

Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:


clip_image006


“Kau ada batok dekat rumah? Kau mampu?”


Untuk burung pegar pulak, saya cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia.


clip_image008

Namaku Si Pegar, bukan Pagar!

Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Saya pun letak gambar ni dekat facebook.

Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).


Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.
Mula-mula ingat nak share dekat facebook je, tapi Rashid galakkan share dekat blog. Biar kongsi ilmu dengan ramai sikit orang. Sebelum ni saya pernah janji dengan Rashid nak post pasal kenapa chicken pox boleh berjangkit dua kali (tapi takde peluang lagi, tapi insyaAllah akan ditulis jugak nanti, kamu tunggu ya Rashid...hehehe).

Disebabkan janji tu belum ditunaikan, saya pun publishlah dulu pasal pegar dan batok ni dalam blog.


clip_image010


OK Rashid, janji yang ni sudah saya tunaikan!

Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, (mungkin) termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu.

So kita dah tahu ni, jom sama-sama sebarkan! Jangan biarkan kesilapan ni menghantui anak cucu kita! (ini adalah SERIUS!)

SUMBER: http://bedaduz2.blogspot.com/2011/12/harapkan-pegar-pegar-makan-padi.html?spref=fb

Monday, December 12, 2011

Suami boleh menyimpan perasaan cinta kepada wanita lain kerana...

Tidak berdosa suami menyimpan perasaan kepada wanita lain kerana suami boleh berkahwin sehingga 4. Logiknya, jika tiada perasaan cinta, macam mana seseorang boleh berkahwin tanpa perasaan tersebut.

Sebaliknya, isteri berdosa besar jika mempunyai perasaan terhadap lelaki lain kerana mereka hanya boelh berkahwin dengan seorang suami.

Tak adil? Kalo rasa tak adil jadilah lelaki!!!
Kalau rasa undang-undang ni zalim, bak kat hadis, carilah planet bumi lain dan buat undang-undang sendiri. Planet bumi dah ada undang-undang!!!









Wednesday, May 4, 2011

Alif Ba Ta





Monday, April 11, 2011

PROSES HUJAN BATU MELALUI PERSPEKTIF QUR’AN



Pengenalan Qur’an menjelaskan banyak fenomena semulajadi yang hanya dapat ditemui atau dijelaskan oleh saintis melalui sains moden sejak 1400 tahun lalu lagi. Proses meteorologi bagi hujan batu turut dinyatakan di dalam Qur’an lama sebelum sains moden mampu menjelaskan bagaimana ia terjadi. Qur’an adalah satu bahan bacaan atau rujukan dalam bahasa Arab yang secara keseluruhannya paling sempurna.Qur’an mengandungi panduan hidup dan moral yang suci kepada umat manusia terutamanya Muslim. Muslim menjadikan Qur’an sebagai bukti utama kenabian Muhammad. Berdasarkan pada buku ‘Meteorology Today by Ahrens hujan air batu adalah kepingan ais, samada lutsinar atau separuh telap yang bersaiz di antara sekecil kacang pea sehingga sebesar bola golf, sebahagiannya berbentuk bulat, sementara ada juga yang berbagai bentuk.


Ayat al-Quran yang menjelaskan pembentukan hujan air batu

(Surah An-Nuur : 43)

Terjemahannya: Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Pembentukan hujan batu

Allah menyatakan di dalam Qur’an, di dalam Surah An-Nuur : 43, bahawa pembentukan awan membawa kepada hujan dan hujan air batu. Kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa hujan batu adalah faktor utama di dalam pembentukan kilat.

Hujan batu dihasilkan dalam awan kumulonimbus (rajah 3) yang terkumpul menghasilkan titisan hujan beku yang besar, bertindak sebagai embrio dengan mengumpulkan cecair yang sangat sejuk, yang dipanggil ’accretion’. Di dalam awan terdapat pergerakan tekanan angin yang ganas, membawa embrio kecil ke atas paras beku. Apabila embrio melalui banyak kandungan cecair,ia menghasilkan salutan ais dikelilingnya dan menjadi semakin besar.

Selepas ais itu menjadi besar dan terlalu berat untuk ditampung, ia turun sebagai hujan air batu.Apabila ia mula jatuh, hujan batu mungkin terperangkap di dalam tekanan udara yang kuat lalu dibawa semula ke atas melalui pusingan yang sama semula. Di dalam hujan air batu yang besar, haba yang dilepaskan boleh mencairkan lapisan luar hujan batu. Hujan batu mampu melalui ’wet growth’ ataupun ‘pembesaran basah’ di mana cecair lapisan luar mengumpul hujan batu kecil yang lain.


Rajah 1 : Bentuk hujan air batu

Hujan batu kecil selalunya cair sebelum sampai ke bumi. Bagaimanapun di dalam angin ribut yang kuat, hujan batu mungkin menjadi cukup besar untuk jatuh ke bumi sebelum ia dapat cair sepenuhnya. Menariknya mengenai hujan batu adalah ia hanya terjadi ketika waktu paling panas dalam setahun – musim panas. Hujan air batu lebih kerap terjadi di kawasan selain kawasan tropika walaupun kawasan tropika mengalami kadar hujan lebat disertai kilat yang lebih tinggi, kerana atmosphere di kawasan tropika lebih panas berbanding kawasan yang lain.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kita boleh menyatakan bahawa pembentukan hujan air batu telah dijelaskan lama lagi sebelum dapat dijelaskan para saintis. Ayat Qur’an di atas menjelaskan melalui pembentukan awan,maka datanglah hujan air batu. Kita,sebagai Muslim perlulah menjadikan Qur’an sebagai bimbingan sepanjang masa.

Fakta menarik mengenai hujan batu

•Kira-kira kerugian $1 billion U.S dollar di dalam bentuk tanaman dan harta benda disebabkan oleh hujan air batu setiap tahun di Amerika Syarikat.

•Hujan air batu di Amerika Syarikat yang mengalami kerugian tertinggi adalah pada Mei 1995. Jumlah kerosakan adalah $2 billion di mana dianggarkan $1.1 billion adalah akibat kerosakan hujan air batu.

•Hujan air batu terbesar direkodkan jatuh di Coffeyville, Kansas pada 3 September 1976. Ia berukuran kira-kira ukur lilit 17.5 inci ( diameter lebih 5.6 inci ) dan berat lebih dari 26 auns ( hampir 2 pound ).

•Apabila dibelah dua, hujan air batu mempunyai lapisan bulat seperti bawang, yang menunjukkan berapa kali ia sampai ke bahagian atas ribut sebelum jatuh ke bumi.

•Hujan air batu berlaku pada musim panas.

•Tempoh hujan air batu jarang melebihi 15 minit.

•Hujan batu jarang berlaku di kawasan tropika kecuali di kawasan tinggi.



Rajah 2 : Pembentukan hujan batu



Rajah 3 : Awan Kumulonimbus.

References :

1. Ahrens, C. D. Meteorology Today : An introduction to weather, climate and the environment. (2007). Thomson Brooks/Cole. 2. Yahya, H. Keajaiban Al-Quran.Terjemahan : Syed Mahazir Shariff Ahmad. (2003). Perniagaan Jahabersa.

-TERIMA KASIH-

Sumber:

http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2011/04/10/proses-hujan-batu-melalui-perspektif-qur%e2%80%99an/