Sunday, December 16, 2012

isu CIMB

Dalam video ini antara yang penting ;

1. Hamidah seperti mempersoalkan kewujudan/fungsi kesatuan pekerja CIMB bagi membela nasib pekerja CIMB.

2. Ketua bagi HR CIMB pusat,  Hamidah Naziadin telah dikesan melakukan pembohongan dalam isu kebajikan pekerja CIMB. Hamidah cakap pekerja CIMB mempunyai insentif perubatan yang unlimited, termasuk keluarga kakitangan, juga termasuk rawatan gigi, bonus dan sebagainya. Ini sebenarnya telah membuka unlimited risk kepada company [unlimited kos rawatan kesihatan kakitangan termasuk keluarga]

3. Namun kesatuan menafikan. Bahkan memberikan butiran lanjut berkenaan perkara tersebut. Hanya kakitangan tertinggi CIMB dan pegawai2 atasan tertentu je merasai insentif tersebut. Kakitangan CIMB mempunyai limited dan had masa untuk merasai insentif tersebut. Contohnya rawatan gigi, rm300 lebih kurang. Untuk pekerja yang berusia 40 tahun ke atas, medical checkup hanya akan ditanggung jika melakukan checkup 2 tahun sekali.. 

4. Insentif untuk berpantang, bersalin dan blablabla [kakitangan wanita] langsung tak pernah wujud. 

5.NUBE mempersoalkan kenapa bonus contractual 2 bulan menjadi isu besar kepada hamidah? 

6. NUBE menegaskan bahawa kakitangan berhak berkongsi keuntungan yang diraih syarikat kerana CIMB dibangunkan bersama. Ia tidak tertegak dengan atas tangan sorang seseorang. Ia kerjasama semua jadi apa masalahnya kakitangan CIMB turut merasai keuntungan yang diraihkan oleh syarikat?

7. CIMB tidak transparent dalam beberapa polisi yang mereka sendiri wujudkan. Contohnya laporan berkaitan prestasi dan PMS [maaf aku tatau PMS ini apa].

8. Ramai kakitangan yang dah lama berkhidmat [usia] tidak disambung semula, boleh jadi ia adalah agenda CIMB mahu mengyahkan kakitangan seperti ini.. apatah lagi dengan kewujudan skim MSS [Mutual Separation Skim = Masa sudah sampai]. Menurut NUBE ialah adalah dikriminasi usia. 

9. Namun NUBE mengatakan itu tidak sepatutnya kerana mereka telah lama bersama CIMB, berkhidmat, jatuh bangun, ada jasa...   


 


Dan yang kedua ialah gambar kat bawah neh hah ; 


Sumber : sini

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/12/isu-cimb-mesti-sebar.html#ixzz2FBWjx4Bb



FB:


































Norlaily Mat Loddin yang berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan hamil 4 bulan telah dijerit, dimarahi dan diugut oleh Pengurus Cawangan, Amiruddin Hanuddin di hadapan para pelanggan dan rakan-rakan sekerjanya apabila enggan melakukan transaksi secara salah. Akibatnya, beliau pengsan dan terlantar di hospital.

Satu laporan polis telah pun dibuat.



No comments: