Friday, December 14, 2012

Di sebalik Nama ‘HARIMAU MALAYA' berasal dari INDONESIA


Secara umum ramai mengetahui Harimau Malaya merupakan nama gelaran bagi pasukan bolasepak negara Malaysia. Tetapi, ada kemungkinan juga ramai yang belum mengetahui asal-usul nama Harimau Malaya  diperolehi.

Sebenarnya, nama tersebut adalah berasal dari gelaran kepada seorang pemain bolasepak era 1940′an. Pemain tersebut bermain di posisi ‘striker’ dan beliau adalah Dollah Don. 

Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor. Dollah Don pada mulanya bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis. Sewaktu di sekolah Dollah Don juga merupakan atlit olahraga yang berjaya. Pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah.

Sebelum bermain untuk pasukan kebangssan, beliau bermain untuk pasukan Johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.

Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor.

PERISTIWA DI SUMATERA



Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990′an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bolasepaknya.

Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia.













Dari sumber yang dicari, beliau sering menerima jemputan untuk bermain di sana. Pada tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera. Malangnya beliau jatuh sakit dan tidak dapat diturunkan beraksi.

Pada era 1950′an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negara tersebut. Sukarno begitu kagum dengan Dollah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai ‘Harimau Malaya’



Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri. Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda. Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu.

Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu. Tamat separuh masa pertama, pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0. Bermula separuh masa kedua, mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan seri. Ketiga-tiga gol tersebut telah dijaringkan oleh Dollah Don sendiri. Sejak itu gelaran Harimau Malaya melekat kepada Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia.

http://www.erapasca.com/2012/12/cerita-sebenar-di-balik-nama-harimau.html

No comments: