Pandangan dari Penduduk Setempat
Danau To’Uban berada dalam Kampung To’Uban merupakan sebuah kawasan yang sering dikunjungi orang ramai dan terletak 20 kilometer dari bandar Pasir Mas. Pada asalnya ianya hanya sekadar sebuah sawah padi yang pada awalnya merupakan sebuah alur sungai yang agak sempit sekadar sebuah tempat untuk menakung air semata-mata. Dahulunya kawasan Danau ini adalah tempat penduduk mengerjakan sawah padi.
Namun akibat hujan yang sering turun di Sungai Cegor di Tanah Merah terus mengalir melalui beberapa saliran meyebabkan kawasan berkenaan tidak mampu menampung air yang melimpah lantas mengalir ke pintu gate di Kampung To’ Uban. Apabila pintu gate sering dibuka untuk menghalang air dari melimpah tebing dan terus mengalir laju ke kawasan sawah terbabit. Akhirnya jumlah air yang banyak ini telah menyebabkan tebing sungai runtuh dan terjadilah Danau yang kita lihat pada hari ini.
Sudut Sejarah Teks
Begitulah cerita harafiah daripada penduduk setempat di Danau To’Uban. Sebenarnya kawasan danau ini dahulunya adalah lokasi Empayar Kerajaan Chermin sebuah kerajaan Kelantan purba dengan Jiddah sebagai ibu kotanya. Ia menjadi pusat perdagangan dikawasan tersebut yang dihubungkan melalui Sungai Kelantan. Nabi Sulaiman a.s. juga dikatakan pernah sampai kekawasan ini suatu masa yang tidak dapat dipastikan dan ianya ada tercatat dalam Kita Yahudi seperti pernah kita sebut dalam entiri ini.
Semasa kegemilangan Chermin (Danau Tok Uban) Jiddah mempunyai emas yang sangat banyak namun ia telah tenggelam ekoran daripada bencana alam. Sesetengah sumber mengatakan telah berlaku satu gempa bumi@tsunami hingga menyebabkan Kota Jiddah ini tenggelam bersama-sama emas ini. Kemudian pemerintah Chermin ketika itu telah memindahkan pusat pentadbiran Chermin ke Nenggiri satu kawasan di pedalaman Kelantan kini yang terletak dalam Jajahan Gua Musang.
Ringkasnya, didasar danau ini terkandung emas yang banyak dan menurut orang yang mempunyai pandangan kasyaf di kawasan tersebut, harta-harta ni akan digunakan pada akhir zaman semasa kebangkitan semula Islam.
Terdapat beberapa hadis yang ada menyebut tentang Timur. Antaranya:
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”Sabda Nabi s.a.w.: “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)
Masjid Brunei
Masjid Brunei terletak di Danau Tok Uban atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas. Kedudukannya di hujung jalan kampung. Pada awalnya tiada ramai yang tahu tentang masjid ini, namun setelah 20 tahun pembinaannya, ia mula menjadi popular kerana ada kaitan dengan Sultan Brunei.
Masjid Brunei Darussalam ini dibina berserta dengan sebuah madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H.
Masjid ini diwakafkan oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah kepada sekolah tahfiz di Kampung Rong Chenok. Suasana di kawasan Masjid ini amat mendamaikan dan mententeramkan jiwa dan sesuai dijadikan kawasan pengajian terutama Tahfiz.
PEMBINAAN
Pada awalnya penduduk kawasan ini mahu membina sebuah masjid namun kekurangan sumber kewangan. AJK Masjid telah menulis sepucuk surat kepada Sultan Brunei ketika itu untuk meminta jasa baik daripada Baginda Sultan, dengan izin Allah s.w.t. Sultan Brunei memperkenankan permintaan mereka dan Baginda sanggup membiayai keseluruhan kos pembinaan. Sebagai tanda syukur dan terima kasih Masjid ini telah dinamakan sebagai Masjid Brunei Darussalam.
Tiada misteri yang terselindung disebalik pembinaan Masjid ini. Baginda Sultan Brunei berkenan untuk membina kawasan ini kerana leluhur Kesultanan Brunei berasal dari kawasan ini. Dahulunya kawasan ini adalah tempat Sayyid Hussien Jamadil Qubra. Beliau telah menghantar salah seorang anaknya untuk berdakwah ke Borneo dan akhirnya ditabal menjadi Sultan Brunei dan dari sinilah berkembangnya Kesultanan Brunei kini.
Sebagai tanda ingatan, Baginda memperkenankan pembinaan masjid ini.
Sumber :
http://sejarah-kelantan.com/2012/10/01/danau-to-uban/
No comments:
Post a Comment