Monday, February 1, 2010

Royalti Hak Kelantan

Perjanjian Royalti Minyak adalah diantara Negeri Kelantan dan Petronas. Tiada kena mengena dengan JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan).

KuLi: Ada satu kawasan di Utara Kelantan yang telah kita berikan konsesi kepada Shell untuk carigali minyak. Harga 2 Dollar setong berbanding kos 8 Dollar menggali minyak setong menyebabkan Shell membatalkan projek menggali minyak di kawasan tersebut. Kita juga telah melakukan kesilapan kerana tidak mendaftarkan kawasan tersebut sebagai hak milik Malaysia di Geneva kerana sibuk untuk memerangi komunis. Kita telah meminta bantuan Thailand untuk memerangi komunis di Betong (sempadan Thai-Perak). Sebagai timbal balik, Thailand meminta kerjasama carigali di kawasan tadi. Kawasan tadilah yang sekarang ini dinamakan sebagai JDA (Joint Development Area) sedangkan dulu terang-terang milik Malaysia.

Sekian terima kasih.

1 comment:

mimi said...

biasolaa..srupo ngam teganu mase pas pegang aritu otomotik tarik royalti..tenganu jadi sekin lalu..miskin papa kedana mase tu semua di tenganu r ibarat kate..pastu ganti wang ehsan stelah umno menang smula..n now baru dapat royalti smula..