1 Julai 2011 gambar arwah Shamsiah Fakeh muncul kembali di dada akhbar ekoran daripada tindakan kerajaan sedang berusaha menghalang perhimpunan BERSIH.
Semasa Hidupnya Shamsiah Fakeh...
Sudah lama beliau meninggalkan dunia ini. Beliau cukup dikenali kerana menjadi pemimpin wanita Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang kerajaan penjajah Britishh di Tanah Melayu. Ketika itu, semua menanggap beliau sebagai pengkhianat negara kerana menjadikan PKM sebagai wadah perjuangan. Buku teks sejarah di sekolah di Malaysia meceritakan segala-galanya. Mustahil penduduk Malaysia searang tidak kenal akan batang tubuh ini.
Shamsiah Fakeh (1924-2008) juga dikenali sebagai "Ratu Rimba Malaya" ialah tokoh feminis, nasionalis, pejuang dan reformis berhaluan kiri Tanah Melayu sebelum merdeka.
Berikut adalah serba sedikit sejarah hidup beliau yang disunting dari Wikipedia:
Shamsiah dilahirkan pada tahun 1924 di Kampung Gemuruh kira-kira satu batu dari pekan Kuala Pilah. Shamsiah merupakan puteri kepada Sutan bin Sulaiman dan Saamah bte Nonggok. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Tinggi Islam, Pelangai, Negeri Sembilan dan kemudian ke Madrasah Tuddimiah in Padang Panjang, Sumatera. Shamsiah pernah berguru dengan Lebai Maadah di Pelangai. Antara rakannya ialah Ustaz Abdul Jalil Salim, Haji Abd Aziz dan Hambiah.
Shamsiah merupakan ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada Februari 1946. Tujuan parti ini adalah untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Oleh itu, AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan British pada tahun 1948.
Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 yang merupakan sayap Melayu dalam Parti Komunis Malaya (PKM). Tekanan pihak penjajah yang berterusan memaksa Shamsiah membuat keputusan menurut jejak langkah rakan-rakan seperjuangannya untuk lari ke hutan di Lubok Kawah di Temerloh, Pahang, dan meneruskan perjuangan bersenjata dari sana.
Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada tahun 1989.
Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhir pada 20 Oktober 2008, jam 9 pagi di kediaman anak lelakinya, Jamaluddin Ibrahim, di Kodominium de Tropicana, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Jenazah beliau, 84, yang mengalami sakit tua telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang dengan diiringi oleh lebih seratus sanak-saudara dan teman-teman dekat allahyarham pelbagai kaum.
Semasa beliau meninggal...
Pelbagai gelaran diberikan kepada beliau seperti Wirawati Yang Tidak Didendang. Sangat besar gelaran seperti kepada batang tubuh tersebut. Sudah menjadi lumrah dunia, ramai orang menghina ketika hidupnya seseorang,buat baik dihina, apa lagi buat jahat dihina juga. Bila meninggal sahaja seseorang itu, maka dipuja puji sehingga setinggi melepasi gunung. Dia lah insan terbaik, tokoh gemilang dan sebagainya.
Sebelum perhimpunan BERSIH...
Timbul semula "tokoh" tadi pada hari ini. Kali ini, watak itu menjadi jahat semula. Shamsiah adalah KOMUNIS.
Lihat sahaja petikan dari Berita Harian ini:
Lagi bukti komunis
Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my
2011/07/01
Polis rampas gambar pemimpin PKM di sekretariat BERSIH
PETALING JAYA: Polis menemui bukti baru mengaitkan perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) dipengaruhi unsur komunis berikutan penemuan 10 gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) ketika serbuan di sebuah banglo yang dijadikan sekretariat BERSIH, di Seksyen 4, di sini kelmarin. Semua gambar bekas pemimpin PKM seperti Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh itu ditemui bersama barang lain, termasuk 549 baju-T BERSIH pelbagai warna, 473 lilitan kepala, banting serta 5,154 risalah, dipercayai untuk diedarkan kepada orang ramai. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata polis sedang menjalankan siasatan mengenai tujuan gambar itu disimpan dan tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan 31 individu yang ditahan di Pulau Pinang bersama bahan mengandungi unsur komunis, minggu lalu.
Nahhhh, selepas 3 tahun pemergian beliau, sekali lagi tokoh Shamsiah Fakeh menjadi ikon JAHAT. Sesiapa yang menyimpan gambar beliau akan dianggap sebagai komunis. Agaknya bagaimana la perasaan keluarga Shamsiah. Perlu ke BERSIH yang mahu berhimpun secara aman menjadikan Shamsiah sebagai ikon perjuangan. Macam tiada kaitan antara ikon itu dengan kehendak tuntutak BERSIH yang mahukan pilihanraya adil dan telus.
Saya tidak mahu mengulas panjang berkaitan dengn BERSIH ini, jika mereka mahukan perhimpunan aman, adalah lebih baik POLIS menutup laluan yang mereka ingin lalui hingga ke Istana Negara. Beri mereke beberapa jam, dan kemudian buka semula jalan tersebut. Polis sudah banyak menutup jalan untuk laluan pemimpin Persidangan OIC atau NAM dulu kan? Jadi, patutnya tiada masalah. Jika ada mereka yang melakukan keganasan, polis tangkap dan dakwa dengan akta-akta yang ada. Contoh yang boleh diikuti adalah keadaan seperti yang berlaku di bandar Jogjakarta. Ketika menjelang maghrib, sekumpulan manusia yang terdiri daripada pihak berkuasa dn penduduk beratur panjang dan menjerit secara bersama supaya semua orang menjaga kebersihan bandar Jogja. Mereka akan melalui jalan-jalan yang sesak, tetapi ia berakhir dengan aman. Nama pun Perhimpunan AMAN.
No comments:
Post a Comment