Friday, January 9, 2015

Kenali Empangan Kenyir 2 Hulu Terengganu- Empangan Puah & Empangan Sungai Tembat

Ada kawan hantar messege yang dicopy paste dan minta saya mengulas mengenai isu Empanan Kenyir 2 yang didakwa sebagai punca negeri Kelantan dilanda banjir yang teruk pada tahun ini. Malas sebenarnya sebab dah beberapa minggu tak upate blog. Momentum belum berada pada tahap yang memuaskan. Lemak tepu menyebabkan jejari malas menekan papan kekunci.
Saya ada share beberapa gambar dengan kawan-kawan di Twitter dan Instagram dan bila mood dah rajin sini, barulah nak update kat blog. Ok saya akan jawap isu ini berserta bukti bergambar.
Projek Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu ini belum diberi nama secara rasmi tetapi kebanyakkan orang memanggilnya sebagai Kenyir 2.
Bila cakap dgn Loh…dia maklumkan aku 1 info yg buat aku tersentak dgn perihal Sungai Tembat ni.
Sungai tembat blh lah aku katakan anggaran 300meter lebih tinggi dr aras air tasik kenyir sekarang
Apa yg mengejutkannnya sekarang diatas puncak sg tembat ini sdg dibina 1 lg dam utk sistem janakuasa baru..Loh kata projek kenyir 2
Aku x prnh tahu dan mugkin kita x prnh tahu perihal projek kenyir 2 ni
Skrg kerja2 menebang balak d aliran Sg Tembat sdg giat dijalankan serentak dgn proses penakungan air
Penebangan balak awal dilakukan krn x mahu berlaku pembaziran balak sebagaimana yg tlh berlaku semasa projek tasik kenyir sediada skrg.
Berapa org yg dimaklumkan perihal ini? Hatta org politik pun mungkin x semua yang tahu
Bila sampai musim tengkujuh hujan yg lebat byk berlaku sekitar hulu …aliran air yg byk melimpah akan merosakkan empangan yg sdg dibina…salah satu cara adalah membiarkan air tersebut memenuhi aliran sebelah hulu sungai… (hulu Sg. Tembat berakhir di gunung-lihat google map) mustahil air tersebut d lps ke Tasik Kenyir krn ianya akan merosakkan empangan yg sdg dibina di hilir..dan jika dialir juga air tersebut, maka ada 2 keadaan yg mungkin berlaku..
1)empangan kenyir akn menerima takungan air yg terlampau byk  .Jika ini berlaku maka seluruh Terengganu akn menerima nasib sebagaimana Kelantan terima skrg
2) tembok pintu empangan yg sdg dibina akan musnah dgn kekuatan air ini akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit.
Kalau d search dgn map google..kita akan lihat Sg Tembat sebenarnya bersebelahan dgn Kuala Krai, Dabong, Gua Musang, Manik Urai..
Limpahan air kenyir 2 inilah yg mnyebabkn Kelantan menerima nasib yg buruk…kwsn sekitarnya bertukar menjadi tasik segera..
Mmg TNB maklumkan bhw TNB Tasik Kenyir x lps air..info itu adalah utk tasik kenyir sediada…manakala kenyir 2 x termasuk dlm fasa kenyir sediada…kenyir 2 blm diisytihar jd ianya dianggap limpahan air sungai biasa
Krn itu kalau kita lihat kenyataan TNB..paras air tasik kenyir jauh lg dr paras bahaya….persoalannya Knp begitu?...x lain x bukan adalah krn air hulu yg sepatutnya trn ke tasik kenyir..disekat oleh empangan kenyir 2..dan air kenyir 2 inilah yg menenggelamkan kelantan
Krn apa skrg baru berlaku?..krn mulai tahun ini baru berlaku sekatan air bermakna air mula ditakung dari empangan tersebut sdgkn pintu limpahan blm siap sepenuhnya…ada rakan2 yg memberi telahan bahawa banjir ini hanyalah curahan air hujan biasa cuma sungai kelantan x dpt menampung takungan air yg byk krn Kelantan x mempunyai jaluran sungai yg byk sebagaimana Terengganu
Sebelum kita pergi jauh, kita kena fahami dulu projek Empangan Kenyir 2 ini ada 2 empangan. Empangan utama iaitu Empangan Sg Puah yang ditambak tanah  dan empangan sokongan iaitu di atas Empangan Sungai Puah iaitu Empangan Sungai Tembat yang dibina dengan konktik.  Ada 2 jenis binaan empangan dan kedua-duanya berfungsi dengan tujuan yang berbeza.
Empangan Puah guna cara cut and fill berbeza dengan pembinaan Empangan Sungai Tembat.
Empangan ini terdiri dari beberapa bahagian yang utama.
  1. Empangan Puah
  2. Empangan Tembat
  3. Puah spillway
  4. Access Road
  5. Swicthyard
  6. Turbain House
  7. Terowong Puah
    • Intake
    • MAT (Main Access Tunnel)
    • Tail Race
    • ECV (Emegency Cable & Ventilation)
8. Terowong Tembat
  • Transfer
  • Access To Outlet.
empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2 hulu terengganu
Ini adalah Empangan Sungai Puah – empangan utama dalam projek ini. Telah siap sepenuhnya dan InsyaAllah tak musnah dan rosak.
empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2 hulu terengganu 2
Ini adalah keadaan Empangan Sungai Puah pada 29hb Disember 2014. Kuantiti air belum mencapai tahap maksimum kerana pintu air empangan ini ditutup pada 01/10/2014. Boleh google berita ini kerana ada menteri yang datang merasmikan.Projek ini bukan projek rahsia, sila semak di laman werb TNB dan kontraktor yang terlibat. Mustahil orang politik tidak mengetahuinya seperti yang didakwa.

empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2-1
Ini adalah spillway yang telah siap sepenuh.  Dalan pembinaan empangan, spillway adalah alur limpah iaitu tempat air keluar apabila takungan air di dalam empangan mencapai tahap maksimum.  Spillway ini kering kontang pada tarikh 17/12/2014.  Air yang melimpah melalui spillway ini akan memasuki Tasik Kenyir.
empangan kenyir 22014-12-03 14.53.32
Air yang keluar dari  spillway akan melalui alur limpah ini ke Tasik Kenyir .  Kawasan ini perlu dilimpahi air  untuk sampai ke Kelantan dengan melepasi banjaran gunung di sekelilingnya.
empangan kenyir 22014-12-03 14.55.29
Spillway dari arah dalam empangan… itulah level maksimim air di dalam Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu.  Gambar ini pada 17/12/2014
empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2 intake
Ini adalah paras air di Empangan Puah Intake iaitu laluan air yang akan memasuki tubin janakuasa pada 29/12/2014. Level air masih jauh daripada mencapai takungan maksimum.  Lebih kurang 15 meter.  Untuk takungan seluas tasik ini, 15 meter mungkin memerlukan beberapa bulan untuk dicapai.
Air yang masuk melalui Puah Intake ini melalui terowong masuk ke turbin dan menjana tenaga elektrik sebanyak 250Mwatt. Tenaga elektrik akan disalurkan keswicthyard melalui ECV. Di swicthyard,  elektrik akan melalui ‘transformer’ untuk dikecilkan dan dihantar ke seluruh negara melalui rangkaian kabel sedia ada.
Setelah memusingkan turbin untuk menjana elektrik, air akan di buang melalui Tail Race Tunnel ke Tasik Kenyir bukan juga ke Kelantan.  Macam tu lah prosesempangan hidroelektrik berfungsi.
empangan hulu terengganu
Saya di lokasi ini dari 01/12/2014 hingga 22/12/2014.
Dakwaannya air di Tasik Kenyir jauh daripada takat bahaya kerana ditakung di empangan ini adalah benar!  Tetapi dakwaan air tersebut melimpah ke Kelantan adalah tidak logik sama sekali kerana sekiranya air di dalam takungan ini mencapai paras maksimum, limpahannya tidak mungkin mendaki gunung sempadan negeri kerana air akan tetap mengalir ke hilir iaitu Tasik Kenyir.
Secara geografi, mana mungkin air mengalir ke hulu….memanjat gunung yang lebih tinggi daripada empangan.  Kedudukan empangan ini lebih rendah daripada sempadan negeri.
Empangan ini pun belum penuh airnya, macam mana boleh melimpah ?
empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2 sungai tembat
Ini pula Empangan Sungai Tembat.  Inilah empangan kedua yang dibina untuk sokongan kepada empanan utama Empangan Puah.  Gambar ini saya ambil pada 17/12/2014.  Empangan ini tidak ditutup dan air masih mengalir melaluinya ke Tasik Kenyir.
empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2
Air tidak bertakung seperti yang didakwa.  Empangan ini belum siap dan belum ditakung air. Kalau ada pun hanyalah limpahan air daripada hujan yang lebat pada waktu ini.
Kalau pun pintu Empangan Sungai Tembat ini ditutup, 2 minggu belum cukup untuk mengumpul air sehingga melimpah ruah ke Kelantan.
empangan kenyir 22014-12-12 17.57.45
Dari Empangan Sg Tembat, air dihantar ke Empangan Sg Puah melalui Puah Transfer Tunnel. Pada 17/12/2014 Transfer Tunnel pun kering kontang tak ada air pun.
Akhir sekali saya akan sentuh bab yang sensitif iaitu pembalakan. Apabila air di Tasik Kenyir menjadi keruh , projek ini dipersalahkan 100%.  Memang projek ini akan memberi kesan tetapi tidaklah 100%.  Projek ini dipantau dan kerja-kerja dibuat mengikut keperluan dalam undang-undang kejuruteraan pembinaan. Semua teres dan longkang disiapkan dengan baik supaya meminimumkan pencemaran alam.
Tetapi… pernah tak korang datang ke kawasan ini.  Melalui jalan ini – Jalan FT 185 Aring – Kenyir?
Kalau tak pernah, simpan dulu prasangka tersebut.
Lihat dengan mata kepala sendiri, pembalakan tanpa seliaan berlaku disekeliling projek empangan dengan tahap keluasan yang berganda ganda daripada keluasan projek ini.  Kalau projek ini diselia secara profesional,pembalakan disekitar dilalukan sesuka hati.  Kesan kepada pencemaran alam berlaku tanpa kawalan. Inilah peyumbang paling besar kepada masalah hakisan yang tidak terkawal.
Tak mungkin pihak berkuasa tidak tahu.  Orang yang tidak pernah melalui kawasan ini hanya tahu projek empangan baru yang dikenali sebagai Empangan Kenyir 2 sedang dibina dan itulah punca pencemaran hakisan tetapi projek penebangan balak tidak pernah diwartakan dan tidak ramai yang tahu.

empangan hidroelektrik hulu terengganu2014-12-03 14.09.30
Lokasi projek ini lebih kurang 70km daripada bandar Kuala Berang, kampung terdekat adalah 35km. Elektrik dan air semua dijana sendiri. Sistem kumbahan semua diselia sendiri dan ada jadual pembentungan yang datang ke sini.
empangan hidroelektrik hulu terengganu2014-12-08 10.16.58
Kawasan penempatan pekerja juga ada perkhidmatan mengutip sampah tapi bukan dengan lori Alam Flora tu la…. Caterpillar tu
Nota Kaki Kujie :  Jangalah sebar benda yang kita tak faham apalagi kalau mengaku tidak tahu.  Untuk projek sebesar ini, ada ramai pekerja dan level kefahama yang berbeza.  Walaupun dia kerja di sini 3 tahun, belum tentu dia tahu dan faham keseluruhan empangan ini berfungsi.  Nota ini hanya menjawap mengenai tuduhan air dari Empangan Kenyir 2 yang menyebabkan banjir teruk di Kelantan.  Mungkin ada beberapa isu lain yang ditimbulkan, fokus saya hanya kepada tuduhan tersebut.
Nota tambahan :  Saya cuma domestic engineer ( suri rumah ) dan blog ini bukanlah menulis secara teknikal…maaflah kalau beberapa term engineering yang saya silap.  Kalau fakta saya mengenai punca banjir itu masih diragui, baca saja blog ini sebagai ilmu pembinaan empangan. Tengok saja gambar² ekslusif dari saya mengenai keadaan di empangan. Gambar² macam ni susah nak jumpa di google.

Edit 03/01/2014 – Gambar terkini Empangan Kenyir 2 ( Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu )
empangan kenyir 2 hulu terengganuIMG-20150103-WA0005
Paras air di Tasik Puah pada 03 Januari 2015 masih dibawah paras pelepasan melalui pintu limpahan empangan ( spillway )
empangan kenyir 2 hulu terengganuIMG-20150103-WA0004

1 comment:

chekgu Bani Hassim said...

Banyak sangat info ajae weyh...
aku cuba baca semua...tapi macam makin meleret, sampai jadi tak paham...
memula paham dah lama2, campur entry dari kujie tu, jadi tak paham lak...hehehe

errr, ape kate ko bg kesimpulan leh tak? dalam kurang dari 300 pp. hahaha

topik dia buat aku berminat....