Friday, January 9, 2015

Kenapa Kuala Krai paling teruk ketika banjir Kelantan 2014?




1. Sistem Sungai Kelantan.
Kuala Krai merupakan tempat pertemuan/persimpangan semua sungai yang ada di Hulu Kelantan dari jajahan Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli. Inilah salah satu punca sungai Kelantan (yang bermula dari Kuala Krai) tidak dapat menampung jumlah isipadu air. Lihat sajalah apa yang berlaku di Kuala Krai sehinggalah di sepanjang sungai Kelantan dari Kuala Krai, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas dan Kota Bharu. Manakala kawasan yang jauh dari Sungai Kelantan seperti Jeli dan Pasir Putih tidak terkesan kepada limpahan air dari hulu Kelantan.

Lihat, sistem sungai di Kelantan di bawah ini. Gambar di atas dihasilkan menggunakan Google Earth dan laluan sungai disemak menggunakan google map supaya tidak tersilap nama sungai.
Sistem A = Sg Lebir
Sistem B = Sg Galas
Sistem C = Sg Kelantan 
(A + B = C)

Sistem A = Sg Lebir (Sg Pahi, Sg Sok, Sg Rek, Sg Sam, Sg Depak, Sg Lebir Kechil, Sg Relai, Sg Aring, Sg Badong)
Sistem B = Sg Galas (Sg Chiku, Sg Betis, Sg Berok, Sg Jentera, Sg Pergau, Sg Balah, Sg Terang, Sg Suda, Sg Renyok, Sg Suih, Sg Raul, Sg Long)
Baru paham kenapa Kuala Krai terlalu TERUK kena. Semua sistem sungai di hulu bertemu di Kuala Krai. Dan mungkin baru paham kenapa tempat persimpangan utama itu dipanggil "KUALA" Krai. Orang zaman dahulu mempunyai sebab tertentu untuk memanggil kawasan itu sebagia KUALA.



2. Taburan hujan yang sangat tinggi, ada penduduk di Gua Musang mengatakan hujan tidak berhenti selama 48 jam.
Petikan dari artikel BERNAMA/Malaysiakini oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Ab Qahar Osman:
"Berkongsi cerita mengenai banjir di pantai timur, Ab Qahar berkata jumlah hujan yang direkodkan di negeri-negeri pantai timur yang terlibat banjir dalam masa 10 hari adalah 850mm melebihi paras normal iaitu 100mm". 

3. Oleh itu, kita simpulkan beberapa faktor utama kepada punca banjir besar ini:

1. Kuala Krai merupakan persimpangan semua sistem sungai hulu Kelantan sebelum menyalurkan air ke Sg kelantan. 
2. Deforestation 
3. Hujan dalam masa 10 hari adalah 850mm melebihi paras normal iaitu 100mm (JPS)
4. Awan yg statik x berubah yg sepatutnya bergerak ke johor. (MET)
5. Penempatan baru di kawasan laluan/tadahan air.
6. Cycle alam semulajadi. 1926 dan 1967 pun besar juga tp deforestation/penempatan baru tidak spt skang.
7. Air pasang besar laut pada 22 Disember 2014.

4. Pengalaman penulis.
Ketika pasca banjir, penulis melawat hulu Sungai Rek. Bahgian hilir Sungai Rek terletaknya kawasan perkelahan Lata Rek, perbezaan kesan banjir sangat ketara. Tiada kesan ketara atau kesan pembalakan di kawasan hulu Sungai Rek, Airnya sejuk dan jernih. Namun, bahagian downstream bermula Lata Rek, kawasan ini seperti dilanda tsunami. Air dipercayai tidak dapat memasuki ke sungai utama iaitu sungai Lebir, lalu melimpah ke mana sahaja yang boleh dilalui atau dicelah-celah bukit ladang getah.

Jika diamati kepada imej google earth (2013), kawasan sungai Chiku, dipercayai Ladang Sawit Chiku juga tidak mempunyai pokok2 dengan keluasan yang sangat besar. Mungkin belum sempat dilakukan penanaman semula sawit, atau sait belum cukup besar.

Bahagian hulu Gua Musang pula, banyak kawasan yang gondol mungkin dari aktiviti pembalakan. 

3 comments:

SallehYaacob said...

Izin Copy utk direnung baca

aronkin said...

Fakta yang boleh diterima

Farah said...

Salam. Hi. Atas jasa baik encik, boleh saya dapatkan gambar google earth di atas yg telah di edit itu dalam format kmz@kml jadi saya boleh membuka nya melalui google earth. (Untuk tujuan assignment)☺️