Friday, January 13, 2012

Malaysia bakal pengeluar kondom utama dunia

2012/01/13
NEW DELHI: Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion. "Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom," kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama. Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia - Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia - terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.
"Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom," kata Low.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.

Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. - BERNAMA

KD Mutiara terbakar


KD Mutiara terbakar. - Kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Mutiara terbakar ketika sedang dibaik pulih di dermaga Malaysian Marine & Heavy Engineering (MMHE) di Pasir Gudang malam tadi.

Bharian

Rahsia gambar Albert Einstein menjelir lidah



Mungkin anda sering melihat gambar Albert Einstein menjelirkan lidah ini. Gambar yang diambil oleh jurugambar (Arthur Sasse) pada Mac 14, 1951 di Princeton semasa menyambut hari lahirnya yang ke-72. Gambar yang dipotong dari gambar asalnya iaitu dari gambar Einstein sedang duduk di kerusi belakang kereta bersama Dr Fank Aydelotte serta isterinya.

Mengapa Einstein menjelir lidahnya?
Inilah persoalan yang mungkin kita akan tertanya-tanya setelah melihat gambar tersebut.

Sebenarnya pada ketika itu, Albert Einstein dan Aydelotte baru sahaja pulang dari majlis penganugerahan Einstein. Walaupun Einstein sudah duduk di dalam kereta, namun, reporter dan jurugambar mengejar masih lagi mengejarnya. Para wartawan kemudiannya berusaha untuk menahan Einstein.


Einstein kemudiannya berteriak: “Cukup. Ini dah cukup!”. Namun kerana sifat sebagai wartawan, mereka terus bertanya pelbagai soalan dan jurugambar-jurugambar terus mengambil gambar Einstein serta saudara maranya. Apabila wartawan meminta Einstein untuk mengabadikan gambar hari lahirnya, Einstein akhirnya letih dan kesal, Kemudian dia menjelirkan lidahnya sebagai isyarat mengejek. Pada masa itu, Arthur Sasse satu-satunya wartawan yang sempat merakamkan gambar Einstein tersebut.

Meskipun demikian, Einstein dikatakan sangat menyukai gambar tersebut. Dia kemudiannya memotong gambar tersebut mengambil gambarnya sahaja (tanpa menunjukkan Aydelotte dan isterinya). Einstein kemudiannya membuat salinan gambar-gambar tersebut dan menghantar kepada rakan-rakannya.

Thursday, January 12, 2012

Gambar-gambar rumah Wardina yang dirompak



Pelakon Wardina Safiyah bersama suaminuya, Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home pagi tadi di sini, hari ini.



Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home pagi tadi di sini, hari ini.




Perompak berparang itu dipercayai buruh warga Indonesia jam 5 pagi tadi. 5 buah laptop hilang. Suami Wardina dikatakan dipukul oleh perompak tersebut akibat tidak berpuas hati kerana tiada barang kemas.



Pelakon Wardina Safiyah ketika ditemubual media berkaitan kes pecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home yang berlaku pagi tadi di sini, hari ini.


Agak melucukan apabila perompak-perompak yang dipercaya warga Indonesia itu sempat memarahi Wardina sekeluarga kerana tidak menyimpan barang kemas di rumah mereka untuk dicuri. Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 33, membuat laporan di balai polis berdekatan dan polis dan pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut di rumahnya.

Buat masa ini, Wardina terpaksa meminjam komputer riba milik jiran untuk berkomunikasi dengan dunia luar.

Beliau juga percaya bahawa perompak yang memasuki rumahnya itu masih berkeliaran di sekitar Ampang dan meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak beberapa warga Indonesia yang mencurigakan.

Tentang Pegar Lagi; Merah PADMA, Margasatwa dan Mara Bahaya


Feuerrückenfasan_(Lophura_ignita)



Kesian Si Pegar!



Salam peeps! Today I’m going to talk about burung/ayam pegar again.



I know, some of you might have gone bored about me talking about pegar invariably, but this is also an important issue of Malay language.


Semenjak daripada menulis entry tentang ‘harapkan pegar, pegar makan padi’, saya sering mendapat pertanyaan tentang benarkah pegar yang dimaksudkan dalam peribahasa itu? Ataupun mereka memang maksudkan pagar?


Lepas KOSMO! mengeluarkan petikan blog saya, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pun menafikan bahawa pegar yang sebenarnya dimaksudkan dalam peribahasa tu.


Sebab tak puas hati, saya buat kajian lagi mendalam tentang pegar (ala, Google je pun). Dan apa yang saya temui agak mengecewakan. Bukan kecewa sebab apa. Kecewa sebab mengetahui status sebenar burung pegar ni. Dan sebagai seorang pelajar Alam Sekitar, bagi saya penting untuk memberitahu pada dunia mengenai burung pegar ni.


Lophura ignita ialah nama saintifik untuk burung pegar, dan dalam bahasa Inggeris dirujuk sebagai Crested Fireback Pheasant atau Crested Fireback, atau Vieillot’s Pheasant. Ia juga banyak dirujuk dalam bahasa lain, seperti Jepun (koshiakakiji: コシアカキジ), Norwegian (Gulhalefasan) dan dalam bahasa Indonesia, selain burung pegar, ia juga dikenali sebagai Sempidan Biru. Ia merupakan sejenis omnivor, dan mempunyai tabiat pemakanan seperti ayam. Burung pegar selalunya tinggal dalam hutan tanah pamah 200m pada paras laut, namun boleh ditemui sehingga ketinggian 1200m.


Pegar merupakan spesies burung yang berada dalam Senarai Merah IUCN, iaitu satu inventori komprehensif untuk merekodkan status konservasi spesies biologi di dunia. Senarai Merah diperkenalkan pada tahun 1963, dan menggunakan beberapa kriteria untuk menilai risiko kepupusan beribu-ribu spesies dan subspecies.


Dalam Senarai Merah, terdapat beberapa lagi pembahagian kategori, iaitu:


clip_image002




















EX (extinct)pupus
EW (extinct in wild)pupus dalam habitat liar
CR (critically endangered)terancam kritikal
EN (endangered species)spesies terancam
VU (vulnerable species)spesies terdedah
NT (near threatened)hampir terancam

Status burung pegar:
clip_image004
NT – hampir terancam


Sekarang ni, burung pegar dah termasuk dalam NT, iaitu hampir terancam. Setiap tahun, burung pegar hanya menghasilkan 5 biji telur ketika musim mengawan; iaitu antara Ogos dan September.


Burung pegar hanya boleh dijumpai di 5 negara dalam dunia yang fana ini; iaitu di Malaysia, Brunei, Indonesia, Myanmar dan Thailand. Ia sekarang jarang dijumpai di Thailand, dan tiada rekod yang jelas mengenai populasinya di Malaysia. Walaupun ia masih dikenali di Sabah, Kalimantan dan Sumatera, tetapi ia hampir pupus di Bangka. Myanmar pula langsung tidak mempunyai rekod mengenai pegar. Disebabkan aktiviti pembalakan yang semakin menjadi-jadi, populasi pegar menjadi semakin kecil dan tren populasinya ialah menurun.


Di Malaysia, burung pegar dilindungi di Rizab Hidupan Liar Krau dan Taman Negara, di bawah Akta 76/72. Ia juga antara 280 spesies yang dilindungi daripada perdagangan dalam Appendiks 3 CITES.


Menurut Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya, “dulu-dulu ayam ni banyak, dekat pinggir hutan tepi sawah, makan serangga perosak padi dan makan siput gondang. Itulah sebabnya dikatakan ayam pegar ni boleh menjaga padi. Selain dia makan serangga perosak seperti belalang, siput gondang dan juga ketam, ayam pegar ni juga makan padi...”


Selain itu, menurutnya, ayam pegar ialah “...sejenis burung, tapi orang kampung panggil ayam sebab saiznya sebesar ayam dan melata macam ayam dan boleh terbang macam burung”.


Pendapat Dr Nor Hisham menyokong bahawa pegar itu yang sebenarnya dimaksudkan dalam peribahasa Melayu itu, dan bukan pagar.


Tengok kawan-kawan. Saya rasa disebabkan kita tak pernah melihat burung pegar, sebab tu kita tak boleh nak bangkang kalau orang kata ‘Pagar’. Sebab kita sendiri tak kenal apa tu pegar.


Generasi saya pun dah tak tahu burung pegar tu apa, apatah lagi generasi yang terkemudian. Tak mustahil kalau burung pegar tu pupus nanti, sampai ke kiamat kita guna ‘harapkan pagar, pagar makan padi.’ Takde siapa yang akan betulkan kita. Sedih tak?


Sebagai pelajar Alam Sekitar, mestilah terasa betul apa yang selama ni pensyarah dan cikgu ajarkan. Rupanya kepupusan binatang pun berkait rapat dengan kayanya bahasa kita. Semakin banyak spesies pupus, semakin kurang perbendaharaan kata kita. Lepas tu kita main tibai perkataan ikut suka. Pegar jadi pagar, batok jadi batuk. Anak cucu kita lagilah tak tau apa-apa; deorang pun terima je; rupanya batuk dekat tangga tu buat kerja separuh jalan. Tapi tak faham signifikasinya apa. Yang lagi sedih, DBP nafikan kesilapan mereka. Kalau macam tu, kita akan selalu kerugian. Bahasa kita kaya, tapi yang DBP suruh guna tu je yang kita boleh guna. Kalau deorang silap, deorang taknak mengaku pulak tu.


Oh, ada tambahan lagi.


Menurut sumber-sumber tertentu, sebenarnya banyak lagi perkataan yang tersilap diterjemah daripada Jawi ke Rumi. Antaranya:


Tahukah anda apa maksud PADAM dalam peribahasa Merah Padam? Peribahasa yang betul ialah Merah PADMA.


Padma merupakan sejenis bunga teratai yang berwarna merah.


Kesilapan terjadi ketika menterjemah jawi kepada rumi.


فدم = PADMA.


- Dr. Ramzah Dambul.


(sekali lagi kredit kepada Rashid Rahman Hassan!)


Selama ni kita panggil merah padam. Tapi kenapa ‘padam’ pun kita tak tahu. Apa tu padam? Kenapa merah padam? Tapi kita terima bulat-bulat. Rupanya padma yang dimaksudkan. Merah padma; kemerahan seperti bunga teratai.



pink-lotus



Merah padma: Warna pipi kita bila kita malu…



Selain itu, tiada perkataan merbahaya. Yang ada ialah ‘mara bahaya’. Dan tiada perkataan mergastua. Yang ada ialah ‘margasatwa’. Sahabat saya di Indonesia yang menerangkan kepada saya berikutan daripada entry ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.


Terlopong jugaklah sekejap. Rupanya banyak lagi kesilapan Jawi kepada rumi. Persoalannya, bilakah Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengambil tindakan daripada asyik menafikan kesilapan mereka?


Nampaknya ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Dewan Bahasa dan Pustaka seolah-olah ‘melepaskan batok di tangga’, tak pernah nak kaji habis-habisan aspek Bahasa Melayu.


Oklah. Itu saja untuk kali ni. Jika anda rasakan entry ini ada pengetahuan penting untuk dikongsi, silalah share. Tak perlu mintak kebenaran. Tapi kalau taknak share pun takpe, saya tak paksa pun. Dan jika anda rasa ada lagi pengetahuan tentang kesilapan lain dalam Bahasa Melayu, boleh tinggalkan komen di bawah. Saya akan kreditkan nama anda sekali; jangan risau.


Itu saja. Hingga bertemu lagi. Assalamualaikum dan jumpa lagi!



bird










Sultan Ismail Petra Airport, domestic airport, one million average annual passenger

‎"Those who wish to cut short the travelling time (and no have more time to takte in the sight and secret of Kelantan) can always take a flight to the Sultan Ismail Petra Airport in Kota Bharu. One of the busiest domestic airport in Malaysia, it has an average annual passenger traffic of more than one million - a remarkable achievement for a non-international airport. - Convergence, Vol 10 DEC 2011 - Jan 2012.

Huh, bangga den jap.

Bila nak naik taraf international airport? Rasanya ramai orang Kelantan gi oversea melalui KL. Landasan x pjg? Jgn risau, dah lama MAB dah amik tanah untuk panjangkan landasan, cuma tunggu signal dari Kerajaan Persekutuan je.

:)








Kabinet arah tangguh skim SBPA sektor awam

SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.

Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewan gan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.

Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.

"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.

Sebelum ini wujud dakwaan kononnya kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.

Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bulan lalu.

SBPA memperkenalkan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Menurut sumber itu, kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat.

Mengenai tempoh penangguhan, sumber memberitahu, "ia kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, juga kemungkinan hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir, supaya segala rasa tidak puas hati selesai dan diatasi secara menyeluruh."

Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan enggan mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

"Tunggulah esok, maklumat jelas akan dikeluarkan," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi.

Pada 18 Disember lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pertemuan itu telah diadakan akhir bulan lalu.

Ketika itu, Cuepacs juga meminta ahli-ahlinya tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai.

Jabatan itu membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari selepas pertemuan Cuepacs dengan Najib.

Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.

Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sebelum ini.

Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya.

Ada yang mendakwa menerima kenaikan gaji jauh lebih rendah daripada kadar yang diumumkan Najib.

“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” kata Omar ketika itu.

Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.