Wednesday, January 2, 2013

Parti liar di kelab eksklusif Kuala Terengganu diserbu




PIHAK penguat kuasa memeriksa kesan minuman keras di dewan sebuah kelab eksklusif di negeri ini semalam.


KUALA TERENGGANU - Keghairahan kira-kira 100 pengunjung sebuah kelab eksklusif di negeri ini berpesta sempena menyambut tahun baru tergendala apabila kawasan tersebut diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).
Serbuan yang turut disertai Majlis Daerah Kuala Terengganu dan Agensi Dadah Kebangsaan itu dilakukan selepas menerima maklumat terdapat iklan dan gambar-gambar tidak senonoh penganjuran parti itu di dalam laman sosial Facebook.
Bukti ada rancangan parti liar membabitkan lelaki dan wanita itu dikuatkan lagi apabila hasil risikan mendapati dewan di kelab eksklusif itu sudah ditempah pada 31 Disember.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2GnYRCpKJ 
Hakcipta terpelihara 

Alia al-Mahdi (mesir) berbogel untuk membantah undang-undang syariah di mesir - (Maaf, terpaksa publish walaupun 18SX)



Naked Femen Chicks & Naked Egyptian Activist Alia al-Mahdi Get Naked In Stockholm To Protest Egypt's Islamist Constitution

"Today in the snowbound Stockholm the world has seen apocalyptic picture. International women's movement FEMEN and antiislamist Egyptian activist Alia al-Mahdi have called to say NO to Sharia constitution in Egypt! Before the decisive day of the referendum in Egypt activists came to the Embassy of Egypt in Stockholm to support Egyptian heroes who are resisting the sharia-dictatorial draft of the constitution of the president Morsi. FEMEN calls people of Great Egypt to deny this religious bondage of newly appeared prophet Morsi and to give the chance for Egypt for the rightful democratic development."

Hmmm I've never seen "Coran" spelled that way before.





PS. I am bumping this post to keep it on the front page, it's been wildly popular with our Egyptian friends and has nearly 17,000 hits since Thursday. Their comments are appreciated;)

















http://blazingcatfur.blogspot.com/2012/12/naked-femen-chicks-naked-egyptian.html


p/s: "shariah is not a constitution". inilah yang berlaku sekiranya dalam kepala perlembagaan negara lebih tinggi Al Quran. Kepada hosni mubarak yg tgh sakit tu, siap sedia dgn jawapan utk ditanya soalan kepada benih2 yg dicambah oleh anda ini.

Tuesday, January 1, 2013

Arab, apa mat salleh buat semua nak tiru.

Cycling for Royalty, C4-R





Demi sebuah perjuangan.... R melancarkan CYCLING FOR ROYALTY (C4-R) KB - KLCC # Berbasikal Tuntut Royalti KB - KLCC sejauh 650km, melalui Terengganu, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Akan berakhir di KLCC pada 11hb, kemuncaknya di Stadium Merdeka pada 12hb pada Himpunan Sejuta Rakyat!

Rakyat Kelantan dan Malaysia yang cintakan keadilan dalam memperjuangkan hak hasil bumi Kelantan, anda semua dijemput meraikan para AKTIVIS R (C4R) di setiap laluan yang kami lalui.

** Sumbangan kewangan, BASIKAL, jaket keselamatan, helmet, makan-minum, tempat tinggal dll sangat dialu-alukan demi perjuangan ini. Boleh berhubung dengan Cik Nurul: 0199159559.


















Empangan Paya Peda Besut Pecah, Siapa Bertanggungjawab Bayar Kerugian Penduduk?



Projek Pembangunan Empangan Paya Peda ini terletak di daerah Besut kira-kira 17 kilometer dari Bandar Jerteh.

Dewan Pemuda PAS Malaysia diberitahu bahawa Jaks Resources Berhad diamanahkan untuk menyiapkan projek ini dengan kerjasama Pembinaan Sujaman Sdn Bhd bermula 19 November 2009 dan dijangka siap pada Julai 2013.

Projek ini mendapat peruntukkan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sebanyak RM333 juta bagi membiayai projek tersebut. Akan tetapi, catatan CIDB menunjukkan nilai sebenar projek hanyalah RM166,549,799.42.

Pada 25 Disember, Sinar Harian melaporkan ‘Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah’. Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said membuat kenyataan bahawa empangan terpaksa dipecahkan demi mengurangkan risiko tekanan.

Akibatnya sejumlah 1000 penduduk dipindah ke pusat pemindahan banjir(sesetengah akhbar melaporkan lebih kurang 2000 penduduk terlibat (230 buah rumah).

Pada 27 Disember, Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA) di dalam akhbar Berita Harian Online telah membuat kenyataan media yang bercanggah dengan kenyataan Dato’ Ahmad Said pada 25 Disember lalu. Beliau menyatakan bahawa punca kejadian ialah satu bahagian tebing hulu empangan berkenaan telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.

Beliau menyatakan bahawa terdapar campur tangan penduduk setempat ketika pekerja mereka sedang melakukan kerja-kerja pengorekan bagi membuat lencongan air untuk memastikan takungan air dalam empangan utama tidak melimpah keluar.

Anggaran kerugian sekitar RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap buah rumah yang terlibat (230 buah rumah keseluruhan). Premis perniagaan pula dianggarkan menanggung kerugian sekitar RM20ribu hingga RM30ribu setiap premis.

Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri telah mengadakan lawatan ke Empangan Paya Peda tersebut pada 29 Disember 2012 bagi melihat sendiri keadaannya. Pihak Dewan Pemuda PAS juga telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah penduduk yang telah terlibat secara langsung dengan kesan empangan yang pecah ini. Rata-ratanya melahirkan rasa kecewa kerana penduduk tidak diberitahu oleh pihak berkuasa tentang keadaan yang sebenar sebelum kejadian berlaku.

Di sini, Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mempersoalkan ;

Kenapa terdapat percanggahan di antara kenyataan

1 Dato’ Ahmad Said dengan kenyataan jurutera KETARA, Ir Wee Yit Ming?
2 Kenapa tiada notis awal tidak dikeluarkan dan dimaklumkan kepada penduduk setempat sekiranya benar dipecahkan?
3 Kenapa sekumpulan penduduk menghalang kerja-kerja pengorekan lencongan bagi mengelakkan limpahan air takungan keluar daripada empangan utama?
Mengapa boleh berlaku jurang yang sangat ketara di
4 Antara nilai projek sebenar yang dilaporkan CIDB iaitu RM166,549,799.42 dengan apa yang diumumkan oleh Kementerian dan juga Menteri Besar sendiri iaitu RM333 juta?
5 Kenapa projek sebesar ini tiada Emergency Response Plan bagi menangani isu-isu kecemasan seperti ini.
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga ingin mendesak :

1 Pihak Jabatan Saliran Negeri Terengganu dan Pihak Kerajaan Negeri sendiri menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Bebas yang akan menyiasat secara terperinci Plan Tindakan Kecemasan sekiranya ada dan apa punca-punca berlaku kejadian itu.

2 Semua penduduk yang terbabit hendaklah diberikan pampasan sewajarnya agar meringankan beban mereka.

Disediakan oleh ;

NASRUDIN HASSAN
Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia


http://greenboc.blogspot.com/2013/01/video-empangan-paya-peda-besut-pecah.html

Integriti dalam dunia akademik




LUMRAHNYA golongan akademik adalah komuniti yang dianggap kudus, berintegriti, berakhlak tinggi, serta boleh dipercayai dari segi menjana dan mengukuhkan khazanah ilmu. Hanya akhir-akhir ini komuniti tersebut telah dicemari dengan unsur-unsur negatif yang berpunca daripada pelbagai faktor, sama ada kerana permainan ranking atau faktor-faktor lain, sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja 'kecurangan akademik' demi mengejar pangkat dan kedudukan.
Istilah 'kecurangan' atau 'jenayah akademik' merujuk kepada perilaku segelintir pensyarah universiti yang melanggar etika dan amalan baik profesion perguruan tinggi melalui penyelewengan kuasa atau membuat dakwaan palsu.

Jenayah akademik dapat dibahagikan kepada tiga jenis: pertama, pembohongan dalam penulisan biodata; kedua, penipuan dalam penerbitan; ketiga, salah laku dalam tugas pengajaran, penyeliaan dan penyelidikan.

Biodata yang sangat hebat

Etika asas penulisan Curriculum vitae (CV) ialah kejujuran dan keikhlasan, tetapi penyelewengan maklumat di dalamnya sering berlaku dengan memasukkan apa yang disebut dalam bahasa Inggeris half truth.

Maklumat yang dimuatkan kadang-kadang tidak tepat dan boleh mengelirukan. Satu contoh klasik ialah bagaimana seorang pensyarah membuat dakwaan palsu bahawa beliau pernah menjadi penyelia Phd di sebuah universiti terkenal di England.
Pensyarah berkenaan kebetulan menjadi pelawat selama enam bulan di universiti tersebut. Dalam tempoh tersebut beliau telah dikunjungi oleh seorang pelajar Phd yang ingin mendapatkan pandangannya.

Apabila pensyarah itu pulang ke tanah air beliau telah mengemaskini CVnya dengan memasukkan maklumat bahawa beliau telah dilantik sebagai penyelia Phd di universiti tersebut. Sungguh hebat!
Pengakuan "separuh benar" itu sangat menarik. Pertama, beliau berbuat demikian kerana terdesak. Permohonan menjadi profesor menghendaki seseorang itu menjadi penyelia Phd terlebih dahulu. Maka dirangkumnya pelajar di England itu sebagai calon Phd di bawah seliaannya.

Kedua, nak dipanjangkan cerita, siasatan telah dibuat oleh pihak dekan. Terbukti berlakunya pembohongan terang-terangan dalam CV berkenaan. Bahkan calon Phd yang dikatakan diselianya itu telah membuat pengakuan bertulis menafikan bahawa pensyarah itu adalah penyelianya.

Penulisan dalam percetakan


Satu contoh lagi ialah bagaimana seorang pensyarah dilantik menjadi profesor kerana dalam CVnya terdapat tajuk buku yang sangat berwibawa. Sewaktu ditemuduga beliau telah menunjukkan kulit buku yang kononnya masih dalam percetakan.

Namun demikian, bukunya itu tak keluar-keluar setelah sekian lama. Maka terkenallah profesor itu di kalangan rakan seangkatannya sebagai "profesor kulit buku," Yang lain memanggilnya unbooked profesor.

Selain buku, makalah dalam percetakan juga tidak terkecuali daripada disenaraikan dalam CV sebagai usaha untuk menunjukkan jumlah penerbitan. Petua umumnya ialah kita jangan mudah percaya dengan bahan yang masih dalam percetakan.

Taktik lain adalah mengumpul beberapa kertas kerja yang diformat semula dan dijilid seolah-olah seperti buku, lalu dipersembahkan sebagai karya akademik bertaraf buku.

Dalam amalan akademik, kertas kerja yang dikumpul dan dijilid dipanggil prosiding. Untuk menjadikannya buku tidak salah, tetapi prosesnya memerlukan penyuntingan dan penilaian yang ketat oleh pakar bidang. Kalau kertas kerja itu dijilid mentah-mentah tanpa suntingan rapi sebaik sahaja berlangsungnya seminar, maka integriti orang yang menjadi penyunting 'buku' itu boleh dipersoalkan.

Bayi tunggal bidan sepuluh

Kita pernah mendengar fenomena pembonceng gratis dalam bentuk penulis bersama. Amalan ini bukan perkara baru dalam dunia akademik, tetapi akhir-akhir ini kita sering melihat karya akademik yang mempunyai terlalu ramai penulis bersama, ada yang sampai sepuluh orang. Setelah diteliti ternyata bukan semua sepuluh orang itu pakar dalam bidang berkenaan, tetapi nama-nama mereka dimasukkan dengan tujuan menambahkan jumlah penerbitan setiap orang.

Fenomena yang seakan-akan sama juga berlaku dalam penulisan kertas kerja bergabung. Kertas kerja yang dimaksudkan itu adalah hasil kerja berpasukan tetapi pembahagian tugasnya sangat menarik. Salah seorang akan menjadi penulis. Seorang lagi akan menaja perbelanjaan ke luar negara untuk menghadiri seminar. Mungkin ada seorang lagi yang akan menjadi pembentang kertas kerja tersebut. Setelah pulang, ketiga-tiga orang itu akan menyenaraikan dalam CV masing-masing satu lagi kertas kerja antarabangsa.

Menciplak tugasan pelajar

Demi memperbanyakkan jumlah penerbitan ada pensyarah yang menciplak tugasan pelajar terutama sekali hasil kerja pelajar sarjana dan Phd. Tugasan pelajar diedit semula dan diterbitkan dalam bentuk artikel tanpa sebarang pengiktirafan kepada pelajar berkenaan.

Bukan setakat itu, ada pensyarah yang mengguna keringat dan titik peluh pelajar untuk menjalankan penyelidikan peribadi mereka dengan alasan bahawa itu adalah sebahagian daripada kerja kursus pelajar. Hasil penyelidikan itu digunakan oleh pensyarah berkenaan sebagai penerbitan asalnya, sementara pelajar berputih mata kerana langsung tidak diberikan sebarang ganjaran ataupun pengiktirafan.
Kewajaran yang digunakan oleh golongan ini ialah sebagai penyelia, mereka berhak ke atas hasil kerja pelajar kerana merekalah yang mengeluarkan idea asal dan bimbingan - satu lagi bentuk pentakrifan semula etika akademik yang mungkin tidak akan berlaku di Barat.

Sibuk dengan penyelidikan

Penyelidikan merupakan salah satu kriteria yang diambil kira dalam kenaikan pangkat. Jenayah akademik yang melibatkan penyelidikan berlaku dalam pelbagai bentuk, antaranya pengurusan dana yang penuh dengan penipuan, sama ada dalam bentuk tuntutan perjalanan, perbelanjaan runcit, pembayaran kepada pembantu penyelidik 'hantu' serta penggunaan keringat pelajar secara percuma.
Selain itu terdapat mereka yang menjalankan kerja-kerja perundingan secara diam-diam tanpa memaklumkan kepada universiti tetapi mereka ini rakus pula menggunakan kemudahan universiti dan tenaga kakitangan sokongan pada waktu pejabat dengan dakwaan itu adalah tugas rasmi.

Pensyarah golongan ini biasanya banyak membatalkan kuliah dan tutorial atau mengajar tidak cukup jam. Ada pula yang menyuruh 'keldai akademik' melakukan kerja-kerja pengajaran bagi pihaknya. Keldai tersebut terdiri daripada pensyarah muda yang menaruh harapan kepada pensyarah kanan dan yang 
berpengaruh itu.

Tiba-tiba bergelar Dr.

Pada zaman dahulu peluang untuk mendapatkan Phd adalah sangat sukar kerana prosedur penilaian yang sangat ketat. Apa yang berlaku sekarang ialah ramai orang yang mendapat Phd dengan begitu mudah, terutama sekali di kalangan ahli perniagaan dan ahli politik. Hampir tidak percaya -- bila masa pula mereka ini mengikuti pengajian di peringkat Phd?

Ada beberapa kelompongan yang terdapat dalam proses mendapatkan gelaran Dr. Kalau di luar negara ada Phd yang 'boleh dibeli' terutama sekali daripada universiti yang integritinya diragui, di Malaysia caranya agak berlainan.

Proses asas memperolehi Phd melibatkan tiga tahap; penyelidikan, penulisan dan penilaian. Nampaknya akhir-akhir ini ada beberapa kes di mana tahap pertama dan kedua itu boleh 'diswastakan' mengikut kadar bayaran yang boleh dirunding. Maka muncullah penyelidik upahan dan penulis hantu - satu industri hiliran baru dalam dunia akademik.

Penilaian tesis Phd di universiti luar negara biasanya melalui proses yang sangat ketat dengan pemeriksa yang dilantik secara objektif mengikut bidang kepakaran masing-masing. Bahkan penyelia tidak boleh campur tangan dalam pelantikan tersebut.

Di Malaysia siapa yang akan menjadi penilai 'bisa diatur' dengan pemeriksanya merangkumi daripada kalangan kawan-kawan baik penyelia tesis. Yang menariknya ialah apabila kawan-kawannya itu mempunyai pelajar Phd yang hendak dinilai, maka penyelia ini akan dilantik pula sebagai pemeriksa. Maka wujudlah lingkaran 'hutang budi' yang sangat merbahaya.

Perkembangan akademik yang tidak sihat ini sedikit sebanyak merosakkan persepsi dunia luar terhadap integriti akademik Malaysia. Biarpun seseorang itu mempunyai CV yang sangat impresif, namun dunia di luar sana sudah lama mengetahui tentang permainan kotor segelintir golongan akademik di negara ini.
Seseorang mungkin bergelar Dr. atau profesor, tetapi kalau proses perolehannya diragui maka tak akan ke mana komuniti akademik kita di persada antarabangsa.

Yang menariknya jenayah akademik bukanlah jenayah yang boleh dikenakan tindakan mengikut hukum kanun negara. Maka berleluasalah pelanggaran etika akademik dalam pelbagai bentuk dewasa ini.

Prof. Dr. Mohamed Yusoff Ismail Fakulti Sains Sosial Gunaan Universiti Terbuka Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm#ixzz2GhYUu6te
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sekitar Majlis Sambutan tahun baru 2013






\