Friday, January 4, 2013

Kedutaan Jepun kata duit RM207 billion PAMPASAN KERETAPI dah di beri sekitar tahun 90an lagi..!!!



(Pertemuan Sekretariat Jejak dengan wakil Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."

Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma  yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak. 

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.
Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.

(Rombongan bergambar di perkarangan kedutaan selepas berjumpa pegawai kedutaan)

Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara  ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.

"Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.

Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan,  "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruk paksa  ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946".

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

"Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.



TAK HALAL

"Saya tak halalkan duit pampasan tu "kata Pak Hashim Yaakob,mangsa buruh paksa Jepun beumur 112 tahun yang ditemui sekretariat "jejak".


Sekretariat "Jejak" buruh paksa landasan maut akan pergi ke kedutaan Jepun untuk mendapat maklumat dan penjelasan kenapa wang RM207 bilion tidak sampai ke tangan mangsa buruh paksa,landasan keretapi maut. Sedangkan negara sperti Indonesia dan Vietnam sudah membayarnya.


Menurut DS Nizar pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.

Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain”.



Thursday, January 3, 2013

Gangguan Bekalan Air: Syabas Gagal Baiki Pam Rosak Lebih Setahun

Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menunding jari kepada Kerajaan Selangor bagi menutup kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur amat tidak bertanggungjawab.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, syarikat itu mempunyai obligasi untuk menyelenggarakan se
mua aset dan fasiliti pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS.

"Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Negeri Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklan Rumah Pam Wangsa Maju. Oleh itu, tiada sebab mengapa SYABAS boleh menuding jari kepada kerajaan negeri, “ kata Menteri Besar.

Terdapat lima unit pam Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari lalu mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut.

"Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Waju oleh Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari 2013 dan melalui pemerhatian dari buku log operasi pam untuk tahun 2012, didapati bahawa pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki,” kata Menteri Besar.

Menteri Besar berkata, hasil siasatan jawatankuasa itu telah membuat kesimpulan bahawa SYABAS;

1. Gagal melaksanakan penyelenggaraan ke atas aset-aset dan fasiliti bekalan air yang telah sepenuhnya diletakkan di bawah pengendalian SYABAS bermula dari 1 Januari 2005 walaupun Perjanjian Konsesi memperuntukkan bahawa adalah menjadi obligasi SYABAS untuk menyelenggarakan semua aset dan fasiliti bekalan air

2. Gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di Rumah Pam berkenaan dan kegagalan mengenal pasti kerosakan ini telah menyebabkan kerosakan lebih besar lagi berlaku dan seterusnya menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna

3. Gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut

4. Gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada Kerajaan Negeri Selangor sebaliknya menggunakan isu ketidakcukupan air untuk menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna.

Menteri Besar berkata, gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak kepada siri-siri kegagalan SYABAS memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktud dalam Perjanjian Konsesi .

Justeru, Kerajaan Selangor mendesak kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA).

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 


Aduan Rakyat Langkawi Mengapa tutup Pantai Tanjung Rhu?

'Sekarang sudah tutup' ? .. petang semalam lepas balik kerja aku ajak anak isteri aku pi makan kat Tanjung Rhu .. sampai di tengah jalan Tanjung Rhu tu ada pengawal (rasa2 aku NEPAL) tahan ..abang mau pegi mana ? 
..Saya nak pi makan . ..
ooo sekarang sudah tutup jalan ni ..lepas jam 5.30ptg kita tutup ..
Pasal apa tutup ..saya nak pi makan saja .. sebelum ok jer ..
Sekarang kita tutup ini jalan , sapa pun tak boleh lalu KEDAI semua sudah tutup ..
( aku tengok jam baru pukui 6ptg )
Aku pun undur kereta nak balik .. tiba2 ada sorang mamat tu naik motor ada cangkul dalam raga motor dia angkat tangan kat sekuriti tu dan terus melalui pagar tersebut .. aku pun tanya la sekuriti tu ..
..eh apsal dia boleh masuk ?
..itu dia orang sini mahu pegi mancing ..
..saya pun orang sini juga ..
encik tak boleh masuk .. ( ini double std )
aku terus masuk juga ( tengok sekuriti tu keluarkan walkie talkie - entah dia cakap apa pun lantak la .. )
Sampai kat hujung pantai Tanjung Rhu .. KEDAI MAKAN masih buka lagi dan ada KEDAI BAJU pun buka lagi .. tanya sama pelayan kat situ tutup pukul berapa ..dia cakap dalam 7.30ptg . Aku pun siap order ABC 2 Mee kuah dan Nasi paprik kat situ ..lepas makan kami balik .Rupa nya phak sekuriti iaitu wakil Tanjung Rhu Resort sudah tipu sama aku pasal kedai sudah tutup .
Kalau macam ni ..tak boleh cari makan peniaga kat sini bermula jam 5.30ptg .
( Lepas balik tu - aku cakap kat sekuriti - awak tipu la ,kedai buka lagi mana tutup pun .. dia kata pulak kita sini tutup jam 5.30ptg - putar belit - tadi hang kata kedai dah tutup . Pastu dalam gambar kat atas tu masa aku nak balik dah ada pelancong asing naik motor tak dapat masuk sebab jalan di tutup - Ya sekarang Tanjung Rhu dah tutup jalan selepas 5.30ptg - HAK DEPA )


Mereka mendarat di satu kawasan di Langkawi..Adakah di Sini?

Coppppp...

Ok.. Baru baru ni kita di kejutkan [gua tak terkejut pun] kapal dari Burma yang kononnya tersesat ke Langkawi.. mengapa Langkawi ntah lah.. sedangkan negara terhampir Bangladesh.. Thailand ada jer..tapi dia pilih Langkawi..apa kot2 kaum2 Burma yang dah berumahtangga kat Bukit Malut dan Taman Nilam dok hallo kasi GPS potition mana la tahu kan? cuma mereka terbabas dan media dah tahu jer..


Berita Terbaru...Pendaratan Sebuah Kapal Asing Yang Membawa Berpuluh Mungkin Beratus Pendatang Asing Berlabuh Di Pantai Berhampiran Hotel Berjaya&Hotel Mutiara Burau Jam 1 Lebih Tengahari Arini.







Gua dah putus sumber kewangan dah nak buat sesi terjah 3.0 ke Langkawi.. so sesapa yang tinggal di Langkawi.. jika anda sayangkan negara anda.. anda harus korbankan sedikit masa dan wang ringgit untuk menyiasat KEMANA HILANGNYA Burma2 ini selepas mendarat di Langkawi minggu lepas..sekian..

Ikuti laporan terdahulu berkaitan Burma Langkawi sila klick
 [sini]



http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/01/aduan-rakyat-langkawi-mengapa-tutup.html

Sejarah Asal Usul Jajahan Kelantan

Sejarah Asal Silloh Kota Bharu I

Kota Bharu ialah ibu kota negeri Kelantan telah dibuka secara rasminya oleh Sultan Muhammad II (Sultan Senik Mulut Merah) pada tahun 1844. Namun kawasan penempatan di situ dipercayai telah diterokai lama sebelum itu. Apabila Sultan Muhammad I (Long Muhammad bin Long Yunus) mangkat pada tahun 1837, Long Zainal (adinda kepada Sultan Muhammad I) dengan sokongan sejumlah kerabat Diraja mengisytiharkan dirinya sebagai Yang DiPertuan Kelantan. Manakala Long Senik Mulut Merah (anak saudara kepada Almarhum Sultan Muhammad I dan Long Zainal) yang dipersetujui bakal pengganti oleh Almarhum Sultan Muhammad I telah diketepikan.


Sejarah Asal Silloh Kota Bharu II

Kota Bharu terletak tidak jauh dari Sungai Kelantan. Perkataan "Kota" bermaksud sesebuah Bandar dan "Kota Bharu" adalah sebuah bandar yang baru. Kota Bharu terletak di Tebing sebelah Timur Sungai Kelantan dan agak jauh dengan landasan keretapi yang terletak di Tebing sebelah Barat Sungai Kelantan.Bandar ini adalah pusat komersil dan ekonomi serta juga Bandar Diraja Kelantan.


 Sejarah Asal Silloh Pasir Puteh

Bandar Pasir Puteh terletak di tebing Sungai Semerak, kira-kira 30 kilometer ke selatan Kota Bharu. Sebelum dikenali sebagai Pasir Puteh, tempat ini terkenal sebagai Pangkalan Limbungan. Bandar Pasir Puteh mendapat namanya setelah Sultan Muhammad IV melawat tempat berkenaan di mana baginda begitu kagum dengan keputihan dan kilauan pasir sepanjang pantainya. Pada tahun 1911, Sultan telah bersetuju menamakan tempat berkenaan Pasir Puteh yang bererti pasir pantai yang putih. Tempat ini juga merupakan tempat dimana, pahlawan Kelantan iaitu Tok Janggut membina pasukan kepahlawanan Melayu bagi menentang kewujudan cukai di Kelantan. Pada tahun sebelum 1911, Jeram dekat Pasir Puteh diperintah oleh seorang pembesar yang bergelar Seri Maharaja Tua.


Sejarah Asal Silloh Tumpat ( Sila Baca Molek dan Fahami Molek )

Tumpat terletak 22.5 kilometer di barat laut Kota Bharu. Tumpat bermaksud tammat atau penyudah sesuatu tetapi bagi perkataan Melayu, tumpat juga bermakna suatu ruang kosong yang penuh terisi. Mengikut cerita orang-orang lama/tua, Tumpat telah terbina sejak 190 tahun yang lalu. Barang keperluan terpaksa dibawa dari Kota Bharu tanpa jalan perhubungan yang sempurna dan apa-apa jua keperluan yang ingin dibawa keluar terpaksa menggunakan sampan. Pelabuhan ini semakin sibuk apabila pada awal kurun pemerintahan British membawa beberapa pembaharuan yang membolehkan pengangkutan lebih besar keluar masuk.

Sebelum ini hanya pengangkutan antara 300 dan 400 tan yang mampu berlabuh tetapi setelah itu lebih banyak pengangkutan dapat singgah sebelum meneruskan perjalanan ke pelabuhan Singapura. Ketua pelabuhan yang pertama ialah William Kerr seorang pegawai Inggeris dalam Perkhidmatan Awam Siam yang ditempatkan di Kelantan sebelum tahun 1909 yang datang dari Bangkok.Potret beliau telah digantung pada dinding Kelab Tumpat. Tumpat mempunyai 5 buah pulau kecil iaitu Tanjong Dato, Tanjong Pak Jah, Tanjong Che Mas, Tanjung Che Tahir dan Tanjung Rulah yang terletak di kawasan Kuala Sungai Kelantan di sebelah barat. Setiap satunya terletak berdekatan antara satu sama lain.


Sejarah Asal Silloh Rantau Panjang

Rantau Panjang terletak kira-kira 45 km di sebelah Kota Bharu dan merupakan sebuah tempat yang terkenal dan sentiasa menjadi tumpuan ramai. Rantau Panjang juga adalah salah satu pintu masuk ke Malaysia dari negeri Thai. Perkampungan ini dinamakan sempena susun atur perumahan panjang yang dibina semasa pembinaan landasan keretapi di Kelantan pada tahun 1915. Rantau Panjang membawa maksud "perjalanan pencapaian yang panjang/lama" .


Sejarah Asal Silloh Pasir Mas

Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh (Salleh) Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas agama di Pasir Mas.

Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.


Sejarah Asal Silloh Gua Musang

Gua Musang bermaksud "gua atau tempat musang". Ia sebuah pekan kecil yang diselusuri oleh jalan keretapi. Terletak kira-kira 160 km di Ulu Kelantan di selatan Kuala Krai. Di bahagian timur pekan ini, ada sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Gua Musang setinggi 105 meter. Pada masa dahulu sebelum diterokai, kawasan ini dihuni oleh masyarakat orang asli yang hidup dengan memburu, suka berpindah-randah dan tidak bergaul dengan masyarakat lain.

Kejadian bermula apabila sekumpulan orang asli ini keluar berburu namun tidak mendapat hasil tangakapan. Mereka menanti seketika sehinggalah ternampak seekor ayam hutan yang berlari dengan pantas. Rupa-rupanya ayam hutan itu dikejar oleh musang dan mereka pun mengekori ayam itu. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila ayam tersebut hilang di dalam hutan tebal itu. Tidak lama selepas itu, mereka sekali lagi terserempak dengan seekor musang sedang mengejar ayam hutan tidak jauh dari tempat kejadian yang pertama tadi. Kali ini juga mereka tidak sempat menyumpit ayam hutan itu. Kedua-dua kejadian ini menghairankan mereka kerana sebelum ini kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku. Biasanya mereka dapat menyumpit binatang yang diburu, akan tetapi pada hari itu mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Pada hari berikutnya apabila mereka keluar berburu, kejadian yang sama juga berlaku di mana mereka ternampak musang sedang mengejar ayam hutan di tempat yang sama ditepi sebuah gua. Mereka cuba menyumpit ayam hutan itu tetapi gagal dan kejadian ini menambahkan lagi kehairanan mereka. Keesokkan harinya mereka keluar meramai-ramai untuk mengesan tempat hilangnya ayam-ayam hutan yang dikejar oleh musang sejak beberapa hari lalu. Mereka menjumpai satu lubang yang menyerupai seekor musang sedang mengejar seekor ayam.

Setelah melihat bentuk gua tersebut mereka berasa takut dan terus meninggalkan tempat itu. Mereka menamakan tempat itu Gua Musang. Sekarang gua tersebut menjadi daya tarikan pelancong kerana di dalam gua itu terdapat batu dengan pelbagai bentuk. Ada bentuk yang menyerupai ular, kepala gajah, gendang, telaga air terjun dan buah belimbing.


Sejarah Asal Silloh Machang

Machang terletak 43.5 kilometer di selatan Kota Bharu. Sejarahnya bermula sebelum banjir besar pada tahun 1926, apabila negeri Kelantan dilanda suatu ribut yang dahsyat dan banjir besar. Ribut itu telah merosakkan hampir semua perkampungan di negeri Kelantan. Malapetaka tersebut telah memusnahkan semua tanaman penduduk kampung dan penduduk negeri Kelantan hidup dalam kesusahan. Ini menyebabkan kebanyakkan anak-anak muda terpaksa berhijrah ketempat lain bagi mencari tempat baru yang lebih selamat untuk memulakan kehidupan baru.

Antara anak muda yang keluar merantau itu adalah Senik Awang Kechik. Beliau merantau dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bertemu satu tempat yang subur untuk bercucuk tanam. Kian hari kian bertambah rezeki Senik dan berita kemewahannya telah tersebar ke kampung yang berdekatan. Tempat Senik telah menjadi sebuah kampung dan ia dinamakan sempena nama buah machang atau Mangifera Foetida yang tumbuh di kampung tersebut.


Sejarah Asal Silloh Bachok

Bachok ialah sebuah pekan yang terletak kira-kira 35 km di tenggara Kota Bharu. Tempat ini lebih dikenali sebagai perkampungan nelayan dengan pantainya yang menarik diantaranya yang terkenal ialah Pantai Irama, Pantai Kandis, Pantai Kemayang, Pantai Melawi dan Pantai Pengkalan Pateh.

Pada masa dahulu sejumlah orang Siam telah datang ke Bachok dan menetap di situ sebagai nelayan. Di antara kampung orang Siam yang terkenal di Bachok ialah Kampung Aril.

Nama Bachok dikatakan berasal dari dua perkataan Siam iaitu Ban dan Choh. Ban bererti kampung dan Choh pula bermakna jala/jaring untuk menangkap ikan. Orang Siam memanggil tempat itu Ban Choh kerana mata pencarian penduduknya tertumpu kepada menangkap ikan. Sebutan Ban Choh akhirnya bertukar menjadi Bachok mengikut loghat Kelantan.

Wednesday, January 2, 2013

Selingkar Kisah Lama - Mona Fandey



Sekadar pengajaran..... industri perbomohan masih aktif di kalangan artis, orang politik dan sebagainya...

DISCOLOR TYRE : TAYAR BEWARNA MENGINGATKAN ANDA MENUKAR TAYAR



Apabila anda memiliki kereta, anda harus tahu selok belok penjagaannya.Adalah perlu bagi pemilik untuk mengetahui bila minyak hitam, penapis minyak dan tayar harus ditukar. Bagi kami tayar kereta ialah yang agak sukar untuk maintain. Kita tak berapa perasan berapa banyak "bunga" tayar yang ada pada tayar kereta kita. Be honest now, berapa kerap anda melihat tayar anda bagi memastikan ianya tidak botak. Oleh sebab itulah kami suka dengan konsep Discolor Tyre rekaan Gao Fenglin dan Zhou Buyi. Bunga pada tayar dibuat menggunakan getah dengan dua warna berbeza. Apabila bunga sudah haus dan tiba masa untuk ditukar, lapisan getah bewarna akan kelihatan. Kini tidak ada lagi masalah lupa menukar tayar yang sudah botak. Genius idea! Adalah bagus jika konsep ini menjadi realiti. 

http://blogserius.blogspot.com/2013/01/serius-konsep-discolor-tyre-tayar.html

Kenapa perlu LIVE? hehehe