Wednesday, April 15, 2009

Pasar Malam


Masa kecik-kecik dulu, bila dengar je abah ajak gi pasar malam, berebut nak naik moto. Dah terbayang dalam kepala apa nak beli. Kepala budak apa lagi, mainan melebihi makanan dan segala-galanya. Dapat mainan kete, tolak je kuar bunyi dah suka sakan. Tiup sabun, kuar belon. Gosong dengan tangan batang dia, baling (kipas) dia terbang. Maklum la, mainan budak-budak dulu bukan macam skang. Sofistikated, futuristik, boombastic.

Ada jiran beli Brick Game susun kotak tu pun melopong dah kita tengok. Mahal, sapa nak belikan. Hidup susah kena terima je lah, tak susah mana pun, soru tak pernah miss. Thanx to abah n ma. So, sekarang aku dah keje, aku tanak dengar mana-mana pihak pertikai aku beli helikopter RC ke, motobot ke. Bila lagi nak merasa, zaman kita dulu takda, tengok orang punya je.

Biasa makanan wajib beli kat pasar malam ialah keropok gote. Dia lain sikit dengan keropok lekor terengganu. Kat Kelantan biasa dia nipis skit, sedikit keras. Tapi cicah dia best. Havoc nya pasal malam tak payah cerita lah, dengan bisingnya, dengan senda gurau kelakar si penjual. Pembeli pun kadang-kadang ketawa dengan taktik penjual. Geli hati. BIasa bermula jam 5-9pm.

Bila diperingkat dewasa, ada sesuatu terdetik bila tengok pasar malam. Meriahnya masih sama. Tapi bila habis je pasar malam, terdetik di hati, kotornya, banyak sampah. Penjual dan pembeli sama-sama mengotorkan kawasan jualan. Penjual dan pembeli sudah tiada, tinggalnya si tukang penyapu sampah seorang diri.

Apa salahnya jika PBT mengeluarkan arahan atau menggunakan sewa tapak pasar malam untuk membeli plastik sampah dan diedarkan kepada penjual. Arahannya senang. Setiap penjual harus mengutip sampah kawasan tapak masing-masing dan diikat kemas. Letak sahaja disitu dan akan diambil oleh PBT di tempat tersebut malam hari.

Rasanya ini lebih praktikal dan meresap ajaran kepada penjual untuk menjaga kebersihan. Kadang-kadang bila kita bawa orang luar negara melawat pasar malam, bangga jugak sebab dapat diorang mengenali budaya dan aktiviti ekonomi negara kita. Tapi bila lalu tapak pasar malam jam 10-11 malam atau keesokan pagi, terkedu kita bila nak menjawab pasal kebersihan.

Ada jugak terdengar kata-kata berikut dari rakan-rakan "Kalau buat macam tu, takda keje lah si tukang sapu sampah". Dalam hati aku, kalau macam tu macam mana minda kita nak maju, setakat berslogan ke arah negara maju. Minda kelas bawah, buat apa!!!

Sunday, April 12, 2009

Besday Kak Mia

Ahli Parlimen Kepong, Kuala Nerus, Hulu Selangor bandar Tun Razak, Wangsa Maju dan Subang
3 tu dah macam satu saiz, yang kecik tu ada potensi jugak abis skolah nanti hehehe

Famili Kak Nik



Bersama Poklan & isteri mekda
Yang ni baju putih ni last skali berenti makan, yang lain tangki dah penuh
Ahli parlimen Tun Razak bersama anak kesayangan
Ahli Parlimen Wangsa Maju dan apa Subang

Sedikit gambar semasa dinner besday kak mia di Tupai-Tupai kat KL. Makan steamboat. Pelik jugak nama restoran tu. Tapi menarik perhatian. Aku bukan penggila steamboat. Tapi kalau dah lapar, yang aku pantang pun aku bedal.

Terima kasih pada yang hadir, famili Wan Jah memang tak kering gusi kalau berkumpul ramai-ramai. Kalau dah parlimen diorang bersidang, sorry la nak menyampuk. Nanti kena perintah keluar dewan heheheheh. Terima kasih abg han sebab belanja kitorang.

Penyokong Bola Kelantan Merusuh

Terlambat betul nak posting cerita pasal penyokong bola Kelantan merusuh. Semasa kejadian, tengah packing barang nak ke KL, ada keje skit. 3 hari jugak kat sana. Tak sempat bukak internet.

Reaksi pertama aku selepas FAM menjatuhkan hukuman, PADAN MUKA.

Padan muka. Tak boleh tengok bola di stadium sendiri sehingga hujung musim. Kalau stadium penuh, KAFA mendapat sekitar RM100k pendapatan. Maknanya akan berkuranglah pendapatan itu nanti.

Padan muka. Sebagaimana posting Budak Kelantan, maka makin realiti lah persepsi perangai peel orang Kelantan walaupun tak semua. Tapi anggapan orang lain terhadap kita makin tebal. Sepatutnya polis mengambil tindakan kepada pihak yang memulakan sesuatu. Di dalam kelompok yang ramai, tiadak ada yang berani buat peel hodoh. Tapi bila ada seorang menjadi kepala melakukan sesuatu, percayalah, pengikutnya akan jadi ramai.

Padan muka. Sebab orang luar pasti memandang rendah pada kita. Aku pernah ke stadium itu dulu, ramai yang main mercun bola kalau ada jaringan gol atau tidak puas hati akan sesuatu. Bayangkanlah kalau mercun tu jatuh atas kepala penyokong di bawah???? Dan aku tengok depan aku seorang budak (sekolah menengah kot) kena tendang oleh polis kerana melontar mercun. Aku tengok sebelah mata je, tak kesian langsung. Padan muka sebab selalu nak buat sesuatu yang boleh menyusahkan dan bahaya kepada orang lain.

Bagilah hukuman macam mana pun. Susah nak ubah. Merosakkan kenderaan lain atau bas pasukan lawan bukan perkara baru, dah lama dengar, sejak aku sekolah rendah lagi.

Bak kata MB Kelantan, memalukan. Padan muka, nak tunjuk terer/hero/gedebe sangat. Zaman dah berubah lah, orang dah tak pandang akan hero nya seorang jika dia gedebe. Zaman skang orang tengok minda seseorang.