Terlambat betul nak posting cerita pasal penyokong bola Kelantan merusuh. Semasa kejadian, tengah packing barang nak ke KL, ada keje skit. 3 hari jugak kat sana. Tak sempat bukak internet.
Reaksi pertama aku selepas FAM menjatuhkan hukuman, PADAN MUKA.
Padan muka. Tak boleh tengok bola di stadium sendiri sehingga hujung musim. Kalau stadium penuh, KAFA mendapat sekitar RM100k pendapatan. Maknanya akan berkuranglah pendapatan itu nanti.
Padan muka. Sebagaimana posting Budak Kelantan, maka makin realiti lah persepsi perangai peel orang Kelantan walaupun tak semua. Tapi anggapan orang lain terhadap kita makin tebal. Sepatutnya polis mengambil tindakan kepada pihak yang memulakan sesuatu. Di dalam kelompok yang ramai, tiadak ada yang berani buat peel hodoh. Tapi bila ada seorang menjadi kepala melakukan sesuatu, percayalah, pengikutnya akan jadi ramai.
Padan muka. Sebab orang luar pasti memandang rendah pada kita. Aku pernah ke stadium itu dulu, ramai yang main mercun bola kalau ada jaringan gol atau tidak puas hati akan sesuatu. Bayangkanlah kalau mercun tu jatuh atas kepala penyokong di bawah???? Dan aku tengok depan aku seorang budak (sekolah menengah kot) kena tendang oleh polis kerana melontar mercun. Aku tengok sebelah mata je, tak kesian langsung. Padan muka sebab selalu nak buat sesuatu yang boleh menyusahkan dan bahaya kepada orang lain.
Bagilah hukuman macam mana pun. Susah nak ubah. Merosakkan kenderaan lain atau bas pasukan lawan bukan perkara baru, dah lama dengar, sejak aku sekolah rendah lagi.
Bak kata MB Kelantan, memalukan. Padan muka, nak tunjuk terer/hero/gedebe sangat. Zaman dah berubah lah, orang dah tak pandang akan hero nya seorang jika dia gedebe. Zaman skang orang tengok minda seseorang.
1 comment:
Ermm stuju tu.. PADAN MUKA!!!
sbelum aku ni bkn minat sgt ngan bola kt Msia ni.. biasanye aku tgok EPL jer. Tpi smlam aku dgar bapak aku membebel ngan sikap penyokong klantan.. aku pun join skali..
Rupanye btul la aku dgr sbelum ni media duk kutuk2 penyokong klantan.. teruk benor dah aku tgok.. sorang2 dah mcm beruk jer. Buat malu kat org luar jer. Aku mtk2 siaran live tu tak disiarkan kt negara luar.
Kat tmpt org takder incident2 bakar stadium ni.. aku tgok pyokong MU, Chelsea ker liverpool ker.. takder yg baling2 botol ngan mercun.. walaupun dia org tu fanatik, tpi mindset and mentality diaorg tk sekolot pyokong kt sbelah sini.
Memang memalukan.. smalam msa gol pertama N9 tetiba aku melompat.. bsorak.. mcm team liverpool aku lak yg sumbat gol.. sbb aku pun geram ngan pyokong klantan yg menconteng arang kat org melayu yg beragama Islam.
Tetiba jer aku jadi anti ngan pyokong and team klantan. Coz dia org tk bmoral.. bikin malu jer..
PADAN MUKA team klantan yg kalah 1-3 ngan org nogori.. Walaupun 1/4 stadium dipenuhi ngan org klantan.. tpi N9 tetap menang bergaya dan bermaruah...
Klantan ni layak dipanggil MENANG SORAK JER.. TAPI NEGERI TERGADAI..
Harap Psatuan Bola Sepak Msia dpt mnggurkan Klantan dri liga.. sbb diaorg suke timbulkan mslh..
Post a Comment